Suka!

Handphone HD

Thursday 9 December 2010



Entry kali ini yul ingin berkongsi sedikit mengenai handphone. Maklumlah ye, sebelum nie yul pernah bekerja sebagai penjual handphone dan kamera disalah sebuah kedai Multimedia di Plentong, JB.  So, yul rasa yul nak bercerita pasal handphone pula.


Desire HD & Desire Z

Baru2 nie syarikat HTC Corporation ada melancarkan model baru iaitu HTC Desire HD dan HTC Desire Z . Apa yang menariknya mengenai handphone ini?  Kedua2 model ini menawarkan pelbagai pengalaman tambahan yang meningkatkan kaedah bagaimana merakam, membuat, berkongsi dan mengakses kandungan multimedia. Pengguna juga boleh merakam video HD atau memotret dan menyunting gambar dengan pelbagai kesan khas yang menghiburkan. Selain itu, handphone ini juga memberikan manfaat untuk membaca secara online dengan kedai e-book yang disediakan kobo.


Handphone nie juga dikatakan kalis pencuri apabila perkhidmatan tambahan melalui HTCSense.com membenarkan pengguna mengunci telefon dari jarak jauh, menetapkan semula bahkan memadam semua data peribadi. Wow! Sungguh menarik bukan?






HTC Desire HD memaparkan kandungan multimedia dengan paparan terang 4.3 inci TFT dan Dolby Mobile serta SRS Surround Sound yang disokong pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8255 1GHz baru.

>SPESIFIKASI
PRODUK: HTC Desire HD
HARGA: RM2,299
PEMPROSESAN: Qualcomm(R) QSD 8255, 1 Ghz
OS: Android(TM) 2.2 (Froyo)
MEMORI: ROM - 1.5 GB RAM - 768 MB
PAPARAN: 4.3 inci
RANGKAIAN: HSPA/WCDMA (900/2100 Mhz), GSM/GPRS/EDGE (850/900/1800/1900 MHz)
KAMERA: 8.0MP dengan rakaman video 720p HD
DIMENSI: 123 x 68 x 11.8mm
BERAT: 164g




Bagi pengguna yang sentiasa bergerak, HTC Desire Z membuat mereka tetap terhubung dengan rakan di Facebook dan Twitter atau rakan sekerja dan pelanggan di tempat kerja dengan penetapan sistem dilakukan. 


HTC Desire Z berciri unik dengan kemudahan papan kekunci QWERTY untuk kepantasan dan keselesaan ketika menaip. 


>SPESIFIKASI 
PRODUK: HTC Desire Z
HARGA: RM2,299
PEMPROSESAN: Qualcomm(R) MSM 7230, 800 MHz
OS: Android(TM) 2.2 (Froyo)
MEMORI: ROM - 1.5GB RAM - 512MB
PAPARAN: 3.7 inci
RANGKAIAN: HSPA/WCDMA (900/2100 Mhz), GSM/GPRS/EDGE (850/900/1800/1900 MHz)
KAMERA: 5.0MP dengan rakaman video 720p HD
DIMENSI: 119 x 60.4 x 14.6mm
BERAT: 180g




2 comments:

Anonymous,  10 December 2010 at 15:15  

bah nanti post pasal phone samsung galaxy blh kah bro ?

YUL 10 December 2010 at 17:50  

hoho, samsung galaxy kan suda lama bah.

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP