Suka!

Salma Juara Mentor Musim Ke-5 | Persembahan Akhir Konsert Final

Monday 30 May 2011

Segala debaran dan penantian telah pon terjawab apabila Salma telah diumumkan sebagai Juara Mentor bagi musim yang ke-5. Kemenangan Salma seperti sudah dapat dijangkakan. Walaupon juri awam memberikan markah terendah berbanding dengan peserta lain, tetapi undian SMS telah membuatkan Salma berjaya bergelar sebagai Juara. Salma telah mendapat markah keseluruhan sebanyak 85 markah (termasuk 16 markah dari juri awam) dan ianya merupakan markah tertinggi pada malam ini menewaskan dua lagi protege lain, iaitu Shiha dan juga Iqa.

Juara mentor musim ke 5
Juri pada konsert terakhir
berduet bersama jacklyn
Salma telah menyanyikan 3 buah lagu, iaitu lagu Listen, Cinta dan Rindu (duet bersama Jacklyn Victor) dan single terbarunya Aku Permata.
Listen-Salma

Cinta & Rindu-Salma feat Jacklyn

Aku- Salma (single terbaru)
v

Salma dan juga mentornya, Erra Fazira telah berjaya membawa wang tunai sebanyak RM100,000 ringgit setiap seorang. Bukan setakat tu sahaja, Salma juga bakal membawa pulang kereta mewah Chevrelot yang bernilai RM97'800


Berikut adalah markah keseluruhan yang mereka perolehi.
SALMA - 85
SHIHA - 63
IQA - 56
Tahniah diucapkan kepada Salma dan Erra Fazira kerana menjadi juara Mentor untuk musim yang kelima. Salma merupakan juara peserta wanita ke-2 untuk program Mentor setelah sebelum ini protege lelaki yang menyandang gelaran juara.


P/S: Download lagu terbaru Salma-Aku

Read more...

Manchester United Kalah? Redha je lah

Sunday 29 May 2011

Manchester United kalah dengan Barcelona? Adat la tu kan. Setiap permainan mesti ada yang kalah dan menang. Walaupon United kalah dengan skor 1-3, tapi sekurang-kurangnya United berjaya juga melangkah ke final. Apa-apa pon, tahniah kepada Barca kerana sekali lagi menjulang trofi pada tahun ini setelah menewaskan United sebelum ini di final pada tahun 2009, 2 tahun lalu.


Yul percaya, ramai diantara korang-korang semua yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan akhir nie. Yang pastinya, kedai mamak lah menjadi pilihan para peminat untuk menonton bola. Macam dah jadi trend pulak. Bila ada bola je, kedai mamak jugak orang pilih. Yul pon tak ketinggalan sama untuk menonton perlawanan akhir juara-juara kelab bola sepak di kedai mamak.


Sampai-sampai je, meja-meja dan kerusi di mamak dah dipenuhi dengan manusia. 2 Jam sebelum perlawanan lagi para peminat Barcelona dan Manchester United dah berada disitu. Fanatik sungguh melihat aksi-aksi mereka tu. Ada yang pakai baju pasukan masing-masing, ada yang mencoleh cat di muka mereka. Dan paling  tak boleh blah, ada sorang mamat nie pakai baju chelshit. Haha.


Memang riuh gile suasana di kedai mamak. Sampai ada yang sanggup duduk ditepi jalan, diatas motor dan ada juga yang diatas bumbung kereta semata-mata nak melihat perlawanan akhir nie. Yul tak menyangka mereka sungguh fanatik. Mereka saling menyorak dan bersorak. Maklumlah, pertembungan 2 kelab gergasi eropah, juara kelab England dan juga  juara kelab Sepanyol.


Walaupon United kalah, tapi yul cukup terhibur menyaksikan bola sepak pagi tadi. Kalah pon, kalah bermaruah. Tahun nie ada lah jugak piala, daripada tak ada langsung kan? haha. Kira kelab terbaik antara banyak-banyak kelab. Kelab lain ada kew yang masuk final?


Bila sampai rumah je, macam biasalah. Sebelum tidur, yul akan semak fb dan e-mail dahulu. Bila yul buka fb je, penuh dengan kegembiraan mereka. Tapi kebaanyakan dari mereka tu semuanya haters-haters United.


Kepada fans Manchester United, jangan jadi seperti lalang yang mengikut arah angin. Terimalah segala kritikan yang di lemparkan.. Tak rugi pun kerana sejauh ini sahaja yang mereka mampu lakukan. GGMU!

Read more...

Siapakah Blogger Of The Year? - Digi WWOW Awards

Wednesday 25 May 2011

Semenjak kebelakangan nie, yul tengok ramai betul blogger-blogger yang mengikuti kontest best blogger of the year di Digi WWOW nie. Daripada top blogger sehinggalah yang nak tak berapa top. Semakin hari, semakin meningkat pula bilangan blogger yang mengikuti kontest tersebut. Yul rasa kontest nie bagus kot. Sebab melalui sinilah kita dapat melihat, blogger mana yang terbaik yang ada kat Malaysia nie. Dan melalui sini jugalah kita dapat melihat sejauh manakah kehebatan mereka tu. Mereka mempunyai kekuatan serta memilik pembaca tegar blog masing-masing.


Sebelum nie, yul pon ada tergerak jugak nak mengikuti kontest tersebut. Orang nak ikut, yul pon nak ikut jugak! haha. Tapi bila direnungkan semula, blog yul nie tak ada lah bagus. Tak ada lah popular sangat pon macam blog abg Ben Ashaari, Cik Epal,Anwar Hadi dan lain-lagi yang popular tu. Blog yul nie biasa-biasa je. Follower pon ciput je. Dapat dikira dengan jari lagi.


Tarikh tutup penyertaan nie sehingga 20 June 2011. Kepada sesiapa yang berminat, silalah join sekali kontest tu. Bukan setakat kategori best blogger of the year je yang korang boleh join. Macam-macam jenis kontest lagi yang diadakan. Yul pon tak berapa nak ingat sangat jenis kategori. Lebih daripada 10 kot. Mana yang dah join, bagi lah link. Nanti yul tolong vote kan untuk anda semua. hekhek.


Apa-apa pon, selamat berjaya kepada yang mengikuti kontest tu. Kalau dapat hadiah tu, sila-silalah payong yul sekali ye. hehe. 

Read more...

Aku Permata - Salma Mentor 5 (Lirik Lagu, Mp3, Video, Download)

Tuesday 24 May 2011



Lagu yang bertajuk Aku Permata akan dinyanyikan Salma pada Konsert Akhir Mentor 5.

Penyanyi : Salma Mentor 5
Mentor : Erra Fazira
Lagu : Aku Permata
Komposer : Taja ( Meet Uncle Hussain )





Lirik lagu Aku Permata – Salma Mentor 5 TV3

Terdampar jauh dihempas badai kuhanyut 

Hati merintih terkunci mulut membisu 
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya 
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata 
Apa yg terjadi ada hikmah sebaliknya 
Kuberanikan diri menongkah arus yang deras 
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur 
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula 
Tuhan, hanya engkau mengerti 
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit 
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah 
Tinggallah memori terpahat di dalam dada 
Terjawab sudah segalanya

Aku hanya ingin merasa 
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan 
Tuhan hanya engkau mengerti 
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur 
Kan ku tetap berdiri teguh 
Ku bangkit semula 
Hanya titipkanlah doa 
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar


Bagi yang ingin download mp3 lagu terbaru Salma, anda boleh klik muat turun sekarang di kotak bawah.

Download
Salma Mentor 5- Aku Permata.mp3

Read more...

Persembahan Mentor Separuh Akhir Musim ke 5 | Protege Serta Mentor Yang Layak Ke Final

Monday 23 May 2011

Tiga protege, Salma, Shiha dan Iqa telah berjaya melangkah ke pentas akhir Mentor musim 5. Tahniah diucapkan kepada mereka. Ratnah telah tersingkir daripada konsert malam tadi selepas hanya berjaya mengumpulkan sebanyak 88 markah selama 2 minggu berlangsung. Keputusan tersebut diumumkan dalam persaingan Separuh Akhir Mentor yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam. Jika ada yang menjangkakan kemenangan mudah Salma ke pusingan terakhir Mentor 5, keputusan malam ini cukup mengejutkan peminat protege Erra Fazira ini.

Salma
Rasanya seperti tidak masuk akal Salma kali ini tidak mendapat markah tinggi. Tapi nie lah yang dinamakan sebagai pertandingan. Suara lantang, lunak macam mana sekali pon, juri serta undian SMS yang menentukan markah mereka.

Kalau bukan keputusan pihak TV3 untuk menjadikan persaingan akhir 'a three-way fight', mungkin Salma memang tidak akan dapat berpeluang langsung untuk beraksi lagi di pentas akhir pada 29 Mei ini. Apakah yang telah terjadi sehingga salma kini menjadi semakin turun secara mendadak? Berbeza pula dengan Shiha dan juga Iqa, mereka menunjukkan peningkatan yang amat drastik pada minggu ini. Dan usaha mereka itu tidak dilepas pandang oleh para juri profesional dan awam.


Nyanyian salma- Nirmala dan Mimpi Laila

Salma Feat Mohamad-Fenomena Dan Opera Hidup


Video Semasa Diumukan Markah


Berikut adalah senarai markah setakat ini yang mereka perolehi
Salma: 49; 64; 113


Ratnah: 42; 46; 88


Shiha: 58; 61; 119

Iqa: 57; 69; 126
Apa-apa pon, semoga mereka berjaya dalam pusingan akhir kelak. Pastikan mereka memilih lagu-lagu yang bersesuaian, kerana peluang mereka hanya sekali sahaja untuk meraih gelaran juara mentor pada musim ini. Nantikan konsert akhir mentor musim 5 ini pada hari Ahad, 29 Mei 2011.

Read more...

Malas Penyakit Utama Dalam Sesuatu Bidang Untuk Berjaya?

Friday 20 May 2011

Assalamualaikum semuanya. Dah lama yul tak kemas kini di blog nie. Rasa rindu pulak untuk menulis. Semenjak blogspot mengalami masalah tempohari,mood menulis terus lenyap. Ditambah pula dengan kesibukan bekerja, memang kosong je. Hampir seminggu kot blog nie dibiarkan  begitu sahaja tanpa entri-entri terbaru. Orang bekerja lah katakan. Macam biasalah, bile kita sibuk, masa nak kemaskini blog pon tak ada. Biarkan ianya tersadai macam tu je. Bukan yul tak nak update kat blog nie, cuma masa tu tak mengizinkan.


Yul nie bukanlah penulis blog sepenuh masa atau pon blogger tegar. Ye, Ada sesetengah orang bekerja juga. Tapi masih sempat lagi mengupdate entri dikala kesibukan. Kadang-kadang, dalam satu hari tu, entah berapa banyak entri yang dapat dipostkan. Mereka nie mungkin menjadikan blog nie sebagai kerjaya mereka  dalam hidup mereka. Tahu-tahu je lah kan. Blog nie bukan sahaja dapat bergosip, berkongsi atau apa-apa sahaja yang ingin dimuatkan didalam entri mereka, malahan juga dapat menjana pendapatan. Kadang-kadang pendapatan yang mereka jana tu boleh jejak beribu-ribu Ringgit Malaysia dalam masa sebulan.

Minggu nie sahaja, cuma satu entri je yang yul dapat dipostkan. Bila melihat keadaan blog nie, nampak kosong je, tanpa dikemaskini. Rasa sedih pulak melihatnya. Semuanya entri lama-lama yang dibiarkan begitu sahaja untuk tatapan umum. Orang bekerja, faham-faham je lah kan. Kadang-kadang balik cepat, kadang-kadang balik lambat. Kalau balik cepat tu, sempat lah nak berupdate blog. Tu pon kadang-kadang je lah. Bukan selalu pon dapat balik cepat nie. Tapi, bila kita dah balik lambat, kompem-kompem lah badan akan menjadi lemah disebabkan penat bekerja. Bila badan lemah, mood pula secara automatik lah berubah menjadi malas. kan kan kan? Malas nie lah penyakit utama dalam sesuatu kerjaya. Tak kiralah dalam bidang apa pon. Betul tak? hekhek.
Lepas nie, insyallah, mood berblogging kembali seperti sediakala. Rindu nak berblogging seperti zaman di dulu-kala. Haha

Read more...

Semakan Panggilan Temuduga Bagi Jawatan Pegawai Bomba & Penyelamat Gred KB 17 | Excited + Nervous!

Saturday 14 May 2011

Assalamualaikum semuanya. Setelah sekian lama yul tak kemaskini blog ini, Akhirnya yul kembali untuk berblogging semula. hekhek. Maklumlah ye, Blogger ada masalah sedikit sebelum nie. Semua pengguna blogspot mengalami masalah yang sama, tak dapat nak akses blogger dan tak dapat nak update blog. Huhu. Tapi kini dah boleh guna semula dah.


Hari ini yul nak kongsikan kegembiraan berbaur kegugupan yul! haha. Tadi semasa yul mengemaskini akaun mail yahoo, tiba-tiba yul terima surat daripada SPA. Terkejut yul setelah melihat isi kandungan surat tersebut. Tarikh temuduga yul bagi jawatan pegawai bomba telah pon dikeluarkan. Dah tak lama lagi dah temuduga yul tu.

Semakan Panggilan Temuduga Bagi Jawatan Pegawai Bomba Gred KB17 boleh disemak mulai hari ini. Semua calon yang telah lulus mengikuti Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan baru-baru ini boleh membuat semakan panggilan temuduga untuk mengetahui lokasi temuduga kalian melalui laman web SPA di alamat http://www.spa.gov.my dengan memasukan nombor kad pengenalan.
Yul punya!
Gambar diatas nie merupakan tempat temuduga yang perlu yul hadiri. Tarikh dan Masa pada 6 June 2011 masa 8.00 pagi dan bertempat seperti sebelum ini, di :
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT,
 NEGERI JOHOR, 
LARKIN, 
80648 JOHOR BAHRU.

Harap-harap yul lulus dalam temuduga nie. Rasa nervous pon ada jugak walaupon tarikh temuduganya masih lama. Yela, buat pertama kali yul nak pergi temuduga kerja kerajaan nie. Mungkin temuduga tersebut tidak sama seperti temuduga sebelum-sebelum nie. Orang kata, temuduga kerajaan dan juga swasta berbeza.


Kalau diizinkan allah, mungkin tercapai juga hajat yul tu. Bagi yang turut sama mengikuti temuduga bomba yang akan datang nie, Semoga korang berjaya. Good Luck! Doakan yul lulus ye kawan-kawan :)

Read more...

Dorm Berhantu Di Kem Sekitar Johor | Kisah Seram

Wednesday 11 May 2011

Assalamualaikum semuanya. Hari nie yul nak kongsikan sebuah cerita seram yang dengan penuh misteri. Kisah nie  terjadi berdasarkan cerita dari kawan yul dizaman persekolahannya satu ketika dahulu. Yul hanya menaip dan dia je berceloteh. Apa-apa pon terima kasih kat amirul, sebab kongsikan pengalamannya diganggu oleh makhluk halus. Jom layan pengalaman beliau tu.


Ceritanya begini. Pada suatu hari tu, sekolah amirul ada mengadakan kem motivasi untuk para pelajar di suatu tempat disekitar johor yang namanya tak dapat disertakan sekali. Kem ini terletak agak jauh dari johor bahru dan ianya terletak dikawasan pedalaman. Tragedi nie berlaku pada tahun sekitar 2003. Kalau tak silap masa tu  form 1 lagi. Dipendekkan cerita. dekat tempat kem motivasi nie, semua pelajar lelaki diasingkan tempat tidur iaitu dorm yang terbuat dari kayu. Dikem ini terdapat 4 buat dorm, 2 dorm untuk lelaki dan 2 dorm untuk perempuan. Dalam sebuah dorm tu ianya boleh memuatkan lebih kurang 12 orang. Memang besar jugak dorm tu. Kelengkapan dan kemudahan semua ada dalam dorm tu, semuanya serba baru kecuali ada satu almari tu je yang mempunyai almari buruk terletak dihujung penjuru.


Pada hari pertama, mereka menjalankan aktiviti seperti biasa seperti yang diarahkan oleh fasililator disitu. Kami merasa sangat seronok dan enjoy berada disini. Banyak aktiviti-aktiviti yang menarik kami tempuhi.


Dan bermulalah pada malam kedua seterusnya. seperti biasalah mana-mana kem motivasi pada hari kedua ada malam keinsafan atau malam sahsiah diri. Waktu tu lah ada orang yang menangis tersedu-sedu, meleleh air mata dan segala macam yang sama waktu dengannya. Memang meleleh beb masa tu. Setelah aktiviti sahsiah diri, semua pelajar-pelajar diarahkan pulang ke dorm masing-masing untuk tidur, dan disitulah bermula peristiwa yang tidak dapat amirul lupakan sehingga kini.


Dalam dorm tu mempunyai katil dua tingkat sebanyak 6 katil satu bilik. yang digabungkan menjadi rapat. Amirul tidur dikatil tingkat bawah. Dia tidur dibarisan dua terakhir berdekatan dengan almari lama yang telah nampak usang dan buruk. 

Semasa amirul nak memujuk kawannya yang sorang tubernama Adi yang masih lagi menangis teresak-esak tu sebab tak dapat menahan sebak sewaktu dimalam keinsafan tersebut. Tiba-tiba entah macam mana amirul tergerak pulak untuk melihat almari yang dah buruk tu. Amirul ternampak bayangan seperti ada satu lembaga yang besar sedang melompat ke atas tiang bumbung. Besar lembaga tu umpama badan manusia biasa. Untuk pengetahuan korang, didorm nie tidak mempunyai syiling. Korang bayangkanlah bagaimana bentuk rupa dorm tu. Memang agak seram kalau nak tidur disini.  


Amirul tidak mempedulikan bayangan lembaga tersebut kerana menganggap ianya hanyalah imaginasi sahaja. Kemudian amirul menoleh kekawannya semula untuk memujuknya. Tiba-tiba, dia amat terkejut, yang dilihatnya bukanlah adi, tetapi sebuah makhluk yang berbungkuskan kain kafan iaitu pocong. Masa time tu jugak ah bulu remang amirul terus naik mendadak. Dia menggeletar ketakutan dan terus baring sambil menutup mukanya dengan bantal sambil membaca ayat-ayat kursi. Dan sewaktu itulah, katil tempat tidurnya seolah-olah bergegar dengan kuat seperti orang yang mengamuk. Semua pelajar yang tidur di bilik tersebut turut dapat melihat kelibat pocong dan dapat merasainya, tetapi tidak mampu berkata apa-apa.


Kejadian nie berlaku sehinggalah ke subuh. Pelajar-pelajar disitu hanya dapat mendiamkan diri sehinggalah fasililator datang untuk mengejutkan mereka bangun untuk menunaikan solat subuh. Ketika itu, ramai pelajar-pelajar didalam bilik dorm tersebut menangis tanpa henti kerana perasaan yang amat takut sekali. Dan ditanya oleh fasi, "apakah yang sebenarnya berlaku?". Diwajah fasililator tersebut seolah-olah menyembunyikan sesuatu yang kami tidak tahu, sehinggalah kawan kami yang bernama faisal terdengar perbualan fasi itu bersama guru kami tentang peristiwa didorm itu. Fasi itu tidak ingin memberitahu perkara yang sebenar kerana takut kami akan menjadi trauma setelah apa yang berlaku. Rupa-rupanya dorm itu ada bekas terjadi satu peristiwa dimana fasi terjumpa mayat didalam almari itu. Sejak kejadian terjumpa mayat itu, ramai orang yang cuba mengalihan almari itu tetapi tidak boleh, sehinggalah kini, almari tersebut masih tidak boleh dialihkan dan dorm itu telah pon ditutup. Tiada siapa yang dibenarkan untuk masuk kedalam dorm itu lagi. 


Begitulah peristiwa yang terjadi. Seram kew? Bergantung kepada pembaca. Ianya hanyalah sekadar perkongsian mereka mengenai diganggu makhluk-makhluk ni. Orang kata sharing is caring kan kan. 
Jika anda mempunyai sebarang cerita mistik, seram, yang ingin dikongsikan disini. Boleh lah e-mail ke yulhadri@gmail.com. 

Read more...

Sinopsis Dan Trailer Filem Libas | Aksi Seni Takraw Malaysia

Tuesday 10 May 2011

Filem Libas merupakan satu lagi filem yang dikhabarkan mendapat perhatian orang ramai. Filem ini merupakan filem pertama arahan Jurey Latiff Rosli dibawah syarikat MDAG Marketing Sdn.Bhd. Setelah lebih 9 tahun filem ini terperam begitu sahaja semenjak 2002 kerana tiada modal, akhirnya filem ini bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Dengan menampilkan pelakon-pelakon yang hebat seperti Rosyam nor (Raja Libas), Scha (Ratna), Beego (Megat),  Johan Maharajalawa (Mr.Wilson), dan ramai lagi.


semasa shooting
scha yang cute! haha
menggelibas
Berikut adalah sinopsis filem Libas
Libas mengisahkan tentang Adnan, Raja Libas (Rosyam Nor) yang sudah tidak boleh beraksi lagi di gelanggang sepak takraw kerana kakinya telah ditempangkan oleh regu Thailand yang terdiri dari Propchai (Adam Corrie, bekas koreografer Akademi Fantasia), Pratapol (Yus Waisar) dan Ak Nangkhon (Zek Zamri Gerak Khas) serta Topap dalam satu perlawanan tahun sebelumnya.

Merasa bersalah kerana telah memberikan kemenangan mudah sehinggakan tekongnya mati diracun dengan bola ke dada, Adnan kini cuba membentuk regu baru. Pencarian Raja Libas itu telah membawa kepada penemuan Hamidi (Johan Raja Lawak) seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok (Fadzly Kamarulzaman) seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa, selain Ratna (Scha). Bagi melengkapkan pasukan, maka Megat (Beego) telah menawarkan diri, tanpa disedari bahawa Megat telah diupah oleh pasukan dari Thailand bagi mensabotaj pasukan negara.



Trailer Filem Libas

Nantikan filem LIBAS ini dipawagam pada 29 September 2011. Sekali imbas, kalau tengok trailer die, ada jugak seperti filem hong kong tu, Shaolin Soccer. Bakal menggelibas dipawagam

Read more...

Mentor Musim ke 5 Konsert 4 Kumpulan B | Salma Berjaya Dan Aiman Tersingkir

Monday 9 May 2011

Di kumpulan A, Ayish telah tersingkir dari peringkat seterusnya untuk melangkah ke separuh akhir. Setelah berminggu-minggu beraksi dalam konsert mentor. Kini, giliran aiman pula dari kumpulan B mengikut jejak langkah ayish untuk tidak bersama mentor. Perjuangan Aiman dalam Mentor 5 tiba ke penghujungnya apabila dia jauh tertinggal dalam pungutan markah secara keseluruhan. Salma dan juga Iqa telah berjaya menempah untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Kesemua calon adalah wanita. Tiada lelaki langsung.


Aiman gagal menyerlah dalam konsert minggu ini. Jelas kelihatan aiman kecewa kerana tersingkir daripada untuk terus bersama mentor. Bagaimanapun, kekalahannya itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya. Sebaliknya, jejaka berusia 22 tahun ini sudah ada perancangan untuk melebarkan sayapnya dalam bidang nyanyian.

Salma sewaktu menyanyikan lagu Unbreak My Heart
Minggu ini kesemua protege menyanyikan lagu-lagu berangkai, berbeza seperti pada kumpulan A minggu lepas yang hanya menyanyikan sebuah lagu sahaja. Lagu-lagu yang telah dinyanyikan oleh protege kumpulan B pada konser minggu ini.

1.Salma - Unbreak My Heart & Sangkar Cinta
2. Iqa - Bila Cinta Bertasbih, Kepadamu Kekasih & Intifada
3.Aiman - 'I'll Be' dan 'Sesuatu Janji'


Salma- Unbreak My Heart & Sangkar Cinta



Iqa - Bila Cinta Bertasbih, Kepadamu Kekasih & Intifada

Cuma ada 2 video juga. Video nyanyian Aiman tidak diketemui. -.-


Berikut adalah mata yang diperolehi pada waktu minggu penyingkiran serta mata keseluruhan yang dikumpul


Markah Yang Diterima (8 May 2011)
Salma - 70
Iqa - 63
Aiman- 50

Markah Keseluruhan Yang Dikumpul
Salma - 307
Iqa - 237
Aiman - 190

Video pungutan mata serta detik-detik diumukan siapa yang tersingkir



Tersingkir!
Tahniah kepada protege-protege yang telah layak ke separuh akhir. Apa-apa pon persembahan salma pada malam tadi memang the best. Walaupon aiman tersingkir, tetapi  dia tidak berputus asa. Dan khabarnya dia ingin mempelajari teknik nyanyian serta ingin masuk kekelas vokal untuk memperbaiki vokalnya itu. Cita-citanya untuk meneruskan dalam bidang nyanyian tetap diteruskan.

Read more...

Majlis Perpisahan Dan Makan-Makan Di Senibong

Sunday 8 May 2011

Assalamualaikum semuanya. Actually cerita nie dah basi kot, tapi tak apalah. Sekadar perkongsian yul untuk kita bersama. haha. Lagipon yul tak sempat nak update masa tu sebab kesibukan yang teramat sangat telah melanda. Baru sekarang yul dapat menulis. Walaupon ianya dah basi, tapi kenangan yul bersama rakan-rakan ditempat kerja memang tak dapat dilupakan. Acara makan-makan serta majlis perpisahan kawan yul yang dah quit dari jawatan serta kerjayanya telah diadakan di senibong pada 24 April 2011 yang lepas. 

permandangan disekitar senibong
Memang seronok makan bersama-sama sambil menikmati permandangan laut. Lampu-lampu bangunan jelas kelihatan dihadapan tempat kami makan membuatkan kami terpesona. Cantik gila permandangan disitu. Ditambah lagi dengan  desiran bunyi air laut membuatkan kita rasa tenang je.

Jujur yul katakan, makanan disini tak adalah sesedap mana seperti kata-kata orang yang kononnya sedap. Biasa-biasa je kot. Lagi sedap makanan di gerai tepi jalan. Cuma kelebihan disini korang boleh menikmati makanan yang korang makan tu sambil melihat permandangan laut. Romantik la konon-konon.

Disini kami memesan Ikan jenahak bakar 3 ekor, sotong goreng tepung, sayur kailan, dan juga tomyam seafood. Harga bagi keseluruhan makanan tersebut RM 300++ untuk 11 orang. Peh! Mahal gile! Mengalahkan harga-harga makanan di hotel. Bagi yul ianya cukup mahal dan harganya memang tak masuk akal dengan apa yang kami makan tempohari. Bukan setakat tu je, masuk untuk parking kenderaan je korang kene bayar. RM 2 untuk sekali masuk, memang kaut untung kaw-kaw! Mengalahkan harga parking di Shopping Complex pulak. Tapi tak apalah kan, sebab bukan yul yang planning tempat nie. Cukuplah hanya sekali sahaja yul menjejakkan kaki untuk makan disenibong.
ikan bakar yang tak adalah sedap mana pon
kecik je kan?
bersama rakan-rakan seperjuangan. haha!
Rata-rata ramai pengunjung yang berasal dari singapore untuk menjamu selera disini. Sebab tu dieorang charge mahal-mahal. Bayangkan harga bagi sekilo ketam fresh je hampir RM 70. WTF! Kalau yul memang tak akan mampu nak beli ketam-ketam semahal tu. Harga mahal macam mana sekali pon tapi kalau masak macam hampeh tak guna jugak kan?
barisan-barisan tertinggi ADUN! kehkeh
Selamat tinggal kawanku! haha. Kau memang celaka dapat kene telur sebijik je!
Sebelum balik tu, sempat lagi kiteorang snap gambar bersama-sama sebagai gambar kenangan. Apa-apa pon yul memang enjoy gile lah malam tu. Walaupon harga makanan disitu agak mahal, tapi yul sangat gembira pada hari tersebut. Haha ;D

Read more...

Misteri Rumah 'Kosong' Di Sekitar Johor Bahru - Kisah Seram

Friday 6 May 2011

Assalamualaikum semuanya. Hari nie yul nak terbitkan entri kisah misteri. Dah lama jugak yul tak update cerita-cerita seram nie. Rasa rindu pulak. hehe. Kepada yang tertunggu-tunggu tu, maaflah ye. Yul agak busy sikit kebelakangan nie. Nak tulis macam sempat tak sempat je. Nie nasib baiklah ada masa untuk menulis, tu pon sambung je sebab simpan dalam draft. Apa-apa pon jom layan cerita yang yul tuliskan nie. Jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan misteri.


Misteri rumah kosong. Ye, itulah kejadian misteri yang telah menggemparkan disekitar johor bahru. Ianya terletak dicelah-celah bandaraya disekitar City Square, Johor Bahru. Rumah yang telah usang dimamah tahun telah lama dibiarkan kosong begitu sahaja. Khabarnya rumah itu kosong disebabkan pemilik/penghuni rumah tersebut telah mati di bunuh oleh perompak. Rumah kosong itu dulunya dihuni oleh keluarga kaya raya/berada yang terdiri daripada ayah, ibu, serta dua orang anaknya, seorang laki dan seorang perempuan. Mereka menghuni dirumah tersebut semenjak bandar itu dibangunkan lagi. Tiba-tiba, ayah, ibu serta abangnya mati dibunuh dengan begitu kejam oleh geng perompak yang tidak dikenali. Anak perempuan keluarga tersebut terselamat dari pembunuhan kejam geng perompak tersebut kerana dia sempat menyembunyikan diri. 

Anak perempuannya yang bernama Nurul terkejut apabila mendapati ayah, ibu serta abangnya telah pergi meninggal dunia meninggalkan dia keseorangan. Setiap hari dia hanya dapat berdiam diri serta menangis didalam biliknya. Akibat rasa sedih yang memuncak, Nurul membunuh diri disebabkan tekanan perasaan. Dia tidak dapat membendung kesedihannya dan tidak dapat menerima kehilangan keluarga-keluarga yang selalu berdamping bersamanya selalu.


Tapi tu dulu punya cite. Hampir 20 tahun juga rumah itu masih kosong tanpa berpenghuni. Yang yul tahu, rumah itu betul-betul usang tidak berpenghuni dan kosong. Tak tahulah pula kalau-kalau ada makhluk lain yang menghuni rumah tersebut. Kalau dah lebih 20 tahun, mesti ada makhluk lain yang menghuni rumah kosong tersebut kan? Rumah tersebut sering dijadikan tempat the seekers. Bukan the seekers dalam television tu ok seperti yang diheboh-hebohkan tu. Tapi ianya budak-budak remaja yang meminati kisah-kisah mistik. Mereka nie jenis tidak takut apa-apa pon. Orang kata hati keringlah.

Cerita nie ada dua versi, Kisah pertama. Menurut penduduk-penduduk sekitar perumahan tersebut, sesiapa yang memasuki rumah kosong itu. Pastinya mereka diganggu sehingga menyukarkan mereka untuk keluar dari rumah tersebut. Rumahnya bukan lah besar mana pon. Tapi, menurut orang-orang disitu. Dah ramai orang yang masuk kat rumah tu. Tapi tak jumpa jalan keluar.  Kebanyakkan mereka adalah golongan remaja yang masuk rumah tu. Kalau keluar terus jadi pendiam, meracau tak tentu pasal, dan ada juga sesetengah yang sudah menjadi gila akibat tekanan perasaan. Kalau yang pergi tapi tak ada ape-ape yang berlaku, alhamdulillah lah kan.
rumah inilah yang dikatakan berhantu tu.
Kejadian nie benar-benar berlaku terhadap seorang penggemar cerita mistik yang hanya dikenali sebagai Nuar(bukan nama sebenar). Nuar bersama rakan-rakan telah memasuki ke rumah kosong tersebut satu ketika dulu ketika dia masih belajar lagi di Politeknek, Johor Bahru pada 5 tahun yang lepas. Masa tu kalau tak silap pada tahun 2007, kacak dan masih muda lagi. Mereka masuk ke rumah kosong berkenanaan setelah dicabar oleh kawan-kawannya sendiri. Biasalah, time muda-muda dulu, suka cabar mencabar. Pantang betul kalau orang lain mencabar. Yela, takut digelar penakut pula. Nuar bersama rakan-rakannya telah masuk ke rumah tersebut. 

Masuk-masuk je, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mereka mula menggeledah isi rumah berkenaan. Tanpa di duga, tiba-tiba je salah seorang dari kawan mereka meracau tak tentu pasal seperti orang dirasuk. Biasalah, ada tetamu tak diundang, tiba-tiba ada tetamu yang hadir ke tempatnya. Memang kene kacaulah. Kawan-kawannya lain ada yang mula berasa takut, ada yang cemas dan ada juga yang masih memberanikan diri. Nuar mula meremang dan cuba memberanikan diri.  Melihat keadaan kawannya yang meracau itu, dia pon cuba menenangkannya. Kelihatan kawannya itu semakin liar dan mengganas. Masa dia cuba menenangkan kawannya yang meracau tu, tiba-tiba sekali lagi mereka dikejutkan dengan tangisan seorang wanita. Mereka terdengar suara wanita menangis teresak-esak yang tidak tahu mana datang arahnya. Keadaan menjadi semakin panik, mereka jadi tak tentu arah. Beberapa orang dari mereka cuba mencari suara tangisan tersebut. Dari tingkat atas sehinggalah ke bawah. Tetapi hampeh, satu ape pon mereka tidak menjumpai asal bunyi tangisan yang dicari tu. Dalam mencari suara tangisan tersebut, tiba-tiba je mereka terdengar bunyi raungan orang menjerit-jerit seperti orang dibunuh. Ye, jeritan tersebut merupakan raungan arwah ayah, ibu serta abangnya yang dibunuh satu ketika dahulu. Keadaan semakin kucar-kacir, bunyi tangisan wanita bersama jeritan orang meminta tolong mula menghantui rumah tersebut. Tanpa melengahkan masa, Nuar serta kawan-kawannya yang lain nekad untuk beredar dari rumah kosong itu. Mereka tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku sekali lagi seperti kawannya yang masih meracau. Mereka membawa rakan yang meracau itu sambil mencari keluar. Tapi mereka sekali lagi dikecewakan, disebabkan jalan masuk yang mereka lalui tidak jumpa. Kemanakah jalan tersebut menghilang? Wallahualam. Cuma tuhan je yang tahu keadaan mereka masa tu. Nuar terus mencari jalan keluar sambil membaca ayat-ayat suci al-quran yang telah dia pelajari daripada gurunya. Akhirnya, dia kini dapat keluar juga daripada rumah tersebut. 

Kawannya yang meracau tu telah pon menjadi gila akibat tekanan perasaan. Nuar serta kawan-kawannya yang lain menyesal memasuki rumah kosong tersebut yang penuh dengan misteri. Sehingga kini, nuar tidak pernah mengikuti mana-mana lagi ke rumah kosong mahupon tempat yang dikatakan mistik. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi seperti ditimpa terhadap kawannya.
Jalan sunyi menuju pulang kerumah
Kisah kedua nie berlaku ke atas seorang pelayan hotel yang bernama Adie(bukan nama sebenar). Adie dalam perjalanan ingin pulang dari Hotel Amsari menuju kerumahnya. Waktu tu jam menunjukkan pada pukul 12.40 malam. Maklumlah, masa tu Adie terpaksa jaga acara makan malam ditempat kerjanya. Sebab tu dia pulang lewat sehingga ke tengah malam. Hampir tiap-tiap hari Adie melalui dihadapan rumah kosong tersebut. Jalan tu merupakan satu-satunya jalan pintas untuk pulang kerumahnya.  Sampai dijalan sekitar rumah kosong tersebut, Dia ternampak seorang wanita berbaju putih sedang menangis teresak-esak. Lantas, adie memberhentikan kenderaannya dan bertanya kearah perempuan tersebut mengapa dia menangis ditengah-tengah malam begini? Wanita tersebut menangis sambil menunjukkan arah ke arah jalan yang ingin ditujui. Adie tidak mencurigai apa-apa pon. 

Tanpa merasa was-was, Adie pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Adie agar tidak memandu laju. Biarlah dengan membawa perlahan sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa dia telah kehilangan keluarga tercinta ketika dia berusia 15 tahun. Wanita tersebut bercerita sambil menangis teresak-esak ketika melihat kematian ayah, ibu serta abangnya dibunuh oleh perompak. Adie cuba menenangkan wanita berkenaan dengan mengatakan bahawa setiap manusia pasti akan kehilangan orang yang disayangi. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Adie bahawa berlaku 1 kejadian telah berlaku pada dirinya. Wanita itu memberitahu Adie bahawa dia  pernah mengelar tangannya sendiri akibat tekanan perasaan. Adie lantas bertanya kepada wanita tersebut "Masha'allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak rumah tu? Disitulah saya membunuh diri dengan mengelar tangan saya sendiri"..

Adie terus membaca ayat al-quran yang terlintas didalam kepala otaknya. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa serta tangisan wanita berkenaan yang tiba-tiba hilang begitu sahaja. Adie cepat-cepat memecut kereta yang dipandunya tanpa menoleh kebelakang. Bila sampai di rumah je, dia menceritakan segalanya kepada Atuknya yang tinggal bersamanya. Atuknya yang berusia 77 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu. Semenjak dari itu, Adie jarang pulang lewat ke rumah dan tidak pernah melalui jalan pintas tersebut.

Sehingga kini, rumah tu masih kosong dan dibiarkan begitu sahaja tanpa berpenghuni. Macam mana dengan keadaan rumah tu, yul pon tak berapa pasti lagi. Cuma mereka-mereka je yang tahu. Misteri tetap menjadi misteri. 

Read more...

http://yulsahaja.com - Akhirnya Yul Memiliki Nama Domain Sendiri :)

Thursday 5 May 2011

Assalamualaikum semuanya. Yea! Akhirnya blog yul aje telah pon berubah. Kini, genap 6 bulan yul berblogging, dan akhirnya ianya telah bertukar rupa juga. Bukan berubah dari segi wajah blog mahupon cara penulisan. Cuma berubah dari segi nama Domain sahaja. Yang selebihnya yul masih mengekalkan seperti sebelum ini. Walaupon cuma bertukar nama domain je, tak tukar hosting. Tapi tak apa lah kan. Asalkan ianya berubah. Daripada tak ada langsung kan.  

Lepas nie blog yul tak dibelengu dengan perkataan dot blogspot dibelakang URL tu. Dah tak ada lagi dah dot blogspot-blogspot nie. Yang adanya cuma yulsahaja.com. Simple je kan nama URL yul. Tak syok ah kalau ada dot blogspot kat belakang tu. Baru nampak macam gempak sikit. haha. Gempak kew? Entah lah erk.


Sebenarnya niat yul nak beli domain nie memang dah lama. Semenjak bulan lepas lagi kot yul dah merancang untuk mempunyai domain sendiri. Tapi di atas sebab-sebab tertentu, terpaksa yul tangguhkan niat yul untuk membeli domain nie. Nak elak tak boleh, so kenelah extand sehingga sekarang baru dapat yul gunakan nama domain nie.


Perubahan juga terdapat jika kita beralih ke nama domain sendiri nie. Kedudukan blog traffik yul terus menjunam ke bawah tanpa sebarang bantuan payung terjun. Sangat sedih!


Kedudukan Alexa Page Rank Sebelum & Selepas Menukar Nama Domain.
Dulu punya, sewaktu menggunakan nama domain blogspot
kini, menggunakan nama domain sendiri
Sebelum nie, Blog yul nie di Alexa Page Rank mendapat kedudukan 630k. Tapi sekarang, ianya langsung tak dapat dikesan langsung. Perubahan yang amat ketara. Maklumlah ye, domain baru. Alexa tak dapat nak analisis traffik dan kedudukan blog yul nie lagi. hehe. Sedih wouh kedudukan blog yul telah jatuh menjunam. sob. sob :(


Yul beli domain nie di NetKL.com secara online. Terima kasih diatas perkhidmatan yang diberikan. Puas hatilah juga dah ada nama domain sendiri nie. Cuma RM 31.60/1tahun je untuk menukar nama domain nie? Berbaloi kew? Korang gunalah dulu ye. Sebab yul pon baru je tukar. So, tak tahu apa-apa lagi. hehe. Yang penting niat yul dah tercapai untuk menggunakan nama domain sendiri.


Kalau tak ada duit, korang boleh jugak register domain percuma . Tak payah bayar. Daftar, kemudian terus boleh digunakan. Seperti domain yang berdot co.cc tu. huhu. Tapi tak best lah kan. Sebab banyak risiko yang perlu korang hadapi. Lagi best kalau ianya berdot com. 


Yul tak hina sesiapa pon. Ianya sekadar luahan yul sahaja dapat menggunakan domain baru. Puas hati je dapat guna nama domain sendiri. hehe. Kepada yang terasa sila makan hati. ;P 

Read more...

Kenangan Di Waktu Persekolahan Dahulu

Tadi semasa yul pulang dari kerja, yul melihat budak-budak sekolah bergurau senda bersama rakan-rakan mereka. Gelagat mereka membuatkan yul terkenang kembali sewaktu dibangku sekolah dahulu. Tiba-tiba je memory ter "flashback" kembali diwaktu kegemilangan sewaktu kanak-kanak. hehehe. Memang banyak kenangan yang sukar dilupakan. Kadang-kadang yul tersenyum sendiri bila terkenangkan perangai yul semasa kecil dulu yang tidak boleh dilupakan. Yul percaya, korang pon sama jugak kan?



Setiap orang pastinya mempunyai kenangan manis ketika diwaktu kecil dahulu. Daripada tadika, sehinggalah diakhir zaman persekolahan. Bila dah makin dewasa ni perasaan rindu nak jadi budak-budak balik tu mesti ada kan. Mana taknye, semakin kita membesar,  semakin banyak cabaran dan makin banyak masalah yang datang. Dulu jadi budak-budak mane ade nak fikir masalah-masalah negara nie. Taunya cuma pergi sekolah, balik sekolah dan main bersama kawan-kawan. Tu je rutin tiap-tiap hari. Memang tak ada masalah langsung lah kan.
Sekolah dah baru, dah diupgrade. Kenangan paling manis ketika sekolah dahulu.
Hidup kita sewaktu kecil-kecil dahulu mempunyai banyak masa. So, banyak masa diperuntukkan untuk bermain permainan je. Kadang-kadang maen kejar-kejar, main bola sepak, main guli, main kereta tamiya dan macam-macam lagi lah mengikut peredaran masa. Apa yang orang lain main, semuanya nak ikot.


Ingat lagi dulu, sewaktu yul bersekolah rendah didarjah 3. Tak silap yul lah. Kalau nak pergi sekolah mesti siap awal-awal. Datang awal bukan sebab nak belajar or what. Tapi nak main permainan belon acah. Korang mesti tahukan permainan nie. Permainan nie merupakan permainan paling top kat sekolah yul. Top kew? Kira top ah jugak permainan nie. Matahari belum terbit kiteorang dah ada kat sekolah semata-mata nak main permainan nie. Kalau lambat takot tak dapat main pulak. Maklumlah ye, belon acah boleh main berapa orang je kan kan. So, siapa yang terlambat tu memang tak dapat main la. Dapat jadi pom pom boy je tengok orang lain main. hekhek.


Tu waktu sekolah rendah lah. Masuk sekolah menengah lagi ah banyak kenangan. Tapi yul tak nak tulis panjang-panjang kenangan yul sewaktu dizaman keremajaan. Takut korang bosan pulak kan baca yul punya entri. hehe.
Cuba teka yang mana satu yul? (dalam gambar nie ada akim sekali) Kalau tak silap yul, gambar nie diambil sewaktu didarjah 2 kot. huhu. Credit to usop.
Kalau ditatap kembali foto nie, seriosly yul memang rindu dan rasa macam nak sekolah balik je. Tapi apa boleh buat. Orang kata, hidup nie umpama bumi yang berputar diatas paksinya. Tak akan boleh reverse balik laluannya tu. Mustahil lah hidup nie boleh diputarkan kembali. Kalau ada doremon nak aje yul pulang ke masa lampau. hahaha.


Baru-baru nie, kawan-kawan yul merancang untuk mengadakan reunion bagi ex student SMKTJJ1 pada hujung bulan ini. Rasa macam nak pergi je, Tapi tak tahulah. Maklumlah yul pon busy memanjang je. Tak ada masa diperuntukkan untuk bercuti. Kalau boleh yul nak join sekali dengan mereka-mereka semua. Yela, dah lama tak jumpa mereka-mereka semua tu. Rindu gila kot! Waktu sekolah dulu semuanya bersama-sama, tapi bila melangkah keluar dari sekolah. Semuanya dah tercampak jauh-jauh entah kemana menghilang. haha. Semuanya masih belajar lagi. Yul sorang je kot yang bekerja. hekhek. Insyallah, yul akan sedaya upaya untuk mengikuti reunion tersebut.
Kalau tiada aral, yul akan pergi. huhu. 

Read more...

Presiden Obama Is Dead? Memang Fail! | Video

Wednesday 4 May 2011

Kematian Osama Laden benar-benar menggemparkan seluruh manusia didunia. Sesuatu diluar jangkaan. Bahkan ada sesetengah penduduk yang meraikan kematian Osama. Tetapi adakah benar yang kononnya Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama juga turut meninggal dunia? Berita kematian tersebut telah heboh di sejumlah media luarnegara seperti Fox News dan juga Metro TV. Begitu susahnya membezakan nama Osama bin Laden dan Presiden Barack Obama. Cuba korang dengar betul-betul apa yang pembaca berita tu katakan. 


Presiden Obama is in  Fact dead. haha

Kesalahan ini dilakukan oleh sejumlah media seperti Fox News dan Metro TVPembaca berita tersebut mengatakan bahawa Obama sudah disahkan mati. Nasib baiklah dia dapat 'cover' balik kesalahan bacaanya tu. Haha.

Read more...

Mentor 5 Minggu ke-8 Konsert 4 | Ayish Tersingkir Dari Kumpulan A

Monday 2 May 2011

Setelah 3 minggu beraksi dan bertarung dalam peringkat kumpulan Mentor musim ke 5. Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan seluruh penonton serta penggemar penyanyi mentor yang bakal bergelar artis. Siapakah yang akan tersingkir dan siapakah yang akan layak ke peringkat seterusnya. Keputusan tersebut telah pon diumumkan pada malam semalam (1 May 2011).


Masing-masing menampilkan dengan gaya persembahan dan gimik yang tersendiri untuk menambat hati penonton dan juga juri. Pilihan lagu-lagu yang memberangsangkan dan mencabar vokal masing-masing. Lagu-lagu yang telah didendangkan pada peringkat penyingkiran tersebut ialah:


1. Ayish - Laskar Pelangi & Nakal

2. Ratnah - Jangan Ada Benci & Seribu Impian

3. Shiha - Ayat Ayat Cinta & Hey Ladies


Setiap protege hanya akan menyanyikan sebuah lagu pada konsert minggu ini. Walaupun hanya sebuah lagu yang dinyanyikan, ternyata nyanyian kagu mereka ada yang menggabungkan lagu-lagu 'fast' dan juga 'slow'. Ianya merupakan sebuah pembaharuan yang diperkenalkan didalam Mentor pada musim ini. Kita dapat menilai prestasi serta kebolehan protege diuji dengan lebih menyeluruh.
Nyanyian Shiha-Ayat-ayat Cinta & Hey Ladies
Nyanyian Ratnah, Jangan Ada Benci & Seribu Impian

 Cuma ada 2 video sahaja yang yul dapat cari. Video nyanyian Ayish yul tak jumpa langsung -,-
Mendendangkan lagu-lagu popular Medley Suhaimi
Penghargaan buat Suhaimi
'Tribute' minggu ini khas ditujukan untuk Pak Ngah Suhaimi. Protege-protege kumpulan A, Ayish, Ratnah dan juga Shiha mendendangkan medley lagu-lagu popular Pak Ngah. Gabungan protege-protege yang baik. Yul menikmati lagu yang mereka nyanyikan. Memang terhibur la. hehe.
Sewaktu pengumuman siapakah yang bakal tersingkir
Redha walaupon gagal
Apa-apa pon tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang telah layak pada babak penyingkiran baru-baru ini untuk beraksi pada minggu seterusnya. Walaupon ayish telah berjaya mendapat markah banyak pada minggu ini, tapi kedudukan markah Ratnah menghancurkan impian Ayish untuk terus mara. Ratnah tidak dapat mendapat markah yang tinggi seperti minggu lepas. Saingan yang amat ketara. Cuma beza berapa markah je antara Ratnah dan juga Ayish. Tapi tu lah lumrah bagi setiap pertandingan realiti televisyen. Setiap pertandingan mesti ada yang kalah dan tersingkir.

Berikut adalah mata yang diperolehi pada waktu penyingkiran (malam semalam) serta mata keseluruhan konsert yang dikumpul.

Markah yang diterima  semalam (1 May 2011)
Shiha - 62

Ratnah - 61

Ayish - 60

Markah keseluruhan yang dikumpul

Shiha - 252

Ratnah - 215

Ayish - 208

Pada minggu hadapan siapakah yang akan layak ke peringkat seterusnya dikumpulan B. Adakah Aiman? Iqa? Ataupon Salma yang akan berjaya? Semua tu akan terjawab pada konsert minggu hadapan. 

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP