Suka!

Counter Strike Versi Melayu

Sunday 12 December 2010

Salam semuanya, kali nie yul nak terbitkan entri mengenai permainan komputer. Game Counter-Strike merupakan permainan komputer yang digilai ramai, tidak kira usia, yang kanak2 mahupon yang dewasa, yang perempuan mahupon yang lelaki. Kadang2 kalau yul bosan pon main game nie. hehe. Kalau korang tak tahu permainan nie korang boleh la mencuba ye.




Tapi kebiasaannya game ini dimainkan oleh kanak2 yang diperingkat sekolah. Dulu, semasa yul dizaman kanak2, yul selalu bermain game nie. Waktu tu yul masih  didarjah 2. Permainan komputer nie memang berhantu, asyik2 ingat game nie je. Balik sekolah je terus pergi ke Cyber Cafe, semata2 nak main game nie bersama dengan kawan2. Memang seronok game nie kalau bermain beramai2. Pernah sekali tu, yul cabut sekolah dengan kawan2 sebab nak main permainan counter-strike nie, tapi kantoi juga akhirnya dengan Ustadz sekolah yang datang nak mencari budak2 ponteng sekolah. Nasib baiklah Ustadz tu tak ambil apa2 tindakan pon. Sebab ramai sangat budak ponteng sekolah. Mungkin dalam berbelas2 juga kot. haha. Ustadz tu datang pon tak boleh nak buat apa. Datang just kira2 berapa ramai yang ponteng. Kelakar betullah bila yul imbas balik kenangan sewaktu sekolah dulu.


counter-strike 1.6
*flasback sebentar, hehe

Berbalik kepada tajuk utama. Sememangnya korang tahukan permainan nie. Tapi ada kew Versi Melayu? Korang saksikan video ini dahulu.



Kelakar sungguh kan? Haha. Walaupon senapang yang dia gunakan kelihatan pelik, tapi lakonannya sungguh mantap! Yul memang suka tengok video ini. Memang terbaik lah dieorang nie, thums up for them! Sungguh kreatif, effect suara counter-strike dengan lakonan dieorang nampak seperti real je. Terkenang balik sewaktu yul main counter-strike dulu2.


*P/S : Ada sesiapa yang berani nak lawan yul? hehe ;P

7 comments:

Mohamadazhan.com 12 December 2010 at 21:50  

haha,layan btul.terbaik, cuma bilik tu cm xsesuai

Melon 12 December 2010 at 21:58  

credit to the dudes yg wat video tu~~ damn funny! hahahaha!

YUL 12 December 2010 at 22:02  

@mohammad, haha, tahu tak pe. memang mmg terbaik dieorang nie!

@melon. hahaha, kelakar gila kan? yul memang suke tengok video dieorang nie,

ros 12 December 2010 at 22:14  

haha,,menarik btol video tu,,sumpah lawak,,=P haha,,

YUL 12 December 2010 at 22:20  

haha. lawak kan? yul pon nak pecah perot tengok,

apdm 12 December 2010 at 22:42  

salam/...

sy sy sy ...

YUL 12 December 2010 at 22:50  

w'salam. hehe. kenapa dengan awak?

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP