Suka!

Harimau Malaya Membaham Garuda! Tahniah kepada Pasukan Malaysia

Sunday 26 December 2010

Salam semuanya, Alhamdullilah akhirnya kemenangan berpihak kepada Malaysia pada perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki malam ini menentang pasukan Indonesia. Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang telah mencatat kemenangan bergaya 3-0. 




ribuan penyokong Malaysia di Stadium

Kemeriahan tetap dirasai





Hampir 100,00 penyokong telah datang ke stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan secara langsung perlawanan tersebut. Yul berbangga dengan kejayaan yang Malaysia kecapi nie. Im proud to be Malaysian! Terasa bahang kemeriahan kat rumah, walaupon yul tak dapat nak tengok secara langsung kat stadium Bukit Jalil nie. hehe


Rasa kecewa juga yul masa menonton aksi pada separuh pertama nie, sebab Malaysia tak dapat nak jaringkan sebarang gol. Yang paling yul tak suka sekali melihat segelintir penyokong yang memancarkan laser ke arah pemain-pemain lawan dan menyebabkan permainan tergendala buat sementara waktu pada minit ke-54. Dimanakah adab penyokong Malaysia nie? Jangan tunjukkan kebiadapan korang semasa permainan sedang berlangsung. Walaupun sebelum ini penyokong Indonesia menunjukkan kebiadapan mereka dengan melaungkan kata-kata yang kesat sewaktu beraksi diperingkat kumpulan, tetapi janganlah kita terpengaruh dengan etika penyokong mereka untuk saling berbalas. 




Malaysia mencipta gol!


Harimau Malaya mula menunjukkan taringnya pada babak kedua. Yul tengok Malaysia bermain dengan sangat cemerlang. Harimau Malaya mula meratah daging-daging Garuda dengan menjaringkan 3 gol berbalas 0. Dua gol dijaringkan oleh Safee Sali pada minit ke-59 dan minit ke-73 dan 1 gol dijaringkan oleh Ashari pada minit ke-67. Bagi yul, Malaysia sebenarnya boleh menjaringkan lebih banyak gol lagi pada minit-minit terakhir tu. Tetapi apa-apapun kita patut berbangga dengan kejayaan pasukan Harimau Malaya nie yang menjadi kebanggan negara kita. Fanatik Garuda mula meninggalkan stadium pada babak-babak terakhir akibat melihat aksi permainan Indonesia yang agak menghambarkan.


Yul tadi ada terbaca komen-komen pengguna facebook Indonesia. Mereka tidak berpuas hati melihat aksi permainan yang berlangsung. Macam-macam kata-kata kesat yang dilemparkan oleh pengguna nie. Yul mengakui ada segelintir penyokong Malaysia yang biadap. Tetapi itulah adat ketika aksi permainan bola sepak sedang berlangsung. Dimana-mana sahaja perlawanan terpenting yang berlangsung, pasti ada kekecohan.




bertemu pada pusingan kedua, 29 Disember 2010 nanti!


Namun begitu, kita janganlah berbangga sangat, sebab pertandingan masih belum berakhir. Selepas nie Malaysia akan bertandang pula ke Stadium gelora Bung Karno untuk perlawanan pusingan kedua. Harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku. Tetapi kemungkinan besar fanatik garuda pasti akan melakukan kejutan pada perlawanan seterusnya nanti. Adakah Harimau Malaya akan terus meratah daging Garuda? haha . Kita tunggu dan lihat je nanti :)  



26 comments:

Anisa 26 December 2010 at 23:12  

tahniah malaysia!

yg pastinya goal kepeer hensem
huahua

YUL 26 December 2010 at 23:26  

@ Anisa Hang Tuah, haha, pemain Malaysia semua ganteng2, ehehehe

a.R 26 December 2010 at 23:39  

setuju ngn anisa hang tuah.....~

keeper malaysia stylo tuhh...

YUL 26 December 2010 at 23:47  

@ Sae, ceh! mmg stylo pon, tapi rasanya lagi kiut yul kot, ehehehe ;P

gegurlpink 26 December 2010 at 23:51  

pemain best penyokong idioT!!! YG BG LASER TU

YUL 26 December 2010 at 23:52  

@ gegurl pink , tau tak apa. yang main2 laser tu bongok la, memalukan betul.

It's Me, Shah! 27 December 2010 at 00:09  

yeahh terbaek! baru pertama kali aku tgk Malaysia main dgn agresif. semoga berjaya di jakarta nanti!

Anati Soki 27 December 2010 at 00:13  

yes!! puas ati tgk game mlm ni1! go malaysia!! hehhee.. anat fllw mellow kamu ye

Anati Soki 27 December 2010 at 00:13  

yes!! puas ati tgk game mlm ni1! go malaysia!! hehhee.. anat fllw mellow kamu ye

YUL 27 December 2010 at 00:13  

@ live the life, sama bro, aku pon baru pertama kali tengok malaysia main dengan power! mungkin dengan sokongan padu daripada penyokong kot, sbb tu power

YUL 27 December 2010 at 00:17  

@ ANATI SOKI,hoho, samalah yul, bangga malaysia dah semakin power! thx for follow, yul follow awk balik, hee

YUL 27 December 2010 at 01:00  

@emeiysandra, lepas nie lawan kat indonesia pulak!

apdm 27 December 2010 at 10:40  

salam

tahniah kepada semua peminat booolllaaaa..

Yus Tawau 27 December 2010 at 13:16  

Skil pemain Malaysia memang hebat, dorang lari pun laju. Tambahan lagi keeper serta defense yang handal. Aku suka cara mereka main, pantas. Norsharul memang bijak menggelecek. Safee sali pula bijak menyudahkan hantaran kepadanya. Kunanlan pun boleh diharap. yg x best nya org indon plak ckap malaysia menang gara 2 laser 2......
adui na....dah terang2 dorang kasi goal 2 guna usaha dorang sendiri..apa pun Malaysia Boleh dan MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..mia ha ha ha

Fyda 27 December 2010 at 15:38  

sama2 sokong skuad msia utk perlawanan sterusnya. Hooyah!

S.3.V.3.N 27 December 2010 at 22:32  

thumbs up utk Norshahrul. die main bes mlm tu.

YUL 27 December 2010 at 22:53  

@cikbelog, yea! tahniah2!

Hairun Azmi 27 December 2010 at 23:15  

Waduhh...Malaysia udah guna kuasa laser Otommen untuk memfire kiper Indonesia...Si Markus gitu...

Usah ribut-ribut lagi gitu...

Tips apabila di gigit lintah

Anati Soki 28 December 2010 at 02:28  

eh tau!! time anat tgk game last nite kan.. hhehehe..anat asyik duk usya keta pink blkg gol tuh. hehehe

YUL 28 December 2010 at 05:14  

@ syira aka sepatu hijau, tahniah2! haha

YUL 28 December 2010 at 05:15  

@ Yus Tawau , sokong dengan kau bah! setuju!

YUL 28 December 2010 at 05:15  

@ live the life,mmg terbaik! kompem boleh menang lg

YUL 28 December 2010 at 05:17  

@ Miecyber, ehehehe, iya pak, semoga ga ada keributan di jakarta nanti

YUL 28 December 2010 at 05:19  

@ ANATI SOKI ,eh2 ada kew? haha, tak prsan pulak

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP