Mamat Sepah Bercinta Dengan Fida | Gosip Mohd Noor Murad & Rafidah Ibrahim
Thursday, 11 August 2011
Mohd noor murad atau dikenali mamat sepah bercinta dengan rafidah ibrahim(Pelakon Kasih Alia). Baru mengenali hati budi masing-masing kurang daripada 6 bulan yang lalu, pelakon Rafida Ibrahim atau Fida dan Mohd Noor Murad atau Mamat Sepah akui mereka kini sedang menjalinkan hubungan yang serius.
Malah, hubungan serius yang dikatakan sebagai kawan rapat itu kini semakin berputiknya dengan bunga-bunga cinta. Lebih-lebih lagi, apabila mereka saling senang dan menyukai dengan sifat yang ada pada diri masing -masing.
Menariknya, Rafidah Ibrahim turut akui dia mula terpikat dengan Mamat Sepah setelah melihat sikap lelaki tersebut yang cukup menghormati serta bertanggungjawab terhadap orang tua dan keluarganya sendiri.
“Kami mula rapat dan mengenali hati budi masing setelah sama-sama mengadakan promosi untuk filem Man Sewel Datang KL iaitu sebelum dia menyertai Maharaja Lawak lagi.
“Selain sukakan sikapnya yang suka merendah diri, saya juga terpikat dengan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Contohnya, selepas kumpulannya bergelar juara dalam Maharaja Lawak, dia terus balik ke Johor berjumpa orang tuanya.
“Terus-terang, hubungan kami memang di tahap serius. Bohonglah kalau saya cakap kalau dah berkawan rapat ini saya tak terfikir untuk membawa hubungan ini ke tahap yang lebih serius lagi,” jelasnya yang belum sempat membawa Mamat berjumpa dengan keluarganya seperti kawan-kawannya yang lain.
Sementara itu, Mamat yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nur Syuhada dari kumpalun Butterfly pula memberitahu, sikapnya berubah dan dia menjadi seorang yang lebih penyabar selepas berkawan dengan Fida.
“Terus-terang Fida adalah satu-satunya perempuan yang rapat berkawan dengan saya. Saya banyak kongsi cerita susah dan senang bersamanya walaupun kami berdua saling sibuk dengan tugas masing-masing.
“Saya serius berkawan dengannya dan saya dapati sikap saya mula berubah menjadi baik selepas berkawan dengannya dan saya lebih bersabar dalam apa jua keadaan bila melibatkan dirinya.
“Kalau nak ikutkan saya setiap kali saya menjalinkan hubungan yangs erius dengan mana-mana wanita, saya akan bahawa dia berjumpa dengan orang tua saya. Tapi, dengan Fida, saya tak sempat pula nak bawa lagi.
Dalam pada itu, apabila ditanya adakah Fida punca hubungannya dengan NurSyuhada atau lebih dikenali dengan Ada putus, Mamat Sepah dengan sekerasnya menafikannya.
“Saya tak mahu cerita lagi kisah saya dengan Ada. Cukuplah, kalau saya katakan hubungan kami sudah pun berakhir pada awal penglibatan saya dalam Maharaja Lawak lagi.
“Saya tak mahu mengaibkan sesiapa dan tidak mahu mendedahkan punca hubungan kami retak. Tapi yang pasti ianya bukan berpunca daripada Fida,” tegasnya yang ditemui bersama Fida dalam rakaman Melodi Raya yang diadakan di PWTC, malam semalam.
2 comments:
cam xcaya jek mamat ngan fida tu...huhu
haha.. alahai~ :)
Post a Comment