Suka!

(TERBARU) Kontroversi David Villa Hina Islam Terhadap Mesut Ozil | Tiada Unsur Penghinaan?

Saturday, 20 August 2011


Baru-baru ini kecoh yang kononnya pergaduhan yang berlaku antara Mesut Ozil dan David Villa disebabkan oleh penghinaan agama. Kenyataan I was defending my religion, because David Villa insulting Islam! melalui twitter adalah palsu. Untuk pengetahuan korang, Mesut Ozil sebenarnya tidak mempunyai akaun twitter. Sama ada benar atau tidak, yul tak berapa pasti sangat.
Mesut Ozil Doesn't have twitter.
Kecetusan pergaduhan antara dua pemain ini membuatkan ramai peminat menginginkan kepastian dan kesasihan berita ini. Janganlah kita membuat andaian dan konklusi sendiri tanpa ada bukti kenyataan rasmi daripada pihak yang terbabit. Apa yang peliknya, kenapa berita yang panas ini tidak disertai oleh media-media yang selalu menyampaikan berita yang ada sumber kebenarannya.

Berikut adalah kenyataan dari salah sebuah laman web antarabangsa yang mengatakan David Villa tidak menghina Islam seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan blog, laman web, dan lain-lain lagi. 

kredit to :  Bulan Purnama
Diantara point jawapan pada laman web tersebut menyatakan:

Perbezaan bahasa
Bagaimana Mesut Ozil boleh faham perkataan yang dikatakan David Villa menghina Islam sedangkan ada perbezaan bahasa diantara mereka

Keberanian David Villa
Persoalan mengenai Keberanian David Villa juga dipersoalkan,kerana dalam pasukan Barcelona juga terdapat rakan sepasukannya juga beragama Islam. Patutkah David Villa berkata sedemikian?

Jadi apa yang sebenarnya yang berlaku?
Menurut saluran televisyen Sepanyol, David Villa dikatakan telah menolak Victor Valdes agar dapat menenangkan perbalahan yang sedang berlaku,selepas itu berlaku tolak menolak diantara mereka.Konflik bermula apabila Ozil seolah-olah menunjukkan isyarat”Relax”(Bertenang).Tetapi tindakan Ozil telah disalah-ertikan oleh Villa,akibat salah faham yang berlaku,Villa menampar Ozil dimukanya.

Tindakan inilah yang menyebabkan Ozil menjadi berang dengan bertindak mencari Villa untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap David Villa. Mujur dari bantuan rakan sepasukan yang lain dapat menenangkan suasana dan keadaan kembali pulih

Disebabkan tindakan diluar kawalan mereka, pengadil telah melayangkan kad merah kepada mereka. Jadi dimana kata-kata penghinaan Islam oleh David Villa kepada Mesut Ozil? Seperti yang telah tersebar meluas di Twitter dan laman sosial yang lain

Adakah ini hanyalah rumors yang disengajakan oleh pihak tertentu untuk mengeruhkan lagi keadaan?

Sumber berita ini yul dapat dari:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP