Suka!

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Aman Wan Vlogger/Youtuber Baru?

Friday, 29 July 2011

Aman Wan? Siapakah beliau? Yul yakin, rata-rata ramai yang masih tidak mengenali lagi siapakah beliau nie. Yul pon baru mengenali beliau beberapi minggu yang lalu. Itu pon tak tersengaja melihat paparan video youtube di facebook. Kalau korang nak tahu, dia nie merupakan seorang Vlogger di youtube yang kini nama dan videonya semakin hangat. Rasanya dah hampir 7 bulan kot dia menjadi seorang Vlogger. Yul pon tak berapa pasti sangat.


Masa pertama kali yul menonton videonya, dah membuatkan yul mencuit hati sehingga berjaya membuatkan yul tersengih sendirian melihat gaya yang sempoi dan bersahaja je.. Sangat tak boleh blah. Haha. Kebanyakan video-video yang disampaikan oleh Aman Wan mempunyai mesej-mesej tertentu. Sangat menarik melihat video dia tu dan banyak pengajaran dan kesimpulan yang kita dapat lihat.


So, disini yul kongsikan sekali video-video aman wan tu untuk tontonan korang. Memang sempoi gile.
Video pertama yang yul tonton masa mula-mula mengenali beliau.









Ok. Cukuplah tiga video sahaja yang yul paparkan untuk tontonan korang. Kalau nak tengok lagi, boleh pergi ke chanel beliau. Alang-alang dah tengok tu, subscribe lah sekali. Bagi dia sokongan supaya lebih banyak lagi video menarik yang dipaparkan. hee :)




Selain pandai membuat Vlog, dia juga merupakan seorang kartunis dan juga seorang blogger. Tak sangka pula yang dia nie pandai melukis dan membuat komik. Menarik bukan? Hurm, Ok lah malas nak cakap banyak. Korang boleh pergi ke terjah blog dia sendiri. Aman Wan :)


P/S: Bukan entri kipas ye :P Yul cuma sangat mengkagumi dengan video dia tu. Tak salahkan sekiranya yul ingin berkongsikan sesuatu yang menarik kepada korang semua. huhu

Read more...

Artis Dikecam Hebat Oleh Bloggers? Gambit Saifullah Dikritik

Saturday, 4 June 2011

Orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata orang print screen. hekhek. Kalau nak tulis sesuatu pastikan berfikir 2,3 kali dahulu kesan buruk dan baiknya. Artis mencarut disebabkan Blogger? Apa kes nie tetibe je blogger di caci, diherdik dan dimaki. Siapa yang tak terasa sekiranya artis tersebut menggelarkan bahawa blogger nie seperti sampah? What the fish! Walaupon yul nie bukanlah seorang blogger tegar, tapi kami juga seorang penulis. 




Khabarnya artis tersebut melenting tiba-tiba disebabkan video klip beliau dikritik hebat oleh segelintir bloggers. (korang carik lah sendiri kat youtube ye, malas nak sertakan sekali video tersebut). Tak sepatutnya artis tersebut berkata sedemikian. Kenapa artis tersebut perlu mencarut? Goyang apa kene kritik? Kalau tak puas hati tu pon, tak payah la sampai nak menghina para blogger-blogger sekalian nie. Mereka cuma meluah apa yang perlu, dan apa yang terbaik untuk anda.


Macam abang Ben Ashaari kata, tanpa bloggers, mereka tak akan kemana pon. Melalui blog lah seseorang artis tu naik dan turun. Ye, yul setuju dengan penyataan beliau. Kerana bloggers lah yang menulis tentang gelagat mereka. Bahkan melalui blog juga lah artis dikenali ramai.


Baru kene kritik sikit dah nak melenting. Facebook Dan Twitter menjadi medan tempat mencaci para bloggers. Jelas sekali artis tersebut memang tak menunjukkan yang beliau seorang yang professional. Yul rasa adatlah tu. Kritikan nie seolah-olah dah jadi lumrah kehidupan. Kat mana-mana pasti jua ada pengkritik. Mustahil tak ada pengkritik langsung kat dunia nie. Mereka kritik bukan dengan mencaci, tapi memberi kritikan yang membina seperti di entri cik epal tu. Yul setuju dengan semua yang cik epal katakan tu. Memang jelas-jelas semuanya yang terpacul didalam video klip tersebut sangat tak bersesuaian. Harap maklum, disini adalah negara Malaysia, masih mempunyai adat dan moral. Yang mana rakyatnya masih dapat membezakan perkara baik dan buruk.


Gelagat artis tersebut ibarat meludah ke langit. Kenyataan tersebut bukan sahaja memanaskan bloger-blogger yang ada, tapi turut dikecam hebat. Bila dah dikecam, secara tak langsung orang akan memandang serong terhadapnya. Sorry to say, bagi yul, seriosly video klip tersebut memang tak best pon. Harapkan paras rupa je, tapi kualiti dan isi memang hancur. 


Kalau tak boleh terima kritikan, janganlah buat video klip tersebut. Memalukan betul. Buatlah video klip yang bersesuaian. -.-

Read more...

Blog Ini Tidak Mempunyai Gambar Header | Perlukah Yul Mempunyainya?

Tuesday, 12 April 2011

Baca tajuk entri nie mesti korang dah tahukan blog yul nie memang tak ada gambar header. Bagi yang 1st time terjah kesini, tak tahu pulak kan. Berbeza dan tidak sama seperti kebanyakkan blog-blog lain yang semestinya mempunyai gambar header. 



Ye, memang benar pon, blog ini tak mempunyai gambar header. Kenapa blog yul nie tidak mempunyai gambar header? Sebab yul tak pandai nak edit-edit gambar kasi cantik macam korang punya. Dulu, yul memang terlintas nak buat gambar header untuk blog ini. Disebabkan tak menjadi, sehingga kini blog nie masih tiada gambar. Nak resize gambar tu pon tak pandai. Kadang-kadang gambar tu terlajak pulak daripada headernya.


Yul tertanya-tanya seberapa pentingkah gambar header di blog kita tu. Hurm.  Sememangnya gambar header itu penting kan kan. Sebab dengan adanya gambar header nie menunjukkan identiti sesebuah blog itu. Kekuatan sesebuah blog bukan sekadar dari penulisannya sahaja, mungkin juga daripada gambar headernya. Kerana ianya memudahkan pembaca atau pengunjung mengenali identiti blog korang tu melalui gambar header. 


Yul tahu korang punya header cun melecun, cantik dan memang smart gila lah. Tak macam blog yul nie kan Kosong je tiada gambar. Bagi yul, cukuplah header yul tu dengan perkataan Yul Aje . Tu pon dah meriah gila. haha. ;P 

Perlukah yul mempunyai gambar header ketika ini? Rasanya tak kot, yul nak kekalkan blog ini tanpa menggunakan gambar header. huhu.

Read more...

Kelemahan Dan Keburukkan Menggunakan Domain Percuma Co.cc

Saturday, 9 April 2011

Assalamualaikum semuanya. Sebelum nie yul ada menerbitkan entri menggunakan domain berdot co.cc percuma tanpa bayaran kan? Actually domain percuma nie ada jugak kelemahannya. Yela, benda percuma mestilah ada keburukan serta kelemahannya. So, yul nak kongsikanlah kelemahan menggunakan domain percuma berdot co.cc nie. 


Kelemahan Menggunakan Domain Percuma Dot Co.Cc



  • Security yang lemah. Memudahkan orang lain hack site/web/blog kita. Kebiasaannya self hosting je yang boleh di hack kalau security dia lemah. Tapi kalau domain nie pon boleh jugak, sebab melalui domain hackers boleh mengesan IP ADRESS kita dan memudahkan site kita di hack.


  • Kadang-kadang, domain yang kita gunakan tu tak boleh direct link terus. Korang tak boleh masuk/akses pada sesuatu masa disebabkan pemeriksaan oleh pihak co.cc. So, dia akan keluar ayat macam nie "This domain is under examination at the moment.It will be finished within 24 hours"




  • Tak boleh transfer. Kalau korang dah menggunakan domain percuma ber dot co.cc dan kemudian nak pindah ke domain lain memang tak boleh. Contohnya korang nak transfer domain korang co.cc ke godaddy, netkl dan lain-lain lagi. 



Sebab tu lah ramai orang tak menggunakan domain percuma nie. Banyak kelemahan yang ada. Benda pon murahkan? Lagi baik sekiranya korang menggunakan domain berbayar. Lagipon bukan mahal sangat. Paling standard RM30 setahun. Macam sekali beli prepaid je kan? ehehe. Kepada korang yang masih nak menggunakan domain nie, teruskanlah. Kalau setakat untuk bersuka-suka tak ada hal lah.

Read more...

Tips Tingkatkan Traffik Di Blog | Cara Mudah Dapat Traffik

Thursday, 31 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Korang gilakan traffik? Tak? Tipu ah. Kalau korang tanya yul, yul tak akan mengaku. Yul cuma gilakan pembaca je. So,Yul nak kongsikan bagaimana nak meningkatkan traffik nie. Boleh kew dapat traffik? Dapat traffik memang boleh. Tapi tak lah banyak mana pon. Tu pon bergantung dengan keywords yang korang gunakan tu. 

tips-tips yang di submit
Cuba korang perhatikan entri-entri yang disubmit oleh blogger lain melalui halaman Innit nie. Kebanyakkan entri-entri yang popular merupakan entri mengenai tips-tips traffik. Betapa banyaknya orang nanged kan. Rata-rata ramai pembaca dari kalangan blogger yang nak baca mengenai hal itu. Harus diakui, yul pon sama jugak. Orang kata 'sharing is caring' kan? So, banyaklah tips-tips yang korang boleh jumpa, bukan sahaja dari innit, tempat lain pon ada juga seperti gengblogger, dan lain-lain lagi, tempat dimana kebanyakkan para blogger  ping entri mereka. Melalui halaman itu, mereka dapat membaca serta mengetahui, info-info terbaru, terkini, serta yang paling hot daripada blogger yang lain.


So, pinglah setiap entri. Kalau entri mengenai tips traffik, submitlah entri korang tu kat mana-mana. Tak kiralah, Innit, Gengblogger, atau dimana-mana sahaja. Asalkan boleh je. Kompem ada pembaca yang tertarik untuk membaca tips korang tu. Kalau korang tak percaya, cubalah dulu. Rasanya ianya berkesan kot. Setiap tips yang korang kongsikan, pastinya para pembaca ingin mengetahui.hehe.


P/S : Sharing is Caring. fikirkan sejenak.

Read more...

NetKL Menjadi Pilihan Untuk Membeli Domain?

Tuesday, 22 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Sebelum nie yul ada mengeluarkan entri ingin membeli nama domain sendiri kan? So, banyak tempat jugak yul dah pergi survey diantaranya ServerFreak, Sempoihosting, Godaddy dan Netkl. 
Masa tengah dok melayan produk dan harga kat NetKL nie tiba-tiba pelanggan perkhidmatan NetKL datang memberikan layanan. Sempat jugak lah bersembang dengan dia. 

Sangat mesra 
Banyak jugak yang yul tanya kat dia. Apa yang yul tak faham semua dia huraikan satu persatu. Dari segi pembayaran, mengenai hosting, dan macam-macam lagi. Tapi, ada effect jugak eh sekiranya kita tukar nama domain. Jadi yul kongsikanlah kepada korang, tiga kesan yang akan berlaku sekiranya korang menukar ke nama domain yang baru.

  • Alexa Rank akan jatuh sebab menukarkan dan mamakai URL nama Domain yang baru.
  • Page Rank pon turut jatuh jugak sebab bertukar link.
  • Nuffnang tidak akan mengira traffik kita pada hari kita menukar nama Domain terbaru
Puas hatilah diatas layanan yang diberikan oleh mereka nie. Padahal belum beli lagi tu. Tapi yul memang merancang nak beli kat situ kot. Insyallah dalam masa terdekat nie yul akan menggunakan nama Domain sendiri. Tunggu je lah ye, hehe. :)

    Read more...

    Luahan Seorang Mamat Putus Cinta Dengan Hanis Zalikha [Video Terbaru]

    Tadi semasa yul sedang asyik menonton video kat youtube, tibe-tibe pulak terjumpa satu video yang membuatkan yul tertarik untuk menonton. Video luahan seorang mamat yang putus cinta terhadap seorang blogger terkenal, Hanis Zalikha. Sangat hangat dan menarik menonton video tersebut. Nasib baik die tak bunuh diri. Katanya video nie khas untuk Hanis Zalikha Korang dah tengok kew? 





    Actually yul saje je kasi gempak tajuk entri tu. Haha. Memang tak boleh blah blah kan menonton video nie. Tersengih-sengih melihat gelagat mamat nie yang kononnya putus cinta dengan Hanis Zalikha. Btw, yul suka video nie. sweet gile kot. Thumbs up for Aziz Hazmi . Semoga hasrat kau nak dapatkan cinta Hanis Zalikha tu balik berjaya ye. Harap-harap korang bersatu kembali. kehkehkeh :P


    P/S: Lepas nie buatlah video putus cinta blogger fatin liyana pulak. hekhek

    Read more...

    Sumber Traffik Blog Kini, Kebanyakkan Berasal Dari SEO

    Friday, 18 March 2011

    Assalamualaikum semua. Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog. Kini, yul hadir untuk berblogging semula. Almaklumlah, tak ada masa untuk menulis disebabkan kesibukan yang melanda. Sekarang barulah dapat mengemaskini blog. Yang sudi datang ke blog yul nie, yul ucapkan terima kasih. Sebelum tu, yul nak meminta maaf sekiranya yul tak membalas lawatan-lawatan korang sebelum nie. 


    Walaupon blog yul nie dah lama tak menyajikan dengan cerita-cerita terbaru, tetapi ianya masih juga mempunyai pembaca. Traffik pon tak de lah banyak mana, tapi masih boleh dikatakan stabil lagi.


    Analitik pada 17 March 2011
    Hampir kesemua traffik datangnya dari SEO. Yul bukan nak menunjuk ataupun bangga. Cuma nak bagitahu, betapa pentingnya bermain SEO nie kan kan kan. Bayangkanlah berapa banyak traffik yang yul boleh dapat dalam sehari erk. haha. Yul pon masih lagi dalam proses belajar SEO nie. Tak berapa expert sangat nak main. Bagi yang nak dapat traffik dengan cara sebegini. Korang mulalah jinak-jinakkan diri dalam bermain SEO nie ye.  hee :)

    Read more...

    Berbalah Sesama Blogger?

    Monday, 28 February 2011


    Bila blogger berbalah sesama blogger. Yul hanya mampu tergelak melihat gelagat mereka. Macam-macam yang yul dapat lihat. Daripada kritikan terus membawa perbalahan. Sepatutnya kita harus menyokong blogger-blogger antara satu sama lain, tetapi sebaliknya pula. Yul rasa tu lah adat dalam berblog nie. Berblogging nie umpama lidah, kadang-kadang kita akan merasai manis, pahit, masin, payau, dan juga tawar. Ada sesetengah pihak tak berpuas hati dan tidak bersetuju dengan apa yang mereka sampaikan. 


    Tak ada manusia kat dunia nie yang memiliki blog yang berkualiti dan sempurna. Kalau berkualiti sekalipon, mesti ada kelemahannya. Korang cakap , benda apa yang sempurna kat dunia? Mesti ada cacat celanya. Mesti ada pengkritiknya.


    Baru-baru nie, yul melihat perbalahan antara blogger mengenai kritikan yang katanya menjatuhkan maruah seseorang blogger. Bagi yul lah kan, kritik tu memang perlu supaya kita dapat melihat kelemahan prestasi kita dalam berblog daripada luahan pembaca yang seharusnya diperbetulkan. Kalau nak bagi kritik, bagilah kritik yang membina dan bukannya menjatuhkan maruah seseorang tu. Macam kawan yul sorang nie, nama die hape tah, yul dah lupa. Katanya dia selalu di caci, dimaki, dihina melalui komennya walaupon komen-komen tersebut langsung tidak ada kene mengena dengan entri yang dia sampaikan tu. Apa salah dia sehinggakan mereka diperlakukan sebegitu? Terus ditutup blognya tu. Hurm. Kesian kan kan kan? Tak tahulah apa cerita die sekarang nie.


    Bagi yang tak kuat imannya untuk menerima kritikan tu, yul cadangkan supaya korang disable je lah komen untuk anonymous tu. Sebab kritikan yang pedas boleh menyebabkan kita hilang semangat untuk berblog. Ianya sebagai langkah keselamatan. 


    Tu baru kritikan melalui komen, tapi bagaimana pula sekiranya mereka mengkritik kita melalui entri? Memang yul tak nafikan, kadang-kadang apa yang mereka kritik tu, ada betulnya dan ada juga yang tidak, tapi janganlah sehingga menjatuhkan maruah seorang blogger tu. Lagi tak elok lagi sekirannya kita juga saling membalas kritikan dieorang dengan entri. Masalah tak akan selesai sekiranya kita saling membalas dengan menggunakan perkataan-perkataan kesat antara satu sama lain. Masing-masing menonjolkan pendapat serta hujah mereka. Percayalah, sampai bila-bila pon yul rasa isu perbalahan nie tak akan tamat sekiranya kita saling membalas. Manusia? tahu-tahu je lah kan, manusia mana yang nak mengalah kat dunia sekarang nie? Semuanya nak menang. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah redha dan berdoa kepada allah agar diberi ketenangan. Tu je lah jalan yang terbaik!


    Actually, Yul tak memihak mana-mana pihak pon yang sedang berbalah nie. Sebab kalau kita turut menyokong salah satu dari mereka, mungkin kita pon akan di cop sama. Lagipon apakah yang kita dapat lakukan? Lebih baik kita mendiamkan diri sahaja daripada terlibat sama. Ingat balik, apakah tujuan kita dalam berblog nie? Teruskanlah ye berblogging. Peace! Kalau ada yang terasa mengenai apa yang yul bincangkan nie, sila makan hati lah ye. hikhik 

    Read more...

    Kenapa Blogger Pelajar Lagi Ramai Dari Blogger Pekerja

    Sunday, 27 February 2011

    Dari pemerhatian yul sendiri, rasanya ramai blogger-blogger kat Malaysia nie yang masih belajar. Korang ada perasan tak? Hanya berapa kerat je kot yang dah bekerja sambil berblog. Followers-followers yul pon rasanya ramai yang study jugak. Yul je kot yang tak study lagi. Hikhik




    Yang blogger tip top pon ramai dari kalangan pelajar jugak. Macam Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Cik epal tu, dan ramai lagi. Mereka tu semua masih study lagi. Tapi, yul pelik kenapa ramai yang perempuan je, huhu.


    Sebab utama kenapa Blogger pelajar lebih ramai dari blogger pekerja
    • Blogger pelajar lebih banyak masa dapat diluangkan berbanding dengan blogger pekerja. Jika nak dibandingkan denga blogger-blogger pekerja nie memang tak ada masa kot. Macam yul nie, dapat update blog pada waktu malam je. Tu pon berapa jam. hikhik 
    • Kebanyakkan pelajar mencari duit melalui kerja sampingan untuk kegunaan peribadi atau akademik. Contohnya seperti blog, ramai yang dah mengetahui dengan berblog kita dapat menjana pendapatan sampingan walaupon tidak perlu bekerja. Jika anda betul-betul komited dengan blogging, macam-macam jenis pendapatan yang mampu dihasilkan!
    •  Tempat melepaskan tension? Ya, nie jugak salah satu sebab kenapa blogger-blogger sekarang nie ramai yang pelajar. Maklumlah ye, jadi pelajar mesti tension kan sebab banyak kerja perlu yang dilakukan. Cara yang terbaik untuk melepaskan tension adalah dengan menulis. 
    •  Kadang-kadang ada jugak yang terpengaruh dari rakan-rakan. Kawan ada blog, korang pon nak ada blog jugak. Nak merasai apa yang seronoknya berblogging nie. Sekaligus dieorang turut menjadi blogger.
    •  Menghilangkan rasa kebosanan. Korang boleh membaca entri-entri blogger-blogger lain. Selain tu jugak, korang boleh kongsikan sesuatu yang orang lain tak tahu didalam entri korang tu untuk dibaca oleh orang lain. Sama macam yul jugak, yul berblog untuk menghilangkan rasa kebosanan je. :)


    Tu je lah kot serba-sedikit apa yang yul tahu, hikhik. Kalau ada yang tak puas hati tu dengan apa yang yul kongsikan kat sini, yul harap diampunkanlah ye. Ianya hanyalah sekadar pemerhatian yul sahaja. 

    Read more...

    GengBlogger Bermasalah?

    Saturday, 26 February 2011

    Diantara korang semua mesti yang dah tahu kan apa itu GengBlogger? Kalau yang tak tahu, Gengblogger atau GB nie merupakan salah satu tempat yang membolehkan korang ping entri terbaru. Yul masuk GB nie pon masih baru lagi, tak sampai 2 minggu pon. 


    Gengblogger
    Tapi baru-baru nie yul rasa pelik pulak. Gengblogger mula bermasalah, ataupon cuma yul sorang saje yang bermasalah? Kenapa tiba-tiba, sekarang nie dah tak boleh nak ping entri kat GengBlogger. Sebelum nie okae je yul ping entri kat situ, tak ada masalah langsung. Sekarang nie, dah tak boleh pulak. Dah dua tiga hari jugak yul cuba, tapi tetap tak boleh. 


    Dah banyak cara dah buat. Yul cuba Clear cookies, history dan berharap dapat ping entri kat situ. Tapi, sangkaanku tidak tepat. Ianya tetap gagal dan masih tidak dapat lagi untuk ping entri di GengBlogger tersebut.


    Masa mula-mula, yul ingat internet problem je. Maklumlah ye, akhir bulan. Paham-paham je lah, limit broadband yul dah lebih 5GB sekarang nie. Internet pon jadi lembab. Kadang-kadang nak loading page pon separuh je dapat. Tapi tak mungkin kot disebabkan internet lembab boleh jadi macam tu, sebab internet yul bukanlah lembab setiap masa pon.




    Dah tak tahulah nak buat macam mana lagi. Masih lagi mencari jalan penyelesaian. Yul memang tak kisah sangat pon tak dapat nak ping entri kat situ, tetapi sekurang-kurangnya yul dapat lah promote blog yul disitu. Beribu-ribu blogger yang mengikuti di ruangan tersebut. Mana lah tau kan tiba-tiba blog yul jadi top kat situ kew. hikhik :P


    P/S: Somebody help me  please. :(

    Read more...

    Bagaimana hendak menjadi top blogger dengan mudah?

    Wednesday, 23 February 2011

    Assalamualaikum. Yul selalu dengar perkataan nie, 'bukan mudah nak jadi seorang blogger'. Korang pon mesti selalu dengar kan ayat-ayat nie. Ok. Memang yul tak menafikannya. Lagi-lagi kalau korang ingin dikenali ramai kan?
    Disini, yul nak bagi tips cara mudah bagaimana kita hendak dikenali. Cara nie memang yul tak pernah pakai dan tak pernah buat. Tapi yul rasa, cara nie lah yang senang dikenali sekaligus dapat menjana traffik di blog korang tu dengan mudah. 



    Tips nie yul kaji melalui blog cik epal setelah menonton video-video yang menarik yang dia sajikan tu. Setelah yul mengamati dan meneliti video tersebut, yul mula mengkaji. Macam ahli pengkaji video pulak. kehkeh. Cara nie seolah-olah boleh membuatkan kita dikenali. Tak percaya? 


    Ok. Korang pernah dengar Vlog tak?  Rata-rata ramai blogger-blogger sekarang nie yang menyebut mengenai Vlog. Actually, yul pon tak tahu jugak apa itu Vlog, tapi sekarang dah tau dah. Apa yang yul tahu, Vlog nie merupakan blog yang diupdate dengan menggunakan video. Ianya merupakan singkatan daripada ayat Video Blog. Senang cite, dia bercerita melalui video sahaja.  Tak payah nak menaip-naip keyboard tu. Kalau korang tak pandai nak menulis just buat Vlog je. Tak kiralah video tu mengenai personal kew, aktiviti kew, tutorial kew dan segala jenis macam lagi. Tu lah yang dinamakan Vlog. 


    Bercerita mengenai Vlog, korang mesti tau kan sebenarnya cara nie lagi mudah nak meningkatkan traffik di blog korang. Kebanyakkan blogger kat Malaysia nie dah menggunakannya. Biasanya mengenai isu semasa dan personal. Disini yul nak review bagaimana mereka boleh dikenali.






    Cuba korang bayangkan, korang rakam video tu dan berceritalah. Macam AnwarHadi, kebanyakkan video-video yang ingin disampaikan mengenai isu-isu semasa. Sangat menarik melihat video dia tu dan banyak pengajarannya. Dalam sekelip mata je, dia dah dikenali ramai. Yul tengok orang dok bercakap euwww,, euwww je sekarang nie. Macam dah jadi trademark pulak. hekhek. Selain anwar hadi, yul minat jugak kat Matluthfi90, video-video pon best jugak, tak pasti lah die tu blogger kew bukan, hehe



    Kalau tak nak bercerita, cuba korang menyanyi pulak macam cikgu syida tu. haha. Kompem meletup-letup. Yang tengok bukan sikit, tapi ramai! Walaupon yul tengok ramai yang dok mengutuk die tak de kerja lah, hape lah. Tapi bagi yul, dia adalah terbaik! Dah masuk tv dah dia tu. Bukan semua orang dapat membuat video macam tu. Walaupon cikgu shida nie bukan seorang blogger, tapi yul rasa ianya senang kot, hekhekhek. Kompem!



    Korang pandai melukis dan kerap kali menerbitkan kisah mengenai cerita kartun, yul cadangkan buatlah video. Macam Zack Zukhairi tu. Cerita-cerita dia memang best dan agak menyedihkan. Walaupon ianya adalah kartun, tapi cerita cinta tersebut ada banyak maksud yang tersurat dan tersirat. Memang terbaik!


    Macam mana mereka dapat tahu yang mereka boleh ke blog kita? Ok. Senang je. Dalam video tu mesti ada terpampang blog url korang kalau tak pon korang ada menulis sesuatu yang menunjukkan url blog korang tu. Tak kiralah, korang nak edit video kew, atau pon menulis di description video tersebut. Tak percaya cubalah. hekhek. Katakan dalam sehari ada 500 viewers yang menonton video korang tu, dalam 500 viewers mungkin 30 percent yang akan melayari blog korang tu. Banyak jugak tu kan?



    Berkesan kew tips nie? Almaklumlah yul pon tak pernah mencubanya lagi.  Bagi yul berkesan kot. Rata-rata ramai blogger-blogger dikenali melalui video. Tapi tu bergantung dengan kreativiti korang dalam video tu. Didalam video tu, mestilah mempunyai daya tarikkan yang menarik sehinggakan penonton tertarik melihat cara, aksi dan mesej korang dalam menyampaikan tu. Insyallah korang mungkin akan dikenali dan sekaligus traffik diblog korang akan jem. hakhakhak

    Read more...

    Tips: Bagaimana Hendak Meningkatkan Traffik di Blog

    Thursday, 17 February 2011

    Kali nie yul tak nak bercerita pasal benda lain. Nak bercerita pasal traffik pulak. Walaupon traffik blog yul nie tak seberapa, tapi sekurang-kurangnye yul kongsikan kepada korang semua supaya senang untuk korang mendapatkan traffik. Diantara korang semua mesti nak kan traffik yang tinggi kan. Bukan senang tau nak dapat traffik melainkan kita berusaha keras. Kalau kau dok mengangkang, malas nak update entri , blogwalking pon payah, memang tak kemana la traffik blog kau tu.

    Sebenarnya ada banyak cara dalam nak naikkan traffik nie. Cuma nak tak nak je. Terus teranglah yul cakap ngn korang semua nie, benda yang paling penting dalam nak meningkatkan traffik, korang kenalah rajin. Kalau malas jangan harap lah orang nak datang blog kau tu. Malas nie dah macam penyakit dah. Kalau dah malas memang tak ada lah ubatnya, melainkan korang ubah diri kau sendiri tu. Yul pon kadang-kadang malas jugak nak update entri nie, tapi terpaksa juga tangan dah menggatal nak menaip. haha

    Kalau korang rasa-rasa popular macam Hanis Zulaikha, Fatin Liyana , Cik epal, Zack Zukhairie , Ben Ashaari dan lain-lain lagi tak payahlah ikot tips yul nie ye. Mereka semua just tulis entri dan publish je, kompem berderet datang ke blog mereka. Sebab mereka semua dah dikenali ramai dan ramai pembaca mahu membaca entri seterusnya yang mereka nanti-nantikan. Kalau macam yul nie tak de maknenya. haha.

    Kat sini yul senaraikan tips yang boleh membantu korang dalam meningkatkan traffik.

    • blogwalking- Blogwalking atau dalam singkatannya BW.  Rata-rata blogger sering berbuat demikian kan? Kalau korang lawat blog dan baca entri mereka tu janganlah jadi silent reader ye. Tak kiralah entri die pendek kew, or panjang. Komenlah entri mereka. Kalau tak nak, paling kurang pon korang tinggalkanlah jejak kat shout tu. 
    • update entri sebanyak yang mungkin. Kalau setakat sebulan sekali tu memang kuranglah traffik kat blog kau tu. Seminggu 2,3 entri pon dah cukup memadai. Lagi bagus sekiranya korang setiap hari korang update. Tak lah bersawang ye blog tu, hehe. 
    • Kongsikan difacebook- Yang nie pon korang boleh dapat traffik. Kompem ada orang klik lah kalau korang share difacebook korang masing-masing. Dalam 100 kawan yang online tu, mungkin ada lah dalam belas-belas yang klik tu. huhu. Senang-senang je kan dapat free traffik?  
    • Ping Entri-Yang nie selalu yul amalkan cara nie. Memang berkesan. Tapi tu bergantung kepada tajuk dan entri korang tu. Biasanya yul tengok entri paling top carta tiap-tiap hari cite pasal duit blog, gosip artis, dan lain-lain lagi. Okaelah, Yul senaraikan beberapa sites yang selalu yul amalkan dan boleh korang ping entri tersebut.  
    1. INNIT- Kalau korang ada akaun nuffnang, so, bolehlah ping disini, tetapi apa yang yul dapat tahu, innit nie tempat yang  keahlian status mereka Gllitterati sahaja. Tak pastilah sama ada betul kew tidak. Sites nie kadang-kadang je yul ping. Kalau cerita mengenai gosip artis barulah yul ping kat Innit. hehe, Maklumlah ye, ping entri melalui Innit nie susah sikit, pakai manual. Kene submit sendiri URL, tajuk, tag, and lastly ada word verification. Tak sama dengan dengan yang lain.
    Nanged terbanyak pernah yul hit! haha2 
    1. GengBlogger- Kebanyakkan blogger yang yul lihat banyak yang ping disini. Rasanya, tempat nie lah paling popular! Tak percaya? korang cuba lah. 
    gengblogger ping
    1.  Johoreanbloggers.com dan lain-lain lagi- Sebenarnya yang nie ada banyak negeri. Tetapi fevret yul cuma dua je, kelantan dan johor. Malas nak ping tempat lain banyak-banyak. Kalau korang nak ping kat tempat lain pon boleh jugak, cuma tukar nama negeri kat depan tu  je. 
    johoreanbloggers 

    Okaelah, yul pon dah malas nak tulis panjang-panjang. Kang korang bosan pulak kan kalau yul tulis berjela-jela nie. Sambung tips yang akan datang je lah ye. Apa-apa pon yul harap tips nie dapat membantu korang dalam meningkatkan traffik korang tu. Traffik yul pon bukan lah tinggi sangat, sebab yul berblogging pada waktu malam je. Tak banyak mana pon kan? hee

    Read more...

    Blog Aku Macam Oh Tidak!

    Sunday, 13 February 2011

    Salam semuanya.
    Baru-baru nie yul ada terbace satu entri kat blog kawan yul mengenai jenis-jenis penulisan blog. Ulasan yang sangat menarik. Suka membacanya sampai tersengih-sengih sendiri yul baca entri tersebut! Buat entri nie pon masih tersengih lebar ke telinga. kehkehkeh


    yang nie yul prnt screen dari blog beliau.


    OH TIDAK! Adakah blog yul nie seperti blog tersebut? I dont think so. Tapi, Iyka cakap blog yul lebih kurang macam tu lah. Dem! Terasa nak bangga jap. Huahuahua. Actually blog yul nie pon bukan lah bagus sangat. Blog rojak kot. Entri semua campur-campur, sekejap cite mengenai fakta, sekejap cite benda pelik, sekejap cite hantu. haha. Masih baru lagi dalam dunia blogging nie. Tak sangka pulak blog yul disenaraikan dalam entri beliau mengenai jenis-jenis penulisan blog. Maceh ye iyka! Nanti aku bagi akim kat kau! wakaka



    Kalau korang nak tahu lagi pi la jenguk dia kesana. Entri-entri dia pon besh! Memang happening gila baca entri dia. Tak bosan membaca entri-entri beliau tu. Kalau baca entri dia teringat  pulak kat cik epal. Kehkehkeh. Siyes, yul tak tipu. Bab-bab mengarut  merepek meraban bagai nak rak bagi je kat Iyka nie. Dia lah pengarut utama dalam dunia blog nie. Rasanya tak ada orang lain  yang boleh lawan dia. wakaka. MENGARUTLAH DALAM BERBLOG DEMI NEGARA!










    Read more...

    ChurpChurp Disalahgunakan

    Friday, 11 February 2011

    Korang tak tahu apa itu churpchurp? Bagi sesetengah blogger yang mempunyai akaun twitter mesti korang tahukan apa itu churpchurp. Churpchurp nie sebenarnya adalah satu syarikat pengiklanan yang menggunakan link url yang perlu diiklankan ditempat-tempat tertentu. Kira adik beradik nuffnang la jugak. Tapi caranya berbeza sikit. Nak lagi lanjut baca entri yul yang sebelum nie kat sini.

    Sebenarnya entri yul hari nie mengenai penyalahgunaan link URL iklan churpchurp dalam kalangan sesetengah blogger. Bagi pengunjung yang bertandang ke blog yul dan meninggalkan mesej dishoutbox, dah semestinya yul akan membalas kembali lawatan korang tu. Cepat atau lambat janji yul balas kembali lawatan korang tu. Tapi ada satu hamba allah nie yang saje nak ambil kesempatan kat blog yul nie untuk kepentingannya sendiri. Ada kew patut dia letak URL iklan churpchurp akaun dia letak tinggalkan di link soutbox. Hampeh sungguh!
    Contoh URL iklan ChurpChurp yang diberikan
    Baru-baru nie yul dah terkena dah. Yul bukan nak kritik, kecoh kew apa. Cuma  rasa tertipu je. Tak puas hati betul!  Ada orang letak link yang sepatutnya diiklankan melalui cara yang betul. Tapi disalah gunakan. Yul pon tak tahu sapa punya kerjalah yang buat macam tu. Semata-mata nak tambah duit tu kat churp-churp. Korang tahu-tahu je lah kan. Bagi yang mempunyai akaun Churp Churp nie korang boleh menjana pendapatan melalui url yang mereka berikan untuk dikongsi ditempat-tempat yang sepatutnya diiklankan. 


    message dari shoutbox blog yul
    Tulis singgah sini, visit here lah, tapi sekali klik nama die, keluar halaman lain pulak. Dah la pakai nama fake. Pastu URL pakai iklan Churp-Churp punya. Tiba-tiba je keluar page iklan. Agak-agak la nak main tipu kan. 



    klik jadi halaman nie, pastu auto ke tempat iklan.


    Macam mana yul tau yang tu iklan churpchurp? Sebenarnya, yul pernah klik link churpchurp kepunyaan sendiri sebelum nie. Saje je nak test ianya berfungsi kew tak. hehe. Kita klik je link, dia tak direct terus, nanti korang akan nampak satu page macam kat gambar diatas tu sebelum ianya terus pergi kehalaman yang sepatutnya diiklankan.


    Kepada yang terasa tu, sila lah sedar ye. Yul kongsikan kat korang semua disini supaya jadikan ianya sebagai pengajaran. Yul tak nak orang lain pon terkena jugak sama macam yul. Dalam berblogging nie tak payah nak tipu-tipu. Kang tak memasal kita akan rugi sendiri. 




    Read more...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Yul Aje

    Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

      © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

    Back to TOP