Suka!

Showing posts with label Uncatagorized. Show all posts
Showing posts with label Uncatagorized. Show all posts

Gerakan Kristianisasi- Gejala Murtad Di Malaysia Semakin Berleluasa | Kesempitan Hidup Punca Murtad

Sunday, 7 August 2011

Yul terkejut membaca akhbar tempatan hari ini mengenai Gejala murtad di kalangan umat Islam di Malaysia yang yang dah semakin berleluasa. Sedih, kesal dan macam-macam lagi perasaan melihat golongan kita seperti itu. Orang kata, "Masakan pokok bergoyang kalau tiada anginnya" . Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, kenapa dan mengapa mereka sanggup meninggalkan Islam.

Berikut adalah kenyataan daripada seorang ibu tunggal yang dihimpit kesempitan hidup kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan. Apa-apa pon korang bace je lah.
SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.
Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.
Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.
“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.
“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.
“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.
Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.
Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.
“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.
“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.
Sumber : BHARIAN

Strategi yang digunakan gereja mempengaruhi umat Islam
  • mengadakan aktiviti memberi makanan seperti di sekitar masjid pada waktu solat Jumaat dan Maghrib
  • mengedar risalah agama ke rumah
  • memberi wang kepada pelajar.
  • beri duit dan bible kepada pelajar sekolah
Diharapkan pihak berkuasa agama mengambil tindakan tegas mengenai isu ini. Jangan hanya mendiamkan dan membisukan diri sahaja. Berapa ramai lagi kah kita mahu melihat umat Islam meninggalkan agamanya? Lebih baik kita mencegah dengan segera daripada ramai lagi umat Islam yang murtad.

P/S: Harta benda, wang, bukanlah segala-galanya. Tu semua bergantung kepada diri kita, iman kita. Kerana kita masih ada allah yang dapat kita memohon untuk meminta pertolongan. Insyallah, allah akan menolong hamba-hambanya di muka bumi ini.

Read more...

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 1432H/2011M | Tempat Lihat Anak Bulan Puasa

Wednesday, 27 July 2011

Pastinya semua umat islam tertunggu-tunggu pengumuman tarikh permulaan puasa. Tarikh melihat anak bulan ialah pada petang ahad ini, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia.



Berikut adalah tempat melihat anak bulan menurut kenyataan dari Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia:


JOHOR
Pontian Kecil


MELAKA
Kompleks Falak Al-Khawarizmi,Tanjung Bidara


N.SEMBILAN
Teluk Kemang

SELANGOR
Bukit Melawati
Pulau Angsa
Bukit Jugra
Balai Cerap Selangor,
Sabak Bernam 


PERAK
Pantai Pasir Panjang


PULAU PINANG
Pusat Falak Sheikh Tahir,Pantai Aceh


KEDAH
Kampung Pulau Sayak,Kuala Muda
Pemandangan Indah,Pulau Langkawi
Menara Alor Setar


TERENGGANU
Bukit Besar,Kuala Terengganu
Bukit Kemuning,Kemaman
Pulau Perhentian 
Balai Cerap KUSZA,Setiu


KELANTAN
Bukit Peraksi, Pasir Puteh
Bukit Kampung Tembeling,Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC,Kota Baharu


SARAWAK
Tanjung Lubang,Miri
Teluk Bandung,Kuching
Tanjung Batu,Bintulu


SABAH
Balai Cerap Al-Biruni,Putatan,
Bukit Tanjung Batu,


PAHANG
Nenasi
Gunung Berincang
Cameron Highlands
Bukit Pelindong, Kuantan


LABUAN
Menara Universiti Malaysia Sabah


KUALA LUMPUR
Menara Kuala Lumpur


PUTRAJAYA
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya,


PERLIS
Kuala Sungai Baru,Simpang Empat


Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.


SUMBER:BERNAMA

Read more...

(Gambar) Duit Syiling Baru Siri Ketiga Malaysia | Spesifikasi Dan Jenis-Jenis Syiling Baru 2012

Tuesday, 26 July 2011

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baru pada tahun depan. Sebanyak 500,000 set duit syiling peringatan telah dilancarkan pada isnin lalu (25 Julai 2011) dan akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur. 


Duit-duit syiling baru yang dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara ini.


Ciri-ciri Am
Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.


Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.
Dengan tema 'Keunikan Malaysia', ianya memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia


Siri duit syiling baru ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.


Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.


Logam baru yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.


Berikut Adalah Jenis-Jenis Dan Spesifikasi Duit Syiling Peringatan Untuk Siri Ketiga Duit Syiling Baharu Malaysia


Imej menunjukkan ciri keselamatan duit syiling 50 sen Malaysia siri ketiga
Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.
Sulur Kacang (50 SEN)
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.
Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 20 sen Malaysia siri ketiga

Bunga Melur (20SEN)
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.
Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 10 sen Malaysia siri ketiga
Motif Orang Asli (10SEN)
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.
Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 5 sen Malaysia siri ketiga
Destar Siga (5SEN)
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.
Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar.


Wang kertas Siri keempat akan dikeluarkan pada bulan september tahun ini.


Read more...

Blogger Kene Saman? | Berhati-hatilah Semasa Menulis Entri

Thursday, 16 June 2011

Assalamualakum semuanya, tadi yul ada terbaca akhbar online kosmo.Tajuk yang agak menarik. Sekarang kalau apa-apa kes orang main saman je. Senang cite. Tak payah nak pening-pening kepala lagi. Jadi, Yul kongsikanlah berita tersebut kepada korang semua agar jadi lebih insaf. hekhek ;P 

KUALA LUMPUR – Penulis blog atau blogger mempunyai kedudukan sama seperti penulis majalah atau surat khabar kerana mereka tertakluk di bawah undang-undang negara.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan tersebut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan saman oleh individu yang mendapati diri mereka telah difitnah.
“Blogger boleh dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa jika didapati cuba menghasut dan melakukan kegiatan jenayah sehingga ada pihak mengalami kerugian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Blogger dan Media Sosial Dunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Sumber : Kosmo! Online 

Begitu hebat ye penangan blogger nie. Mereka takut blogger menghasut para pembaca sehinggakan menyebabkan kerugian oleh sesetengah pihak. Padahal, blogger nie hanyalah menulis apa yang tersirat dan tersurat apa yang kita nampak dan lihat. Tak kan nak tipu pulak kot. Lagi pon berapalah sangat pendapatan yang blogger dapat nie untuk disaman?


Amaran Oleh Kerajaan Malaysia: Menulis entri yang bukan-bukan sehingga mereka kerugian dapat menyebabkan anda disaman oleh sesetengah pihak. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menulis entri. Peringatan untuk kita semua agar berhati-hati semasa menulis. Jangan sampai ada pihak-pihak tertentu menyaman kita sudah! Disebabkan oleh penulisan kita tu. Haha.

Read more...

Siapakah Blogger Of The Year? - Digi WWOW Awards

Wednesday, 25 May 2011

Semenjak kebelakangan nie, yul tengok ramai betul blogger-blogger yang mengikuti kontest best blogger of the year di Digi WWOW nie. Daripada top blogger sehinggalah yang nak tak berapa top. Semakin hari, semakin meningkat pula bilangan blogger yang mengikuti kontest tersebut. Yul rasa kontest nie bagus kot. Sebab melalui sinilah kita dapat melihat, blogger mana yang terbaik yang ada kat Malaysia nie. Dan melalui sini jugalah kita dapat melihat sejauh manakah kehebatan mereka tu. Mereka mempunyai kekuatan serta memilik pembaca tegar blog masing-masing.


Sebelum nie, yul pon ada tergerak jugak nak mengikuti kontest tersebut. Orang nak ikut, yul pon nak ikut jugak! haha. Tapi bila direnungkan semula, blog yul nie tak ada lah bagus. Tak ada lah popular sangat pon macam blog abg Ben Ashaari, Cik Epal,Anwar Hadi dan lain-lagi yang popular tu. Blog yul nie biasa-biasa je. Follower pon ciput je. Dapat dikira dengan jari lagi.


Tarikh tutup penyertaan nie sehingga 20 June 2011. Kepada sesiapa yang berminat, silalah join sekali kontest tu. Bukan setakat kategori best blogger of the year je yang korang boleh join. Macam-macam jenis kontest lagi yang diadakan. Yul pon tak berapa nak ingat sangat jenis kategori. Lebih daripada 10 kot. Mana yang dah join, bagi lah link. Nanti yul tolong vote kan untuk anda semua. hekhek.


Apa-apa pon, selamat berjaya kepada yang mengikuti kontest tu. Kalau dapat hadiah tu, sila-silalah payong yul sekali ye. hehe. 

Read more...

Festival Pesta Layang-Layang Pasir Gudang 2011

Saturday, 19 February 2011


Karnival pesta layang-layang pasir gudang kali ke-16

Karnival Pesta Layang-Layang Peringkat Antarabangsa kali ke-16 baru saje dimulakan pada 16 Februari 2011 yang lepas dan akan berakhir sehingga 20 Februari 2011 ini. Hampir seribu pelayang dari tempatan dan luar negara yang bakal menyertai festival layang-layang ini. Bermacam-macam aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak penganjur kepada pengunjung. Diantaranya pertandingan Suara Emas dan anda juga akan dihiburkan oleh artis-artis tempatan.



*credit to google

Sangat menarik bukan? Banyak layang-layang unik dan menarik yang akan diterbangkan. Korang bukan setakat dapat tengok je, korang pon dapat main jugak.

Sebenarnya yul belum pergi kesana lagi disebabkan pekerjaan menghalang yul daripada pergi kesana. Insyallah kalau tiada aral hari ahad nie mungkin nak jalan-jalan melihat pemandangan disana. Maklumlah ye, hari ahad nie hari terakhir dan penutup bagi festival layang-layang pada tahun nie. Mesti seronok pada hari tersebut tu. Rugi kalau tak pergi, sebab setahun cuma sekali je. Diantara korang semua ada yang pergi tak? hehe. :)

Read more...

Suami Bunuh Isteri Dan Simpan Mayatnya Selama 12 Tahun.

Tuesday, 15 February 2011

Tadi yul ada terbaca satu berita kat salah satu website luar negara.Ada kew patut seorang suami sanggup membunuh isterinya  sendiri? Dan menyimpan mayatnya didalam kotak besar dirumah anak perempuannya. 


Lelaki yang berusia 51 tahun tersebut ditangkap setelah menyimpan mayat isterinya selama 12 tahun dirumah anak perempuannya di Seoul, Korea Selatan. Anak perempuannya menghubungi polis, setelah menjumpai mayat perempuan didalam kotak yang sudah disimpan lebih 10 tahun dirumahnya.






Setelah diselidiki  identiti mayat tersebut, terbukti bahawa yang mayat tersebut adalah ibunya. Suspek Lee, iaitu ayah perempuan tersebut ditemui diBucheon, Barat Daya Seoul. Menurut Lee, dia membunuh dan menyimpan mayat tersebut kerana mengaku bersalah terhadap isterinya setelah bertengkar 12 tahun yang lalu mengenai  rumah. Lee didakwa menikam isterinya yang ketika itu berusia 39 tahun drumah mereka pada Jun 1999.


P/S: kejam gila kan? Tergamak lelaki tersebut sehingga sanggup membunuh isteri sendiri dan menyimpannya. Peh! gila lah. Yang tak boleh blah 12 tahun tu, haha



Read more...

Blog Aku Macam Oh Tidak!

Sunday, 13 February 2011

Salam semuanya.
Baru-baru nie yul ada terbace satu entri kat blog kawan yul mengenai jenis-jenis penulisan blog. Ulasan yang sangat menarik. Suka membacanya sampai tersengih-sengih sendiri yul baca entri tersebut! Buat entri nie pon masih tersengih lebar ke telinga. kehkehkeh


yang nie yul prnt screen dari blog beliau.


OH TIDAK! Adakah blog yul nie seperti blog tersebut? I dont think so. Tapi, Iyka cakap blog yul lebih kurang macam tu lah. Dem! Terasa nak bangga jap. Huahuahua. Actually blog yul nie pon bukan lah bagus sangat. Blog rojak kot. Entri semua campur-campur, sekejap cite mengenai fakta, sekejap cite benda pelik, sekejap cite hantu. haha. Masih baru lagi dalam dunia blogging nie. Tak sangka pulak blog yul disenaraikan dalam entri beliau mengenai jenis-jenis penulisan blog. Maceh ye iyka! Nanti aku bagi akim kat kau! wakaka



Kalau korang nak tahu lagi pi la jenguk dia kesana. Entri-entri dia pon besh! Memang happening gila baca entri dia. Tak bosan membaca entri-entri beliau tu. Kalau baca entri dia teringat  pulak kat cik epal. Kehkehkeh. Siyes, yul tak tipu. Bab-bab mengarut  merepek meraban bagai nak rak bagi je kat Iyka nie. Dia lah pengarut utama dalam dunia blog nie. Rasanya tak ada orang lain  yang boleh lawan dia. wakaka. MENGARUTLAH DALAM BERBLOG DEMI NEGARA!










Read more...

ChurpChurp Disalahgunakan

Friday, 11 February 2011

Korang tak tahu apa itu churpchurp? Bagi sesetengah blogger yang mempunyai akaun twitter mesti korang tahukan apa itu churpchurp. Churpchurp nie sebenarnya adalah satu syarikat pengiklanan yang menggunakan link url yang perlu diiklankan ditempat-tempat tertentu. Kira adik beradik nuffnang la jugak. Tapi caranya berbeza sikit. Nak lagi lanjut baca entri yul yang sebelum nie kat sini.

Sebenarnya entri yul hari nie mengenai penyalahgunaan link URL iklan churpchurp dalam kalangan sesetengah blogger. Bagi pengunjung yang bertandang ke blog yul dan meninggalkan mesej dishoutbox, dah semestinya yul akan membalas kembali lawatan korang tu. Cepat atau lambat janji yul balas kembali lawatan korang tu. Tapi ada satu hamba allah nie yang saje nak ambil kesempatan kat blog yul nie untuk kepentingannya sendiri. Ada kew patut dia letak URL iklan churpchurp akaun dia letak tinggalkan di link soutbox. Hampeh sungguh!
Contoh URL iklan ChurpChurp yang diberikan
Baru-baru nie yul dah terkena dah. Yul bukan nak kritik, kecoh kew apa. Cuma  rasa tertipu je. Tak puas hati betul!  Ada orang letak link yang sepatutnya diiklankan melalui cara yang betul. Tapi disalah gunakan. Yul pon tak tahu sapa punya kerjalah yang buat macam tu. Semata-mata nak tambah duit tu kat churp-churp. Korang tahu-tahu je lah kan. Bagi yang mempunyai akaun Churp Churp nie korang boleh menjana pendapatan melalui url yang mereka berikan untuk dikongsi ditempat-tempat yang sepatutnya diiklankan. 


message dari shoutbox blog yul
Tulis singgah sini, visit here lah, tapi sekali klik nama die, keluar halaman lain pulak. Dah la pakai nama fake. Pastu URL pakai iklan Churp-Churp punya. Tiba-tiba je keluar page iklan. Agak-agak la nak main tipu kan. 



klik jadi halaman nie, pastu auto ke tempat iklan.


Macam mana yul tau yang tu iklan churpchurp? Sebenarnya, yul pernah klik link churpchurp kepunyaan sendiri sebelum nie. Saje je nak test ianya berfungsi kew tak. hehe. Kita klik je link, dia tak direct terus, nanti korang akan nampak satu page macam kat gambar diatas tu sebelum ianya terus pergi kehalaman yang sepatutnya diiklankan.


Kepada yang terasa tu, sila lah sedar ye. Yul kongsikan kat korang semua disini supaya jadikan ianya sebagai pengajaran. Yul tak nak orang lain pon terkena jugak sama macam yul. Dalam berblogging nie tak payah nak tipu-tipu. Kang tak memasal kita akan rugi sendiri. 




Read more...

Lisa Surihani Kena Sound Dengan Blogger

Wednesday, 9 February 2011

shuwit-shuwit! lisa surihani!
Salam semuanya. Apa kes nie artis kesayangan aku nie kena sound?  Blogger mana pulak yang berani sound die nie? Diantara korang mesti dah ada yang tahukan pasal nie semua. 
Bermulah la kisah 
Kalau korang nak tahu, blogger 1 juta nie yang sound Lisa Surihani tu. Kejam sungguh kan! Pasal apa kena sounds pulak? Nak kata sound pon tak jugak. Just bagi nasihat je kot. Tu pon kat dunia maya dilaman sosial twitter! Saje je buat tajuk entri kasi gempak sikit! haha. Actually pasal Retweet je kat Twitter nie. Yela, kalau main twitter nie agak-agak lah. Kalau nak RT tu, RT lah yang berguna kat follower mereka tu. Nie tak, semuanya dia bedal dengan RT je. Manalah orang tak berangin kan? Kalau yul pon berangin jugak kot!

Tak dilayan ! haha
Akhirnya dibalas juga oleh Lisa Surihani, hehe
Tapi, yul memang sokong dengan statement redmummy nie. Nasib baik redmummy menggunakan ayat yang baik untuk menegur Lisa Surihani nie. Mana taknya kan. Habis penuh notification dengan RT RT die je. Yul nak baca tweet terbaru dari orang lain pon terpaka scroll mouse ke bawah. Macam twitter nie dia punya sorang je kan. Tu baru sorang je, belum lagi dengan artis-artis lain yang menggunakan twitter nie. Tahulah korang semua pandai main RT RT nie. 



kan tak memasal kene sekolah balik dengan redmummy

Tapi Lisa Surihani dia dah mintak maap dah. Terima kasih ye atas kerjasama dan memahami kita sebagai followers nie. Kepada korang yang nak reply tweet dari membe-membe korang tu tak payah la nak pakai RT RT tu segala. Menyusahkan kita je sebagai follower. Kang tak memasal pulak kena sound dengan orang lain. hahaha
Kepada follower-follower twitter yul, korang jangan risaulah ye. Notification korang tak penuh pon dengan RT yul! haha. Seriously, yul memang tak pandai langsung nak RT RT.  Maklumlah ye, still newbie dalam twitter nie. Follower pon masih ciput je lagi. Pernah jugak buat tapi tak jadi pulak. hampeh! Malu gile ada lah!


P/S: Kalau ada twitter follow me okae! hee. kompem yul akan follow korang balik. Boleh la kita main tweet-tweet. hee



Read more...

Bapok!

Tuesday, 8 February 2011

Bapok atau nama lainnya nyah atau pondan. Korang pernah jumpa pondan tak face to face? Yul memang pernah jumpa face to face. Banyak kali jugak kot!  Ada yang cun sebijik macam artis. Boleh tergugat iman tengok bapok nie. haha. Dan ada jugak yang buruk macam tongkang pecah!




Mengaku bapok nie, yang die nie sundal malam, haha


Tapi yul pelik kenapa dieorang nie jadi bapok? tak ada kerja lain kew selain jadi bapok nie? Kerja halal banyak, jalan maksiat nie jugak yang dia pilih. Tak tau nak cakap apa sebab bapok tak bagi jawapan kat yul. Menurut apa yang yul tahulah kan. Sebenarnya mereka nie dah dilahirkan dengan sikap yang agak lembut. Dan kebanyakkan mereka berusaha untuk kelihatan seperti perempuan. So, bila nak mintak kerja tu susah sikit sebab kebanyakkan syarikat tidak mahu mengambil mereka yang mempunyai sifat yang agak keperempuanan yang melampau. Jadi, jalan yang terbaik mereka pilih sendiri ke arah menjadi bapok. Menyampah aku nyah!


Ada sekali tu yul dengan kawan-kawan saje je jenjalan kat area bapok dekat pandan,jb tu.  Bagi yang berasal dari johor bahru kompem korang tau kan port-port bapok nie. Yang aku tahu cuma tiga tempat je kot kat johor bahru nie. Memang ramai jugak lah bapok-bapok tu melepak bersama geng dieorang menunggu customer datang. Adalah lebih 10 orang dekat situ. So, kiteorang berhentilah kat tepi tu. Saje je nak usha-usha die. Kehkehkeh. Maksud yul bukan nak tergedik-gedik adjust die k. Cuma saje je nak borak-borak kosong dengan mereka. 


"Berapa 1 malam ?" tanya member yul


"kenapa nak kew?" jawab bapok tu


"Tanya je dulu, mana tau kat sini lagi murah kew" jawab member yul balik


"Kalau isap RM 60, main RM 100 je." Jawab bapok tu dengan nada selamba


"Mahalnya? Tak boleh kurang lagi?" tanya memberku lagi


"Nak kew tak nak? Kalau tak nak sudah. Tu dah kira murah dah." Jawabnya lagi dengan nada yang agak tinggi.


Peh! Marah gila seh bapok nie mintak kurang. Memang tak boleh blah. Kau ingat kiteorang nie gersang sangat kew nak main dengan lelaki bajet perempuan? Eeeiii! geli seh! Silap-silap boleh muntah kuning.
Yang paling yul geli sekali dia nak main pegang-pegang pulak! Nak bermesra la konon macam cite Titanic tu. Geli mak nok!  kahkahkah. Cepat-cepat yul tutup tingkap kereta tu. Terus blah dari tempat tu. Kalau tak sia-sia je yul kena cabul free dengan bapok tu. Habis teruna ku dicabul! 


Untuk pengetahuan korang lah. Bapok nie die tak suka dengan perempuan. So, kalau lepas nie ada diantara korang nak pergi survey-survey port bapok tu, janganlah bawak perempuan ye. Kang tak memasal kenderaan kau hancur kene sebat dengan bapok.



Read more...

Blog Ngeri Kini Dah Kembali!

Thursday, 3 February 2011

Salam semuanya,. Sedih gila yul hari nie sebab terpaksa kerja ketika orang lain sedang bercuti. Ingatkan dapat cuti, tiba-tiba je kene kerja. Tak pe lah kan, nak carik rezeki untuk hidup. Nak buat macam mana. Sebenarnya yul ada benda yang menarik yang yul nak kongsikan kat korang. Blog nie dah lama menghilang akibat dibanned oleh google. Tapi akhirnya kini kembali semula.


Korang pernah dengar tak blog Kari-Ngeri nie? Tipulah kan kalau korang tak pernah dengar nama blog nie . Yul rasa ramai dah tau kot mengenai blog nie. Apa yang yul tahu lah kan, sebelum nie, blog tersebut telah di banned oleh google disebabkan isi kandungan blog tersebut memang amat mengerikan!  Kalau korang yang tahu kompem lah korang kenalkan. Baru-baru nie, Kari ngeri kini telah hadir kekancah blog sekali lagi setelah sekian lama menghilang menyepikan diri. Walaupon sebelum nie dah berapa banyak kali blog yang beliau cipta telah dibanned. Tetapi usaha S.A dalam menerbitkan gambar-gambar yang mengerikan tetap diteruskan. Kalau korang nak tahu, yul memang suka mengikuti ruangan-ruangan macam tu. 




Kari ngeri berwajah baru


Sekarang nie blog tersebut berwajah baru. Artikel blog tersebut yang paling yul tak boleh blah. Mati ketika melancap. Kahkahkah. Rasanya orang tu dah gersang gila kot sampai tak tahan. Mati pon masih ..Tut.. Korang pergilah jenguk sendiri ye, yul malas nak cakap kat sini. Paham-paham je lah ye. Bagi yang tak kuat semangat, yul sarankan korang janganlah pergi. Takut-takut kang korang terkejut pulak tengok gambar-gambar kat blog tu.


P/S: Ibu mengandung, Orang tua , kanak-kanak dibawah umur dilarang sama sekali untuk menjejak ke blog tersebut. Segala apa yang berlaku tu diatas tanggungan korang sendiri. Kalau nak pergi jugak klik (open new tab) kat sini



Read more...

Rumah Paling Pelik dan Unik

Saturday, 29 January 2011

Salam semuanya. Dah lama jugak eh, yul tak update dengan entri terbaru kat blog nie. hehe. Yul bukan tak nak update, cuma rasa malas pulak nak update. Maklumlah ye, GB dah lebih limit. Baru perasan broadband dah lebih limit.  So, malas la nak update entri dengan keadaan internet yg lembab.  Nak upgrade volume GB, tapi kena tunggu hari isnin nie ler.  hehe. Tapi hari nie terpaksa jugak yul nak update entri sebab dah lama tak update kan, walaupon kepantasan internet tersangat lah lembab. Actually, hari ini yul nak kongsikan benda yang sangat menarik. 


Berbalik kepada tajuk utama. hurm. Korang pernah tengok tak rumah dibuat daripada bola pingpong? Bunyinya macam pelik je. Mustahil kan rumah boleh dibina hanya menggunakan bola pingpong je. Tapi tu lah kenyataannya.


ruangan tempat tidur

almari pakaian




Rumah bola ping pong tersebut merupakan milik Daniel Arsham yang terletak di Brooklyn, New York, US.  Rumah ini menggunakan sebanyak 25 ribu biji bola pingpong untuk membinanya dan hanya mempunyai bilik tidur dan almari pakaian sahaja. Walaupon ianya sangat kecil untuk didiami, tetapi rumah ini sangatlah unik. Tak pernah kot dibuat orang. Rumah ping pong ini mengambil masa kurang 2 bulan untuk disiapkan dan menelan kos belanja sebanyak $$ 100 dolar. Lebih kurang RM300 ringgit dah dapat rumah.


P/S :Murah gila kan buat rumah nie dengan bermodalkan tak sampai RM 400 je. Kalau korang susah sangat nak beli rumah, just buat je rumah ping pong macam nie. hehehe




Read more...

Mengapa Cincin Perkahwinan Harus disarungkan Dijari Manis?

Wednesday, 26 January 2011

Salam semuanya. Entri yul pada hari ini mengenai jari. Biasanya, kalau kita melihat orang mengadakan pernikahan, mesti kita akan melihat cincin itu akan disarungkan dijari manis. Banyak manusia yang tertanya-tanya, kenapa mesti disarungkan dijari manis dan bukan dijari yang lain? Adakah korang tahu?





Ada mitos yang mengatakan bahawa ibu jari mewakil ibu bapa kita, jari telunjuk  mewakili adik beradik, jari kelingking mewakili anak-anak, dan jari manis pula mewakili pasangan hidup. 

Setiap manusia pasti mengingikan pernikahan mereka kekal selama-lamanya sehingga akhir hayat manusia. 

Untuk membuktikannya kebenarannya. Korang cuma ikuti setiap arahan dibawah ini.

Gambar nie bukan main buah tangan k. haha
  • Jari kanan dan kiri dicantumkan mengikut setiap jari.
  • Kemudian, jari tengah korang dimasukkan kedalam,(seperti gambar diatas)
  • Selepas tu, korang cubalah leraikanlah ibu jari korang daripada bercantum. Ibu jari mewakili ibu bapa kita boleh terlerai, kerana kita akan membentuk suatu keluarga baru. Dengan itu, kita akan membentuk kehidupan baru yang terpisah dari orang tua.
  • Cantumkan semula ibu jari korang. Kemudian leraikan jari telunjuk korang pula. Jari telunjuk mewakili adik . Jari itu boleh terlerai kerana mereka akan memiliki keluarga dan kehidupan sendiri yang terpisah dengan korang.
  • Tutupkan kembali jari telunjuk  dan buka jari kelingking korang tu. Jari Kelingking  mewakili anak-anak korang. Ianya juga lebih mudah untuk dileraikan. Cepat atau lambat, suatu masa juga anak-anak korang akan membina rumah tangga dan akan berpisah dengan korang.
  • Seterusnya, tutupkan kembali jari kelingkin korang.  Kemudian leraikan jari manis korang, jari untuk korang menyarungkan cincin perkahwinan tersebut. Korang akan berasa hairan dan tertanya-tanya, mengapa jari kelingking tersebut tidak boleh dileraikan? Jari manis ini mewakili suami atau isteri. Maksudnya, Korang akan terus hidup bersama-sama didunia ini dan korang akan terus bersama dalam menjalani kehidupan yang kekal abadi.
Itulah jawapannya, mengapa cincin kahwin disematkan dijari manis. Sama ada benar atau tak, yul tak pastilah. Sebab ia adalah sekadar mitos sahaja.





Read more...

Apa Yang Menariknya Membaca Novel?

Sunday, 23 January 2011

Salam Semuanya..






Entri yul pada kali ini berkisahkan novel pulak. Maklumlah singgah sana orang bercerita Novel, singgah situ pulak benda yang sama jugak. Korang suka baca novel? Mesti ramai yang suka baca novel kan? Lagi-lagi kalau perempuan. Peh, kompem berlambak-lambak koleksi novel yang dibeli simpan kat rumah. Yang pastinya novel berkisahkan cinta? Kebanyakkan remaja sekarang zaman sekarang nie suka novel-novel macam tu. Romantik lah, jiwang lah, ntah pape je lah. Yul memang tak minat kot. Lelaki pon ada jugak tau baca novel-novel macam tu. Macam tak percaya je. Tapi tu lah kenyataannya.






Salah satu novel tingkatan yang yul baca dulu-dulu



Yul pernah baca novel semasa waktu sekolah je. Tu pon novel-novel tingkatan. Teringat lagi waktu-waktu zaman dibangku sekolah dulu. Tiap-tiap tahun mesti kene baca novel. Dalam setahun tu 1 novel je lah kot yang yul baca. Tu pon susah nak dihabiskan. Berbulan-bulan jugak nak menghabiskan baca tu. Habis baca, satu ape pon tak paham. Apa yang yul baca pon tak tahu lah. Buang masa je kan? haha. Korang tahu-tahu je lah ye. 


Harry Potter episod yang ke 4

Tapi hanya satu novel je yang yul minat baca, dan dah katam 2 kali kot. hehe. Novel Harry Potter: The Prisoner of Azkaban. Memang seronok baca novel nie. Sebab novel nie banyak plot-plot yang menarik sehingga membuatkan yul tak berhenti membacanya sehingga tamat. Walaupon ceritanya agak mengarut, tetapi novel ini membuatkan kita berimaginasi seolah-olah kita nie berada ditempat tersebut. Beratus-ratus muka surat novel nie, tapi yul dapat menghabiskan dalam masa 3 hari je. Apa yang menariknya tu korang kena baca sendirilah. Novel nie dah lama dah pon. Ada lah dekat 4 tahun yang lepas. Nie lah novel pertama dan terakhir kali kot yul membeli dan membacanya.

Sebenarnya yul tak berapa minat sangat nak baca novel-novel nie. Kalau bosan tahap gaban sampai tak tahu nak buat apa, baru yul mula membaca. Yul pernah baca novel cinta-cinta nie, tapi baca 2 muka surat je kot. Bosan seh. haha.
. 


Koleksi novel-novel cinta

Novel cinta yang belum yul baca, hehe


Sebab kenapa tak suka baca novel?

  • Tebal sangat. Kalau dah namanya novel, kompemlah tebal kan? Tapi yul memang tak suke pon baca buku yang tebal-tebal nie sampai ayatnya berjela-jela. Boleh juling membacanya. hehe. Lagipon bukan dapat ilmu atau info-info yang memberi manfaat kepada kita semua. 
  • Ayat berbunga-bunga. Biasanya ayat berbunga-bunga macam nie novel cinta je kan? Tapi kebanyakkan novel-novel cinta sekarang nie dah tak ada lagi kot. Sebab penulis novel tersebut baru sedar, kebanyakkan pembaca sebenarnya tak suka ayat bermadah-madah, jiwang, dan apa-apa jelah yang berkaitan. Pembaca kini lebih gemar novel cinta yang menggunakan ayat yang sempoi. 
  • Tak minat membaca. Remaja zaman sekarang nie lebih gemar membaca komik-komik atau pon majalah-majalah seperti gempak, utopia, remaja dan lain-lain lagi. Kebiasaannya orang yang suka membaca novel nie jenis yang skema. Budak yang pakai cermin mata nie je yang rajin kan. hehehe

Nie semua berdasarkan pengalaman dan daripada apa yang yul lihat. Kalau ada pembaca tegar novel yang terasa, yul mintak maaf sangat-sangat k. Bukan nak menyinggung mahupon mengkritik. Cuma nak luahkan je apa yang tersirat kat dalam hati nie. 


P/S: Tapi tu dulu lah, sekarang nie yul dah jadi penulis blogger pulak. hehe. Tak suka baca novel, tapi suka baca entri blogger. Okae lah tu, sekurang-kurangnya ada juga kita membaca kan? Kira macam novel jugak! hehe.







Read more...

Follower?

Friday, 21 January 2011

Salam semuanya. Setelah sekian lama yul tidak mengemaskini blog yul ini dengan entri terbaru. Akhirnya, kini yul kembali ber-blogging semula seperti biasa. Baru 2 minggu meninggalkan, tetapi terasa macam sebulan je. Sepi pula tatkala melihat blog ini tanpa disajikan dengan entri-entri terbaru untuk tatapan korang semua. hehe.


200 follower!
Kini, follower yul telah mencecah sebanyak 200 orang! Yeah! Seronoknya sebab ada juga yang sudi follow blog yul nie walaupon tak sebarapa sangat lah kan blog yul ini. Banyak kew follower yul nie? Bagi yul, memang banyak kot buat setakat sekarang ini, daripada yul mula ber-blogging pada 2 bulan yang lepas sehingga kini. walaupon mungkin juga ada sesetengah pihak yang mengatakan ianya jumlah yang agak kecil. Tapi bagi yul, ianya cukup memadai dengan apa yang ada sekarang ini. Hanya 2 bulan sahaja, kini yul dah boleh mendapatkan 200 follower. Bersyukur  dengan apa yang ada sekarang ini. Maklumlah ye, yul nie bukan lah siapa-siapa didunia blog ini. Hanya seorang penulis yang ingin melepaskan rasa kebosanannya untuk meluangkan masa disini. Lagipon yul cuma berblogging nie pada waktu malam je. Siang sibuk dengan kerja. hehe. 


Mungkin bagi orang lain, mereka boleh mendapatkan lebih banyak follower dengan cepat dan mudah. Itu semua bergantung kepada keterampilan serta daya tarikkan didalam blog mereka sehingga ada yang sudi menjadi follower kita. Setiap penulis blog mesti ada ciri-ciri serta daya tarikkan masing-masing yang tersendiri. Kalau korang nak tahu, cik epal merupakan antara salah seorang blogger yang yul kagumi dan sangat suka membaca entri dia, sebab ayat yang dia gunakan memang sempoi habis. Pertama kali yul baca entri beliau ketika yul mula berblogging dulu agak tercengang. Khusyuk je membacanya. Lepas baca macam tak sabar nak tunggu entri dia yang seterusnya. Yul bukan tak suka baca entri-entri korang , cuma entri beliau agak unik sedikit kot. Berbeza dengan yang lain. Tak tahulah apa yang uniknya. Kadang-kadang yul terpikir, entri-entri dia, yul rasa kebanyakkan mengisahkan berdasarkan kehidupannya, tetapi ramai yang menjadi follower beliau. Tak tahu pulakkan kalau orang lain yang membacanya. Bagi yul memang menarik entri dia.


Kalau blog yul korang jangan tanyalah ye, sebab blog yul nie jenis rojak. Rojak apa? Lu pikirlah sendiri. hehe. Segala macam bercampur-aduk dalam blog ini. Sebab inilah yul yang sebenarnya kot. Suka bermacam-macam benda yang ingin dikongsikan disini. Yul menulis entri ikot suka je! Korang pon boleh tengok sendiri blog yul ini macam mana.   :)


Apa-apa pon yul nak ucap terima kasih kepada follower yul semua. Bagi yang dah follow yul tetapi yul tak follow korang kembali tu, tinggalkanlah link anda tu ye, supaya senang yul nak jejak ke blog korang. Boleh yul membaca entri-entri di blog korang. Tanpa korang semua, yul bukanlah siapa-siapa disini. hehe. Ayat tak boleh blah! :P Tetapi itulah kenyataannya kan?


Selamat berblogging! Jadilah diri anda yang sebenarnya!















Read more...

Jom Undi Mereka!

Monday, 17 January 2011


Salam semuanya. Wah-wah! Baru je habis Anugerah Juara Lagu, kini tiba pula Anugerah Bintang Popular 2010 Berita Harian yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi. Siapakah yang bakal menjadi juara pada musim ini?  


Kalau tengok dari calon-calonnya memang hebat-hebat belaka!  Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.




Lisa Surihani kini meraih undi sebanya 1124. Peh! banyak gila siot! Salah satu artis kegemaran yul bagi calon wanita.






Antara artis top 5 yang paling banyak meraih undi. Macam pilihanraya pula kan? ehehe. 


Apa tunggu lagi, jum la kita pi undi artis kesayangan korang tu! Kalau nak undi korang klik  kat disini (open new tab). Pastikan undi anda pilihan yang tepat. hehe


P/S: Kalau laki, yul pilih rakan yul sendiri. AKIM! Kesian dia dapat sikit je undi. haha




Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP