Suka!

Indonesia Mahu Ganyang Malaysia Sekali Lagi?

Wednesday 22 December 2010

Sering kali kita mendengar dimedia elektronik atau di akhbar harian bahawa Indonesia akan mengganyang Malaysia  suatu ketika dulu. Tiada kekecohan mahupon rusuhan yang berlaku sekarang nie. Adakah ia akan benar-benar berlaku bahawa Indonesia mahu mengganyang Malaysia? haha.  Yang yul maksudkan mengganyang dari segi bola sepak. Walaupon Indonesia telah berjaya mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan dengan mencatat kemenangan 5-1. Tetapi itu semua pasti tidak akan terjadi lagi pada perlawanan akhir bolasepak AFF suzuki nie yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Irfan Bachdim,pemain Indonesia


Sememangnya bolasepak AFF suzuki kini menjadi perbualan hangat dimana-mana sahaja tak kiralah dilaman sosial seperti facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi bagi peminat bolasepak. Tetapi tadi yul ada terbaca satu artikel di blog Indonesia mengenai Malaysia mengklaim pemain Indonesia. Pemain yang dimaksudkan itu Irfan Bachdim yang kononnya Malaysia mengklaim pemain mereka. Sejauh mana kebenaran itu yul tak pasti lah.  Yang yul tahu Malaysia tak pernah pakai pon pemain import, semuanya pemain asli warganegara Malaysia. 

fanatik garuda

Lebih 2 juta penduduk haram Indonesia akan datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil dan  dengar khabarnya akan mendominasi dan menyamai penyokong Malaysia. Paling yang seronok sekali, Pengerusi Parti Golkar di Indonesia, Aburizal Bakrie mahukan Stadium Nasional Bukit Jalil bertukar menjadi Warna Merah. Adakah Stadium tersebut milik Indonesia yang mahukan ia bertukar menjadi warna merah? haha.

Harimau Malaya didadaku, bukan garuda!haha

Malaysia akan menebus balik maruah bolasepak negara pada perlawanan bolasepak akhir AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil. Kepada rakyat-rakyat Malaysia jum kita ramai-ramai pi sana sokong pasukan Harimau Muda Malaya, jangan sampai fanatik Indonesia memenuhi stadium Nasional tersebut!

Apa-apapun yul cuma nak ucapkan selamat berjaya kepada pasukan Harimau Muda Malaysia yang akan beraksi pada perlawanan akhir nie nanti. Walaupon kalah ketika menentang Indonesia diperingkat kumpulan, tetapi jadikan lah ia sebagai  pengajaran dan pembakar semangat bagi mengalahkan pasukan Indonesia. Harap-harap tak ada apa-apa kekecohan yang berlaku pada perlawana akhir nanti di Stadium Bukit Jalil.

P/S: Hero kalah dulu, last-last jadi juara!





20 comments:

M.I.A 22 December 2010 at 21:07  

mintak2 la xde baling ape2 kt stadium nanti. aminnn

YUL 22 December 2010 at 21:14  

@ Lis Amir , amin.. semoga tak de pape lah nnt ye,

YUL 22 December 2010 at 21:22  

@ Yus Tawau, hoho, Malaysia pasti boleh menang!!

YUL 22 December 2010 at 22:43  

@ Misz Mas, haha, memang boleh pon, tak kan la tak boleh kot, hee

Jerung Tempang 22 December 2010 at 23:29  

hahaha. ayat last ko bro. dah mcm filem hindustan dah. hero kalh dlu. haha.

YUL 22 December 2010 at 23:33  

@ Jerung Tempang, memangla, hero biasa kalah dulu, last2 tgok sape yang heronye kehkehkeh

DanieL AdiE 23 December 2010 at 00:31  

hai..1st time here..

bdw, hope dat both teams will play equally fair..xmo gaduh2..

Malaysia Boleh!

Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/miracle-does-exist.html

apdm 23 December 2010 at 02:44  

salam


dulu mmg minat bola

skrng ntah la


dah tua kot :D

tapi org tua pun layan bola kan :)

YUL 23 December 2010 at 06:14  

@ DanieL AdiE , haha, thx for coming. harap2 cmtu la gak an.

YUL 23 December 2010 at 06:15  

@ Sepatu Hijau , w'salam, haha, biase la tu kan, mngikut peredaran zaman

S.3.V.3.N 23 December 2010 at 09:47  

harap2 Msia bole menang la..bila lg nk tgk Msia masuk world cup ni?hehe.

Farhana al Hedrah 23 December 2010 at 12:40  

malaysia menang punya ! hihi :D

emieysandra 23 December 2010 at 20:13  

go go Malaysia!!
w'pun xtgk bola, tp smgt cintakan negara tu ade, ehehe ;D

YUL 23 December 2010 at 21:50  

@ s.3.v.3.n , haha, kompem la, akan dtg nnt malaysia boleh masok punya, hehe

YUL 23 December 2010 at 21:50  

@ Farhana al Hedrah, hoho mesti2!

YUL 23 December 2010 at 21:51  

@ emieysandra, tak tgok kew? huhu, yups setuju dengan anda, malaysia pasti boleh menang!

Unknown 25 December 2010 at 19:05  

harap Malaysia menang la....biar terduduk Pak Presiden nye....

YUL 25 December 2010 at 19:54  

hoho. tau tak pe, biar malaysia menang je!

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP