Suka!

Kes Pembunuhan Nurrahayu Qomarodin Bajuri Dibakar Dan Dikerat | Mayat Gadis Berusia 16 Tahun Di Bunuh Kejam Di Seri Alam, Masai

Wednesday, 6 July 2011

Al-fatihah kepada Allahyarham Nurrahayu Qomarodin di atas pemergiannya. Sungguh tidak berkeperimanusiaan! Kejam betul mereka! Itulah antara kata-kata yang yul dapat lontarkan selepas membaca berita di akhbar online tentang kematian seorang gadis berusia 16 tahun di Seri Alam, Masai, Johor yang mati dibunuh dengan begitu kejam dan ditemui dalam keadaan yang menyayat hati.

Misteri kehilangan pelajar tingkatan empat, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16, terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badannya yang dikerat dan dibakar di dua lokasi berlainan iaitu di tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, kelmarin.

Polis turut menemui serpihan tulang selain pakaian milik remaja perempuan itu yang hilang dari tapak pembinaan berhampiran tempat kerja bapanya iaitu di pekan Seri Alam, Masai. Allayarham hilang selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya pada jam 2 pagi, 14 Jun yang lalu. Ibu angkat Nurrahayu, Juliana Jumail tidak menyangka anak kesayangan keluarganya itu ditimpa nasib malang apabila ditemui dalam keadaan yang menyayat hati.


Dia juga tidak menyangka jenazah yang terbaring kaku di depan matanya merupakan Ayu selepas melakukan pengecaman di Hospital Sultanah Aminah. Pengecaman itu dilakukan berdasarkan keadaan fizikal gadis tersebut yang memiliki tubuh kecil dan gemar memakai penyepit rambut.

Malah, menurutnya, keluarga kandung Ayu juga diminta ke hospital untuk membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan penemuan mayat itu.

Pihak polis masih menyiasat motif di sebalik pembunuhan kejam Nurrahayu. Pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 46 tahun untuk membantu siasatan. Lelaki yang ditahan itu bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan mempunyai lapan rekod jenayah pada masa lepas termasuklah menyerang, menculik dan mencuri.

Berita nie yul copy dan olah dari Mstar. Kejadian nie berlaku berhampiran dengan tempat kerja yul. Tak jauh manapon. Jadi, yul kongsikanlah berita nie kepada korang semua. Apa-apa pon,Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan. Tunggu sahaja siasatan daripada pihak polis, harap-harap, pembunuh tersebut ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal di atas perbuatannya itu.

4 comments:

fyna ahmad 6 July 2011 at 00:46  

alfatihah.
kejam kan orang tue.

dekat dengan tempat keje yul?
:(

puteraduyong 6 July 2011 at 01:34  

ini bukan kerja manusia....

haney 6 July 2011 at 02:41  

alfatihah. smoga rohnya dicucuri rahmat

Anonymous,  7 July 2011 at 22:15  

takziah,,
tp salah bdak tu jgak,,
blik rmah kol 2 pagi,,tman lelaki lak yg hntar,,
sy xberniat nak mghina,,maaf klau trsilap kat,,
kpd remaja2 di luar sana,jadiknlah kisah ni sbagai pngajaran,,

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP