Suka!

Bagaimana nak daftarkan akaun twitter

Thursday 16 December 2010

Disebabkan atas permintaan pembaca kat blog yul nie, terpaksalah yul terbitkan tutorial macam mana nak mendaftarkan akaun twitter. So, yul akan terangkanlah berdasarkan dari pengalaman yul menggunakan twitter nie. hehe. Sebenarnya yul nak bagi tutorial nie pon tak layak kot sebab tak mahir lagi nak menggunakan twitter nie.  Kebanyakkan mesti yang tak tahu kan twitter tu ape. Tau register je pastu biarkan macam tu kan? Orang kata sekadar buat ada je,hehehe. Kalau korang nak tahu twitter nie merupakan laman sosial untuk kita berhubung dan berinteraksi yang sama fungsinya dengan SMS tapi berbeza sikit sebab kita menggunakan internet.


okae pertama sekali korang mestilah mempunyai e-mel, tak kiralah gmail, yahoo, or apa2 je lahm yg penting korang ada e-mail. Lepas tu korang pergi ke halaman twitter.
twitter.com

Pastikan korang punya halaman twitter yang korang pergi tu sama macam gambar kat atas nie, 



Kemudian korang klik dekat sign up tu, nanti korang akan jumpa macam nie. Korang lengkapkan maklumat korang tu, isikan semua jangan biarkan kosong ye, ehehe. Macam nak menjawab ujian pula. Isikan nama penuh korang, nama pengguna, password dan e-mail anda. kemudian klik akaun, jangan lupa pula ye tandakan dekat bawah kotak create my account tu. selepas korang siap mendaftarkan akaun twitter nie, jangan lupa semak semula e-mail korang tu untuk pengesahan akaun twitter yang korang daftarkan tu.


Dalam bahagian nie korang skip yang interest tu, nanti jumpe friends. Korang boleh la cari siapa2 yang korang nak follow. artis or kawan2 kew. search yul pon boleh, taip nama yulhadri nnt jumpe la twitter yul. hehehe. promote jap ;P
Korang boleh lah klik profil korang untuk mengupload foto korang tu atau untuk melengkapkan butir2 diri korang. 
Okae dah siap! senang je kan? Tak susah pon nak buatnya. Tak sampai 5 minit kot nak buat akaun twitter nie. Tapi korang kena lah rajin ye berinteraksi dengan following korang tu, mahirkan cara nak menggunakan twitter. Dari situ korang boleh mendapatkan followers

Twitter semamangnya penting kot bagi para blogger, sebab senang korang nak berinteraksi disini. Tak payah nak reply kat shoutbox or apa2 je lah. Lagi senang kan? Korang nak up traffic blog korang pon boleh juga kat sini. Melalui twitter juga kita boleh buat duit. hoho. bagaimana caranya? Nanti yul akan terangkan macam mana nak buat duit melalui twitter nie.Tapi korang kenalah berhati2 ya menggunakan twitter nie, sebab twitter bahaya ada kesan sampingannya juga. korang boleh la baca balik entry yul yang lepas.






1 comments:

Anonymous,  16 December 2010 at 13:44  

Twitter..? Best ke bro?

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP