Suka!

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011

Friday 31 December 2010

Salam semua. Entri yang ini mungkin entri terakhir dan juga tirai penutup bagi tahun ini. Blog yang baru cecah usia sebulan nie dah pon mencapai 170++ pengikut. Terima kasih ye atas sudi korang nak follow dan membaca entri-entri kat blog yul nie yang tak seberapa.




Kepada yang sering membaca dan kunjung ke blog yul nie, yul nak mintak maaflah ye sekiranya yul tak dapat nak datang ke blog korang, ataupun membalas semula lawatan. Jangan lah korang terasa pula ye. So, bila yul tak sibuk nanti insyallah yul akan membalas balik semula lawatan korang tu. Bagi yang follow yul tu, tinggalkan lah link korang. Yul betul-betul sibuk buat masa sekarang nie. Maklumlah macam-macam function nak sambut kedatangan tahun baru 2011.






Apa-apapun yul cuma nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011! Harap-harap tahun baru ini lebih bermakna dan bagus dari tahun-tahun yang lepas. Semoga azam korang tahun baru nie tercapai!




Read more...

Malaysia Kalah Tetapi Menjadi Juara Piala Suzuki AFF 2010!

Wednesday 29 December 2010


Malaysia Menang!



Salam semuanya! Ahamdulillah, kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia dalam perlawanan akhir pusingan kedua Piala AFF Suzuki 2010. Walaupon kalah dari segi gol ditempat lawan, tetapi agregat menentukan kemenangan Malaysia dengan mencatat keseluruhan gol sebanyak 4-2. Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak Malaysia dan tahniah juga kepada pasukan Indonesia dapat mengalahkan Malaysia ditempat sendiri walaupun tewas dari segi keseluruhan gol perlawnan. Rasa bangga sangat-sangat sebab buat pertama kalinya Malaysia menjulang piala AFF Suzuki setelah sekian lama.

Tak ada apa-apa kekecohan ataupon ketegangan yang berlaku semasa perlawanan bola sepak tadi. Yul respek dan berpuas hati dengan penyokong-penyokong Indonesia nie, mereka menghormati dan menerima kemenangan Malaysia  walaupun pasukannya telah mengalahkan pasukan kita pada perlawanan akhir tadi. 




Yang yul paling suka, penjaga gol Malaysia, khairul fahmi telah banyak kali menyelamatkan gol Malaysia dari rembatan-rembatan pemain lawan. Walaupon masa mula-mula perlawanan penjaga gol Malaysia disuluh dengan sinaran laser dari penyokong. Bagi yul, dia memang terbaik lah dalam permainan nie tadi. 



Harimau Malaya mula meratah Garuda pada minit ke-53 yang dijaringkan oleh Safee Sali dengan mendahului pasukan Indonesia 1-0. Tak sangka Malaysia dapat menjaringkan gol walaupon hampir keseluruhannya permainan dikuasai oleh Indonesia. Kemudian pada minit ke-70 , pasukan Indonesia telah menyamai mata 1-1 hasil jaringan gol muntah oleh Mohamad Nasuha. Indonesia terus memintas pasukan Malaysia pada minit ke-87 hasil gol pantulan pertahanan Malaysia, Muslim. Yul rasa, gol yang dihasilkan semua oleh pemain-pemain Indonesia tu adalah nasib je.


Apa-apapun yul nak ucapkan tahniah kepada pasukan Muda Harimau Malaya kerana telah mengharumkan nama negara! Saya bangga jadi anak jati Malaysia! hoho. Kepada penyokong pasukan Indonesia, kami juga bangga dengan pasukan anda walaupun Indonesia menang ditempat sendiri, tetapi jumlah gol keseluruhan memihak kepada Malaysia. Janganlah kalian bersedih,berduka ataupun kecewa kepada pasukan kalian, kerana setiap perlawanan pasti ada yang kalah dan yang menang. Inilah yang baru dikatakan sukan! I LOVE YOU MALAYSIA!

Semoga Malaysia akan dapat memenangi kejuaraan yang lebih besar lagi pada masa akan datang! Glory Glory Glory Harimau Malaya! haha




Read more...

Saya Blogger Johor

Tuesday 28 December 2010

Salam semuanya, tadi yul ada terbaca satu segmen yang dikatakan agak seronok la bagi yul untuk mengenali blogger-blogger yang lain di Blog Pilihan Malaysia. Thumbs up kepada mereka yang memberikan idea untuk mengadakan segmen-segmen sebegini. Bagi yul, segmen nie memang bagus dan sangat berguna kepada blogger-blogger baru seperti yul nie kan? hehe. 


Diantara korang dah ada yang join kew? Kalau korang belum join, jum lah kita join sama-sama Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri nie. Tapi sebelum tu kita kenalah memperkenalkan diri kita nie dahulu. hehe


Nama sebenar, YULHADRI BIN ZULMAN. Susahkan nak sebut nama tu. Just panggil yul aje, tak payah nak susah-susah menyebut nama yul nie. hehe. CALL ME YUL K? Biase kawan-kawan pon panggil yul je. Kira nama glamour yul la tu, :)


Status yul masih belum berkahwin. Masih single kot, huhu, and still available. Kepada wanita-wanita diluar sana yang ingin menjadi pendamping hidup yul, silalah isi borang dulu ye. Insyallah yul akan melihat perhononan korang tu :P
hehe. *Perasan sudah!




Korang boleh hubungi yul melalui facebook, twitter ataupon melalui blog nie je. Mudah je kan? Kalau korang tak ada semua jenis rangkain laman sosial seperti diatas, korang pon boleh la e-mail kan je melalui yulhadri@gmail.com


Yul tinggal di Johor Bahru, Johor. Tempat yul dilahirkan, dibesarkan dan apa-apa je lah. Semuanya bermula disini, ehehe. Kahwin nanti tak tahu pula kat mana.


Rumah yul di Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Kalau korang nak tahu, akim AF7 yang artis tu duduk kat sini lah sebelum dia jadi artis nie. 1 sekolah tu dengan dia dari tadika sampailah ke sekolah menengah. Habis sekolah je dah tak sama-sama lagi


Apa yang menarik ditempat yul? hurm. rasanya kat tempat yul nie tak ada apa yang menarik kot. Sebab kawasan perumahan yul nie dikawasan bandar. Tengok belakang rumah ada highway, depan rumah ada kilang. haha. Tapi bagi yul, yang menariknya cuma berjalan-jalan ke Jusco Tebrau City je kot. Sebab kalau cuti ada masa lapang jalan-jalan kat sini bershopping, kalau tak pon tengok wayang. Kalau tempat-tempat nak beriadah memang tak ada kat Johor Jaya nie,


Jaya Jusco!

Besarkan?

nie lah die tempat yul suka pergi! eheh








Read more...

Penyuluh Laser Bukan Punca Utama Kekalahan Indonesia.

salam semuanya, masih di topik yang sama mengenai bola sepak. huhu. Maaflah ye kalau yul asik bercerita pasal bola sepak je. Maklumlah kemenangan Malaysia ke atas Indonesia semalam masih terasa hangat lagi. Perasaan nak membuat entri mengenai bola pula semakin semangat! hehe.


Banyak penyokong Indonesia meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap penyokong Malaysia nie melalui laman sosial seperti facebook dan twitter nie. Kalau yul buka facebook, tak habis-habis penyokong Indonesia mencaci hamun yang kononnya pasukan Malaysia tak hebat. Mereka mendakwa bahawa penyokong Malaysia menggunakan taktik kotor dengan menyuluh laser hijau ke arah pemain lawan sehingga menyebabkan Indonesia kalah.






Perkara ini bukanlah pertama kali berlaku, sebelum ini hal-hal ini banyak kali berlaku diluar negara. Insiden serupa juga pernah berlaku di Ellis Park, Johannesburg, 12 Jun 2010, pada pertandingan Piala Dunia antara Nigeria melawan Argentina. Ketika itu, penonton menyuluhkan sinaran laser ke arah pemain Argentina, Lionel Messi. Tetapi mengapa pasukan mereka boleh mara ke suku akhir walaupon penyokong Nigeria menyuluh laser hijau kearah pemain lawan? Ianya bukanlah menjadi persoalan yang menyebabkan Indonesia tunduk kalah terhadap Malaysia. Lagipon, pada separuh masa kedua tidak kelihatan lagi penyokong menyuluh laser ke arah pemain. Jelas kelihatan bahawa Indonesia tidak mampu melawan Malaysia pada babak kedua perlawanan semalam.








Sebelum ini juga pernah berlaku ketika Malaysia menentang Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan yang lepas. Sama ada betul atau tidak yul pon tak pasti. Tapi korang boleh lah tengok sendiri. Mengapa mereka menyuluh ke arah pemain kita tetapi kita tidak bertindak seperti mereka? 

Dan yul mendapat tahu, penyuluh laser pada perlawanan semalam telah dikenal pasti . Saspek kini ditahan untuk dikenakan tindakan terhadapnya.





Alfred Riedl juga mengakui bahawa laser bukanlah penyebab kekalahan Indonesia, tetapi kalah kerana kesalahan individu pemain. Jadi mengapa penyokong Indonesia mencaci Malaysia yang jurulatih Indonesia sendiri saje mengakui laser bukan puncanya. Yul tak paham dengan penyokong Indonesia nie, semua yang berlaku ditudingkan ke arah Malaysia.








Read more...

Harimau Malaya Membaham Garuda! Tahniah kepada Pasukan Malaysia

Sunday 26 December 2010

Salam semuanya, Alhamdullilah akhirnya kemenangan berpihak kepada Malaysia pada perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki malam ini menentang pasukan Indonesia. Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang telah mencatat kemenangan bergaya 3-0. 




ribuan penyokong Malaysia di Stadium

Kemeriahan tetap dirasai





Hampir 100,00 penyokong telah datang ke stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan secara langsung perlawanan tersebut. Yul berbangga dengan kejayaan yang Malaysia kecapi nie. Im proud to be Malaysian! Terasa bahang kemeriahan kat rumah, walaupon yul tak dapat nak tengok secara langsung kat stadium Bukit Jalil nie. hehe


Rasa kecewa juga yul masa menonton aksi pada separuh pertama nie, sebab Malaysia tak dapat nak jaringkan sebarang gol. Yang paling yul tak suka sekali melihat segelintir penyokong yang memancarkan laser ke arah pemain-pemain lawan dan menyebabkan permainan tergendala buat sementara waktu pada minit ke-54. Dimanakah adab penyokong Malaysia nie? Jangan tunjukkan kebiadapan korang semasa permainan sedang berlangsung. Walaupun sebelum ini penyokong Indonesia menunjukkan kebiadapan mereka dengan melaungkan kata-kata yang kesat sewaktu beraksi diperingkat kumpulan, tetapi janganlah kita terpengaruh dengan etika penyokong mereka untuk saling berbalas. 




Malaysia mencipta gol!


Harimau Malaya mula menunjukkan taringnya pada babak kedua. Yul tengok Malaysia bermain dengan sangat cemerlang. Harimau Malaya mula meratah daging-daging Garuda dengan menjaringkan 3 gol berbalas 0. Dua gol dijaringkan oleh Safee Sali pada minit ke-59 dan minit ke-73 dan 1 gol dijaringkan oleh Ashari pada minit ke-67. Bagi yul, Malaysia sebenarnya boleh menjaringkan lebih banyak gol lagi pada minit-minit terakhir tu. Tetapi apa-apapun kita patut berbangga dengan kejayaan pasukan Harimau Malaya nie yang menjadi kebanggan negara kita. Fanatik Garuda mula meninggalkan stadium pada babak-babak terakhir akibat melihat aksi permainan Indonesia yang agak menghambarkan.


Yul tadi ada terbaca komen-komen pengguna facebook Indonesia. Mereka tidak berpuas hati melihat aksi permainan yang berlangsung. Macam-macam kata-kata kesat yang dilemparkan oleh pengguna nie. Yul mengakui ada segelintir penyokong Malaysia yang biadap. Tetapi itulah adat ketika aksi permainan bola sepak sedang berlangsung. Dimana-mana sahaja perlawanan terpenting yang berlangsung, pasti ada kekecohan.




bertemu pada pusingan kedua, 29 Disember 2010 nanti!


Namun begitu, kita janganlah berbangga sangat, sebab pertandingan masih belum berakhir. Selepas nie Malaysia akan bertandang pula ke Stadium gelora Bung Karno untuk perlawanan pusingan kedua. Harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku. Tetapi kemungkinan besar fanatik garuda pasti akan melakukan kejutan pada perlawanan seterusnya nanti. Adakah Harimau Malaya akan terus meratah daging Garuda? haha . Kita tunggu dan lihat je nanti :)  



Read more...

Malaysia Curi Pemain Indonesia?

Saturday 25 December 2010

Salam semuanya. Maaflah ye yul asik bercerita mengenai bola sepak je sekarang ini. Maklumlah bola sepak merupakan permainan yang paling digemari sekarang nie. Lagi-lagi kalau Malaysia ada! hehe.


Irfan Bachdim

Sebelum ni yul ada bercerita mengenai Irfan Bachdim di entri sebelum nie yang khabarnya, Malaysia mengklaim pemain tersebut. Irfan Bachdim berdarah kacukan Belanda merupakan seorang pemain bola sepak Indonesia. Berita mengenainya menjadi topik hangat dalam forum di internet yang kini telah berleluasa di Indonesia. Adakah benar dakwaan tersebut yang mengatakan Malaysia mengklaim pemain mereka? 

Berita-berita tersebut telah luas dilaman web seperti berikut:

Puncanya daripada seorang rakyat Indonesia yang bernama Haikal memberi komen di salah sebuah website forum komuniti,

"SAYA ORANG INDONESIA. DAN SAYA MENGAKU JIKALAU IRFAN BACHDIM SEBENARNYA ORANG MALAYSIA. DIA PERNAH MOHON JADI WARGA NEGARA MALAYSIA. NAMUN DITOLAK MENTAH2 SAMA MALAYSIA,"

Bila masakah Irfan Bachdim memohon menjadi warga negara Malaysia? Kalau sekiranya benar sekalipon pastinya satu dunia akan mengetahuitnya. Kenyataan tersebut adalah palsu semata-mata dan tiada bukti yang mendakwa Malaysia mengakui Irfan Bachdim itu pemain Malaysia. Nampak sangat media Indonesia mencari publisiti murahan dengan mendakwa Malaysia mengklaim pemain mereka. Jelas-jelas pemain tersebut tidak bermain untuk Malaysia tetapi dituduh sebagai 'tukang klaim' pemain mereka tanpa memeriksa sejauh mana kesasihannya.


Bagi yul, tidak relevan langsung menuduh Malaysia  mengklaim pemain negaranya yang terbukti komen tersebut adalah daripada rakyat Indonesia sendiri. Apakah yang mereka mahukan sehingga menfitnah sebegitu? Disebabkan komen yang tidak jelas kesahihannya kini menjadi isu dan topik hangat di mana-mana rangkaian sosial seperti di Facebook. Hubungan kedua-dua negara  juga kini menjadi semakin renggang.



Malaysia mempunyai pemain 100% asli warganegara asal Malaysia dan bukannya pemain import mahupon pemain yang 'diklaim'. Rata-rata semuanya berasal dari kelab-kelab tempatan yang berusia bawah 23 tahun yang kini menjadi sandaran negara untuk menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok!.


Yul tadi ada terbaca artikel di salah satu website Indonesia yang mengatakan bahawa penyokong Malaysia akan menghina lagu Indonesia Raya ketika perlawanan tersebut berlangsung. Gara-gara sebelum ini penyokong Indonesia  tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia sebelum ini dan menyebabkan Malaysia kalah 5-1, ia menjadi isu untuk melemparkan fitnah sebegitu sebagai dendaman penyokong rakyat Malaysia untuk saling menghina dan mencaci balik lagu kebangsaan mereka. Yul beranggapan media Indonesia begitu mudah melemparkan fitnah tanpa memeriksa terlebih dahulu. Kita lihat dan tunggu keputusannya. Benarkah penyokong Malaysia akan memperlekehkan lagu kebangsaan Indonesia ketika perlawanan berlangsung ahad nanti? 



fanatik garuda tunjuk perasaan untuk mendapatkan tiket.




Yang menariknya, hampir ribuan fanatik garuda ingin memboikot pasukannya sendiri dan menyokong Malaysia gara-gara kecewa kerana kehabisan tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir  kedua Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada 29 Disember 2010 nie.


Hampir tergelak yul membaca artikel nie disebabkan kehabisan tiket, penyokong Indonesia sanggup menyokong Malaysia. Apa-apa pun yul berharap agar Malaysia menang menentang pasukan Indonesia esok! huhu. Malaysia Boleh!!!



Read more...

Gambar Telanjang Kekasih Bola Sepak Tersebar Di Internet

Friday 24 December 2010

Gempar apabila terdapat wanita yang berpakaian separuh telanjang yang kini tersebar berleluasa dilaman sosial. Wanita tersebut merupakan kekasih seorang pemain bola sepak negara Indonesia. Wanita tersebut yang yul maksudkan itu ialah Jennifer Jasmin Kurniawan, yang menjadi perbualan hangat dalam forum internet sekarang ini. 


So, Sexy!
Jennifer  merupakan seorang model dan dilahirkan di Muehlacker, Jerman pada 6 April 1987 . Dia adalah kakak kepada Kim Jeffrey yang menyertai pasukan bola sepak Indonesia.
Pengurus Jennifer mengakui bahawa gambar wanita separuh bogel yang tersebar diinternet itu adalah Jennifer. Bagaimanapon, gambar tersebut sudah lama diambil ketika Jennifer menjadi peragawati di Jerman.

Wanita yang berkacukan campuran Indonesia dan Jerman tersebut merupakan kekasih Irfan Bachdim, pemain bola sepak Indonesia yang sedang dilanda kontroversi didalam forum internet mengenainya. 








Read more...

Indonesia Mahu Ganyang Malaysia Sekali Lagi?

Wednesday 22 December 2010

Sering kali kita mendengar dimedia elektronik atau di akhbar harian bahawa Indonesia akan mengganyang Malaysia  suatu ketika dulu. Tiada kekecohan mahupon rusuhan yang berlaku sekarang nie. Adakah ia akan benar-benar berlaku bahawa Indonesia mahu mengganyang Malaysia? haha.  Yang yul maksudkan mengganyang dari segi bola sepak. Walaupon Indonesia telah berjaya mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan dengan mencatat kemenangan 5-1. Tetapi itu semua pasti tidak akan terjadi lagi pada perlawanan akhir bolasepak AFF suzuki nie yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Irfan Bachdim,pemain Indonesia


Sememangnya bolasepak AFF suzuki kini menjadi perbualan hangat dimana-mana sahaja tak kiralah dilaman sosial seperti facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi bagi peminat bolasepak. Tetapi tadi yul ada terbaca satu artikel di blog Indonesia mengenai Malaysia mengklaim pemain Indonesia. Pemain yang dimaksudkan itu Irfan Bachdim yang kononnya Malaysia mengklaim pemain mereka. Sejauh mana kebenaran itu yul tak pasti lah.  Yang yul tahu Malaysia tak pernah pakai pon pemain import, semuanya pemain asli warganegara Malaysia. 

fanatik garuda

Lebih 2 juta penduduk haram Indonesia akan datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil dan  dengar khabarnya akan mendominasi dan menyamai penyokong Malaysia. Paling yang seronok sekali, Pengerusi Parti Golkar di Indonesia, Aburizal Bakrie mahukan Stadium Nasional Bukit Jalil bertukar menjadi Warna Merah. Adakah Stadium tersebut milik Indonesia yang mahukan ia bertukar menjadi warna merah? haha.

Harimau Malaya didadaku, bukan garuda!haha

Malaysia akan menebus balik maruah bolasepak negara pada perlawanan bolasepak akhir AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil. Kepada rakyat-rakyat Malaysia jum kita ramai-ramai pi sana sokong pasukan Harimau Muda Malaya, jangan sampai fanatik Indonesia memenuhi stadium Nasional tersebut!

Apa-apapun yul cuma nak ucapkan selamat berjaya kepada pasukan Harimau Muda Malaysia yang akan beraksi pada perlawanan akhir nie nanti. Walaupon kalah ketika menentang Indonesia diperingkat kumpulan, tetapi jadikan lah ia sebagai  pengajaran dan pembakar semangat bagi mengalahkan pasukan Indonesia. Harap-harap tak ada apa-apa kekecohan yang berlaku pada perlawana akhir nanti di Stadium Bukit Jalil.

P/S: Hero kalah dulu, last-last jadi juara!





Read more...

Duit Sentiasa Masuk Berjuta-juta Walaupun Sudah Meningal Dunia

Tuesday 21 December 2010

Adakah korang tahu orang yang dah meninggal dunia boleh menjana pendapatan berjuta-juta walaupun dia dah mati? Bukan harta yang ditinggalkan, tetapi hasil titik peluh yang amat berharga sehingga nilai hasilnya itu menjadikan duit. Contohnya seperti Michael Jackson, Raja Pop yang mencatat pendapatan paling tinggi berbanding dari mana-mana manusia yang hidup mahupon yang dah mati.


tinggal kenangan

raja pop dunia

Berikut adalah kedudukan 10 selebriti yang dah mati tetapi masih meraih pendapatan lumayan.



1- Michael Jackson
Pendapatan: AS$275 juta (RM880 juta)
Pemuzik
Tarikh mati: 25 Jun 2009
Umur: 50 tahun
Punca: Pengambilan dadah berlebihan


Michael meninggal dunia pada musim panas tahun lalu tetapi memperoleh pendapatan sebanyak AS$275 juta (RM880 juta) lebih tinggi berbanding dua selebriti yang masih hidup iaitu U2 dan AC/DC yang mencatat pendapatan paling tinggi.




2- Elvis Presley
Pendapatan: AS$60 juta (RM192 juta)
Penyanyi, pelakon
Tarikh mati: 16 Ogos 1977
Umur: 42 tahun
Punca: Serangan jantung

Pendapatan Raja Rock n Roll meningkat kepada AS$60 juta (RM192 juta), naik AS$5 juta (RM16 juta) berbanding tahun lalu hasil daripada kutipan tiket untuk melawat Graceland dan pelancaran Elvis Presley Cirque du Soleil di Las Vegas pada awal tahun ini. Selain itu, jualan barangan berjenama Elvis Presley ketika sambutan ulang tahun kematian Raja Rock n Roll itu turut menjana pendapatan. 



3- J R R Tolkien
Pendapatan: AS$50 juta (RM160 juta)
Penulis
Tarikh mati: 2 September 1973
Umur: 81 tahun
Punca: Pendarahan ulser

Walaupun filem terakhir Lord of the Rings ditayangkan lapan tahun lalu tetapi Tolkien masih hangat dibincangkan di Hollywood. Dua filem adaptasi daripada bukunya 'The Hobbit' kini hampir siap, Perhatian yang diberikan Hollywood membantu penjualan buku Tolkien dan berdasarkan statistik yang dikumpulan oleh syarikat Nielsen, bukunya sudah terjual sebanyak 500,000 naskhah tahun lalu. 



4- Charles Schulz
Pendapatan: AS$33 juta (RM105.6 juta)
Kartunis
Tarikh mati: 12 Februari 2000
Umur: 77
Punca: Barah usus

Jenama Peanuts bertukar pemilik lagi pada tahun ini apabila Iconix membeli karakter kartun itu pada harga AS$175 juta (RM560 juta) untuk membentuk Peanuts Worldwide, LLC. Dengan pemilikan baru itu, rakan kongsi karya Charles M Schulz mengekalkan 20% saham dalam syarikat berkenaan. Schulz masih menjana pendapatan daripada karakter kartunnya yang terbit dalam 2,200 akhbar di 75 negara. 



5- John Lennon 
Pendapatan: AS$17 juta (RM54.4 juta)
Pemuzik
Tarikh kematian: 8 Disember 1980
Umur: 40 tahun
Punca: Dibunuh

Sudah hampir 30 tahun anggota kumpulan The Beatles', John Lennon dibunuh di New York City. Pada ulang tahun kelahirannya yang ke-70 penyanyi itu, EMI melancarkan kempen 'Gimme Some Truth' dan menghasilkan semula lagu Lennon hingga tersenarai semula dalam carta Top 10. Pendapatan hartanahnya diperoleh melalui permainan video 'Beatles Rock Band' serta lesen untuk Cisco dan Mont Blanc. 


6- Stieg Larsson 
Pendapatan: AS$15juta (RM48 juta)
Penulis
Tarikh mati: 9 November 2004
Umur: 50 tahun
Punca: Sakit jantung

Larsson meninggal dunia sebelum buku 'The Girl With The Dragon Tattoo' diterbitkan, menyebabkan dia tidak dapat melihat kejayaan besar tiga siri buku karyanya yang lebih dikenali sebagai 'The Millennium Trilogy'. Lebih 40 juta naskhah buku itu terjual dalam 44 bahasa di seluruh dunia dan Sony sedang menerbitkan filem berdasarkan buku itu yang akan dibintangi Daniel Craig dengan melakonkan watak Mikael Blomkvist. 


7- Dr Seuss (Theodor Geisel) 
Pendapatan: AS$11 juta (RM35.2 juta)
Penulis
Tarikh mati: 24 September 1991
Umur: 87 tahun
Punca: Sakit tua

Dr Seuss ialah penulis buku kanak-kanak paling laris dalam sejarah. 'Horton the Grinch' dan karakter terkenal lain dalam bukunya kini diperoleh pembaca melalui iPhone dan taman tema Universal Studio di Orlando, Florida. Menurut Nielsen, tiga juta buku itu sudah dijual tahun ini.



8- Albert Einstein 
Pendapatan: AS$10 juta (RM32 juta)
Saintis
Tarikh mati: 18 April 1955
Umur: 76 tahun
Punca: Sakit tua

Nama Einstein yang dikaitkan dengan kecerdikan terus digunakan dalam produk bayi Einstein rekaan Disney yang bertujuan mendorong bayi menjadi bijak. Selain itu, kempen 'Face Value' Banca Profilo di Itali, iklan jenama Chrysler's Ram dan koleksi kaca mata A J Morgan turut menghasilkan pendapatan untuk Einstein. Kediaman saintis itu juga dijadikan permainan video melalui permainan uji minda Nintendo DS yang dijual pada harga AS$50 (RM160)



9- George Steinbrenner
Pendapatan: AS$8 juta (RM25.6 juta)
Pemilik francais sukan
Tarikh mati: 13 Julai 2010
Umur: 80 tahun
Punca: Sakit jantung

Sukan profesional tidak mempunyai pemilik francais yang lebih terkenal selain George Steinbrenner. Bos kelab The New York Yankees itu berjaya membawa kelab itu meraih kejuaraan, membeli stadium baru di Bronx dan membawa kelab itu mencipta nama seluruh dunia. Walaupun Steinbrenner sudah meninggal dunia, dia masih memperoleh pendapatan selagi Yankee terus meraih kejuaraan.



10- Richard Rodgers
Pendapatan: AS$7 juta (RM22.4 juta)
Penulis lirik
Tarikh mati: 30 Disember 1979
Umur: 77 tahun
Punca: Penyakit kronik

Pada 2009, kumpulan muzik Imagem Belanda membeli hak cipta milik lagu ciptaan Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein dengan nilai AS$200 juta (RM640 juta). Tanpa aset itu, Rogers masih tetap menduduki senarai Forbes melalui hasil kerjanya bersama Lorenz Hart. Lagu 'My Funny Valentine' dan 'The Lady is a Tramp' yang ditulisnya dan hingga kini masih menjadi kegemaran ramai


P/S : Gua nak jugak boleh? hahaha



Read more...

Kelebihan Bermain Twitter

Monday 20 December 2010

Kebanyakkan daripada korang mesti dah ada akaun twitter kan. Setiap laman sosial yang kita gunakan tu juga mempunyai kelebihan dan keburukan masing-masing. Itu terpulang kepada pengguna yang menggunakannya. Rata-rata se,ua penduduk di Malaysia telah menggunakan akaun seperti twitter, Myspace, Facebook dan lain2 lagi. Tak kiralah artis kew, ahli politik kew, lelaki mahupon perempuan. Kanak-kanak zaman sekarang juga telah pandai  menggunakan laman sosial tersebut. Dunia sekarang dah semakin maju, zaman pon dah berubah. Tetapi hari nie yul nak bercerita tentang kelebihan bermain twitter berdasarkan dari apa yang yul gunakannya. Kalau korang dah ada twitter korang mestilah tahu kan bagaimana untuk menggunakannya.




Sebenarnya twitter juga mempunyai banyak kelebihan, kat sini yul nak rumuskan kelebihan bermain twitter nie.


1. Mencari kenalan.
Dalam mana-mana laman sosial kebiasaannya pengguna ingin mencari kenalan dialam siber melalui internet dari serata dunia. Twitter nie lebih mudah untuk digunakan sekiranya korang betul2 menguasainya. Kalau korang baru lagi memang agak sukar untuk digunakan. Kepada pengguna yang baru tu, perlulah belajar untuk menguasai menggunakan twitter nie. Bila korang dah menguasainya, korang akan berasa lebih mudah  dan tidak akan merasa kekok untuk digunakan.


 2.Berhubung dengan Artis
Artis-artis dunia hiburan nie juga kebanyakkannya menggunakan twitter. Jadi kalau korang ada twitter korang bolehlah bersembang-sembang dengan mereka. Walaupon kita tak dapat berjumpa face to face didunia realiti, tetapi kat twitter nie segalanya mungkin terjadi. Kalau artis punya fan page difacebook harapanlah nak tunggu dia balas, sebab beratus-ratus orang yang komen dalam masa yang singkat. Dengan twitter lagi mudah kot mereka nak reply.




3.Menjana Pendapatan Sampingan
Dengan twitter juga korang boleh menjana pendapatan. Apa yang yul tahu cuma syarikat ChurpChurp je yang boleh menjana pendapatan. melalui twitter. ChurpChurp nie menggunakan Pay Per Click (PPC). Semakin ramai follower korang, peratusan untuk orang klik iklan yang korang tweet tu akan tinggi. Sementara korang nak tunggu nuffnang bagi BE, korang boleh la daftar akaun ChurpChurp nie untuk menjana pendapatan sampingan. .


4.Promosi
Korang juga boleh mempromosi apa2 sahaja melalui twitter sekiranya follower anda online ketika itu. Contohnya korang tweet url blog korang kat twitter. Secara tak langsung follower korang yang terbaca tweet korang akan melihat. Ini juga salah satu tips untuk meningkatkan traffic diblog korang. Kalau follower korang lagi ramai, makin ramailah yang datang singgah ke blog korang.


Sebenarnya banyak lagi kot kelebihan bermain twitter nie , tetapi yul hanya menulis entri nie berdasarkan pengalaman yul menggunakan twitter nie. Twitter nie juga sebenarnya berbahaya untuk pengguna, kalau korang nak tahu baca lah entri yul yang lepas tentang twitter pon berbahaya. Itu semua bergantung kepada pengguna yang menggunakannya. Setiap laman sosial yang ada sekarang nie sebenarnya mempunyai keunikan dan kelemahan masing-masing. 


Yul cuma nak ingatkan kepada korang, gunakanlah ia dengan sebaik-baik yang mungkin selagi laman sosial ini masih ada. Janganlah pula korang menyalahgunakan laman sosial ini. Dan dengar khabarnya, Malaysia bercadang untuk menyekat segala laman sosial kerana telah banyak berlaku penyalahgunaannya. Sekiranya laman-laman sosial nie dah tak ada, mati kutulah korang jawabnya. Tak ada lagi tempat menghiburkan diri, melepaskan tekanan. haha


follow saya! hehe
P/S: Followlah yul ye sekiranya korang mempunyai akaun twitter nie, tu pon kalau korang sudi. Insyallah yul akan follow korang balik :)




Read more...

Filem Tron Legacy Memang Terbaik!

Sunday 19 December 2010



Pagi semalam, yul bersama kawan-kawan ditempat kerja pergi ke Jaya Jusco Tebrau City untuk menonton filem Tron Legacy. Sebenarnya tak terdetik pon untuk pergi menonton wayang nie. Pada mulanya, kiteorang just rancang nak pergi karaoke je. Disebabkan tempat karaoke tu dah penuh, terpaksalah membatalkan niat untuk berkaraoke tu. 


Sampai di pawagam, ingatkan nak tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah,. Tapi tak ada pula cerita tu waktu midnight. Yang tinggal cuma cerita Harry Potter dengan cerita ape ntah, Yul tak berapa nak ingat. hehe. Jadi, kiteorang tengok Tron Legacy 3D je lah. 

Masuk ke panggung hampir penuh kot kerusi-kerusi kat situ, cuma bahagian depan je lah yang kosong. Siapa yang nak tengok wayang kepala terdongak kat atas kan dengan memakai cermin mata 3D. haha. 

Sedikit Sinopsis Filem Tron Legacy
Sam Flynn , seorang anak yang ditinggalkan oleh ayahnya, Kevin Flynn  secara misteri. Sam Flynn teringin untuk menemui ayahnya sehingga dia mencapai umur 27 tahun. Kekecewaan terhadap ayahnya membuat Sam menghabiskan waktu seumur hidupnya dengan komputer dan teknologi dunia virtual canggih. Kevin Flynn dikenali sebagai perancang video game terkemuka di dunia yang memiliki perusahan game Encom.


Ketika dia mendapatkan sebuah signal dari pager lama milik ayahnya, ia berupaya mencari ayahnya sehingga termasuk ke dunia digital Tron yang dibuat ayahnya. Di Tron, Sam dipaksa untuk bertarung seperti di dalam sebuah game melawan juara-juara dunia digital. Tiba-tiba wanita cantik bernama Quorra menyelamatkannya dan membawanya bertemu dengan ayahnya di tempat persembunyian yang sudah ia tinggali selama 20 tahun.


Saat bertemu dengan ayahnya, Kevin mengaku terperangkap di dunia virtual buatannya dan harus bertarung dengan kembaran virtual ayahnya, Clu, yang awalnya diprogram untuk membantu mengembangkan dunia itu dan berubah menjadi jahat saat ia menginginkan untuk menguasai dunia luar.


Namun, Clu semakin kuat dengan pasukan tentara virtual yang berhasil dibuatnya dan diprogram untuk melawan Kevin yang menemukan dunia itu. Dengan dibantu Quorra, Sam, dan Kevin berusaha melawan Clu dan pasukannya untuk boleh keluar dari Tron dengan kendaraan dan senjata yang belum pernah diciptakan dengan teknologi canggih.

Motorsikal yang digunakan

Dunia Tron

Jet Tron yang dahsyat! haha



Trailer Tron Legacy



Tron Legacy nie merupakan filem aksi 3D berteknologi  tinggi dengan berlatar belakangkan dunia digital dibawah arahan Joseph Kosinski. Kalau korang nak tahu, filem ini merupakan filem lanjutan dari filem pertamanya yang dikeluarkan pada tahun 1982 bertajuk Tron dan dibintangi juga oleh pelakon peraih Oscar Jeff Bridges.


P/S :Yul cadangkan korang tengoklah cerita nie, memang seronok sangat. Apa-apa pon filem nie memang terbaik!




Read more...

Bagaimana hendak mendaftarkan akaun ChurpChurp

Korang tahu tak apa itu ChurpChurp nie? ChurpChurp nie sebenarnya merupakan salah satu syarikat pengiklanan diMalaysia sepupunya nuffnang. haha. Sama-sama syarikat pengiklanan tetapi cara untuk beriklan berbeza sedikit berbanding Nuffnang. Dengan ChurpChurp, korang cuma mengiklan iklan yang diberi oleh ChurpChurp melalui facebook dan twitter. Program ini digelar sebagai social sharing. Melalui program social sharing nie, korang akan diberi unik URL  untuk setiap iklan yang diberi kepada korang. Cara pembayaran  berdasarkan Pay Per Click, (PPC) dan timeline untuk post url ini amat penting sekali, contohnya kalau korang post kat twitter akaun pada waktu puncak gerenti ramai yang klik iklan tu, yang paling best iklan ini tidak perlu pengesahan dari pihak ChurpChurp dan korang boleh letak kat Twitter, Facebook, Blog, Buzz, YM dan lain-lain sosial media yang ada kat dunia nie. Tapi perlu diingatkan, Social Sharing nie ada syarat-syaratnya juga.

peraturannya

Korang kenalah patuhi syarat-syaratnya tu. Tetapi harus dingatkan! korang perlulah mempunyai akaun twitter dan facebook terlebih dahulu sekiranya korang nak daftar kat ChurpChurp nie. Kalau korang cuma ada salah satu je, tak boleh nak daftarlah. Tak dapat lah den nak tolong ekau! haha. Bagi yang tak tahu macam mana nak mendaftarkan akaun twitter, korang boleh rujuk kat sini.

Kalau korang dah lengkap mempunyai akaun twitter dan facebook terus je pergi ke halaman ChurpChurp nie.  

Pastikan halaman ChurpChurp yang korang pergi tu, sama macam gambar diatas nie.
kelik sign up


Isi penuh

Selepas korang dah klik kat sign up tu, nanti korang akan terjumpa halaman cmnie sama gambar diatas. Korang kena isi segala butir-butir dan maklumat yang benar dan lengkap disini. Pastikan semuanya diisi dan tidak ada kekosongan. 

Okae sudah siap akaun ChurpChurp korang nie, mudah je kan? Tak Susah pon untuk mendaftarkannya.
Jangan lupa untuk menyemak semula e-mail korang untuk pengesahan akaun ChurpChurp korang nie. Selepas tu, korang cuma tinggal connect korang punya akaun twitter dan facebook korang di ChurpChurp. Selesai semuanya, korang boleh mulakan pengiklanan korang tu, hehe. Selamat mencuba ye :)


         

P/S: Korang bolehlah buat, sementara menunggu nak dapat BE dari nuffnang.



Read more...

Malaysia Akan Ke Final?

Saturday 18 December 2010

Korang minat bola tak? haha. Yul memang minat sangat bola, tapi kalau nak maen bola tu tak ada la. Setakat maen futsal tu boleh lah. Tu pon nak separoh mampos kalau yul main. Terasa rindu pula nak main futsal nie, Dah lama gila yul tak main futsal. Al-maklumlah, sekarang nie busy sikit, nak join budak2 main pon susah sekarang nie. Kalau main futsal kompem 2-3 pagi baru balik. Pastu nak bangun pagi2 pukul 6 siap2 pergi kerja. Peh, memang tak terlarat la yul macam tu. Rasa2 tahun nie ada lah 5-6 kali yul main futsal, haha. Jadilah tu kan? Ada juga main, tak la kekok sangat. Ingat nak main futsal balik, tapi tengok keadaan dululah macam mana. Mungkin tahun depan kot. Ada bran nak lawan team gua? kehkehkeh




Tahniah kepada pasukan Malaysia yang baru2 ini telah mengalahkan Vietnam dengan keputusan 2-0 di Stadium Bukit Jalil. Malam nie pula, Malaysia akan menentang pasukan Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi, untuk berjuang menempah tiket ke final Piala Suzuki AFF 2010.  Malaysia tak pernah lagi memenangi kejuaraan Piala Suzuki AFF, harap2 Malaysia dapatlah pegang Piala Suzuki AFF tahun nie. Malam ini merupakan detik paling penting buat squad Harimau Muda kerana berhadapan dengan Vietnam ditempat lawan. Apa2 pon yul nak ucapkan semoga berjaya kepada squad pasukan Harimau Muda Malaysia nie. Walaupon yul tak dapat nak menonton secara siaran langsung disebabkan kerja, tapi yul tetap menyokong squad Malaysia! Malaysia Boleh!!

Cakap2 pasal bola nie, lupa pula Malaysia dulu pernah menentang Pasukan Brazil ketika zaman ayahpin suatu ketika dulu, haha. Korang mesti tak percaya kan ayahpin telah turut membantu pasukan Malaysia untuk terikat seri 1-1.





Kehkehkeh, harap korang enjoy tengok video Malaysia lawan Brazil nie. Tak boleh blah nak ketawa terbahak2 yul tengok video nie. 


P/S : Manchester United forever! haha 




Read more...

Motor Kapcai Mahu Tawan Dunia

Friday 17 December 2010

Assalamualaikum semua. Jawab jangan tak jawab salam nie kalau korang beragama Islam. hehe. Dah lama yul tak update entry kat blog nie. Padahal baru 1 hari je tak update. Tu pon nak kecoh kan? haha. Maklumlah ye, laptop semalam diserang virus H2N4. Tak tahu lah macam mana tiba2 virus boleh menyerang. Tension betul yul semalam tak dapat nak update blog. Nak blogwalking pon tak boleh, hehe. Sorry ye kawan2, semalam tak dapat nak balas balik lawatan korang ke blog yul nie. Tapi hari nie insyallah yul akan balas balik lawatan korang kat blog yul nie.


Sebenarnya yul ada 1 cerita yang yul nak kongsikan kepada korang. Tadi yul ada terbaca satu artikel motor kapcai nak keliling dunia. Macam mustahil je kan motor kapcai nak keliling dunia. Tapi itu bukan mustahil bagi Syed Ahmad Abdul Hadi, anak kelahiran Malaysia yang kini telah merentas 23 negara termasuk london dengan menggunakan Motorsikal Modenas GT 128cc yang digelar 'Lil G'.


Syed Ahmad Abdul Hadi merupakan adik kepada uncle seekers, telah berjaya merentas 23 buah negara antaranya Thailand, Nepal , India, Turkey, Serbia, Italy, Poland dan Perancis selama 6 bulan, bermula pada 24 April lalu. Ini merupakan kejayaan yang besar baginya dan bermacam2 dugaan yang telah dilaluinya. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya mengecapi kejayaan tersebut sekaligus telah mengharumkan nama negara.

Selepas nie, beliau merancang ingin menawan dunia pula dengan menggunakan 'Lil G' yang memakai no pendaftara QSM 17. Kalau korang terjumpa dia nie ucapkan tahniah ye untuk yul kepada beliau. hehe. Apa2pun yul nak ucapkan semoga berjaya untuk menggapai cita2nya mengelilingi dunia.

P/S : Masa untuk  yul merentas dunia dengan menggunakan lappy, hehe

Read more...

Awards Dari Yul Untuk Anda Semua

Thursday 16 December 2010

pilihan hati
Ehem2, banyak sungguh la yul terima awards dari kawan2 minggu nie, ehehe. Seronoknya dapat awards lagi. Okae awards nie datangnya dari Al-Hakim. Cantikkan awards dia. Btw terima kasih ye atas awardsnya tu. :)



Cerita pasal follower pula, kini follower blog yul sudah mencecah 111 orang! Wah!  Rasa seronok pula sebab  dalam masa 3 minggu yul mula berblogging kini  yul dah mencecah 111 orang followers. Terima kasih ye kepada semua followers yul sebab sudi juga follow blog yul nie yang tak seberapa, hehehe.

Kalau korang nak tahu siapakah follower yul yg ke 111 tu? Nie lah dia Evy dyana yang telah berjaya menjadi follower yang ke 111 yul. Jom2 pi terjah dia. No cantik tu, hehehe. 



So, yul rasa yul nak bagi awards pula kepada follower2 yul nie, tak kira lah yang berselindung mahupon yang tak nampak, ekekeke. Harap2 korang dapatlah terima ya awards yul nie yang tak seberapa, walaupon nampak comot, yang penting yul amat2 menghargai kalian. Tanpa korang disini mungkin blog yul nie tak berharga kot, hehe. Terimalah ye awards ini daripada yul sebagai tanda penghargaan yul dari hati yang suci lagi murni kepada korang :)


P/S : Terima tau! :)








Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP