Suka!

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Bayi Cedera Di Muka Ketika Dilahirkan Di HTAR

Friday, 16 September 2011

Yul ada terbaca satu artikel yang amat sedih dan menyayat hati, yang mana, seorang bayi yang baru dilahirkan terdapat kesan luka dibahagian muka. Kesian pabila melihatnya. Apa yang menyebabkan bayi ini menjadi macam nie, yul pon tak berapa pasti. Polis pon masih menyiasat kejadian ini.

Berikut adalah berita yang di petik dari Berita Harian.
Seorang bayi perempuan yang baru empat hari dilahirkan mengalami kecederaan serius di muka dan mata dipercayai akibat kecuaian doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini ketika menyambut kelahiran bayi itu.


Difahamkan bayi sulung kepada pasangan suami isteri yang baru setahun berkahwin itu tidak dapat menyusu seperti biasa kerana luka di mulut sehingga pihak hospital terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memberi susu kepada bayi terbabit yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU) hospital berkenaan.


Ibrahim Umran, 23, berkata lebih menyedihkan sehingga sekarang pihak hospital masih gagal memberi penjelasan munasabah mengenai punca kecederaan bayinya itu, malah diherdik oleh doktor bertugas apabila beliau terus mendesak meminta penjelasan.
“Apa yang dikesalkan, apabila ditanya jururawat yang menyambut kelahiran bayi saya mengapa kejadian itu berlaku, mereka hanya menjawab tak tahu. Isteri saya memberitahu doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah doktor perempuan dan masih muda tetapi sehingga sekarang saya belum dapat menemuinya untuk meminta penjelasan.

“Saya turut ditengking oleh doktor bertugas dengan mengatakan saya terlampau banyak bertanya serta tidak memikirkan masalah doktor yang terpaksa bekerja siang dan malam tanpa rehat mencukupi untuk merawat pesakit,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ditemui di sini, semalam.
Ibrahim berkata, ketika kejadian, beliau menunggu di luar bilik pembedahan bersalin sementara isterinya, Siti Aishah Abdullah, 23, menjalani pembedahan pada jam 10.15 malam, Isnin lalu.

“Selepas menunggu kelahiran anak sulung dengan penuh debaran, dua jururawat wanita membawa keluar bayi dan saya sangat terkejut apabila mendapati bayi saya banyak lebam di bahagian muka.
“Hancur luluh hati saya apabila melihat anak sulung yang dilahirkan cedera sedangkan sepanjang tempoh kandungan, doktor mengesahkan bayi saya sempurna dan sihat. Doktor yang melihat bayi saya ada mengatakan kecederaan ini mungkin kerana terkena tangan ketika proses melahirkan bayi,” katanya.
Sementara itu, ketika dihubungi jurucakap hospital berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan dengan mendapatkan maklumat dari bahagian bersalin sebelum memberikan ulasan lanjut.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop pula berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan.
Sumber:BHarian
P/S: Mana-mana suami-isteri semestinya ingin mengetahui dan melihat keadaan anaknya. Kesian bayi ini, sungguh malang nasibnya. Harap-harap, baby nie dalam keadaan baik dan sihat hendaknya :(

Read more...

PERMOHONAN KEMASUKAN MAKTAB TENTERA DIRAJA MTD BAGI TINGKATAN 4 2012/2013

Tuesday, 23 August 2011

Permohonan Maktab Tentera Diraja(MTD)Bagi Tingkatan 4 sesi 2012/2013
Tawaran ke Maktab Tentera Diraja sesi 2012-2013 ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2011. Tawaran ini akan dibuka bermula Ogos sehingga 30 September 2011. Permohonan yang lewat dihantar tidak akan diproses.

Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi Minimum – 152 sm.
  • Berat Minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
  • Terbuka kepada pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan percubaan PMR mendapat 4A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggerís, Matematik dan Sains) dan berpotensi lulus cemerlang dalam Peperiksaan PMR sebenar Tahun 2011.
  • Pelajar perlu mengisi borang permohonan kemasukan BAT B 115 Pin 3/03 Maktab Tentera Diraja dan menduduki Ujian Khas MTD (UKMTD) sebagai prasyarat kemasukan ke tingkatan 4 di Maktab Tentera Diraja.
  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD (UKMTD) akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir di MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam temuduga tersebut akan ditawarkan pengajian bagi tingkatan 4 di MTD tahun 2012 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia,Bahasa Ingerís, Matematik dan Sains).
CARA MEMOHON
  • Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) di laman Web MTD iaitu www.rmc.edu.my secara percuma atau datang sendiri ke alamat seperti di bawah.
  • Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan melalui pos, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:
Sel Pemilihan
Pejabat Pegawai Pendidikan Kanan
Maktab Tentera Diraja
Kem Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR
  • Borang Permohonan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 30 September 2011. Borang Permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD (UKMTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 30 Jan 2012, permohonan dianggap tidak berjaya.
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD melalui talian telefon di nombor 03-90867470/7471.
  • Borang permohonan boleh didapati DI SINI. (Sila gunakan Internet Explorer 7 ke atas untuk mendapatkan borang ini)
Link- IKLAN DAN SYARAT KEMASUKAN KE MTD
Link- BORANG KEMASUKAN KE MTD
(gunakan internet explorer 7 untuk mengakses link di atas)

Read more...

Senarai Lokasi Yang Kerap Berlaku Kemalangan Menjelang Raya Di Perak

Saturday, 20 August 2011

Bersempena raya Aidilfitri yang menjelang tiba ini, Polis Perak telah pon mengenal pasti 14 lokasi di negeri Perak yang didapati kerap berlaku kemalangan maut terutama menjelang perayaan.

Berikut adalah senarai lokasi yang kerap berlaku kemalangan menjelang raya ini di Perak.
  • Jalan Ipoh-Simpang Pulai,
  • Ipoh-Teluk Intan,
  • Ipoh-Butterworth,
  • Jalan Sitiawan-Taiping,
  • Ipoh-Lumut, 
  • Ipoh-Kuala Lumpur 
  • Teluk Intan-Hutan Melintang.
  • Sri Manjong-Simpang Lekir, 
  • Sitiawan-Teluk Intan, 
  • Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli  
  • Ipoh-Taiping,
Sebanyak 234 anggota polis trafik akan ditempatkan di lokasi strategik. Operasi ini akan bermula mulai minggu hadapan iaitu 22 Ogos sehingga 16 September ini. Polis mensasarkan, sekurang-kurangnya lima peratus penurunan kadar kemalangan tahun ini. Jabatan Pertahanan Awam, Bomba, Jabatan Pengangkutan Jalan dan beberapa agensi lain turut terlibat dalam operasi tersebut.


So, kepada yang pulang ke kampung tu , tak kiralah perak ke, kelantan ke, kedah ke, johor ke, or mana-mana sahaja. Berhatilah-hatilah semasa memandu tu. Ingatlah orang tersayang. Jangan biarkan orang kesayangan anda bergelinang air mata di pagi raya. Orang kata biar lambat, asalkan kita selamat sampai menuju destinasi kita :)

Read more...

Asyraf Haziq Popular Setelah Video Rusuhan London Tersebar | Gambar Wajah Donovan Yang Merompak Dan Memukul Asyraf Haziq Didedahkan

Monday, 15 August 2011

Baru-baru ini, gambar lakaran wajah penyamun dan perompak yang menyerang Asyraf Haziq telah pon didedahkan ketika rusuhan yang berlaku di london, minggu lalu. Lakaran gambar tersebut telah pon tersebar di akhbar-akhbar tempatan Britain. 

Klip video itu menunjukkan bagaimana seorang lelaki, Reese Donovan berpura-pura membantu Asyraf dengan tujuan menyamunnya. Untuk pengetahuan korang, lebih daripada 4.7 Juta viewers yang menonton video tersebut yang di upload di youtube pada 8 August lalu.

Berikut adalah lakaran wajah Reese Donovan yang memukul dan menyamun Asyraf Haziq

Penyerang itu, Reece Donovan berusia 21 tahun dari Romford, Essex muncul kelmarin di depan majistret di sebuah mahkamah di tengah London. Dia dituduh merompak telefon bimbit Nokia dan konsol permainan Sony PlayStation milik Ashraf semasa rusuhan berlaku di London pada minggu lalu.

Donovan didakwa menjadi anggota kumpulan yang menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang baik semasa dia membantu Ashraf yang berdarah selepas rahangnya dikatakan dipukul oleh sekumpulan pemuda.

Namun, Donovan dikatakan berdiri di belakang Ashraf dan mengambil barang berharga bernilai £300 (RM1,465) daripada begnya. Ketika kejadian, Ashraf sedang menunggang basikal di Barking, timur London apabila dia didatangi sekumpulan orang yang dianggarkan di antara 60 hingga 100 golongan muda.
P/S: Harap-harap dia dikenakan hukuman yang setimpal di atas perbuatannya yang tidak beradab itu!

Read more...

Juadah Ramadhan Babi Dalam Segmen Ramadhan Delights Artikel The Star

Thursday, 11 August 2011

Tadi yul ada terbaca satu artikel mengenai Isu makanan babi di blog Ben Ashaari. Terkejut jugak membaca tajuk entrinya. Ingatkan betul-betul lah ada babi dalam juadah makanan berbuka puasa. Rupa-rupanya artikel tidak halal yang disisipkan bersama segmen Ramadhan Delight dalam sebuah akbar tempatan, The Star. Bagi yul, ianya memang agak sensetif bagi segelintir pembaca Islam. Kalau yul pon akan sentap, tatkala sedang khusyuk membaca dan mencari restoran yang halal, sesuai untuk berbuka puasa. Tiba-tiba pulak terselit pulak  restoran yang tidak halal dalam segmen yang sama.


Berikut berita selanjutnya.

[image%255B2%255D.png]
[image%255B5%255D.png]
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.
Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.

"Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
P/S: Bukan setakat makanan realiti je perlu diasingkan, artikel pon turut sama diasingkan yang mana haram dan juga halal. 

Read more...

Nor Arlene Tan Membuat Laporan Polis | Penafian Berhubung Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Wednesday, 10 August 2011

Baru-baru ini kecoh dan heboh mengenai pendedahan identiti Sitt Wuzara oleh hackers GaySec, kini timbul pula percanggahan pendapat dan kekeliruan identiti sebenar Sitt Wuzara. Pelbagai teori yang cuba diketengahkan yang yul dapat lihat. Di dalam beberapa siri pembongkaran oleh Gaysec, mereka mendakwa blog Hajjah Sitt Al-Wuzara dimiliki oleh seorang individu yang bernama Nor Arlene Tan Binti Khalid. Akibat dari pembongkaran itu, Arlene Tan menerima pelbagai kecaman dan mesej berbaur ugutan melalui akaun facebook dan telefon bimbitnya.

Nor Arlene Tan Binti telah pergi ke Balai Polis Kelana Jaya dan membuat laporan berhubung tuduhan yang diterima olehnya kononnya dia menjadi dalang disebalik identiti Hajjah Sitt-Al-Wuzara, pada 8 Ogos 2011 (semalam).

Banyak juga pendapat-pendapat yang menarik yang dikongsi oleh blogger-blogger. Antaranya adalah kawan kepada Arlene Tan sendiri yang membuat post di entri yang bertajuk ‘DIA KAWAN SAYA: PEMILIK AKAUN MENGHINA ISLAM‘. Kepada blogger-blogger sekelian, berhati-hatilah semasa menulis, kerana Arlene Tan juga telah screen print beberapa blog mengenai tuduhan melulu terhadap beliau untuk dijadikan bukti yang kononnya dia difitnah. 


Apa-apa pon kita tunggu dan nantikan sahaja siasatan selanjutnya oleh polis nanti. Siapakah yang dalang disebalik ini semua?

Read more...

Biodata Arlene Tan Si Murtad? | Identiti MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara Terbongkar!

Monday, 8 August 2011

Rata-rata ramai yang dah mengenali Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara nie kan? Gadis murtad yang mencaci dan memaki agama Islam di ruangan sosial facebook dan blognya (http://makcikhajjahsittalwuzara1001.wordpress.com/). Dia jugalah yang membina group murtad bagi rakyat Malaysia dan Singapore  Semua kata-kata serta gambar-gambar di dalam blog  nya sangat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara kita ini. Mesti ramai yang tertanya-tanya, siapakah dalang disebalik Mak Cik Hajjah nie.

Wajah dan identiti ‘makcik’ tersebut sudah pon terbongkar dan didedahkan hasil usaha penggodam Gaysec dalam operasi #OpsRamadhan. Korang jangan pelik, bukan setakat polis sahaja yang ada #Ops-Ops nie, hackers pon turut ada untuk membanteras gejala tidak sihat di internet sempena bulan ramadhan yang mulia ini. Untuk maklumat lanjut, korang boleh lawati website mereka, iaitu http://www.gaysec.org atau di http://www.mafiamp3.com/2.swf 


Beberapa blog yang dikelolakan oleh beliau, Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara
Berikut adalah Biodata Mak Cik Hajjah Sitt Al-Wuzara A.K.A Arlene Tan
Arlene Tan
Arlene Tan si murtad?
Gambar diatas nie merujuk nama Arlene Tan yang di semak melalui laman SPR.

Nama sebenar : Nor Arlene Tan Binti Khalid.
Umur: 26 tahun
Bangsa : Kacukan Cina dan Melayu.
Agama : Masih tidak diketahui. (Jika dia Islam, ini bermakna dia sudah jatuh murtad. Maka wajib untuk kita semua menasihatinya agar bertaubat dan kembali kepada Islam dengan mengucap 2 kalimah syahadah. Jika dia enggan bertaubat, maka halallah darahnya untuk dibunuh.)


Hukum wajib untuk pihak berkuasa membunuh orang murtad ialah berdasarkan hadis-hadis berikut yang bermaksud:
“Sesiapa yang menukar keIslamannya hendaklah kamu bunuh dia.” (Hadis para Perawi kecuali Muslim).
“Tidak halal darah seseorang Muslim kecuali dengan salah satu daripada tiga perkara :Tayyib (duda/janda) yang berzina, qisas nyawa dengan nyawa dan orang yang menukar agamanya yang terpisah daripada jemaah (kaum muslimin).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud).
“Mana-mana lelaki yang murtad daripada Islam, hendaklah kamu menyerunya supaya kembali kepada Islam jika dia mahu. Jika tidak, pancunglah tengkuknya. Dan mana-mana perempuan yang murtad, hendaklah kamu menyerunya supaya kembali kepada Islam jika dia mahu. Jika tidak, pancunglah tengkuknya.” (Hadis riwayat Thabarani daripada Mu’az bin Jabal).
Beberapa bukti yang mengesahkan bahawa MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara merupakan Arlene Tan.
Kenyataan MakCik Hajjah Sitt menafikan yang dia bukanlah Arlene Tan seperti yang didakwa melalui  twitter.
Gambar ini di ambil melalui laman facebook baru-baru ini. Cube korang perhatikan betul-betul nama yang disebut oleh Azwan Ismail, Sitt Al-Wuzara? Memang terbukti lah yang beliau ini Makcik Sitt Hajjah, sebelum beliau menukar nama kepada Arlene Tan.
P/S: Semua info dan berita yang yul paparkan merupakan hasil cedokan sikit-sikit melalui fb fanpage Gaysec.
Dan yul ada terbaca satu entri di Bangku Kosong mengenai seorang blogger yang juga merupakan kawan kepada si Arlene Tan nie. Korang boleh pergi baca di blog Kemn Azmaili yang kononnya Arlene Tan bukanlah seperti yang disangka oleh orang awam. Tapi entahlah, orang akan nampak hanya melalui fizikal. Hati dalamannya? Siapa yang tahu? Wallahualam. Hanya Allah sahaja yang tahu. 


P/S: Gejala murtad-murtad nie dah semakin berleluasa pula, tak kira didunia maya, mahupon realiti. Sedih melihat umat islam kini :(

Read more...

Gerakan Kristianisasi- Gejala Murtad Di Malaysia Semakin Berleluasa | Kesempitan Hidup Punca Murtad

Sunday, 7 August 2011

Yul terkejut membaca akhbar tempatan hari ini mengenai Gejala murtad di kalangan umat Islam di Malaysia yang yang dah semakin berleluasa. Sedih, kesal dan macam-macam lagi perasaan melihat golongan kita seperti itu. Orang kata, "Masakan pokok bergoyang kalau tiada anginnya" . Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, kenapa dan mengapa mereka sanggup meninggalkan Islam.

Berikut adalah kenyataan daripada seorang ibu tunggal yang dihimpit kesempitan hidup kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan. Apa-apa pon korang bace je lah.
SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.
Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.
Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.
“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.
“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.
“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.
Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.
Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.
“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.
“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.
Sumber : BHARIAN

Strategi yang digunakan gereja mempengaruhi umat Islam
  • mengadakan aktiviti memberi makanan seperti di sekitar masjid pada waktu solat Jumaat dan Maghrib
  • mengedar risalah agama ke rumah
  • memberi wang kepada pelajar.
  • beri duit dan bible kepada pelajar sekolah
Diharapkan pihak berkuasa agama mengambil tindakan tegas mengenai isu ini. Jangan hanya mendiamkan dan membisukan diri sahaja. Berapa ramai lagi kah kita mahu melihat umat Islam meninggalkan agamanya? Lebih baik kita mencegah dengan segera daripada ramai lagi umat Islam yang murtad.

P/S: Harta benda, wang, bukanlah segala-galanya. Tu semua bergantung kepada diri kita, iman kita. Kerana kita masih ada allah yang dapat kita memohon untuk meminta pertolongan. Insyallah, allah akan menolong hamba-hambanya di muka bumi ini.

Read more...

Susulan Kes Pembunuhan Nurrahayu Qomarodin | Tengkorak Kepala Ayu Ditemui

Friday, 8 July 2011

ayu
JOHOR BAHRU: “Alhamdulillah, biarpun sedih dengan nasib menimpa anak kesayangannya kami, saya tetap bersyukur kerana polis menemui semua cebisan mayat termasuk tengkorak, sekali gus mempercepatkan urusan pengebumian.

“Saya berterima kasih kepada semua yang terbabit terutama pihak berkuasa yang bertungkus-lumus melakukan pencarian itu,” kata Qomarodin Bajuri, 43, bapa remaja yang dibunuh kejam sebelum dikerat dan dibakar di sini, semalam.

Anaknya, Nurrahayu, 16, dipercayai dibunuh selepas ditinggalkan berseorangan berhampiran sebuah pondok pengawal keselamatan berdekatan rumah keluarganya di Pekan Seri Alam, dekat sini.

Menurut Qomarodin, sejak kehilangan anaknya itu mereka sekeluarga sedih dan bimbang hingga diberitahu sebahagian jenazahnya ditemui di dua lokasi berbeza.

Katanya, berita mengenai penemuan hampir semua cebisan jenazah termasuk kepala sedikit sebanyak mengubat kerinduan keluarga dan melegakan kerana dapat mengebumikannya dengan sempurna.

“Saya menerima panggilan dari polis dan dibenarkan menuntut jenazah Ayu bermula semalam selepas hampir semua cebisan jenazah termasuk serpihan tulang dan tengkorak ditemui.

“Kami akan membuat tuntutan di Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini sebelum melakukan solat jenazah di Surau Al-Ikhlas di Pulai Utama, di sini, selepas selesai solat Jumaat. “Walaupun belum melihat keadaan mayat Nurrahayu, saya dan keluarga bersedia dan reda kerana lebih penting kami mengebumikannya dengan sempurna dan berpusara.

“Bagaimanapun, kami belum membuat keputusan di mana akan mengebumikannya sama ada di tanah perkuburan Gelang Patah atau di Kangkar Pulai esok (hari ini),” katanya.

Tengkorak remaja perempuan berkenaan ditemui di ladang kelapa sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini, petang kelmarin, iaitu lokasi sama sebahagian anggota tubuhnya ditemui sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ruslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan penemuaan berkenaan dan keluarga Nurrahayu boleh menuntut mayatnya di HSI untuk dikebumikan. Akhbar ini melaporkan kehilangan pelajar tingkatan empat berkenaan pada 2 Julai lalu, selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya pada 18 Jun lalu.

Pada 3 Julai lalu, misteri kehilangan Ayu terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badan yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di sebuah tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang kelapa sawit Sungai Tiram itu.

Jarak Ayu ditinggalkan (pondok pengawal keselamatan) dengan lokasi penemuan mayatnya di tanah perkuburan Hindu di Masai serta ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini kira-kira 15 kilometer (km) manakala jarak Ayu ditinggalkan dengan lokasi rumah kongsi bapanya kurang 200 meter.

Menurut Roslan, polis masih menyiasat kes pembunuhan Nurrahayu dan berharap mereka yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Katanya, buat masa ini polis masih menyiasat seorang suspek yang juga pengawal keselamatan berhampiran rumah mangsa di sebuah tapak pembinaan di Pekan Seri Alam di sini, sejak Ahad lalu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit bersalah.


Sumber : Hmetro

Read more...

Kes Pembunuhan Nurrahayu Qomarodin Bajuri Dibakar Dan Dikerat | Mayat Gadis Berusia 16 Tahun Di Bunuh Kejam Di Seri Alam, Masai

Wednesday, 6 July 2011

Al-fatihah kepada Allahyarham Nurrahayu Qomarodin di atas pemergiannya. Sungguh tidak berkeperimanusiaan! Kejam betul mereka! Itulah antara kata-kata yang yul dapat lontarkan selepas membaca berita di akhbar online tentang kematian seorang gadis berusia 16 tahun di Seri Alam, Masai, Johor yang mati dibunuh dengan begitu kejam dan ditemui dalam keadaan yang menyayat hati.

Misteri kehilangan pelajar tingkatan empat, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16, terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badannya yang dikerat dan dibakar di dua lokasi berlainan iaitu di tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, kelmarin.

Polis turut menemui serpihan tulang selain pakaian milik remaja perempuan itu yang hilang dari tapak pembinaan berhampiran tempat kerja bapanya iaitu di pekan Seri Alam, Masai. Allayarham hilang selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya pada jam 2 pagi, 14 Jun yang lalu. Ibu angkat Nurrahayu, Juliana Jumail tidak menyangka anak kesayangan keluarganya itu ditimpa nasib malang apabila ditemui dalam keadaan yang menyayat hati.


Dia juga tidak menyangka jenazah yang terbaring kaku di depan matanya merupakan Ayu selepas melakukan pengecaman di Hospital Sultanah Aminah. Pengecaman itu dilakukan berdasarkan keadaan fizikal gadis tersebut yang memiliki tubuh kecil dan gemar memakai penyepit rambut.

Malah, menurutnya, keluarga kandung Ayu juga diminta ke hospital untuk membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan penemuan mayat itu.

Pihak polis masih menyiasat motif di sebalik pembunuhan kejam Nurrahayu. Pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 46 tahun untuk membantu siasatan. Lelaki yang ditahan itu bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan mempunyai lapan rekod jenayah pada masa lepas termasuklah menyerang, menculik dan mencuri.

Berita nie yul copy dan olah dari Mstar. Kejadian nie berlaku berhampiran dengan tempat kerja yul. Tak jauh manapon. Jadi, yul kongsikanlah berita nie kepada korang semua. Apa-apa pon,Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan. Tunggu sahaja siasatan daripada pihak polis, harap-harap, pembunuh tersebut ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal di atas perbuatannya itu.

Read more...

Blogger Kene Saman? | Berhati-hatilah Semasa Menulis Entri

Thursday, 16 June 2011

Assalamualakum semuanya, tadi yul ada terbaca akhbar online kosmo.Tajuk yang agak menarik. Sekarang kalau apa-apa kes orang main saman je. Senang cite. Tak payah nak pening-pening kepala lagi. Jadi, Yul kongsikanlah berita tersebut kepada korang semua agar jadi lebih insaf. hekhek ;P 

KUALA LUMPUR – Penulis blog atau blogger mempunyai kedudukan sama seperti penulis majalah atau surat khabar kerana mereka tertakluk di bawah undang-undang negara.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan tersebut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan saman oleh individu yang mendapati diri mereka telah difitnah.
“Blogger boleh dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa jika didapati cuba menghasut dan melakukan kegiatan jenayah sehingga ada pihak mengalami kerugian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Blogger dan Media Sosial Dunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Sumber : Kosmo! Online 

Begitu hebat ye penangan blogger nie. Mereka takut blogger menghasut para pembaca sehinggakan menyebabkan kerugian oleh sesetengah pihak. Padahal, blogger nie hanyalah menulis apa yang tersirat dan tersurat apa yang kita nampak dan lihat. Tak kan nak tipu pulak kot. Lagi pon berapalah sangat pendapatan yang blogger dapat nie untuk disaman?


Amaran Oleh Kerajaan Malaysia: Menulis entri yang bukan-bukan sehingga mereka kerugian dapat menyebabkan anda disaman oleh sesetengah pihak. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menulis entri. Peringatan untuk kita semua agar berhati-hati semasa menulis. Jangan sampai ada pihak-pihak tertentu menyaman kita sudah! Disebabkan oleh penulisan kita tu. Haha.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP