Suka!

Anak Ikan Jerung Pelik Tapi Benar Di Sabah | Yu Menyerupai Ikan Nemo?

Wednesday 13 July 2011

Assalamualaikum pembaca semua. Hari ini yul ingin berkongsikan sesuatu yang menarik kepada anda semua. Yul yakin anda semua pasti tahu, bagaimanakah rupa dan bentuk ikan yu atau nama lainnya jerung yang sebenarnya? Bagi yang tak pernah tengok, boleh cari je di carian google. Berjuta-juta jenis ikan jerung yang dipaparkan disitu. 


Ikan jerung atau lebih dikenali sebagai yu, mempunyai rangka tulang muda dan tubuh yang ramping. Haiwan tersebut bernafas dengan menggunakan lima liang insang (kadang-kadang enam atau tujuh, bergantung pada spesies) di sisi, atau di belakang kepalanya. Yu mempunyai tubuh yang dilapisi kulit dentikel dermis untuk melindungi kulit mereka daripada rosak, parasit, dan juga untuk menmperbaiki dinamik cecair. Mereka mempunyai beberapa turutan gigi yang dapat diganti. Untuk pengetahuan anda semua, Yu sebenarnya jarang menyerang manusia kecuali mereka terasa terancam.
Sumber : Wikipedia

Ok. Berbalik kepada tajuk asal. Gambar yang yul paparkan nie dikongsikan oleh rakan fb yul (kucing hitam). Credit to him, kerana sudi berkongsi kepada yul. hehe. Memang menarik! Yul memang tidak pernah melihat ikan jerung sebegitu pelik. Kejadian ini memang benar-benar berlaku di Sabah.






tiada unsur edit -mengedit didalam gambar diatas. Diperakukan sah!

Apa yang yul dapat tahu, anak ikan jerung tersebut dilahirkan bersama 6 ekor yang lain. Kesemuanya dilahirkan normal, cuma yang seekor ini sahaja dilahirkan cacat, yang mana mata dan lidahnya hampir menyerupai manusia. Ikan jerung berkenaan telah pon mati setelah dilahirkan. Ianya berlaku dikampung Mohd Nizam Maulaha, yang merupakan salah seorang anak nelayan dikampung tersebut.

Yul kagum, terkejut dan terharu melihat makhluk ciptaan allah ini. Betapa besarnya kuasa allah yang tiada batasnya sehinggakan mampu menjadikan makhluknya sebegitu rupa. Pasti ada hikmahnya disebalik kejadian ini. Apa yang berlaku semua ini adalah untuk kita berfikir dan merenungkan kembali akan kekuasaan Allah. Mashallah..

2 comments:

mrs kayrul 14 July 2011 at 16:24  

peliknya...hebatnya ciptaan Allah nie

Unknown 14 July 2011 at 20:13  

subhanallah.... comel... tp pelik je tgk... :))

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP