Suka!

Showing posts with label Domain. Show all posts
Showing posts with label Domain. Show all posts

http://yulsahaja.com - Akhirnya Yul Memiliki Nama Domain Sendiri :)

Thursday, 5 May 2011

Assalamualaikum semuanya. Yea! Akhirnya blog yul aje telah pon berubah. Kini, genap 6 bulan yul berblogging, dan akhirnya ianya telah bertukar rupa juga. Bukan berubah dari segi wajah blog mahupon cara penulisan. Cuma berubah dari segi nama Domain sahaja. Yang selebihnya yul masih mengekalkan seperti sebelum ini. Walaupon cuma bertukar nama domain je, tak tukar hosting. Tapi tak apa lah kan. Asalkan ianya berubah. Daripada tak ada langsung kan.  

Lepas nie blog yul tak dibelengu dengan perkataan dot blogspot dibelakang URL tu. Dah tak ada lagi dah dot blogspot-blogspot nie. Yang adanya cuma yulsahaja.com. Simple je kan nama URL yul. Tak syok ah kalau ada dot blogspot kat belakang tu. Baru nampak macam gempak sikit. haha. Gempak kew? Entah lah erk.


Sebenarnya niat yul nak beli domain nie memang dah lama. Semenjak bulan lepas lagi kot yul dah merancang untuk mempunyai domain sendiri. Tapi di atas sebab-sebab tertentu, terpaksa yul tangguhkan niat yul untuk membeli domain nie. Nak elak tak boleh, so kenelah extand sehingga sekarang baru dapat yul gunakan nama domain nie.


Perubahan juga terdapat jika kita beralih ke nama domain sendiri nie. Kedudukan blog traffik yul terus menjunam ke bawah tanpa sebarang bantuan payung terjun. Sangat sedih!


Kedudukan Alexa Page Rank Sebelum & Selepas Menukar Nama Domain.
Dulu punya, sewaktu menggunakan nama domain blogspot
kini, menggunakan nama domain sendiri
Sebelum nie, Blog yul nie di Alexa Page Rank mendapat kedudukan 630k. Tapi sekarang, ianya langsung tak dapat dikesan langsung. Perubahan yang amat ketara. Maklumlah ye, domain baru. Alexa tak dapat nak analisis traffik dan kedudukan blog yul nie lagi. hehe. Sedih wouh kedudukan blog yul telah jatuh menjunam. sob. sob :(


Yul beli domain nie di NetKL.com secara online. Terima kasih diatas perkhidmatan yang diberikan. Puas hatilah juga dah ada nama domain sendiri nie. Cuma RM 31.60/1tahun je untuk menukar nama domain nie? Berbaloi kew? Korang gunalah dulu ye. Sebab yul pon baru je tukar. So, tak tahu apa-apa lagi. hehe. Yang penting niat yul dah tercapai untuk menggunakan nama domain sendiri.


Kalau tak ada duit, korang boleh jugak register domain percuma . Tak payah bayar. Daftar, kemudian terus boleh digunakan. Seperti domain yang berdot co.cc tu. huhu. Tapi tak best lah kan. Sebab banyak risiko yang perlu korang hadapi. Lagi best kalau ianya berdot com. 


Yul tak hina sesiapa pon. Ianya sekadar luahan yul sahaja dapat menggunakan domain baru. Puas hati je dapat guna nama domain sendiri. hehe. Kepada yang terasa sila makan hati. ;P 

Read more...

Kelemahan Dan Keburukkan Menggunakan Domain Percuma Co.cc

Saturday, 9 April 2011

Assalamualaikum semuanya. Sebelum nie yul ada menerbitkan entri menggunakan domain berdot co.cc percuma tanpa bayaran kan? Actually domain percuma nie ada jugak kelemahannya. Yela, benda percuma mestilah ada keburukan serta kelemahannya. So, yul nak kongsikanlah kelemahan menggunakan domain percuma berdot co.cc nie. 


Kelemahan Menggunakan Domain Percuma Dot Co.Cc



  • Security yang lemah. Memudahkan orang lain hack site/web/blog kita. Kebiasaannya self hosting je yang boleh di hack kalau security dia lemah. Tapi kalau domain nie pon boleh jugak, sebab melalui domain hackers boleh mengesan IP ADRESS kita dan memudahkan site kita di hack.


  • Kadang-kadang, domain yang kita gunakan tu tak boleh direct link terus. Korang tak boleh masuk/akses pada sesuatu masa disebabkan pemeriksaan oleh pihak co.cc. So, dia akan keluar ayat macam nie "This domain is under examination at the moment.It will be finished within 24 hours"




  • Tak boleh transfer. Kalau korang dah menggunakan domain percuma ber dot co.cc dan kemudian nak pindah ke domain lain memang tak boleh. Contohnya korang nak transfer domain korang co.cc ke godaddy, netkl dan lain-lain lagi. 



Sebab tu lah ramai orang tak menggunakan domain percuma nie. Banyak kelemahan yang ada. Benda pon murahkan? Lagi baik sekiranya korang menggunakan domain berbayar. Lagipon bukan mahal sangat. Paling standard RM30 setahun. Macam sekali beli prepaid je kan? ehehe. Kepada korang yang masih nak menggunakan domain nie, teruskanlah. Kalau setakat untuk bersuka-suka tak ada hal lah.

Read more...

Tutorial Cara Menukar Domain Percuma | Setting Custom Domain Blogspot ke Co.cc

Friday, 1 April 2011

Assalamualaikum semuanya. Entri nie adalah kesinambungan pada Tutorial Setup Domain Percuma tu. Bagi yang dah mendaftarkan akaun korang tu untuk domain percuma di co.cc, boleh lah sambung tutorial nie. Kalau dah sampai part nie tak susah mana pon. Senang je. Tak sampai 5 minit pon dah siap. Korang pon terus boleh guna domain percuma tu. Tapi sebelum tu, yul nak menjawab pertanyaan-pertanyaan daripada rakan-rakan yul dulu. 

'Domain tu tak efek ke bila kita tuka connection,contohnye dr broadband kpd Local Area Network ataupun wireless?? Nannti IP address dia kan tukar....mcmana tu'- Cik Ila
  Rasanya tak de masalah. Kalau korang guna wireless kew dan lain-lain lagi masih lagi boleh digunakan. Boleh rujuk disini. Menerangkan segala, apakah yang dimaksudkan dengan IP ADRESS nie.
'oww yg co.cc tu free erh? ade nmpk beberape org pakai. tp x ramai. nape erh?'- i am S!L4H..
Ye, memang free pon menggunakan nama domain nie yang berdot co.cc. Tak payah bayar untuk 1 tahun pertama. Daftarkan, kemudian terus boleh pakai. Masuk tahun kedua menggunakannya, korang kene bayar lah. Lebih kurang 3$ macam tu kot. Tak sama dengan domain-domain yang lain seperti .com/ .net/ .org dan lain-lain lagi. Tu semua kena bayar. Kenapa tak ramai yang menggunakannya? Sebenarnya banyak sebab yang membuatkan ramai orang tak menggunakannya walaupon percuma. Nanti je lah yul buat entri baru. Kalau campur semua sekali dalam 1 entri nanti korang pening-pening pulak. hekhek.


Ok. Sambung balik tutorial yang seterusnya. Lepas korang dah mendaftarkan akaun korang tu. Korang cuma buka halaman blog korang. Di bahagian home tu, korang klik Setting. Pastikan korang pilih blog yang betul. Blog yang korang nak tukarkan nama domain tu.


klik publishing kemudian klik Custom domain
Step ke 2
Langkah yang seterusnya, korang klik publishing seperti gambar diatas, dan kemudian klik custom domain pula. 


Klik switch to advanced settings.
Step ke 3
Nampak halaman seperti gambar diatas nie, korang klik switch to advance setting pula. Yang lain tu abaikan. 




Masukkan nama domain korang yang berdot co.cc tu
Step ke 4
Kemudian isikan nama domain yang korang daftar tu. Jangan lupe letak www dibahagian hadapan. kemudian masukkan word verification dan save settings. Yang bahagian Use a missing files host? Biarkan ianya no je. Jangan memandai pulak korang tukar yes. hekhek


Tick dibawah nama domain tu
Step ke 5
Dah save setting, pastu korang tick pula kat dalam kotak tu seperti gambar diatas. Save settings sekali lagi. Selesai! Tak susah mana pon. Senang je kan? Bagi yang nak menggunakan domain percuma berdot co.cc nie semoga berjaya lah ye.

Read more...

How To Setup Free Domain For Blogspot/Blogger | Tutorial Setup Domain Percuma co.cc

Monday, 28 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Entri yang lepas yul ada kata nak beli domain sendiri kan? Yul memang nak beli pon. Dalam minggu nie blog nie dah berubah nama URL. Korang tunggu je lah ye. hekhek. 


Korang nak pakai Nama Domain Sendiri jugak? Tapi nak yang percuma punya, tak payah bayar. Ada kew domain percuma? Ye memang ada. Korang tak payah risau. Sebelum nie yul pernah menggunakannya domain percuma nie, tapi bukan blog nie la. hekhek. So, yul akan kongsikan bagaimana nak mendaftar dan menggunakan domain percuma nie. Actually tak susah mana pon. Senang je kot. 

Step Pertama
Isikan domain yang korang nak
Pertama sekali korang pergi ke laman web nie http://www.co.cc/ . Nanti korang akan jumpa laman web seperti gambar diatas. Korang perhatikan. Sebijik tak? Ok, kalau sebijik boleh teruskan. Disitu korang akan lihat, satu ruangan kosong diantara www dan co.cc (rujuk gambar diatas). Diruangan kosong tu korang isikan nama domain yang korang nak letak.


Dah isi, korang boleh check availability. Kalau tak available, maknanya nama domain yang korang nak guna tu dah ada orag pakai. So, korang terpaksa gunakan nama lain. 
Step Kedua
Isikan segala maklumat korang
Selesai? Selepas itu, korang perlu mendaftarkan dahulu dengan mengisi segala maklumat-maklumat. Jangan tinggalkan ianya kosong. Dah isi semua, jangan lupa tick kat kotak bawah tu. Lepas tu klik continue.
Step Ketiga
Sign In
Dah berjaya mendaftar, korang akan nampak laman macam nie pulak. Apa yang perlu korang buat, hanya memasukan semula Username ( E-mail) dan password yang telah korang daftar tadi. Jangan lupa Word Verification tu sekali, korang masukkan mengikut huruf yang diberi tu. Lepas tu, klik Sign In. Nanti korang akan nampak satu halaman. Kemudian korang hanya klik Set Up.
Step Keempat
Masukkan korang punya domain. 
Dah nak sampai penghujung rancangan dah nie. hekhek. Lepas klik Setup,korang pergi ke side bar sebelah kiri dan klik zone record. Nampak tak? Pastikan halaman korang sama seperti gambar diatas ini. Ok, korang isikan Host dengan menggunakan domain korang yang daftar tadi tu, type korang pilih A dan yang terakhir Value dengan mengisi IP ADRESS internet korang. Yang bahagian TTL tu abaikan. Biarkan ia 1D je. Korang mesti tertanya-tanya, bagaimana nak tahu IP ADRESS korang. Ok, senang je.
Step Kelima

Korang cari Control Panel >> Network and Internet >> Network Connection. Lepas tu, korang klik connection yang korang gunakan sekarang nie. Contoh yang yul guna Celcom Broadband. 
Step Keenam

Nanti akan terpampang di skrin komputer korang seperti gambar diatas. Korang mesti tahukan bagaimana nak mencari. Kemudian klik Details, dan korang akan nampak Semua jenis IP ape tah. Salin number IPv4 Adress tu dan Paste kan ke Value di Step ke 4. 


Okae dah selesai untuk mendaftarkan nama domain korang secara percuma. Tak perlu bayar. Apa yang perlu korang lakukan hanya menunggu selama 48 jam untuk memproses nama domain yang korang daftarkan tu. Rasanya tak perlu tunggu 48 jam kot, sebab sebelum nie yul buat tak sampai 8 jam dah boleh terus pakai domain tu. hekhek. Macam mana nak setting domain ke blog? Tunggu Tutorial seterusnya. hee :) Semoga berjaya :)

Read more...

NetKL Menjadi Pilihan Untuk Membeli Domain?

Tuesday, 22 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Sebelum nie yul ada mengeluarkan entri ingin membeli nama domain sendiri kan? So, banyak tempat jugak yul dah pergi survey diantaranya ServerFreak, Sempoihosting, Godaddy dan Netkl. 
Masa tengah dok melayan produk dan harga kat NetKL nie tiba-tiba pelanggan perkhidmatan NetKL datang memberikan layanan. Sempat jugak lah bersembang dengan dia. 

Sangat mesra 
Banyak jugak yang yul tanya kat dia. Apa yang yul tak faham semua dia huraikan satu persatu. Dari segi pembayaran, mengenai hosting, dan macam-macam lagi. Tapi, ada effect jugak eh sekiranya kita tukar nama domain. Jadi yul kongsikanlah kepada korang, tiga kesan yang akan berlaku sekiranya korang menukar ke nama domain yang baru.

  • Alexa Rank akan jatuh sebab menukarkan dan mamakai URL nama Domain yang baru.
  • Page Rank pon turut jatuh jugak sebab bertukar link.
  • Nuffnang tidak akan mengira traffik kita pada hari kita menukar nama Domain terbaru
Puas hatilah diatas layanan yang diberikan oleh mereka nie. Padahal belum beli lagi tu. Tapi yul memang merancang nak beli kat situ kot. Insyallah dalam masa terdekat nie yul akan menggunakan nama Domain sendiri. Tunggu je lah ye, hehe. :)

    Read more...

    Bercadang Menggunakan Nama Domain Sendiri. Adakah Ianya Berbaloi?

    Sunday, 20 March 2011

    Domain? Apa itu domain? Bagi sesetengah blogger baru mesti yang tak tahu kan apakah yang dimaksudkan dengan domain. Domain nie adalah nama unik yang diberikan untuk mengenali nama server komputer seperti web server atau email server di laman internet. Ianya berfungsi untuk mengingat nama server dan mempermudahkan pengguna di internet ketika melakukan akses ke blog/website korang. URL blog korang yang menggunakan blogspot/wordpress dihadapan akan berubah menjadi singkatan .com/ .net/ .org/ dan lain-lain lagi  sekiranya korang membeli domain.

    Domain
    Berbaloikah sekiranya kita membeli domain? Apakah kelebihan yang kita akan dapat sekiranya menggunakan domain? Soalan nie selalu bermain didalam fikiran yul sendiri. Setelah diperhatikan, diselidiki dan dikaji, rupanya banyak jugak kelebihan menggunakan domain nie.


    Apa yang yul dapat lihat, kebanyakkan blogger-blogger sekarang nie banyak yang sudah mempunyai domain sendiri. Mungkin ada sesetengah blogger berfikir ianya membuang duit dan masa membeli nama domain nie. Kenapa harus membazirkan wang tanpa hala tujuan? Bagi yul, ianya tak de lah macam tu sekali. Biarpun kita membuang duit dan masa, tetapi kepuasan kita dalam memiliki sesuatu sukar dikecapi. Terasa puas dan seronok apabila yul sendiri dapat menggunakan nama domain sendiri seperti http://www.yulsahaja.com. Walaupon yul baru berblogging tak sampai 4 bulan lagi, tapi apa salahnya sekiranya yul ingin memiliki nama domain sendiri?


    So, yul bercadang juga untuk memiliki nama domain sendiri menggunakan dot com.  Dah rimas lah asyik pakai dot blogspot je. Nak taip pon susah sebab panjang sangat kan URL nya tu? Orang nak ingat URL blog pon susah, sebab ada blogspot. Jadi macam cacat pulak bila melihat semula. So, apa salahnya kan sekiranya kita ingin berubah sesuatu dan kelainan didalam blog nie. 


    Insyallah, kalau tiada aral, mungkin dalam masa terdekat nie, yul akan membeli dan menggunakan Nama Domain sendiri. Tengah survey-survey mencari yang terbaik. hee :) 
    Wang boleh dicari, Tetapi kepuasan sukar dikecapi.

    Read more...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Yul Aje

    Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

      © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

    Back to TOP