Suka!

Duit Sentiasa Masuk Berjuta-juta Walaupun Sudah Meningal Dunia

Tuesday, 21 December 2010

Adakah korang tahu orang yang dah meninggal dunia boleh menjana pendapatan berjuta-juta walaupun dia dah mati? Bukan harta yang ditinggalkan, tetapi hasil titik peluh yang amat berharga sehingga nilai hasilnya itu menjadikan duit. Contohnya seperti Michael Jackson, Raja Pop yang mencatat pendapatan paling tinggi berbanding dari mana-mana manusia yang hidup mahupon yang dah mati.


tinggal kenangan

raja pop dunia

Berikut adalah kedudukan 10 selebriti yang dah mati tetapi masih meraih pendapatan lumayan.



1- Michael Jackson
Pendapatan: AS$275 juta (RM880 juta)
Pemuzik
Tarikh mati: 25 Jun 2009
Umur: 50 tahun
Punca: Pengambilan dadah berlebihan


Michael meninggal dunia pada musim panas tahun lalu tetapi memperoleh pendapatan sebanyak AS$275 juta (RM880 juta) lebih tinggi berbanding dua selebriti yang masih hidup iaitu U2 dan AC/DC yang mencatat pendapatan paling tinggi.




2- Elvis Presley
Pendapatan: AS$60 juta (RM192 juta)
Penyanyi, pelakon
Tarikh mati: 16 Ogos 1977
Umur: 42 tahun
Punca: Serangan jantung

Pendapatan Raja Rock n Roll meningkat kepada AS$60 juta (RM192 juta), naik AS$5 juta (RM16 juta) berbanding tahun lalu hasil daripada kutipan tiket untuk melawat Graceland dan pelancaran Elvis Presley Cirque du Soleil di Las Vegas pada awal tahun ini. Selain itu, jualan barangan berjenama Elvis Presley ketika sambutan ulang tahun kematian Raja Rock n Roll itu turut menjana pendapatan. 



3- J R R Tolkien
Pendapatan: AS$50 juta (RM160 juta)
Penulis
Tarikh mati: 2 September 1973
Umur: 81 tahun
Punca: Pendarahan ulser

Walaupun filem terakhir Lord of the Rings ditayangkan lapan tahun lalu tetapi Tolkien masih hangat dibincangkan di Hollywood. Dua filem adaptasi daripada bukunya 'The Hobbit' kini hampir siap, Perhatian yang diberikan Hollywood membantu penjualan buku Tolkien dan berdasarkan statistik yang dikumpulan oleh syarikat Nielsen, bukunya sudah terjual sebanyak 500,000 naskhah tahun lalu. 



4- Charles Schulz
Pendapatan: AS$33 juta (RM105.6 juta)
Kartunis
Tarikh mati: 12 Februari 2000
Umur: 77
Punca: Barah usus

Jenama Peanuts bertukar pemilik lagi pada tahun ini apabila Iconix membeli karakter kartun itu pada harga AS$175 juta (RM560 juta) untuk membentuk Peanuts Worldwide, LLC. Dengan pemilikan baru itu, rakan kongsi karya Charles M Schulz mengekalkan 20% saham dalam syarikat berkenaan. Schulz masih menjana pendapatan daripada karakter kartunnya yang terbit dalam 2,200 akhbar di 75 negara. 



5- John Lennon 
Pendapatan: AS$17 juta (RM54.4 juta)
Pemuzik
Tarikh kematian: 8 Disember 1980
Umur: 40 tahun
Punca: Dibunuh

Sudah hampir 30 tahun anggota kumpulan The Beatles', John Lennon dibunuh di New York City. Pada ulang tahun kelahirannya yang ke-70 penyanyi itu, EMI melancarkan kempen 'Gimme Some Truth' dan menghasilkan semula lagu Lennon hingga tersenarai semula dalam carta Top 10. Pendapatan hartanahnya diperoleh melalui permainan video 'Beatles Rock Band' serta lesen untuk Cisco dan Mont Blanc. 


6- Stieg Larsson 
Pendapatan: AS$15juta (RM48 juta)
Penulis
Tarikh mati: 9 November 2004
Umur: 50 tahun
Punca: Sakit jantung

Larsson meninggal dunia sebelum buku 'The Girl With The Dragon Tattoo' diterbitkan, menyebabkan dia tidak dapat melihat kejayaan besar tiga siri buku karyanya yang lebih dikenali sebagai 'The Millennium Trilogy'. Lebih 40 juta naskhah buku itu terjual dalam 44 bahasa di seluruh dunia dan Sony sedang menerbitkan filem berdasarkan buku itu yang akan dibintangi Daniel Craig dengan melakonkan watak Mikael Blomkvist. 


7- Dr Seuss (Theodor Geisel) 
Pendapatan: AS$11 juta (RM35.2 juta)
Penulis
Tarikh mati: 24 September 1991
Umur: 87 tahun
Punca: Sakit tua

Dr Seuss ialah penulis buku kanak-kanak paling laris dalam sejarah. 'Horton the Grinch' dan karakter terkenal lain dalam bukunya kini diperoleh pembaca melalui iPhone dan taman tema Universal Studio di Orlando, Florida. Menurut Nielsen, tiga juta buku itu sudah dijual tahun ini.



8- Albert Einstein 
Pendapatan: AS$10 juta (RM32 juta)
Saintis
Tarikh mati: 18 April 1955
Umur: 76 tahun
Punca: Sakit tua

Nama Einstein yang dikaitkan dengan kecerdikan terus digunakan dalam produk bayi Einstein rekaan Disney yang bertujuan mendorong bayi menjadi bijak. Selain itu, kempen 'Face Value' Banca Profilo di Itali, iklan jenama Chrysler's Ram dan koleksi kaca mata A J Morgan turut menghasilkan pendapatan untuk Einstein. Kediaman saintis itu juga dijadikan permainan video melalui permainan uji minda Nintendo DS yang dijual pada harga AS$50 (RM160)



9- George Steinbrenner
Pendapatan: AS$8 juta (RM25.6 juta)
Pemilik francais sukan
Tarikh mati: 13 Julai 2010
Umur: 80 tahun
Punca: Sakit jantung

Sukan profesional tidak mempunyai pemilik francais yang lebih terkenal selain George Steinbrenner. Bos kelab The New York Yankees itu berjaya membawa kelab itu meraih kejuaraan, membeli stadium baru di Bronx dan membawa kelab itu mencipta nama seluruh dunia. Walaupun Steinbrenner sudah meninggal dunia, dia masih memperoleh pendapatan selagi Yankee terus meraih kejuaraan.



10- Richard Rodgers
Pendapatan: AS$7 juta (RM22.4 juta)
Penulis lirik
Tarikh mati: 30 Disember 1979
Umur: 77 tahun
Punca: Penyakit kronik

Pada 2009, kumpulan muzik Imagem Belanda membeli hak cipta milik lagu ciptaan Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein dengan nilai AS$200 juta (RM640 juta). Tanpa aset itu, Rogers masih tetap menduduki senarai Forbes melalui hasil kerjanya bersama Lorenz Hart. Lagu 'My Funny Valentine' dan 'The Lady is a Tramp' yang ditulisnya dan hingga kini masih menjadi kegemaran ramai


P/S : Gua nak jugak boleh? hahaha



24 comments:

Anonymous,  21 December 2010 at 22:04  

yul...masyukkk gillerrr duit bnyak tp tak leh bwak kubur kut...ohoks! amaln je la....hohohoho

nUmara... 21 December 2010 at 22:16  

wah yul!! cepatan!! bikin ciptaan!! tua nti leh wariskan ke ank cucu cicit!! hehe..

Anonymous,  22 December 2010 at 00:09  

wahhhhhh, akim tak de akim ? KAH KAH KAH

apdm 22 December 2010 at 05:51  

salam

kaya selepas mati :(

n.hasleena 22 December 2010 at 07:53  

Salam kenal dik...
Kena tukar peribahasa lah nie khas utk org2 kaya barat kot ek..
'Orang mati meninggalkan duit'...hehehe...

Yus Tawau 22 December 2010 at 14:05  

ha ha ha..syok dorang dapat duit walaupun dah mati..

efa 22 December 2010 at 15:47  

wo0..dh meninggal pon dpt mcm2 hal..but i like MJ song :)

YUL 22 December 2010 at 20:11  

@ fiqah, haha, yups aku setuju dengan ko tu, amalan je lah ye dibawa nnti , huhu :)

YUL 22 December 2010 at 20:12  

@ anisa. hoho. sama! :)

YUL 22 December 2010 at 20:12  

@numara , haha. tak perlu lah, bawa amalan je ke akhirat :)

YUL 22 December 2010 at 20:13  

@ sepatu hijau, hoho, tau tak pe, pelik pulak

YUL 22 December 2010 at 20:16  

@ Iyka , haha, ko tak abis2 dengan akim tau lah ngh angau dgn dia kan? kehkehkeh

YUL 22 December 2010 at 20:28  

@ n.hasleena , kahkahkah, sangat setuju dengan kenyataan akak, hoho,

YUL 22 December 2010 at 20:29  

@ Yus Tawau, bro memang syiok, tapi dah mati memang tak dapat buat pape lah, huhu

YUL 22 December 2010 at 20:31  

@ efa, haha, tu la pasal, snag keluarga mereka kan?

Tuya 26 December 2010 at 14:01  

entah2 michael jackson hidup lagi..oppss!

YUL 26 December 2010 at 18:35  

@ sara, haha. tak mungkin lah dia hidup lagi, heuheuheu

Anonymous,  18 January 2011 at 15:31  

It's so hard to get backlinks these days, honestly i need a backlink by comments on your blog / forums or guestbook to make my website appear in search engine. I am getting desperate Now! I know you'll laugh while reading this comment !!! Here is my website penis enlargement I know my comments do not relate to the topic, but PLEASE HELP ME!! APPROVING MY COMMENT!
Regards: PoormanBH2011

cik fikaa 21 March 2011 at 10:26  

wahhh ! duit tetap masukk walaupon dah tade .
bestnye .

Azreem 22 March 2011 at 18:24  

aku pun tak tau apa la gunanya duit masyuk walaupun dah mati. lain la kalau semua dapat kat anak-anak dorang..boleh bantu orang lain jugak..hehehe..tapi kalau dapat kat aku lagi best..hehehe.. :)

Jenguk kejap: Syarat baru BNM bagi memohon kredit kad berkuatkuasa

Siti Hajar Masri 25 March 2011 at 16:26  

x bestlah..bkn blh guna punkan..hehe~

wanacesh 25 March 2011 at 17:51  

agk2 nya duit michel jackson tu saperla yang dapat kn,
dh mati pon diorang sumer tpi bukan islam harta pun x dpt hulur2 tolong di kubur gk uhhuhu

Anonymous,  25 March 2011 at 20:45  

bnyak gak erk y skit jantung..tu la muda2 xmau jge kesihatan tol2,kehkeh2...:p

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP