Juadah Ramadhan Babi Dalam Segmen Ramadhan Delights Artikel The Star
Thursday, 11 August 2011
Tadi yul ada terbaca satu artikel mengenai Isu makanan babi di blog Ben Ashaari. Terkejut jugak membaca tajuk entrinya. Ingatkan betul-betul lah ada babi dalam juadah makanan berbuka puasa. Rupa-rupanya artikel tidak halal yang disisipkan bersama segmen Ramadhan Delight dalam sebuah akbar tempatan, The Star. Bagi yul, ianya memang agak sensetif bagi segelintir pembaca Islam. Kalau yul pon akan sentap, tatkala sedang khusyuk membaca dan mencari restoran yang halal, sesuai untuk berbuka puasa. Tiba-tiba pulak terselit pulak restoran yang tidak halal dalam segmen yang sama.
Berikut berita selanjutnya.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana menyiarkan artikel mengenai berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannyaP/S: Bukan setakat makanan realiti je perlu diasingkan, artikel pon turut sama diasingkan yang mana haram dan juga halal.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' akhbar itu dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.
Beliau berkata kementerian ingin menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana menyiarkan artikel berkenaan.
"Kementerian memandang serius perkara ini, terutamanya kerana sisipan itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.
0 comments:
Post a Comment