Suka!

(VIDEO) iPhone 4S vs Samsung Galaxy SII Drop Test

Wednesday 19 October 2011

Dalam video ini, mereka telah menguji ketahanan telefon bimbit iPhone 4S vs Samsung Galaxy SII untuk melihat yang mana satu kah lebih tahan lasak. Samsung Galaxy SII menunjukan bahawa ianya lebih lasak dan mempunyai sedikit calar sahaja walaupon ianya dijatuhkan dengan secara sengaja dengan ketinggian yang tertentu. Tidak seperti iPhone 4S yang pecah dan calar-balar walaupon ketinggian dijatuhkan kelantai adalah sama seperti Samsung Galaxy SII . Jadi, kesimpulannya, kalau korang menginginkan telefon bimbit yang canggih tapi yang tahan lasak bolehlah beli Samsung Galaxy S. Haha.


P/S: Jangan balik nanti korang cuba pulak ye. hikhiks. Segala apa yang berlaku tidak akan bertanggungjawab :)

Read more...

(VIDEO) Perlawanan Bolasepak Kelantan VS Terengganu | Highligt Ulangan Gol Piala Malaysia

Saturday 15 October 2011

VIDEO :SUKU AKHIR KEDUA PERLAWANAN BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA 2011 14 OKTOBER

Misi Kelantan memburu kemenangan dan jaringan untuk mengatasi jumlah argregate Terengganu lebur,apabila mereka sekadar seri 2-2 kepada Terengganu dilaman sendiri,Walaupun Kelantan menguasai permainan tetapi 2 gol terbaik mereka digagalkan oleh tiang gol dan juga kecekapan penjaga gol Terengganu.
Dalam keghairahan membara,Kelantan tersentap apabila Terengganu memperolehi gol awal melalui Ashaari Samsudin pada minit 18 dan minit 39.
Di Separuh masa kedua,corak dan rentak permainan Kelantan berubah,hasil daripada perubahan ini mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol Azamudin Akil minit 54,dan gol penalti oleh Badhri Razri.
Walaupun perlawanan berkedudukan seri,Namun Kelantan tewas melalui argregate 3-5.Sekaligus membolehkan Terengganu melangkah ke separuh akhir dengan penuh bergaya
Dibawah merupakan sedutan video perlawanan






Read more...

Rasa Bersalah Terhadap Semut? LOL!

Friday 14 October 2011

ahaha. nie barulah yang boleh dikatakan pengakuan sebenar seorang hamba allah yang rasa bersalah kerana telah memijak dan membunuh sarang semut. Tak sangka pulak yang media akhbar juga sanggup menerbitkan berita macam nie. Nak cakap kelakar pon tak jugak. Tapi jarang-jarang manusia berasa bersalah terhadap serangga seperti semut. Kalau macam kucing, hamster dan lain-lain haiwan tu boleh lah diterima lagi. Tapi serangga? Hurm.. Apa-apa pon, statement nie cukup membuatkan yul tersenyum. hekhek :P

P/S: pewaris kak limah kew nie? hekhek

Read more...

Filem Klip 3gp Movie | Sinopsis Dan Trailer

Sunday 9 October 2011

Filem lucah kah? Haha. Kebiasaannya klip 3gp sering dikaitkan dengan adegan aksi rakaman video lucah dan seks. Dalam filem Klip 3GP,One Nation Emcees adalah pelakonnya.Turut berlakon bersama mereka bekas anggota kumpulan terbabit, Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza (Kozae), selain Zahiril Adzim, Fikhree Abu Bakar, Adeline Anthony, Amanda Misbun dan Sara Ali.


Sinopsis

Klip rakaman 3gp kebiasaanya dirakam menggunakan telefon bimbit untuk tujuan yang kebanyakkannya tidak berfaedah. Ramai juga pasangan yang melakukan hubangan sulit merakam adegan lucah mereka dengan menggunakan telefon bimbit.

Simpanan video peribadi tersebut akhirnya tersebar dilaman internet akibat daripada kecuaian masing-masing.
Filem Klip 3GP ini sebenarnya ditulis oleh Sofea Aliza. Ianya menggabungkan empat penceritaan yang mempunyai kisah tersendiri. Kisah pertama mengenai Eddie yang mengecapi kejayaan perniagaan internetnya pada usia seawal 20-an. Kisah kedua pula mengenai Maya Akhtar, seorang wartawan yang komited terhadap kerjayanya, menjadi mangsa ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.

Kisah ketiga pula mengenai Suria, Mina dan Zakiah, tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu menjadi satu peristiwa yang menyeramkan apabila mereka diburu makhluk mengerikan.

Manakala kisah terakhir mengenai Sandra, seorang pelajar yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri. Suatu hari, Sandra diperkosa beramai-ramai oleh geng motosikal yang dianggotai oleh Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Kejadian perkosaan itu dirakamkan geng itu melalui kamera telefon bimbit Jefri.

Kehidupan watak yang berbeza ini akhirnya bersulam dan berkait melalui pembocoran klip 3GP mereka kepada masyarakat melalui internet dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.
Trailer klip 3gp

Read more...

Tidak Cukup Tidur Boleh Mengancam Nyawa

48 dan 15 peratus berisiko mati sakit jantung, angin ahmar
Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.


Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.


Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.


Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.


Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.


Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.


Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan.

Read more...

Tarikh Tutup Permohonan Matrikulasi 2012/2013 Dilanjutkan Sehingga 20 November 2011

Tarikh tutup atau akhir permohonan matrikulasi sesi 2012/2013 dilanjutkan sehingga 20 november 2011. Perkara ini diumumkan oleh bahagian matrikulasi kementerian pelajaran. Pendaftaran melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my itu hanya dibuka kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia 2011 dengan membeli nombor pengenalan individu yang berharga RM6 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.

Gambar kiasan
Sementara itu, Kementerian itu juga mengumumkan tarikh-tarikh peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun ini yang dijadualkan dari 12 hingga 13 Okt dan 17 hingga 19 Oktober.


Pada tahun ini, seramai 8,499 orang calon akan menduduki peperiksaan bertulis STAM dan daripada jumlah itu seramai 3,782 calon adalah dari Sekolah Kerajaan, Sekolah Menengah Agama Negeri (2,569), Sekolah Menengah Agama Rakyat (649), Sekolah Swasta (37), dan persendirian (1,462).


Sebanyak 108 pusat peperiksaan telah dibuka di seluruh negara, manakala seramai 690 guru pengawas telah ditugaskan sepanjang peperiksaan itu.
Bilik Gerakan STAM yang beroperasi dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang di Lembaga Peperiksaan akan dibuka dari 12 hingga 15 Oktober dan boleh dihubungi melalui nombor 03-8889 3551/03-8889 3582/03-8889 3601/03-8889 3520

Read more...

Bajet 2012 : Belanjawan Untuk Semua Golongan Rakyat

Saturday 8 October 2011

Bajet 2012 telah pon dibentangkan semalam oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Belanjawan itu mencakupi semua bidang selain menyentuh hati semua peringkat rakyat sama ada petani, nelayan, pesara, pegawai kerajaan dan sebagainya. Dalam belanjawan bajet 2012 ini, perhatian utama ialah untuk mengurangkan beban rakyat di pelbagai peringkat.

"Perjuangan ini bukan perjuangan sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun. Ia adalah perjuangan berdekad lamanya. Inilah bajet di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional diilhamkan demi rakyat. Kepada Allah jua kita berserah" 

Berikut bajet 2012 untuk rakyat
Perumahan Rakyat
- Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM400,000
- 15,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
- Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat
Kakitangan Awam
- Struktur gaji lebih baik dengan kenaikan gaji 7-13 peratus
- Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 mengikut gred
- Umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun
- Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500
Pesara Kerajaan
- Bayaran khas RM3,000 kepada bekas anggota, duda dan balu polis khas dan polis tambahan
- Kenaikan pencen 2 peratus setahun
- Bayaran bantuan RM500
Sektor Swasta
- Caruman majikan KWSP untuk gaji bulanan di bawah RM5,000 dinaikkan kepada 13 peratus
- Pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi caruman skim persaraan swasta dan anuiti insurans
- Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana skim persaraan swasta
Warga Emas
 - Caj pendaftaran pesakit luar percuma di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia
- Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel
Tangani Inflasi
- Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000
- Penerusan subsidi bil elektrik RM20
- Penerusan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.3 bilion
Pelajar
- Yuran sekolah percuma
- Bantuan RM100 untuk semua pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
- Baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA dan
Peneroka FELDA
- FELDA Global Ventures Holdings disenaraikan di Bursa Malaysia untuk jadi syarikat konglomerat global
- Peneroka akan dapat durian runtuh

Read more...

(VIDEO) Perlawanan Bolasepak Malaysia VS Australia | Highligt Ulangan Gol Socceroos

Perlawanan bolasepak Malaysia vs Australia yang diadakan di Stadium Canberra, Australia telah memberikan keputusan yang menghampakan bagi peminat bolasepak tanah air. Skuad Socceroos telah menundukkan Harimau Malaya dengan jaringan 5-0 pada perlawanan persahabatan sebentar tadi. Yul pon sudah dapat menduga yang Malaysia akan tewas pada perlawanan ini. Dengan kedudukan ranking Fifa Malaysia yang jauh berbeza dengan Australia, memang wajarlah Malaysia kalah. Terbukti pasukan Australia jauh lagi unggul daripada Malaysia. Apa-apa pon, mereka semua sudah melakukan yang terbaik untuk Malaysia. Yul bangga dengan pasukan Malaysia!


Jaringan sulung Socceroos telah dijaringkan oleh Wilkshire pada seawal minit ke-3 sebelum Kennedy menambah gol lagi terhadap pasukan kendalian K Rajagobal pada minit ke-33 dan 45. Pemain Australia, Brosque melengkapkan senarai penjaring perlawanan dengan menyumbat dua gol pada minit ke-39 dan 69.


Berikut adalah video highlight Malaysia vs Australia





P/S: Walaupon kalah, Malaysia tetap terbaik!

Read more...

Steve Jobs Meninggal Dunia Catat Rekod Dalam Internet | Pengasas Apple Inc. (iPhone,iMac,iPad)

Friday 7 October 2011

Pengasas, Apple Inc iaitu Steve Jobs yang telah pon meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat sakit kanser pankreas baru-baru ini(6 Oktober 2011). Steve Jobs meninggal dunia setelah melancarkan keluaran model telefon bimbit terbarunya, iPhone 4S.


Kematian Jobs berlaku ketika Apple Inc. berada di kemuncak kegemilangannya sebagai pengeluar gajet telekomunikasi terbesar di dunia. Apple kehilangan seorang pemimpin yang berwawasan dan genius, manakala dunia pula kehilangan seorang manusia yang menakjubkan yang setanding dengan Albert Einstein.

Catat Rekod Dalam Internet
Kematian Steve Jobs bakal mencatat rekod apabila pengagum dan peminat teknologi menjadikan Internet sebagai saluran menyatakan kesedihan mereka. Sebanyak lima daripada 10 topik dipos di laman media sosial adalah mengenai Jobs, termasuk menggunakan kata kunci #ThankYouSteve dan #iSad dalam Twitter.

Dua daripada kenyataan popular Jobs - Think Different dan Stay Hungry - juga menjadi pilihan pengguna Internet sehingga sempat menyebabkan Twitter sesak seketika akibat penggunaannya yang meluas. Penganalisis media sosial berkata, Jobs berpotensi memecah rekod sebagai isu paling banyak diperkatakan dalam sejarah Internet.Agensi pemantau SR7 menganggarkan, nama Jobs disebut 10,000 kali sesaat di Twitter dan dijangka kadar itu terus meningkat.

Pengasas bersama SR7, Peter Fraser, berkata mereka menunggu kenyataan rasmi Twitter tetapi berdasarkan kepada jumlah yang dipantau, ia mungkin memecah rekod sedia ada.Rekod terkini dipegang penyanyi Beyonce Knowles yang mencatat 8,868 pos sesaat apabila dia mengumumkan kehamilannya.

Sejarah Hidup Steve Jobs
Legenda gajet itu dilahirkan pada 24 Februari 1955 di San Franciso oleh seorang ibu tunggal dan diambil sebagai anak angkat oleh satu pasangan di Mountain View ketika baru berusia beberapa hari.Beliau berusia 21 tahun apabila mencipta Apple Computer bersama Steve Wozniak, 26, di garaj keluarganya pada tahun 1976.

Di bawah Steve, syarikat tersebut memperkenalkan komputer Apple pertama dan kemudiannya Macintosh yang menjadi popular pada tahun 1980-an. Jobs meninggalkan Apple pada 1985 selepas berlakunya perebutan kuasa. Jobs kemudian memulakan syarikat NeXT Computer yang mengkhusus dalam perisian stesen kerja yang canggih untuk perniagaan.

Sejak itu, kegemilangan Apple pudar. Namun ia kembali pulih pada tahun 1996 apabila Apple membeli NeXT Computer pada harga $429 juta (RM1.2 bilion). Apple semakin kukuh apabila Jobs merombak strategi Macintosh, merevolusi budaya moden dan melancarkan pasca era komputer peribadi yang memberi laluan kepada alat mudah alih pintar seperti iPod, iPhone dan iPad.

Jobs meninggalkan seorang balu, Laurene dan tiga orang anak.

Apple memberi penghormatan kepada legenda Lembah Silikon itu dengan memaparkan gambar hitam putihnya yang berjambang dan memakai cermin mata bulat serta baju berkolar di home pagenya bersama tulisan 'Steve Jobs - 1955-2011'.


MESEJ bermaksud "Terima kasih Steve" ditulis di tingkap kaca kedai Apple Store di Santa Monica, California, Amerika Syarikat. Kematian Steve Jobs ditangisi oleh peminat gajet di seluruh dunia.


Apabila pengunjung mengklik pada gambar tersebut, mereka akan dibawa kepada mesej yang ditulis Cook sebagai peringatan kepada Jobs. Peminat Apple juga dijemput berkongsi memori, ingatan dan salam takziah mereka dengan menghantar pesanan kepada remeberingsteve@apple.com. 

Read more...

Data Peribadi Artis Digodam Dan Dilepaskan Di Internet

Thursday 6 October 2011

Wah! Makin hebat ye penggodam-penggodam sekarang nie. Dunia semakin canggih, macam-macam hal pula yang terjadi. Bila dah ada internet, semuanya boleh terjadi dengan menggunakan jari. Baru-baru ini, penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai JarJarBinks telah menggodam dan memaparkan data peribadi artis seperti kad pengenalan, nombor telefon, alamat rumah, dan lain-lain di website kepunyaan mereka.
3 Nombor dibelakang ditutup bagi menjaga keselamatan mereka
Sumber: Beautifulnara
Lepas nie tak duduk senang lah bagi artis-artis yang mana no telefonnya telah didedahkan. Segala data mereka telah disiarkan, walaupon perkara tersebut adalah privasi. Yul tak pasti, apakah tujuan mereka memaparkan data-data peribadi artis tersebut di website mereka?

P/S: kene carik 3 nombor terakhir untuk mendapatkan nombor telefonr artis. kehkeh :P

Read more...

Sepahtu Ganti Kumpulan Sepah Tanpa Mamat | Jep Dan Shuib Tubuh Sepahtu

Jep & Shuib (Sepah) Tubuh Sepahtu Tanpa Mamat
Selepas membubarkan kumpulan Sepah pada Ogos lalu, Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), 26, dan Shahmira Muhamad (Shuib), 27, menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu pada September lalu tanpa Mohd Noor Murad (Mamat), 26.


Menurut Jep, mereka nekad memilih haluan untuk bergerak berdua tanpa Mamat atas alasan tertentu setelah beberapa kali memberi peluang kepada lelaki itu.

“Kami tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Jadi, kami memilih untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan baru, Sepahtu selepas ditawarkan oleh MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi Mawi.
“Kami suka bekerja dengan orang yang menghargai karya seni, jadi sebab itu kami menerima tawaran ini,” katanya sewaktu sidang media ‘Sepahtu Bikin Album’ di Restoran Dapur Penyet, Maju Junction Mall, di sini, Selasa.
Menyentuh tentang nama Sepahtu, Jep berkata mereka terpaksa menggunakan nama baru memandangkan nama Sepah digunakan untuk mereka bertiga.
“Orang mengenali Sepah dianggotai oleh saya, Shuib dan Mamat. Jadi, Mamat menjadi sebahagian daripada Sepah. Jadi, tidak adil jika kami menggunakan nama tersebut.
“Sebab itu kami menggunakan nama baru iaitu Sepahtu yang berbunyi seperti sepatu atau kasut yang mana bergerak sepasang di kiri dan kanan,” ujarnya lagi.
Biarpun telah berpecah, hubungan mereka masih baik dan tidak memusuhi antara satu sama lain. Jep berkata mereka akan melaksanakan projek terakhir untuk Sepah iaitu filem “Sepah The Movie” yang akan menjalani penggambaran pada 17 Oktober ini.
“Disebabkan kami telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam filem itu, jadi kami masih perlu bekerjasama sebagai Sepah. Lagipun, kami tiada masalah untuk berlakon bersama-sama.
“Hubungan kami sebagai kawan masih ok tetapi apabila tiba tentang komitmen, kami tidak boleh bertolak-ansur lagi. Ikutkan tiada sesiapa yang menyingkir sesiapa, sebaliknya kami memang sudah tidak boleh bersama dan terpaksa berpecah,” ujar Jep.
Bagaimanapun, mereka tidak mungkin menerima kehadiran Mamat dalam kumpulan itu lagi andai kata lelaki itu mahu kembali dan mengubah tingkah lakunya.


Beralih kepada album, Sepahtu akan tampil dengan album sulung mereka yang diterbitkan di bawah MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records serta diedarkan dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia.


Penerbitnya Sheikh Qalam berkata album genre pop dan rock dengan beberapa lirik berunsur komedi itu akan dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik terkenal seperti Datuk M Nasir, Azmeer, Sheikh Qalam, Mawi dan Sepahtu sendiri.


Album ini juga dijangka akan menampilkan kolaborasi Sepahtu bersama-sama Mila dan Mawi.
“Lagu-lagu ini masih belum dihasilkan dan dalam perancangan tetapi kemungkinan kita akan menggubah enam hingga lapan buah lagu yang diterbitkan pada November depan.
“Jika tiada aral, para peminat boleh mendapatkan album mereka pada hujung Disember depan.
“Kami lihat, Jep dan Shuib tiada masalah untuk menyanyi kerana mereka pernah merakamkan lagu hari raya manakala Shuib sudah mempunyai single “Cinta Itu Nyawa” yang dinyanyikan secara duet dengan isterinya, penyanyi Siti Sarah,” kata Sheikh Qalam.
Sementara itu, Sheikh Qalam mewakili Mawi yang tidak dapat hadir turut mengesahkan tentang penglibatan Sepahtu yang kini sudah menjadi artis di bawah naungan MW Entertainment.
“Semua aktiviti seni Sepahtu seperti lakonan, persembahan, album dan iklan akan diuruskan oleh MW Entertainment,” ujarnya lagi.

Read more...

(VIDEO) Anjing Rakun Diseksa Untuk Buat But Kulit Tiruan Di China

Tadi yul ada terbaca berita diakhbar tempatan mengenai kerakusan manusia yang sanggup menyeksa lalu membunuh anjing rakun yang tidak berdosa itu. Kesian pabila melihat binatang tersebut diperlakukan sedemikian. Hanya kerana kulitnya yang berharga, binatang tersebut dibunuh tanpa belas kasihan. Kalau korang menonton videonya, rasanya tak sampai habis kot. Sedih!


Disini yul kongsikan sekali video Anjing Rakun yang di seksa.

Berikut adalah berita mengenai Anjing Rakun yang yul baca.

Anjing rakun dipijak dan diseksa
BEIJING: Imej menjengkelkan ini menunjukkan anjing rakun disiat kulitnya hidup-hidup bagi membuat but kulit haiwan tiruan murah yang dibeli oleh ribuan warga Britain.
But asli kulit haiwan dibuat daripada kulit biri-biri dari Australia yang diambil melalui penyembelihan secara wajar. Bagaimanapun, rakaman filem ini menunjukkan layanan kejam ke atas haiwan yang berlaku di China apabila kulitnya digunakan untuk membuat but bulu haiwan tiruan berkenaan. Kulit anjing rakun yang masih hidup dan bergerak ini ditunjukkan dalam filem kempen aktivis haiwan. Haiwan yang bertimbun itu mengambil masa hingga tiga jam untuk mati.

Haiwan yang ketakutan itu dipukul dengan kayu dan dilihat menendang serta menggelupur kesakitan ketika pekerja mengelar kulitnya sebelum menyiatnya. Proses yang menyeksakan itu bermula dari kaki hingga ke bahagian atas tubuh haiwan berkenaan. Pekerja juga dilihat memijak kepala haiwan terbabit supaya ia tidak melawan. Rakaman filem mengejutkan itu yang disiarkan dalam Herald Sun mencetuskan kemarahan dan mendorong aktivis menuntut larangan perdagangan anjing rakun.
But kulit haiwan tiruan telah membanjiri pasaran dunia dan boleh didapati di internet serta kedai kasut. Kebanyakannya dieksport ke Britain. Di Australia, di mana but asli kulit haiwan dibuat - ia dijual dengan harga hingga 200 pound (RM1,000). Terdapat pengharaman terhadap pengimportan kulit anjing tempatan dan kulit kucing sejak 2004 tetapi kulit anjing rakun masih dibawa masuk. Siasatan dilakukan Persatuan Kemanusiaan Antarabangsa (HSI) mendapati sepasang but kulit haiwan tiruan mengandungi kulit rakun walaupun mempunyai label ‘kulit biri-biri Australia’.

Pengarah HSI, Verna Simpson berkata, puluhan produk, selain but itu menggunakan kulit anjing rakun yang diimport - dan dalam kes lain turut menggunakan kulit anjing. -hmetro-
BUT kulit haiwan asli yang dibuat daripada kulit biri-biri di Australia.
P/S: Walaupon ianya anjing sekalipon, tak perlulah manusia berlaku sedemikian kan? Hurm.. 

Read more...

iPhone 4S Di Lancarkan, iPhone 5 Tidak Dikeluarkan | Perbezaan iPhone 4S, iPhone 4 & iPhone 3

Wednesday 5 October 2011

Apple Inc baru sahaja mengumumkan telefon pintar model terbarunya iaitu iPhone 4S pada majlis pelancaran di ibu pejabat Apple, California awal pagi tadi.


Ianya merupakan pembaharuan dalam versi iPhone 4S, tetapi bukannya telefon pintar generasi baru yang dinanti-nantikan iaitu iPhone 5. Telefon pintar baru ini juga dilengkapi dengan perisian mudah alih baru, IOS 5, yang berupaya untuk menyelaraskan kandungan tanpa perlu menghubungkan telefon kepada Mac atau Windows.


Apple turut memuatkan aplikasi ‘pembantu peribadi’ baru diberi nama Siri, yang memberi respon kepada soalan dan arahan lisan seperti, “Do I need an umbrella today?“ (Adakah saya memerlukan payung hari ini?), sebelum telefon pintar itu memaparkan ramalan cuaca semasa.


Berikut adalah perbezaan iPhone 4S, iPhone 4 dan iPhone 3


IPhone 4S akan mula dijual pada 14 Oktober ini di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, UK, Perancis, Jerman dan Jepun manakala di negara lain bermula 28 Oktober 2011.

Di Amerika ia dijual pada harga USD199 (RM645) untuk model 16GB, USD299 (RM965) untuk model 32GB dan USD399 (RM1,287) untuk model 64GB, dengan kontrak selama dua tahun.


P/S:ingatkan model iPhone 5 yang dikeluarkan -.-

Read more...

(VIDEO) Tun Dr Mahathir VS Yahudi

Sudahkah korang menonton video dibawah ini? Temuduga diantara Tun Mahathir Mohamad bersama seorang wartawan di Studio BBC.  Yul tak pasti bilakah video ini diambil dan tarikh ianya dipaparkan di BBC. Yang pastinya, kewibawaan Tun Mahathir masih terus menjadi perbualan orang ramai, walaupon beliau sendiri telah pon bersara. 


Video dibawah ini menunjukan bahawa beliau dengan mudahnya mematahkan perdebatan dengan wartawan BBC sehinggakan wartawan itu terpaksa mengalihkan ke topik yang baru. Apa-apa pon, korang tengoklah dahulu untuk mengetahui isi video ini. :)

VERSI FACEBOOK

VERSI YOUTUBE

P/S: Kalaulah pemimpin sekarang ini sama seperti Tun Dr Mahathir, hurm..

Read more...

Statistik Blog Yul Aje September 2011 | Analisis Dan Ranking Trafik

Tuesday 4 October 2011

Dah lama juga yul tak publish entri mengenai trafik blog ini kan? hehe. Jadi, hari ini yul nak kongsikanlah kepada korang semua analisis trafik di blog Yul Aje ini. Tak de lah tinggi mana pon. Biasa-biasa sahaja. Sekali lagi yul katakan seperti entri-entri trafik yang lepas. Entri ini bukanlah untuk berbangga-bangga mahupon menunjuk-nunjuk. Tak terlintas sedikit pon perasaan itu. Ianya hanyalah sekadar perkongsian untuk tatapan umum sahaja


Berikut adalah Graf Trafik Bulan September Berdasarkan Nuffnang

Berlakunya peningkatan, yang mana purata mingguan terus meningkat daripada 763 pada minggu pertama hingga ke 6804 pada minggu terakhir bulan September 2011. Untuk Keseluruhannya pula, blog Yul Aje ini telah pon mendapat sebanyak 40,300 Page View (PV) dengan sebanyak 21,301 Unique visitor (UV). Hampir kesemua pengunjung yang datang ke blog ini berasal dari SEO.


Alexa Traffic Rank Analitik
 Bulan lepas, blog ini telah meningkat kedudukannya daripada 700k++ dan kini 644,281 (Global Ranking) dan di Malaysia pada ranking kedudsukan 6,078. Peh. Jauh gile kan?


P/S: Agak-agak korang lah kan, Trafik yul tu dah boleh untuk daftar Innity tak? Teringin sangat dari dulu nie. hehe :P

Read more...

Filem Super Duper Lover | Sinopsis Dan Trailer, OST (Lagu Tema Super Duper Lover)

Filem Super Duper Lover merupakan filem baru terbitan Metrowealth Pictures yang dijangka akan menghasilkan kutipan seperti Filem Adnan Sempit. Filem Super Duper Lover ini diarah oleh pengarah seni iaitu Ollyn Kadri. Menampilkan barisan pelakon (hero filem Tujuh Petala Cinta dan Cinta Kura-Kura), Aeril Zafrel dengan (aktres telemovie Impian Raya) Emelyn, Nuremy Ramli, selain pelakon drama Fezrul Khan.


Berikut adalah berita mengenai Filem Super Duper Lover
Pengarah Super Duper Lover, David Teo, filem yang memulakan penggambaran pada bulan lalu itu mungkin akan masuk panggung menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

“Filem ini merupakan buah tangan ke-14 daripada 19 filem Metrowealth Pictures pada tahun ini dan sasaran kita untuk ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri tahun 2012 memandangkan senarai filem yang berjaya masuk panggung sepanjang suku pertama tahun depan sudah dikeluarkan Wajib Tayang,” katanya yang ditemui ketika Majlis Perasmian filem Super Duper Lover di Wisma MIG, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Tidak teragak-agak untuk meletakkan pertaruhan hebat kepada pengarah dan pelakon baharu untuk menggalas beban filem ke-64 terbitan MIG itu, ujar David lagi usaha itu sejajar dengan pembangunan modal insan yang dilakukannya dari semasa ke semasa.
“Kalau tak bagi artis-artis baharu tonjolkan bakat macam mana kita hendak tahu potensi mereka, lagipun jika kita ambil artis yang sudah popular mereka mungkin sukar untuk bahagi komitmen masa dan bayaran berlakon mungkin juga tinggi,” ujarnya yang percaya akan kematangan penonton memilih karya berkualiti berbanding populariti artis.
AERIL ZAFRIL merupakan hero filem ini.
Begitu juga pemilihan pengarah baharu yang melonjak naik menerusi telemovie Korban Kasih Abah di TV9, Ollyyn Kadri atau empunya nama Ahmad Rusli Mohd. Khadri yang dilihat mampu membawa nama MIG ke tahap lebih tinggi.


Kata Ollyyn: “Selepas tamat penggambaran filem X yang dibintangi Pierre Andre, Intan Ladyana dan Diana Amir, David mencabar saya sekali lagi untuk mengarahkan filem Super Duper Lover dan saya menyahut cabaran itu.


Cabaran berbeza dalam lapangan berbeza, itu luah Ollyyn yang kini mengembangkan bakatnya dari batas pengarahan seni ke ladang pengarahan filem.
“Kalau dulu setiap keputusan saya akan ditapis oleh bos iaitu pengarah tapi kini semuanya terletak di tangan saya, salah pilihan kecundanglah jawabnya,” katanya yang menjadi pengarah seni sebanyak 17 buah filem termasuk Bini-Biniku Gangster yang baru saja menjejak panggung.
Namun, lain pula cabarannya buat pendukung watak utama, Aeril Zafrel, 23, yang baru kali ketiga diangkat menjadi hero filem daripada empat buah naskhah lakonannya.
“Bukan senang sebenarnya nak jadi hero sebuah filem, kalau filem sebelum ini (Tujuh Petala Cinta) saya memainkan perwatakan yang agak serius, filem ini pula saya seolah-olah melakonkan siapa diri saya sebenar, seorang yang nakal, ganas tapi pada masa yang sama manis,” katanya yang popular menerusi filem Aku Tak Bodoh.
Sinopsis Super Duper Lover
Super Duper Lover yang memilih pelakonnya menerusi siri uji bakat itu mengisahkan perjalanan cinta dua insan iaitu Mukhlis (Aeril Zafrel) dan Murni (Nuremy Ramli) yang bertitik tolak daripada hubungan sebagai sahabat atau juga disebut cinta paltonik.
Dalam pada usaha mencari cinta sejati buat diri masing-masing, berdepan pelbagai dugaan dan cabaran akhirnya Murni bertemu dengan Iqwal lakonan Fezrul Khan yang berkesudahan dengan konklusi yang tidak terjangka.

Read more...

(GAMBAR) Persandingan Nabil Di I City | Majlis Kahwin Nabil Dan Zira

Monday 3 October 2011

MAJLIS RESEPSI 2 OKTOBER DI I-CITY,SHAH


Sebelum nie yul ada berkongsikan berita serta gambar pernikahan nabil dan zira. Namun hari ini, yul berkongsikan lagi gambar persandingan/perkahwinan nabil dan zira di I City pula. Dengan dekorasi yang menarik dari Kad Undangan perkahwinan hinggalah ke majlis persandingan,pastinya meninggalkan impak yang besar dihati tetamu,peminat mahupun sesiapa sahaja yang menyaksikan perkahwinan mereka


Berikut adalah berita perkahwinan NABIL DAN NAZIRAH AYUB Di I City
Mengimbas kembali kenyataan Nabil mengenai perkenalannya bersama Nazirah Ayub…

“Kami memang dah kenal lama kerana dia kawan kepada adik ipar saya. Tak sangka akhirnya saya kahwin juga dengan dia sebab dulu dia menyampah kat saya. Maklumlah, dulu dia kenal saya masa saya masih jadi mat dispatch lagi,” cerita Nabil berseloroh.
Sementara Nazirah yang juga bekas pramugari AirAsia memberitahu dia sendiri tidak menyangka setelah mengenali lebih rapat Nabil yang kini sudah menjadi suaminya, hatinya mula terpaut sejak awal tahun ini.
“Biarpun saya sudah kenal dia lama tetapi hati saya tidak pernah terbuka kepadanya sebelum ini. Tetapi bila dia mula mahu berkawan rapat dengan saya sejak awal tahun, hati saya mula terpaut.
“Saya suka dengan sifat dia yang kelakar dan suka mengambil berat. Saya juga boleh terima dan tak ada masalah dengan cara dia. Dia bukan selalu buat kelakar kerana bila dia serius, dia akan serius.
“Selepas dua, tiga kali keluar dan dah kenal hati budi masing-masing, akhirnya kami membuat keputusan untuk kahwin,” jelas Nazirah.
Bercakap mengenai destinasi bulan madu mereka,menurut portal murai.com,destinasi bulan madu pertama mereka di Mekah
“Buat masa ini kami belum terfikir lagi mana-mana lokasi berbulan madu sebab saya sendiri masih banyak lagi komitmen kerja yang perlu diselesaikan.
“Malah, jadual saya penuh sehinggalah penghujung bulan November. Namun saya sudah berniat untuk bawa isteri saya ke Mekah untuk mengerjakan Umrah pada bulan Disember ini.
“Selepas itu mungkin baru kami merancang untuk berbulan madu ke destinasi lain, InsyaAllah,” katanya yang ditemui selepas diijabkabulkan di Masjid Tuanku Sultan Mizan, Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Nabil memberitahu dia mahu menjalani kehidupan sebagai suami isteri hanya berdua terlebih dahulu dan hanya merancang untuk menimang cahaya mata pada tahun kedua perkahwinan
“Buat masa ini belum lagi rasanya. Bagi kami, tahun pertama biarlah untuk kami berdua dahulu. Mungkin tahun kedua baru kami akan rancang mengenai anak. Kalau boleh kami nak tiga orang anak,” tambah Nabil.
P/S: sama cantik, sama padan kedua pasangan nie kan, hee;) 

Read more...

Kes Video Namewee Utusan Malaysia Buat Laporan Polis

KES NAMEWEE MARAHKAN WARTAWAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA
Jabatan Pengarang Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan lucah terhadap organisasi serta wartawan Fauziah Arof yang dikeluarkan oleh Namewee menerusi satu klip video yang tersebar di Internet baru-baru ini.


Laporan polis itu dibuat berikutan tindakan Namewee yang menyalahguna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia serta mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee.. yang disiarkan pada bulan lalu.


Menurut Penasihat Undang-undang, Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Mohd. Jefri Daman, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.

“Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysiasebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Bagi yang tidak dapat melihat video berserta berita mengenai Namewee Fuck Utusan Malaysia. Korang boleh pergi ke link di bawah ini.


Artikel-Namewee FucK UTUSAN MALAYSIA! | Respons Namewee Terhadap Utusan Malaysia

Read more...

(GAMBAR) Majlis Perkahwinan Nabil Dan Zira 2 Oktober 2011 | Hantaran Pernikahan Nabil Rajalawak & Nazirah

Saturday 1 October 2011

Gambar kahwin Nabil Raja Lawak dan Nazirah
Tahniah yul ucapkan kepada pasangan pengantin baru, Nabil dan juga Nazirah kerana telah selamat diijab kabulkan dan sah menjadi suami isteri. Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang tadi. Nabil segak bergaya mengenakan persalinan Wazira Zainal telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.


Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzam, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.


Berikut adalah gambar pernikahan Nabil Dan juga Zira


Dan di bawah ini pula merupakan gambar dan berita terbaru perkahwinan Nabil yang diadakan di I-city 

Majlis resepsi perkahwinan Nabil dan Zira berkonsepkan Fantasy Wonderland dan Nabil sendiri juga mengakui bahawa apa yang di’ilhamkan olehnya sebelum ini menjadi satu kenyataan.

Di’soal tentang keseluruhan kos majlis perkahwinan mereka, Nabil tanpa berselindung berkata beliau mengeluarkan RM177,000 dari poket sendiri untuk merealisasikan impian perkahwinan mereka berdua.

“Kalau anda semua mahu perkahwinan sebegini, bersedialah untuk mengeluarkan wang sebanyak itu. Tetapi tidak mengapa, saya puas kerana gembirakan orang tersayang,” kata Nabil yang sentiasa mengusik Nazira sepanjang sidang media.

Nabil turut bercakap tentang perancangan selepas ini untuk kerjaya Nazira, beliau berkata beliau suka jika Nazira menjadi teman beliau untuk kerja tetapi lebih suka isteri kesayangan untuk tinggal di’rumah sahaja.

Lagi gambar sekitar majlis perkahwinan Nabil Raja Lawak & Nazira Ayub yang berlangsung di i-City, Shah Alam

Berikut adalah video pernikahan mereka



P/S: Tahniah kepada mereka berdua :)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP