Borang Pendaftaran Pemilih SPR Online | Download & Muat Turun Borang A
Wednesday, 7 September 2011
Sudahkah korang mendaftar sebagai pengundi pilihanraya? Bagi yang belum, ada berita menarik! Mulai dari 6 September 2011 yang lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan kemudahan untuk memuat turun borang pendaftaran pemilih atau Borang A menerusi laman webnya di www.spr.gov.my. Tidak seperti sebelum ini yang mana, korang perlu mendapatkan borangnya di Pusat Pendaftaran. Jadi, selepas nie, korang tak perlulah pening dan bersusah payah lagi. Dunia dah semakin maju seiring dengan arus kemodenan. Hanya menggunakan internet kita boleh memuat turun borang tersebut. Ianya bertujuan untuk menggalakan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 dan keatas untuk mendaftar sebagai pemilih.
Sebelum itu ada beberapa syarat yang perlu korang patuhi untuk menjadi pemilih.
SYARAT-SYARAT LAYAK MENJADI PEMILIH ?1 - Warganegara Malaysia;
2 - Sudah Mencapai Umur 21 Tahun;
3 - Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia dan ;
4 - Tidak hilang kelayakan
TATACARA PENGISIAN DAN PENGHANTARAN BORANG A1 - Sila pilih jenis Borang A sama ada dari Parti Politik atau Wakil Jabatan atau Individu;Berikut adalah beberapa pilihan jenis borang A untuk di muat turun:
2 - Daftar mengikut alamat terkini di JPN;
3 - Pastikan Borang A diisi dengan betul;
4 - Hantar sendiri borang permohonan ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau melalui Penolong Pendaftar SPR;
5 - Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar permohonan ;
6 - Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda;
Walau bagaimanapun, pemohon dikehendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum dihantar ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR. Tatacara pengisian dan penghantaran Borang A ada dinyatakan dalam Laman Sesawang SPR.
Yul berharap ianya berguna kepada korang. hehe. Sekiranya korang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini , korang boleh lah menghubungi Ibu Pejabat SPR di Putrajaya di 03-88856500.
P/S:umur yul tak cukup, tak boleh daftar lagi. hehe :P
0 comments:
Post a Comment