Suka!

Kelebihan Bermain Twitter

Monday 20 December 2010

Kebanyakkan daripada korang mesti dah ada akaun twitter kan. Setiap laman sosial yang kita gunakan tu juga mempunyai kelebihan dan keburukan masing-masing. Itu terpulang kepada pengguna yang menggunakannya. Rata-rata se,ua penduduk di Malaysia telah menggunakan akaun seperti twitter, Myspace, Facebook dan lain2 lagi. Tak kiralah artis kew, ahli politik kew, lelaki mahupon perempuan. Kanak-kanak zaman sekarang juga telah pandai  menggunakan laman sosial tersebut. Dunia sekarang dah semakin maju, zaman pon dah berubah. Tetapi hari nie yul nak bercerita tentang kelebihan bermain twitter berdasarkan dari apa yang yul gunakannya. Kalau korang dah ada twitter korang mestilah tahu kan bagaimana untuk menggunakannya.




Sebenarnya twitter juga mempunyai banyak kelebihan, kat sini yul nak rumuskan kelebihan bermain twitter nie.


1. Mencari kenalan.
Dalam mana-mana laman sosial kebiasaannya pengguna ingin mencari kenalan dialam siber melalui internet dari serata dunia. Twitter nie lebih mudah untuk digunakan sekiranya korang betul2 menguasainya. Kalau korang baru lagi memang agak sukar untuk digunakan. Kepada pengguna yang baru tu, perlulah belajar untuk menguasai menggunakan twitter nie. Bila korang dah menguasainya, korang akan berasa lebih mudah  dan tidak akan merasa kekok untuk digunakan.


 2.Berhubung dengan Artis
Artis-artis dunia hiburan nie juga kebanyakkannya menggunakan twitter. Jadi kalau korang ada twitter korang bolehlah bersembang-sembang dengan mereka. Walaupon kita tak dapat berjumpa face to face didunia realiti, tetapi kat twitter nie segalanya mungkin terjadi. Kalau artis punya fan page difacebook harapanlah nak tunggu dia balas, sebab beratus-ratus orang yang komen dalam masa yang singkat. Dengan twitter lagi mudah kot mereka nak reply.




3.Menjana Pendapatan Sampingan
Dengan twitter juga korang boleh menjana pendapatan. Apa yang yul tahu cuma syarikat ChurpChurp je yang boleh menjana pendapatan. melalui twitter. ChurpChurp nie menggunakan Pay Per Click (PPC). Semakin ramai follower korang, peratusan untuk orang klik iklan yang korang tweet tu akan tinggi. Sementara korang nak tunggu nuffnang bagi BE, korang boleh la daftar akaun ChurpChurp nie untuk menjana pendapatan sampingan. .


4.Promosi
Korang juga boleh mempromosi apa2 sahaja melalui twitter sekiranya follower anda online ketika itu. Contohnya korang tweet url blog korang kat twitter. Secara tak langsung follower korang yang terbaca tweet korang akan melihat. Ini juga salah satu tips untuk meningkatkan traffic diblog korang. Kalau follower korang lagi ramai, makin ramailah yang datang singgah ke blog korang.


Sebenarnya banyak lagi kot kelebihan bermain twitter nie , tetapi yul hanya menulis entri nie berdasarkan pengalaman yul menggunakan twitter nie. Twitter nie juga sebenarnya berbahaya untuk pengguna, kalau korang nak tahu baca lah entri yul yang lepas tentang twitter pon berbahaya. Itu semua bergantung kepada pengguna yang menggunakannya. Setiap laman sosial yang ada sekarang nie sebenarnya mempunyai keunikan dan kelemahan masing-masing. 


Yul cuma nak ingatkan kepada korang, gunakanlah ia dengan sebaik-baik yang mungkin selagi laman sosial ini masih ada. Janganlah pula korang menyalahgunakan laman sosial ini. Dan dengar khabarnya, Malaysia bercadang untuk menyekat segala laman sosial kerana telah banyak berlaku penyalahgunaannya. Sekiranya laman-laman sosial nie dah tak ada, mati kutulah korang jawabnya. Tak ada lagi tempat menghiburkan diri, melepaskan tekanan. haha


follow saya! hehe
P/S: Followlah yul ye sekiranya korang mempunyai akaun twitter nie, tu pon kalau korang sudi. Insyallah yul akan follow korang balik :)




18 comments:

Anisa 20 December 2010 at 18:10  

heheheh

jom kite follow twitter

anisahangtuah

(:

YUL 20 December 2010 at 18:12  

@ Anisa Hang Tuah, jum2, jap2 yul follow nisa okae, hee :)

M.I.A 20 December 2010 at 19:57  

x pnadai guna twitter sgt. hihi.

jom follow2 nak?

LisssAmir :)

apdm 20 December 2010 at 20:01  

salam

x pandai jugak :)

YUL 20 December 2010 at 20:02  

@Lis Amir, ala, maen je lorh, nnt lama2 xpert la tu, huhu,

YUL 20 December 2010 at 20:03  

@ Sepatu Hijau , tak pandai kew? hurm, belajar la ye, nanti lama2 pandai la tu, macam maen fb juga kan?

Jerung Tempang 20 December 2010 at 20:35  

owh thnx bro. aku mmg tgh plan nk join twitter ni. haha

YUL 20 December 2010 at 20:39  

@Jerung Tempang, hoho, join je bro, memang seronok !

hans 20 December 2010 at 20:48  

hehehe
betul lah tu
thanks yer follow twitter ku yul

P/S : The Winner Of Survivor Nicaragua - Jud Fabio Birza

YUL 20 December 2010 at 20:49  

@ hans , ehehe, yul buat entri nie berdasar ape yang yul gunakan, huhu, sama2 hans, hee :)

Faisal 20 December 2010 at 21:24  

aku tak aktif twitter ini..tak pandai nak guna..haha

YUL 20 December 2010 at 21:31  

@faisal, la iyekew? adess , besh gak doh maen twitter nie, cuba je la main, t lame2 jd pro, hee

Mohamadazhan.com 21 December 2010 at 00:07  

xpaham do guna churp2 tu?

ada tutorial dak

YUL 21 December 2010 at 00:09  

@Mohamadazhan hjDesa , ko tak paham kew? hurm, jap2 ea, nnt aku buat kan tutorial nye

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza 21 December 2010 at 00:47  

series sy mmg x pandai main twitter nie.. tpi sy men buat je.. lepas tu buat bodo.. hahahahak !

YUL 21 December 2010 at 07:30  

@ Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza . hahaha, awk main la ye, nnt lama2 pro juga nanti, heee

E'in 21 December 2010 at 14:40  

ein pon de acc twitter..

YUL 21 December 2010 at 18:11  

@ ♥e'in♥, kalau sudi follow lah yul ye, eheheh

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP