Suka!

Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Tutorial Cara Menukar Domain Percuma | Setting Custom Domain Blogspot ke Co.cc

Friday, 1 April 2011

Assalamualaikum semuanya. Entri nie adalah kesinambungan pada Tutorial Setup Domain Percuma tu. Bagi yang dah mendaftarkan akaun korang tu untuk domain percuma di co.cc, boleh lah sambung tutorial nie. Kalau dah sampai part nie tak susah mana pon. Senang je. Tak sampai 5 minit pon dah siap. Korang pon terus boleh guna domain percuma tu. Tapi sebelum tu, yul nak menjawab pertanyaan-pertanyaan daripada rakan-rakan yul dulu. 

'Domain tu tak efek ke bila kita tuka connection,contohnye dr broadband kpd Local Area Network ataupun wireless?? Nannti IP address dia kan tukar....mcmana tu'- Cik Ila
  Rasanya tak de masalah. Kalau korang guna wireless kew dan lain-lain lagi masih lagi boleh digunakan. Boleh rujuk disini. Menerangkan segala, apakah yang dimaksudkan dengan IP ADRESS nie.
'oww yg co.cc tu free erh? ade nmpk beberape org pakai. tp x ramai. nape erh?'- i am S!L4H..
Ye, memang free pon menggunakan nama domain nie yang berdot co.cc. Tak payah bayar untuk 1 tahun pertama. Daftarkan, kemudian terus boleh pakai. Masuk tahun kedua menggunakannya, korang kene bayar lah. Lebih kurang 3$ macam tu kot. Tak sama dengan domain-domain yang lain seperti .com/ .net/ .org dan lain-lain lagi. Tu semua kena bayar. Kenapa tak ramai yang menggunakannya? Sebenarnya banyak sebab yang membuatkan ramai orang tak menggunakannya walaupon percuma. Nanti je lah yul buat entri baru. Kalau campur semua sekali dalam 1 entri nanti korang pening-pening pulak. hekhek.


Ok. Sambung balik tutorial yang seterusnya. Lepas korang dah mendaftarkan akaun korang tu. Korang cuma buka halaman blog korang. Di bahagian home tu, korang klik Setting. Pastikan korang pilih blog yang betul. Blog yang korang nak tukarkan nama domain tu.


klik publishing kemudian klik Custom domain
Step ke 2
Langkah yang seterusnya, korang klik publishing seperti gambar diatas, dan kemudian klik custom domain pula. 


Klik switch to advanced settings.
Step ke 3
Nampak halaman seperti gambar diatas nie, korang klik switch to advance setting pula. Yang lain tu abaikan. 




Masukkan nama domain korang yang berdot co.cc tu
Step ke 4
Kemudian isikan nama domain yang korang daftar tu. Jangan lupe letak www dibahagian hadapan. kemudian masukkan word verification dan save settings. Yang bahagian Use a missing files host? Biarkan ianya no je. Jangan memandai pulak korang tukar yes. hekhek


Tick dibawah nama domain tu
Step ke 5
Dah save setting, pastu korang tick pula kat dalam kotak tu seperti gambar diatas. Save settings sekali lagi. Selesai! Tak susah mana pon. Senang je kan? Bagi yang nak menggunakan domain percuma berdot co.cc nie semoga berjaya lah ye.

Read more...

How To Setup Free Domain For Blogspot/Blogger | Tutorial Setup Domain Percuma co.cc

Monday, 28 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Entri yang lepas yul ada kata nak beli domain sendiri kan? Yul memang nak beli pon. Dalam minggu nie blog nie dah berubah nama URL. Korang tunggu je lah ye. hekhek. 


Korang nak pakai Nama Domain Sendiri jugak? Tapi nak yang percuma punya, tak payah bayar. Ada kew domain percuma? Ye memang ada. Korang tak payah risau. Sebelum nie yul pernah menggunakannya domain percuma nie, tapi bukan blog nie la. hekhek. So, yul akan kongsikan bagaimana nak mendaftar dan menggunakan domain percuma nie. Actually tak susah mana pon. Senang je kot. 

Step Pertama
Isikan domain yang korang nak
Pertama sekali korang pergi ke laman web nie http://www.co.cc/ . Nanti korang akan jumpa laman web seperti gambar diatas. Korang perhatikan. Sebijik tak? Ok, kalau sebijik boleh teruskan. Disitu korang akan lihat, satu ruangan kosong diantara www dan co.cc (rujuk gambar diatas). Diruangan kosong tu korang isikan nama domain yang korang nak letak.


Dah isi, korang boleh check availability. Kalau tak available, maknanya nama domain yang korang nak guna tu dah ada orag pakai. So, korang terpaksa gunakan nama lain. 
Step Kedua
Isikan segala maklumat korang
Selesai? Selepas itu, korang perlu mendaftarkan dahulu dengan mengisi segala maklumat-maklumat. Jangan tinggalkan ianya kosong. Dah isi semua, jangan lupa tick kat kotak bawah tu. Lepas tu klik continue.
Step Ketiga
Sign In
Dah berjaya mendaftar, korang akan nampak laman macam nie pulak. Apa yang perlu korang buat, hanya memasukan semula Username ( E-mail) dan password yang telah korang daftar tadi. Jangan lupa Word Verification tu sekali, korang masukkan mengikut huruf yang diberi tu. Lepas tu, klik Sign In. Nanti korang akan nampak satu halaman. Kemudian korang hanya klik Set Up.
Step Keempat
Masukkan korang punya domain. 
Dah nak sampai penghujung rancangan dah nie. hekhek. Lepas klik Setup,korang pergi ke side bar sebelah kiri dan klik zone record. Nampak tak? Pastikan halaman korang sama seperti gambar diatas ini. Ok, korang isikan Host dengan menggunakan domain korang yang daftar tadi tu, type korang pilih A dan yang terakhir Value dengan mengisi IP ADRESS internet korang. Yang bahagian TTL tu abaikan. Biarkan ia 1D je. Korang mesti tertanya-tanya, bagaimana nak tahu IP ADRESS korang. Ok, senang je.
Step Kelima

Korang cari Control Panel >> Network and Internet >> Network Connection. Lepas tu, korang klik connection yang korang gunakan sekarang nie. Contoh yang yul guna Celcom Broadband. 
Step Keenam

Nanti akan terpampang di skrin komputer korang seperti gambar diatas. Korang mesti tahukan bagaimana nak mencari. Kemudian klik Details, dan korang akan nampak Semua jenis IP ape tah. Salin number IPv4 Adress tu dan Paste kan ke Value di Step ke 4. 


Okae dah selesai untuk mendaftarkan nama domain korang secara percuma. Tak perlu bayar. Apa yang perlu korang lakukan hanya menunggu selama 48 jam untuk memproses nama domain yang korang daftarkan tu. Rasanya tak perlu tunggu 48 jam kot, sebab sebelum nie yul buat tak sampai 8 jam dah boleh terus pakai domain tu. hekhek. Macam mana nak setting domain ke blog? Tunggu Tutorial seterusnya. hee :) Semoga berjaya :)

Read more...

15k Visitor Unique In 1 Days! Dahsyat gile!

Tuesday, 8 February 2011


bukan yul yang punya


15ribu pengunjung dalam masa sehari



Wow! Terkejut yul bila melihat traffik nie. Daripada rendah terus naik ke 15 ribu. Sungguh tidak kusangka traffiknya meningkat begitu mendadak. Pertama kali yul tengok traffik blogger banyak macam nie. Setakat nie apa yang yul tahu, blogger paling tinggi traffik  cuma 8k je. Tak tahu pulak kan kalau blogger yang lain. Tapi rajah traffik diatas tu bukannya yul punya k. Cikgu Dahlia yang punya. Dia nie salah satu diantara blogger feveret yul. 

Tapi, macam mana boleh traffik boleh mendadak naik macam tu sekali? Semua itu bukanlah mustahil. Bagi korang yang nak traffik macam Cikgu Dahlia nie, korang mestilah pandai bermain SEO. Cikgu Dahlia nie otai SEO ouh. Mana taknya kan, tiba-tiba je traffik boleh dapat 15k. Terkejut mak eh melihatnya. 

Seriously, masa mula-mula yul bermain blog, yul memang tak tahu langsung mengenai SEO nie. Bila blogwalking terjumpa  entri mengenai tips SEO pon buat bodoh je. Tapi tu dulu masa mula-mula jadi seorang blogger. Kini tengah belajar, macam mana nak bermain SEO pulak.



Korang tahu tak apa maksud SEO tu?  SEO tu singkatan daripada Search Engine Optimization(SEO) atau dalam bahasa malaysianya bermaksud Pengoptimuman Enjin Carian. SEO nie sangat penting bagi blogger yang mahukan traffik yang banyak. Bagi yang gilakan traffik, korang kenalah bermain SEO dari sekarang nie. Ianya bukanlah setakat dapat menaikkan traffik je, tetapi juga dapat meningkatkan rangking traffik sesebuah blog tu. Yul pon tak berapa pandai sangat nak main-main SEO nie. Masih sedang belajar macam mana nak menggunakannya. Kalau korang pandang remeh mengenai SEO nie, memang tak kemana lah traffik kau tu. Orang nak search blog kau kat google pon tak jumpe la kalau tak main SEO nie. Haha.


Berdasarkan apa yang yul tahu lah, blog yang menggunakan wordpress nie lagi mesra SEO jika dibandingkan dengan blogspot. Kebanyakkan otai-otai blogger cakap macam tu lah. Dengan tambahan sokongan Tag dari wordpress nie, enjin carian lebih mudah untuk menjelajah dan mengindeks kandungan blog korang tu. Berbeza pula dengan blogspot, ianya memerlukan khidmat dari pihak ketiga dan perkhidmatan ping blog secara manual. 


Tu jelah sedikit sebanyak yang yul tahu mengenai SEO nie. Kalau ada yang salah apa yang yul terbitkan nie harap korang dapat lah bagitahu ye. Semoga kesilapan tu dapat diperbetulkan demi kepentingan kita bersama, huhu. Maklumlah, yul nie masih baru lagi dalam dunia blog nie.  









Read more...

Kelebihan Bermain Twitter

Monday, 20 December 2010

Kebanyakkan daripada korang mesti dah ada akaun twitter kan. Setiap laman sosial yang kita gunakan tu juga mempunyai kelebihan dan keburukan masing-masing. Itu terpulang kepada pengguna yang menggunakannya. Rata-rata se,ua penduduk di Malaysia telah menggunakan akaun seperti twitter, Myspace, Facebook dan lain2 lagi. Tak kiralah artis kew, ahli politik kew, lelaki mahupon perempuan. Kanak-kanak zaman sekarang juga telah pandai  menggunakan laman sosial tersebut. Dunia sekarang dah semakin maju, zaman pon dah berubah. Tetapi hari nie yul nak bercerita tentang kelebihan bermain twitter berdasarkan dari apa yang yul gunakannya. Kalau korang dah ada twitter korang mestilah tahu kan bagaimana untuk menggunakannya.




Sebenarnya twitter juga mempunyai banyak kelebihan, kat sini yul nak rumuskan kelebihan bermain twitter nie.


1. Mencari kenalan.
Dalam mana-mana laman sosial kebiasaannya pengguna ingin mencari kenalan dialam siber melalui internet dari serata dunia. Twitter nie lebih mudah untuk digunakan sekiranya korang betul2 menguasainya. Kalau korang baru lagi memang agak sukar untuk digunakan. Kepada pengguna yang baru tu, perlulah belajar untuk menguasai menggunakan twitter nie. Bila korang dah menguasainya, korang akan berasa lebih mudah  dan tidak akan merasa kekok untuk digunakan.


 2.Berhubung dengan Artis
Artis-artis dunia hiburan nie juga kebanyakkannya menggunakan twitter. Jadi kalau korang ada twitter korang bolehlah bersembang-sembang dengan mereka. Walaupon kita tak dapat berjumpa face to face didunia realiti, tetapi kat twitter nie segalanya mungkin terjadi. Kalau artis punya fan page difacebook harapanlah nak tunggu dia balas, sebab beratus-ratus orang yang komen dalam masa yang singkat. Dengan twitter lagi mudah kot mereka nak reply.




3.Menjana Pendapatan Sampingan
Dengan twitter juga korang boleh menjana pendapatan. Apa yang yul tahu cuma syarikat ChurpChurp je yang boleh menjana pendapatan. melalui twitter. ChurpChurp nie menggunakan Pay Per Click (PPC). Semakin ramai follower korang, peratusan untuk orang klik iklan yang korang tweet tu akan tinggi. Sementara korang nak tunggu nuffnang bagi BE, korang boleh la daftar akaun ChurpChurp nie untuk menjana pendapatan sampingan. .


4.Promosi
Korang juga boleh mempromosi apa2 sahaja melalui twitter sekiranya follower anda online ketika itu. Contohnya korang tweet url blog korang kat twitter. Secara tak langsung follower korang yang terbaca tweet korang akan melihat. Ini juga salah satu tips untuk meningkatkan traffic diblog korang. Kalau follower korang lagi ramai, makin ramailah yang datang singgah ke blog korang.


Sebenarnya banyak lagi kot kelebihan bermain twitter nie , tetapi yul hanya menulis entri nie berdasarkan pengalaman yul menggunakan twitter nie. Twitter nie juga sebenarnya berbahaya untuk pengguna, kalau korang nak tahu baca lah entri yul yang lepas tentang twitter pon berbahaya. Itu semua bergantung kepada pengguna yang menggunakannya. Setiap laman sosial yang ada sekarang nie sebenarnya mempunyai keunikan dan kelemahan masing-masing. 


Yul cuma nak ingatkan kepada korang, gunakanlah ia dengan sebaik-baik yang mungkin selagi laman sosial ini masih ada. Janganlah pula korang menyalahgunakan laman sosial ini. Dan dengar khabarnya, Malaysia bercadang untuk menyekat segala laman sosial kerana telah banyak berlaku penyalahgunaannya. Sekiranya laman-laman sosial nie dah tak ada, mati kutulah korang jawabnya. Tak ada lagi tempat menghiburkan diri, melepaskan tekanan. haha


follow saya! hehe
P/S: Followlah yul ye sekiranya korang mempunyai akaun twitter nie, tu pon kalau korang sudi. Insyallah yul akan follow korang balik :)




Read more...

Bagaimana hendak mendaftarkan akaun ChurpChurp

Sunday, 19 December 2010

Korang tahu tak apa itu ChurpChurp nie? ChurpChurp nie sebenarnya merupakan salah satu syarikat pengiklanan diMalaysia sepupunya nuffnang. haha. Sama-sama syarikat pengiklanan tetapi cara untuk beriklan berbeza sedikit berbanding Nuffnang. Dengan ChurpChurp, korang cuma mengiklan iklan yang diberi oleh ChurpChurp melalui facebook dan twitter. Program ini digelar sebagai social sharing. Melalui program social sharing nie, korang akan diberi unik URL  untuk setiap iklan yang diberi kepada korang. Cara pembayaran  berdasarkan Pay Per Click, (PPC) dan timeline untuk post url ini amat penting sekali, contohnya kalau korang post kat twitter akaun pada waktu puncak gerenti ramai yang klik iklan tu, yang paling best iklan ini tidak perlu pengesahan dari pihak ChurpChurp dan korang boleh letak kat Twitter, Facebook, Blog, Buzz, YM dan lain-lain sosial media yang ada kat dunia nie. Tapi perlu diingatkan, Social Sharing nie ada syarat-syaratnya juga.

peraturannya

Korang kenalah patuhi syarat-syaratnya tu. Tetapi harus dingatkan! korang perlulah mempunyai akaun twitter dan facebook terlebih dahulu sekiranya korang nak daftar kat ChurpChurp nie. Kalau korang cuma ada salah satu je, tak boleh nak daftarlah. Tak dapat lah den nak tolong ekau! haha. Bagi yang tak tahu macam mana nak mendaftarkan akaun twitter, korang boleh rujuk kat sini.

Kalau korang dah lengkap mempunyai akaun twitter dan facebook terus je pergi ke halaman ChurpChurp nie.  

Pastikan halaman ChurpChurp yang korang pergi tu, sama macam gambar diatas nie.
kelik sign up


Isi penuh

Selepas korang dah klik kat sign up tu, nanti korang akan terjumpa halaman cmnie sama gambar diatas. Korang kena isi segala butir-butir dan maklumat yang benar dan lengkap disini. Pastikan semuanya diisi dan tidak ada kekosongan. 

Okae sudah siap akaun ChurpChurp korang nie, mudah je kan? Tak Susah pon untuk mendaftarkannya.
Jangan lupa untuk menyemak semula e-mail korang untuk pengesahan akaun ChurpChurp korang nie. Selepas tu, korang cuma tinggal connect korang punya akaun twitter dan facebook korang di ChurpChurp. Selesai semuanya, korang boleh mulakan pengiklanan korang tu, hehe. Selamat mencuba ye :)


         

P/S: Korang bolehlah buat, sementara menunggu nak dapat BE dari nuffnang.



Read more...

Bagaimana nak daftarkan akaun twitter

Thursday, 16 December 2010

Disebabkan atas permintaan pembaca kat blog yul nie, terpaksalah yul terbitkan tutorial macam mana nak mendaftarkan akaun twitter. So, yul akan terangkanlah berdasarkan dari pengalaman yul menggunakan twitter nie. hehe. Sebenarnya yul nak bagi tutorial nie pon tak layak kot sebab tak mahir lagi nak menggunakan twitter nie.  Kebanyakkan mesti yang tak tahu kan twitter tu ape. Tau register je pastu biarkan macam tu kan? Orang kata sekadar buat ada je,hehehe. Kalau korang nak tahu twitter nie merupakan laman sosial untuk kita berhubung dan berinteraksi yang sama fungsinya dengan SMS tapi berbeza sikit sebab kita menggunakan internet.


okae pertama sekali korang mestilah mempunyai e-mel, tak kiralah gmail, yahoo, or apa2 je lahm yg penting korang ada e-mail. Lepas tu korang pergi ke halaman twitter.
twitter.com

Pastikan korang punya halaman twitter yang korang pergi tu sama macam gambar kat atas nie, 



Kemudian korang klik dekat sign up tu, nanti korang akan jumpa macam nie. Korang lengkapkan maklumat korang tu, isikan semua jangan biarkan kosong ye, ehehe. Macam nak menjawab ujian pula. Isikan nama penuh korang, nama pengguna, password dan e-mail anda. kemudian klik akaun, jangan lupa pula ye tandakan dekat bawah kotak create my account tu. selepas korang siap mendaftarkan akaun twitter nie, jangan lupa semak semula e-mail korang tu untuk pengesahan akaun twitter yang korang daftarkan tu.


Dalam bahagian nie korang skip yang interest tu, nanti jumpe friends. Korang boleh la cari siapa2 yang korang nak follow. artis or kawan2 kew. search yul pon boleh, taip nama yulhadri nnt jumpe la twitter yul. hehehe. promote jap ;P
Korang boleh lah klik profil korang untuk mengupload foto korang tu atau untuk melengkapkan butir2 diri korang. 
Okae dah siap! senang je kan? Tak susah pon nak buatnya. Tak sampai 5 minit kot nak buat akaun twitter nie. Tapi korang kena lah rajin ye berinteraksi dengan following korang tu, mahirkan cara nak menggunakan twitter. Dari situ korang boleh mendapatkan followers. 

Twitter semamangnya penting kot bagi para blogger, sebab senang korang nak berinteraksi disini. Tak payah nak reply kat shoutbox or apa2 je lah. Lagi senang kan? Korang nak up traffic blog korang pon boleh juga kat sini. Melalui twitter juga kita boleh buat duit. hoho. bagaimana caranya? Nanti yul akan terangkan macam mana nak buat duit melalui twitter nie.Tapi korang kenalah berhati2 ya menggunakan twitter nie, sebab twitter bahaya ada kesan sampingannya juga. korang boleh la baca balik entry yul yang lepas.






Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP