Suka!

Showing posts with label ChurpChurp. Show all posts
Showing posts with label ChurpChurp. Show all posts

ChurpChurp Disalahgunakan

Friday, 11 February 2011

Korang tak tahu apa itu churpchurp? Bagi sesetengah blogger yang mempunyai akaun twitter mesti korang tahukan apa itu churpchurp. Churpchurp nie sebenarnya adalah satu syarikat pengiklanan yang menggunakan link url yang perlu diiklankan ditempat-tempat tertentu. Kira adik beradik nuffnang la jugak. Tapi caranya berbeza sikit. Nak lagi lanjut baca entri yul yang sebelum nie kat sini.

Sebenarnya entri yul hari nie mengenai penyalahgunaan link URL iklan churpchurp dalam kalangan sesetengah blogger. Bagi pengunjung yang bertandang ke blog yul dan meninggalkan mesej dishoutbox, dah semestinya yul akan membalas kembali lawatan korang tu. Cepat atau lambat janji yul balas kembali lawatan korang tu. Tapi ada satu hamba allah nie yang saje nak ambil kesempatan kat blog yul nie untuk kepentingannya sendiri. Ada kew patut dia letak URL iklan churpchurp akaun dia letak tinggalkan di link soutbox. Hampeh sungguh!
Contoh URL iklan ChurpChurp yang diberikan
Baru-baru nie yul dah terkena dah. Yul bukan nak kritik, kecoh kew apa. Cuma  rasa tertipu je. Tak puas hati betul!  Ada orang letak link yang sepatutnya diiklankan melalui cara yang betul. Tapi disalah gunakan. Yul pon tak tahu sapa punya kerjalah yang buat macam tu. Semata-mata nak tambah duit tu kat churp-churp. Korang tahu-tahu je lah kan. Bagi yang mempunyai akaun Churp Churp nie korang boleh menjana pendapatan melalui url yang mereka berikan untuk dikongsi ditempat-tempat yang sepatutnya diiklankan. 


message dari shoutbox blog yul
Tulis singgah sini, visit here lah, tapi sekali klik nama die, keluar halaman lain pulak. Dah la pakai nama fake. Pastu URL pakai iklan Churp-Churp punya. Tiba-tiba je keluar page iklan. Agak-agak la nak main tipu kan. 



klik jadi halaman nie, pastu auto ke tempat iklan.


Macam mana yul tau yang tu iklan churpchurp? Sebenarnya, yul pernah klik link churpchurp kepunyaan sendiri sebelum nie. Saje je nak test ianya berfungsi kew tak. hehe. Kita klik je link, dia tak direct terus, nanti korang akan nampak satu page macam kat gambar diatas tu sebelum ianya terus pergi kehalaman yang sepatutnya diiklankan.


Kepada yang terasa tu, sila lah sedar ye. Yul kongsikan kat korang semua disini supaya jadikan ianya sebagai pengajaran. Yul tak nak orang lain pon terkena jugak sama macam yul. Dalam berblogging nie tak payah nak tipu-tipu. Kang tak memasal kita akan rugi sendiri. 




Read more...

Kelebihan Bermain Twitter

Monday, 20 December 2010

Kebanyakkan daripada korang mesti dah ada akaun twitter kan. Setiap laman sosial yang kita gunakan tu juga mempunyai kelebihan dan keburukan masing-masing. Itu terpulang kepada pengguna yang menggunakannya. Rata-rata se,ua penduduk di Malaysia telah menggunakan akaun seperti twitter, Myspace, Facebook dan lain2 lagi. Tak kiralah artis kew, ahli politik kew, lelaki mahupon perempuan. Kanak-kanak zaman sekarang juga telah pandai  menggunakan laman sosial tersebut. Dunia sekarang dah semakin maju, zaman pon dah berubah. Tetapi hari nie yul nak bercerita tentang kelebihan bermain twitter berdasarkan dari apa yang yul gunakannya. Kalau korang dah ada twitter korang mestilah tahu kan bagaimana untuk menggunakannya.




Sebenarnya twitter juga mempunyai banyak kelebihan, kat sini yul nak rumuskan kelebihan bermain twitter nie.


1. Mencari kenalan.
Dalam mana-mana laman sosial kebiasaannya pengguna ingin mencari kenalan dialam siber melalui internet dari serata dunia. Twitter nie lebih mudah untuk digunakan sekiranya korang betul2 menguasainya. Kalau korang baru lagi memang agak sukar untuk digunakan. Kepada pengguna yang baru tu, perlulah belajar untuk menguasai menggunakan twitter nie. Bila korang dah menguasainya, korang akan berasa lebih mudah  dan tidak akan merasa kekok untuk digunakan.


 2.Berhubung dengan Artis
Artis-artis dunia hiburan nie juga kebanyakkannya menggunakan twitter. Jadi kalau korang ada twitter korang bolehlah bersembang-sembang dengan mereka. Walaupon kita tak dapat berjumpa face to face didunia realiti, tetapi kat twitter nie segalanya mungkin terjadi. Kalau artis punya fan page difacebook harapanlah nak tunggu dia balas, sebab beratus-ratus orang yang komen dalam masa yang singkat. Dengan twitter lagi mudah kot mereka nak reply.




3.Menjana Pendapatan Sampingan
Dengan twitter juga korang boleh menjana pendapatan. Apa yang yul tahu cuma syarikat ChurpChurp je yang boleh menjana pendapatan. melalui twitter. ChurpChurp nie menggunakan Pay Per Click (PPC). Semakin ramai follower korang, peratusan untuk orang klik iklan yang korang tweet tu akan tinggi. Sementara korang nak tunggu nuffnang bagi BE, korang boleh la daftar akaun ChurpChurp nie untuk menjana pendapatan sampingan. .


4.Promosi
Korang juga boleh mempromosi apa2 sahaja melalui twitter sekiranya follower anda online ketika itu. Contohnya korang tweet url blog korang kat twitter. Secara tak langsung follower korang yang terbaca tweet korang akan melihat. Ini juga salah satu tips untuk meningkatkan traffic diblog korang. Kalau follower korang lagi ramai, makin ramailah yang datang singgah ke blog korang.


Sebenarnya banyak lagi kot kelebihan bermain twitter nie , tetapi yul hanya menulis entri nie berdasarkan pengalaman yul menggunakan twitter nie. Twitter nie juga sebenarnya berbahaya untuk pengguna, kalau korang nak tahu baca lah entri yul yang lepas tentang twitter pon berbahaya. Itu semua bergantung kepada pengguna yang menggunakannya. Setiap laman sosial yang ada sekarang nie sebenarnya mempunyai keunikan dan kelemahan masing-masing. 


Yul cuma nak ingatkan kepada korang, gunakanlah ia dengan sebaik-baik yang mungkin selagi laman sosial ini masih ada. Janganlah pula korang menyalahgunakan laman sosial ini. Dan dengar khabarnya, Malaysia bercadang untuk menyekat segala laman sosial kerana telah banyak berlaku penyalahgunaannya. Sekiranya laman-laman sosial nie dah tak ada, mati kutulah korang jawabnya. Tak ada lagi tempat menghiburkan diri, melepaskan tekanan. haha


follow saya! hehe
P/S: Followlah yul ye sekiranya korang mempunyai akaun twitter nie, tu pon kalau korang sudi. Insyallah yul akan follow korang balik :)




Read more...

Bagaimana hendak mendaftarkan akaun ChurpChurp

Sunday, 19 December 2010

Korang tahu tak apa itu ChurpChurp nie? ChurpChurp nie sebenarnya merupakan salah satu syarikat pengiklanan diMalaysia sepupunya nuffnang. haha. Sama-sama syarikat pengiklanan tetapi cara untuk beriklan berbeza sedikit berbanding Nuffnang. Dengan ChurpChurp, korang cuma mengiklan iklan yang diberi oleh ChurpChurp melalui facebook dan twitter. Program ini digelar sebagai social sharing. Melalui program social sharing nie, korang akan diberi unik URL  untuk setiap iklan yang diberi kepada korang. Cara pembayaran  berdasarkan Pay Per Click, (PPC) dan timeline untuk post url ini amat penting sekali, contohnya kalau korang post kat twitter akaun pada waktu puncak gerenti ramai yang klik iklan tu, yang paling best iklan ini tidak perlu pengesahan dari pihak ChurpChurp dan korang boleh letak kat Twitter, Facebook, Blog, Buzz, YM dan lain-lain sosial media yang ada kat dunia nie. Tapi perlu diingatkan, Social Sharing nie ada syarat-syaratnya juga.

peraturannya

Korang kenalah patuhi syarat-syaratnya tu. Tetapi harus dingatkan! korang perlulah mempunyai akaun twitter dan facebook terlebih dahulu sekiranya korang nak daftar kat ChurpChurp nie. Kalau korang cuma ada salah satu je, tak boleh nak daftarlah. Tak dapat lah den nak tolong ekau! haha. Bagi yang tak tahu macam mana nak mendaftarkan akaun twitter, korang boleh rujuk kat sini.

Kalau korang dah lengkap mempunyai akaun twitter dan facebook terus je pergi ke halaman ChurpChurp nie.  

Pastikan halaman ChurpChurp yang korang pergi tu, sama macam gambar diatas nie.
kelik sign up


Isi penuh

Selepas korang dah klik kat sign up tu, nanti korang akan terjumpa halaman cmnie sama gambar diatas. Korang kena isi segala butir-butir dan maklumat yang benar dan lengkap disini. Pastikan semuanya diisi dan tidak ada kekosongan. 

Okae sudah siap akaun ChurpChurp korang nie, mudah je kan? Tak Susah pon untuk mendaftarkannya.
Jangan lupa untuk menyemak semula e-mail korang untuk pengesahan akaun ChurpChurp korang nie. Selepas tu, korang cuma tinggal connect korang punya akaun twitter dan facebook korang di ChurpChurp. Selesai semuanya, korang boleh mulakan pengiklanan korang tu, hehe. Selamat mencuba ye :)


         

P/S: Korang bolehlah buat, sementara menunggu nak dapat BE dari nuffnang.



Read more...

Dapat RM160 dari ChurpChurp!

Monday, 6 December 2010

Tadi yul buka acc ChurpChurp yul, tengok2 je yul dah earn duit dah. Korang nak tahu berapa? jeng..jeng..jeng $$1.60 je, hehehe. Macam tak percaya je kan. Lepas tu dapat tiga lagi  kempen yg ChurpChurp bagi. hoho, seronok betul! Walaupun sedikit yang yul earn tapi okae lah kan? Sementara aku nak tunggu Nuffnang bagi yul BE memang lambat lah.

RM160kan? hehe

Sangat lah banyak kan yul dapat? muahaha. Sikit2 pon tapi dapat juga hasilnya kan? Jangan jeles ye. hee. Korang dah ada kew belum acc ChurpChurp nie? Kalau belum pergi la register ye. Tak rugi pon, janji korang ada facebook dan twitter je. Baru boleh buat acc ChurpChurp. Just share je kempen yang dia bagi. Dah dapat duit. hehe. Kalau nak tahu lagi korang klik je kat sini ye :)


P/S : makin bersemangat yul sekarang nie, hehe




Read more...

Dapat Kempen Dari ChurpChurp!

Tuesday, 30 November 2010

salam semuanya. Yul tadi baru je buka e-mail nak selongkar ada posmen hantar surat tak hari ini?  Kalau korang nak tahu yul tadi dapat satu surat dari ChurpChurp. Korang tahu tak apa itu ChurpChurp? ChurpChurp nie adalah salah satu sebuah syarikat pengiklanan, macam nuffnang juga,tapi caranya berbeza. Kita hanya promote iklan yang dibagi oleh pihak ChurpChurp melalui Facebook dan Twitter sahaja. 




Dalam surat tu yul dapat kempen dari pihak ChurpChurp. Tapi dalam surat tu berbeza sedikit coz yul kena promote link yang dia bagi melalui facebook,twitter, blogger,myspace dan lain2 lagi yang korang ada. 

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP