 |
| bukan yul yang punya |
 |
| 15ribu pengunjung dalam masa sehari |
Wow! Terkejut yul bila melihat traffik nie. Daripada rendah terus naik ke 15 ribu. Sungguh tidak kusangka traffiknya meningkat begitu mendadak. Pertama kali yul tengok traffik blogger banyak macam nie. Setakat nie apa yang yul tahu, blogger paling tinggi traffik cuma 8k je. Tak tahu pulak kan kalau blogger yang lain. Tapi rajah traffik diatas tu bukannya yul punya k. Cikgu Dahlia yang punya. Dia nie salah satu diantara blogger feveret yul.
Tapi, macam mana boleh traffik boleh mendadak naik macam tu sekali? Semua itu bukanlah mustahil. Bagi korang yang nak traffik macam Cikgu Dahlia nie, korang mestilah pandai bermain SEO. Cikgu Dahlia nie otai SEO ouh. Mana taknya kan, tiba-tiba je traffik boleh dapat 15k. Terkejut mak eh melihatnya.
Seriously, masa mula-mula yul bermain blog, yul memang tak tahu langsung mengenai SEO nie. Bila blogwalking terjumpa entri mengenai tips SEO pon buat bodoh je. Tapi tu dulu masa mula-mula jadi seorang blogger. Kini tengah belajar, macam mana nak bermain SEO pulak.

Korang tahu tak apa maksud SEO tu? SEO tu singkatan daripada Search Engine Optimization(SEO) atau dalam bahasa malaysianya bermaksud Pengoptimuman Enjin Carian. SEO nie sangat penting bagi blogger yang mahukan traffik yang banyak. Bagi yang gilakan traffik, korang kenalah bermain SEO dari sekarang nie. Ianya bukanlah setakat dapat menaikkan traffik je, tetapi juga dapat meningkatkan rangking traffik sesebuah blog tu. Yul pon tak berapa pandai sangat nak main-main SEO nie. Masih sedang belajar macam mana nak menggunakannya. Kalau korang pandang remeh mengenai SEO nie, memang tak kemana lah traffik kau tu. Orang nak search blog kau kat google pon tak jumpe la kalau tak main SEO nie. Haha.
Berdasarkan apa yang yul tahu lah, blog yang menggunakan wordpress nie lagi mesra SEO jika dibandingkan dengan blogspot. Kebanyakkan otai-otai blogger cakap macam tu lah. Dengan tambahan sokongan Tag dari wordpress nie, enjin carian lebih mudah untuk menjelajah dan mengindeks kandungan blog korang tu. Berbeza pula dengan blogspot, ianya memerlukan khidmat dari pihak ketiga dan perkhidmatan ping blog secara manual.
Tu jelah sedikit sebanyak yang yul tahu mengenai SEO nie. Kalau ada yang salah apa yang yul terbitkan nie harap korang dapat lah bagitahu ye. Semoga kesilapan tu dapat diperbetulkan demi kepentingan kita bersama, huhu. Maklumlah, yul nie masih baru lagi dalam dunia blog nie.
Read more...