Suka!

Kasut Giraffe Sesuai Untuk Lelaki Yang Kurang Tinggi

Saturday 11 December 2010



Kasut  berjenama Giraffe
Selalunya wanita menggunakan kasut bertumit tinggi untuk tampil lebih tinggi dan langsing, tapi bagaimana pula dengan lelaki?  Berita baik untuk lelaki yang mempunyai kurang tinggi, kini kasut elevator berjenama Giraffe mengemukakan produk keluarannya yang mampu memberikan bantuan kepada lelaki yang memiliki ketinggian yang sederhana. 

Jika dilihat daripada luaran, kasut elevator ini seperti kasut biasa, tapi apa yang membezakannya ialah penggunaan pelapik dalam kasut. Pelapik terbabit boleh menambah ketinggian seseorang sebanyak enam hingga 10 sentimeter.

Kasut berjenama ini juga berfungsi untuk memperbaiki postur tubuh seseorang. Ia direka menggunakan bahan berkualiti tinggi dan teknologi Nano HexComfort dari Amerika Syarikat yang dapat memberikan pemakainya sokongan daripada jari kaki ke tumit.

Ia juga mempunyai lapisan penyerap tekanan yang mampu melindungi kaki daripada kesan aktiviti lasak yang boleh memberikan tekanan pada tapak kaki, kaki dan bahagian belakang. Sebagai tambahan, Teknologi Nano HexComfort membantu mengurangkan tekanan berat badan ke atas tapak kaki sebanyak 90%. Ciri ini penting bagi mengurangkan keletihan pada kaki.

Kasut Giraffe boleh didapati dalam dua kategori iaitu eksekutif rasmi dan kategori kasual aktif pada harga antara RM200 hingga RM400 sepasang.





0 comments:

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP