Kontroversi Iklan Ramadhan 8TV Berunsur Perkauman | Video Iklan Puasa 2011 TV8 Yang Biadap
Thursday, 4 August 2011
Tahun lepas kumpulan Media Prima menerima kritikan dan tohmahan menerusi iklan raya TV3 yang ditayangkan, kini giliran 8TV pula menerima nasib yang sama apabila iklan puasa 2011 daripada 8TV mendapat bantahan daripada masyarakat. Stesen TV Tempatan(kumpulan Media Prima), 8TV telah menarik balik iklan Puasa 2011 yang dikatakan mempunyai kontroversi oleh sesetengah pihak ketika di keudarakan sewaktu slot berita utama 8TV beberapa hari yang lalu.
Yul kongsikan sekali video iklan kontroversi TV8 tersebut yang dikatakan biadap.
Iklan yang mempunyai tiga segmen yang berbeza-beza berdurasi 30 saat setiap satu mempunyai maksud yang tersendiri sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat di Malaysia. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya jalan cerita iklan tersebut menunjukkan seorang gadis cina berkelakuan tidak sopan (iklan segmen pertama), makan di khalayak ramai yang majoritinya orang Islam ketika membeli-belah di sebuah pasar ramadan(iklan segmen kedua) dan menunjukkan dia memakai blaus tanpa lengan dan mengangkat tangannya sehingga menyebabkan seorang ayah terpaksa menutup mata anak remaja lelakinya(segmen ketiga). Iklan tersebut berakhir dengan dua orang lelaki yang memakai baju Melayu dan seorang wanita memakai baju kurung memberi nasihat umum agar janganlah bersikap keterlaluan di bulan Ramadan.
Masa mula-mula yul melihat iklan ini pun tidak nampak ianya mempunyai unsur rasis. Tiada sentimen menghina seperti yang dikatakan. Cumanya pelakonnya sahaja berbangsa Cina. Ini kerana kalau dilihat kepada sasaran penonton 8TV selama ini memang majoritinya berbangsa Cina. Jadi memang sesuailah kan? hehe. Tapi bagi yul, sesiapa pon pelakonnya, tak perlulah kita memperbesarkannya. Paling penting sekali ialah mesej apa yang ingin disampaikan. Janganlah kita melihat daripada apa yang kita nampak, tetapi lihat dan pandanglah dengan mata hati nasihat yang ingin disampaikannya itu. Kita ambil yang jernih buang yang keruh.
Sememangnya ia adalah iklan yang berniat baik iaitu berunsur nasihat, namun malangnya ianya dibuat tanpa mengambil kira akibat dan kesannya kepada satu pihak lagi iaitu kaum yang dijadikan 'contoh' sebagai berkelakuan tidak senonoh di bulan puasa. Walaupon niat sebenar pihak 8TV itu baik dan berunsur membimbing, tetapi pelaksanaannya menjadi tidak baik kerana penerbit iklan serta stesen televisyen tersebut tidak peka dan mengambil kira sensitiviti bangsa lain ketika membuatnya.
Tahun lalu, TV3 juga menyiarkan iklan yang turut mencetuskan kontroversi menjelang sambutan raya. Iklan tersebut memperlihatkan bagaimana sekumpulan kanak-kanak yang bergembira hendak menyambut hari raya dibawa menaiki kereta rusa seperti dalam kisah-kisah Santa Klaus.
Sepatutnya Media Prima perluh mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku ini. Seharusnya mereka perlu peka dan teliti dengan sesitiviti bangsa di Malaysia ini. Jadikan ianya pengajaran dan jadikannya iktibar. Jangan pula ianya terjadi lagi buat kali ketiga di masa hadapan.
9 comments:
pandangan org subjektif kan..ada baiknya juga ditarik..kalau kita pergi pasar ramadhan pun takde rasanya kelakuan macam ni
ooobce entry yul ni bru thu..xsempat pon tgok iklan ni kat tv coz mmg xlayan sangt 8tv tu,hehe2...
tgok iklan ni biasa je..asl kne banned bagai ntah..huhu=.="
tak namapak pon iklan ni tak sempat tgk aaa
okay jer iklan nie....cool aper..tapi betulla, maybe gunakan kaum cina sebagai contoh so, menjadikan iklan nie kotroversi...dah tu takkan nak guna kaum afrika pulak kot..aiseh!!
okey je iklan tue..mungkin sebab isu perkauman tengah hangat sekarang..tue yang tak sesuai
ok je iklan ni rsanya.. tp itula.. pandangan org len2..
org cina pon ada sensetivity dia sendiri..
hye. cantik blog hehehe.. dah folo awk. jom singgah blog kita. www.duniasigadisberseliparhijau.blogspot.com
Post a Comment