Suka!

Khairul Fahmi Che Mat @Apek Putus Tunang Dengan Elia Adalah Palsu | Pergolakan hubungan KFCM

Monday, 1 August 2011

Semalam Khairul Fahmi Che Mat ada mengulas di keratan akhbar tempatan yang kononnya dia sudah tidak bersama dengan tunangnya lagi (Elia). Yul pon terkejut jugak membacanya. Mana taknya, mereka baru sahaja mengikat tali pertunangannya pada Mei yang lepas. Tak sampai 3 bulan lagi mereka sudah dikatakan putus setelah ada gosip-gosip yang mengatakan bahawa Khairul Fahmi@Apek mempunyai hubungan skandal dengan Dahlia Teck.


Tinggal kenangan. 
sumber gambar : Blog Jejari Runcing
Yang peliknya lagi, bahawa Elia tidak pernah tahu dan menafikan bahawa Khairul Fahmi memutuskan pertunangannya. Elia tahu pon selepas dia membaca di keratan akhbar semalam dan mengulas kepada media hari ini(semalam) mengenai dakwaan tersebut. Yul agak pening yang manakah kesasihan berita pergolakan mereka berdua ini. 


Pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu. Yang meburukan keadaan lagi apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya untuk menyelesaikan masalah mereka berdua.


Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain. Adakah Dahlia Teck yang dimaksudkan oleh Elia itu? Wallahualam.


Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia). Namun, Elia hanya mendiamkan diri kerana ingin memberi masa kepada Khairul Fahmi untuk memulihkan keadaan.


Elia begitu kesal melihat tindakan Khairul Fahmi yang memutuskan pertunangan kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.


Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini.


Walau apa-apa pon, diharapkan Elia terus bersabar menghadapi dugaan ini, Andai kata satu hari nanti korang berdua tiada jodoh, itu semua telah ditakdirkan oleh Allah yang maha esa. Anggap je lah ianya adalah salah satu dugaan. Tapi Yul berharap sangat-sangat agar hubungan mereka kembali pulih seperti sebelum ini. Sama-samalah kita berdoa, agar kedua pasangan ini dapat bersatu kembali.

6 comments:

fyna ahmad 1 August 2011 at 08:16  

macam-macam..
terkejut gak bila fahmi nak putuskan hubungan diorang.
:(

hunnyAPIS 1 August 2011 at 09:13  

ish2..macam2..dulu bukan main lagi.. bila da jadi hal macam ni heboh satu dunia tau..kesian plak kat famili dua belah pihak.mesti malu...sabar je la...

YUL 1 August 2011 at 13:24  

@fyna,kan? yul pon terkejut gak

YUL 1 August 2011 at 13:25  

@hunnyAPIS, tau tkpe, hurm, ini dugaan bagi mereka berdua, mungkin ada hikmah disebalik ini semua

mrs kayrul 1 August 2011 at 13:36  

harap2 tak jadi la diorang putus ye...biasa la dugaan alam pertunangan memang banyak

TisuMedia 2 August 2011 at 22:08  

biasa la tue.. bila dah makin popular , mesti jumpa awek lagi lawa + seksi...

mula la berubah hati..

doa la banyak2///

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP