Suka!

Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Tuesday 14 December 2010

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah merupakan sebuah Filem Komedi Seram arahan Mamat Khalid  terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd yang sedang ditayangkan dipawagam  bermula  9 Disember 2010 yang lalu. Filem ini merupakan kesinambungan filem Zombie Kampung Pisang yang bakal diteruskan dengan filem ini yang bertajuk Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem nie masih mengekalkan genre komedi seram. Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Awie, Johan Raja Lawak, Delimawati, Ummi Nazeera, Avaa Vanja, Nadia Mustafar, Shy8, Zami Ismail, Man Kadir, Pekin, Dewa, Sofi Jikan, Kamarul Yusoff, Zainuri Berita Harian, Azwan.




Korang dah tengok kew cerita nie?  Yul memang belum tengok lagi, sebab busy sangat sekarang nie. So, tak ada masa lah nak tengok. Kalau ada masa nak pergi tengok lah nanti. huhu. Ada siapa2 yang nak temankan yul tengok wayang? perempuan je ok, laki tak digalakkan. hehe.

Dengar khabar Filem nie dah mencatat RM2 Juta dalam masa 4 hari. Peh, mesti best kan cerita nie, sebab bukan mudah nak dapat RM2 Juta dalam masa yang singkat. Orang kata boleh tercirit-birit tengok filem nie, tak tahan gelak melihat jalan cerita yang lucu dan sesuai untuk tontonan masyarakat. Tak kiralah yang remaja mahupon yang kanak2, tak terkecuali orang tua pon boleh menontonnya.


Jom kita layan review filem nie macam mana?







Sinopsis berdasarkan reviews  video nie


“Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.



Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur.

Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.


Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah “


Tengok daripada reviews dia macam best je kan? Mesti kena tengok nie, ehehehe.


P/S: Yul agak hairan kenapa pengarah Filem kat Malaysia nie lebih gemar menayangkan filem bergenre komedi seram. Jarang yul tengok filem2 yang seram keluaran Malaysia. Selalu yul tengok Indonesia punya je lah.










6 comments:

nadzirah razalli 14 December 2010 at 21:34  

haha.. !ni yg makin semangat nk tgk ujung mggu ni :D

YUL 14 December 2010 at 21:41  

hoho. iyekew? cepat2 sebelum tiket abis nnt. ehehe

nurul hafizah idrus 15 December 2010 at 06:44  

dengar kate cite nu lawak dan best .

Anati Soki 15 December 2010 at 15:38  

anat pun tak tgk g cite ni.. nak tgk.... :(

YUL 15 December 2010 at 18:28  

@realstudentlife, ehehe, tak tau lak yul kan,. lum tgok lg, tp tgok reviews die cm best je kan,

@yus. hoho, sharing is caring rite?

@anati soki, tgok la, npe xd kwn ye? ehehe, jum tgok ngn yul :P

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP