Suka!

Asyraf Haziq Popular Setelah Video Rusuhan London Tersebar | Gambar Wajah Donovan Yang Merompak Dan Memukul Asyraf Haziq Didedahkan

Monday 15 August 2011

Baru-baru ini, gambar lakaran wajah penyamun dan perompak yang menyerang Asyraf Haziq telah pon didedahkan ketika rusuhan yang berlaku di london, minggu lalu. Lakaran gambar tersebut telah pon tersebar di akhbar-akhbar tempatan Britain. 

Klip video itu menunjukkan bagaimana seorang lelaki, Reese Donovan berpura-pura membantu Asyraf dengan tujuan menyamunnya. Untuk pengetahuan korang, lebih daripada 4.7 Juta viewers yang menonton video tersebut yang di upload di youtube pada 8 August lalu.

Berikut adalah lakaran wajah Reese Donovan yang memukul dan menyamun Asyraf Haziq

Penyerang itu, Reece Donovan berusia 21 tahun dari Romford, Essex muncul kelmarin di depan majistret di sebuah mahkamah di tengah London. Dia dituduh merompak telefon bimbit Nokia dan konsol permainan Sony PlayStation milik Ashraf semasa rusuhan berlaku di London pada minggu lalu.

Donovan didakwa menjadi anggota kumpulan yang menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang baik semasa dia membantu Ashraf yang berdarah selepas rahangnya dikatakan dipukul oleh sekumpulan pemuda.

Namun, Donovan dikatakan berdiri di belakang Ashraf dan mengambil barang berharga bernilai £300 (RM1,465) daripada begnya. Ketika kejadian, Ashraf sedang menunggang basikal di Barking, timur London apabila dia didatangi sekumpulan orang yang dianggarkan di antara 60 hingga 100 golongan muda.
P/S: Harap-harap dia dikenakan hukuman yang setimpal di atas perbuatannya yang tidak beradab itu!

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP