Bagaimana hendak mendaftarkan akaun ChurpChurp
Sunday, 19 December 2010
Korang tahu tak apa itu ChurpChurp nie? ChurpChurp nie sebenarnya merupakan salah satu syarikat pengiklanan diMalaysia sepupunya nuffnang. haha. Sama-sama syarikat pengiklanan tetapi cara untuk beriklan berbeza sedikit berbanding Nuffnang. Dengan ChurpChurp, korang cuma mengiklan iklan yang diberi oleh ChurpChurp melalui facebook dan twitter. Program ini digelar sebagai social sharing. Melalui program social sharing nie, korang akan diberi unik URL untuk setiap iklan yang diberi kepada korang. Cara pembayaran berdasarkan Pay Per Click, (PPC) dan timeline untuk post url ini amat penting sekali, contohnya kalau korang post kat twitter akaun pada waktu puncak gerenti ramai yang klik iklan tu, yang paling best iklan ini tidak perlu pengesahan dari pihak ChurpChurp dan korang boleh letak kat Twitter, Facebook, Blog, Buzz, YM dan lain-lain sosial media yang ada kat dunia nie. Tapi perlu diingatkan, Social Sharing nie ada syarat-syaratnya juga.
peraturannya |
Korang kenalah patuhi syarat-syaratnya tu. Tetapi harus dingatkan! korang perlulah mempunyai akaun twitter dan facebook terlebih dahulu sekiranya korang nak daftar kat ChurpChurp nie. Kalau korang cuma ada salah satu je, tak boleh nak daftarlah. Tak dapat lah den nak tolong ekau! haha. Bagi yang tak tahu macam mana nak mendaftarkan akaun twitter, korang boleh rujuk kat sini.
Kalau korang dah lengkap mempunyai akaun twitter dan facebook terus je pergi ke halaman ChurpChurp nie.
Pastikan halaman ChurpChurp yang korang pergi tu, sama macam gambar diatas nie.
kelik sign up |
Isi penuh |
Selepas korang dah klik kat sign up tu, nanti korang akan terjumpa halaman cmnie sama gambar diatas. Korang kena isi segala butir-butir dan maklumat yang benar dan lengkap disini. Pastikan semuanya diisi dan tidak ada kekosongan.
Okae sudah siap akaun ChurpChurp korang nie, mudah je kan? Tak Susah pon untuk mendaftarkannya.
Jangan lupa untuk menyemak semula e-mail korang untuk pengesahan akaun ChurpChurp korang nie. Selepas tu, korang cuma tinggal connect korang punya akaun twitter dan facebook korang di ChurpChurp. Selesai semuanya, korang boleh mulakan pengiklanan korang tu, hehe. Selamat mencuba ye :)
P/S: Korang bolehlah buat, sementara menunggu nak dapat BE dari nuffnang.
4 comments:
salam
dah daftar sebelum ni, tapi tak fhm mana nak iklan macam mana, bila dia bg assingmnt..kita just complatekan je..huhu...mmg blurr...
@ sepatu hijau, la tak faham kew? just share je url yang diberi tu, url untuk setiap orang berbeza2. pendapatan yang kita terima berdasarkan pengunjung yg klik kat url kita tu. huhu.
hehe...nice one...saya suka ayat yang last tu :
Korang boleh buat sementara nak dapat BRE...
apa kaitannya?
@BeaN MorENo, boleh la register churp2 nie kalau nak cari pendapatan yang lain sementara nak dapat projek dari nuffnang tu, huhu, ada paham?
Post a Comment