Suka!

Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Kisah Seram Arwah Mansor Dan Isterinya

Wednesday, 1 June 2011

Assalamualaikum semuanya. Hari nie yul nak kongsikan kisah seram lagi disekitar Johor Bahru. Tapi cerita nie bukanlah yul reka, cuma copy dan paste sahaja dari facebook untuk dikongsi bersama bagi penggemar kisah mistik di blog nie. Apa-apa pon, jum kita layan je. 


Ceritanya begini, dalam tahun 80-90an Plentong di gemparkan dengan tragedi yang pastinya semua warga lama Plentong, Johor Bahru akan ingat selama-lamanye.

Versi Pertama
Arwah Mansor dan Arwah Shikeen Black. Saya akan "simple" kan cerita ini. Kedua-duanya adalah pasangan kekasih, tetapi di tentang hebat oleh kedua-dua belah keluarga bila menyuarakan ingin BERKHAWIN. Tatkala itu Arwah Shikeen telah pun mengandungkan anak kepada Arwah Mansor (5 bulan). Bila dua buah keluarga tidak merestui, Arwah Mansor mengambil jalan mudah untuk membunuh diri bersama Arwah Syikeen di RAILWAY PLENTONG dengan mengikat dan berbaring di railway tersebut sehingga berkecai tubuhnya digilis keretapi. Selepas kejadian itu, ramai yang berkata JUMPA ARWAH MANSOR BERKELIARAN.ARWAH SHIKEEN MENGENDONG ANAK TP YANG DIKENDONG ADALAH BATU NESAN..Wallahualam Minassawa. Orang yang berniaga pun tidak berani berniaga sehingga lewat malam..dan sehingga sekarang..ada satu restoran railway di Highway Pasir Gudang(sekarang hanya tinggal restoran kosong) sebelum masuk ke Simpang Giant Plentong tidak pernah ownernye kekal berniaga..Wallahualam.

Versi Kedua 
Kemalangan maut pasti terjadi tiap-tiap tahun, org kata jambatan ni memang terkenal dgn sikapnya yang ketagih darah org.. Sebabnya? semasa jambatan ni mula2 di bina, byk kejadian bunuh diri berlaku di situ.. Di katakan tempat itu keras kerana pemandu2 kereta akan ternampak bayangan aneh melintasi jalan.. Siapa yg berani nak jalan sorg2 di situ ketika waktu malam? Sebelum Bayu Puteri & Flat Sri Stulang di dirikan di situ, ianya merupakan hutan paya bakau yg di penuhi monyet. Sebelum jambatan ni di dirikan, kalau korg dari bandar nak ke Permas Jaya, korg kena lalu jalan tebrau - carrefour pandan - highway pasir gudang - plentong & baru lah sampai ke Permas Jaya..
Kes bunuh diri secara berpasangan.. Ini kerana ahli keluarga tak merestui perkahwinan mereka, si perempuan pula berbadan dua, kandungannya berusia 5 bulan.. Pasangan itu di katakan membunuh diri mereka dgn berbaring di railway Plentong.. Hancur berkecai di gilis kereta api kargo yg membawa muatan ke Pasir Gudang.. 
Dipendekkan cerita, dulu ada pokok buluh bawah jambatan permas (dari plentong nk masok permas). Kat situ ade sorang brader berniaga burger sampai ke tengah malam. Then datang seorang perempuan. Pakaian serba putih mengendong anak. Datang ke stall burger tu, hanya order daging mentah..tokey burger tu pon pelik la dgn perempuan tu..then tengok pulak anak perempuan tu dalam kain yang dibuat selubung anak tu..batu nisan ! kelam kabut tokei burger tu lari..esok pagi baru datang kemas stall ape sume..tros dah tak berniaga kat situ lagi..pokok buluh tu pon dah kene tebang..orang-orang situ cakap perempuan tu mungkin roh sheikin tu la (gf arwah mansor)..roh nye tak tenang kot..itu crite org2 dekat2 situ la..xtau betul atau tidak..entah la labu. kalau tak percaya, korg pergi tanya Pak Tahir, dia tu ketua kampung kat situ.. huhu hari aku lalu situ nak balik kerja dlm pkl 11 malam.. Alhamdulillah, sekarang ni dah tak dengar pun gangguan yg berlaku di situ, kemungkinan roh arwah dah tenang..
Credit to: Hafiz Aziz 

Read more...

Misteri Rumah 'Kosong' Di Sekitar Johor Bahru - Kisah Seram

Friday, 6 May 2011

Assalamualaikum semuanya. Hari nie yul nak terbitkan entri kisah misteri. Dah lama jugak yul tak update cerita-cerita seram nie. Rasa rindu pulak. hehe. Kepada yang tertunggu-tunggu tu, maaflah ye. Yul agak busy sikit kebelakangan nie. Nak tulis macam sempat tak sempat je. Nie nasib baiklah ada masa untuk menulis, tu pon sambung je sebab simpan dalam draft. Apa-apa pon jom layan cerita yang yul tuliskan nie. Jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan misteri.


Misteri rumah kosong. Ye, itulah kejadian misteri yang telah menggemparkan disekitar johor bahru. Ianya terletak dicelah-celah bandaraya disekitar City Square, Johor Bahru. Rumah yang telah usang dimamah tahun telah lama dibiarkan kosong begitu sahaja. Khabarnya rumah itu kosong disebabkan pemilik/penghuni rumah tersebut telah mati di bunuh oleh perompak. Rumah kosong itu dulunya dihuni oleh keluarga kaya raya/berada yang terdiri daripada ayah, ibu, serta dua orang anaknya, seorang laki dan seorang perempuan. Mereka menghuni dirumah tersebut semenjak bandar itu dibangunkan lagi. Tiba-tiba, ayah, ibu serta abangnya mati dibunuh dengan begitu kejam oleh geng perompak yang tidak dikenali. Anak perempuan keluarga tersebut terselamat dari pembunuhan kejam geng perompak tersebut kerana dia sempat menyembunyikan diri. 

Anak perempuannya yang bernama Nurul terkejut apabila mendapati ayah, ibu serta abangnya telah pergi meninggal dunia meninggalkan dia keseorangan. Setiap hari dia hanya dapat berdiam diri serta menangis didalam biliknya. Akibat rasa sedih yang memuncak, Nurul membunuh diri disebabkan tekanan perasaan. Dia tidak dapat membendung kesedihannya dan tidak dapat menerima kehilangan keluarga-keluarga yang selalu berdamping bersamanya selalu.


Tapi tu dulu punya cite. Hampir 20 tahun juga rumah itu masih kosong tanpa berpenghuni. Yang yul tahu, rumah itu betul-betul usang tidak berpenghuni dan kosong. Tak tahulah pula kalau-kalau ada makhluk lain yang menghuni rumah tersebut. Kalau dah lebih 20 tahun, mesti ada makhluk lain yang menghuni rumah kosong tersebut kan? Rumah tersebut sering dijadikan tempat the seekers. Bukan the seekers dalam television tu ok seperti yang diheboh-hebohkan tu. Tapi ianya budak-budak remaja yang meminati kisah-kisah mistik. Mereka nie jenis tidak takut apa-apa pon. Orang kata hati keringlah.

Cerita nie ada dua versi, Kisah pertama. Menurut penduduk-penduduk sekitar perumahan tersebut, sesiapa yang memasuki rumah kosong itu. Pastinya mereka diganggu sehingga menyukarkan mereka untuk keluar dari rumah tersebut. Rumahnya bukan lah besar mana pon. Tapi, menurut orang-orang disitu. Dah ramai orang yang masuk kat rumah tu. Tapi tak jumpa jalan keluar.  Kebanyakkan mereka adalah golongan remaja yang masuk rumah tu. Kalau keluar terus jadi pendiam, meracau tak tentu pasal, dan ada juga sesetengah yang sudah menjadi gila akibat tekanan perasaan. Kalau yang pergi tapi tak ada ape-ape yang berlaku, alhamdulillah lah kan.
rumah inilah yang dikatakan berhantu tu.
Kejadian nie benar-benar berlaku terhadap seorang penggemar cerita mistik yang hanya dikenali sebagai Nuar(bukan nama sebenar). Nuar bersama rakan-rakan telah memasuki ke rumah kosong tersebut satu ketika dulu ketika dia masih belajar lagi di Politeknek, Johor Bahru pada 5 tahun yang lepas. Masa tu kalau tak silap pada tahun 2007, kacak dan masih muda lagi. Mereka masuk ke rumah kosong berkenanaan setelah dicabar oleh kawan-kawannya sendiri. Biasalah, time muda-muda dulu, suka cabar mencabar. Pantang betul kalau orang lain mencabar. Yela, takut digelar penakut pula. Nuar bersama rakan-rakannya telah masuk ke rumah tersebut. 

Masuk-masuk je, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mereka mula menggeledah isi rumah berkenaan. Tanpa di duga, tiba-tiba je salah seorang dari kawan mereka meracau tak tentu pasal seperti orang dirasuk. Biasalah, ada tetamu tak diundang, tiba-tiba ada tetamu yang hadir ke tempatnya. Memang kene kacaulah. Kawan-kawannya lain ada yang mula berasa takut, ada yang cemas dan ada juga yang masih memberanikan diri. Nuar mula meremang dan cuba memberanikan diri.  Melihat keadaan kawannya yang meracau itu, dia pon cuba menenangkannya. Kelihatan kawannya itu semakin liar dan mengganas. Masa dia cuba menenangkan kawannya yang meracau tu, tiba-tiba sekali lagi mereka dikejutkan dengan tangisan seorang wanita. Mereka terdengar suara wanita menangis teresak-esak yang tidak tahu mana datang arahnya. Keadaan menjadi semakin panik, mereka jadi tak tentu arah. Beberapa orang dari mereka cuba mencari suara tangisan tersebut. Dari tingkat atas sehinggalah ke bawah. Tetapi hampeh, satu ape pon mereka tidak menjumpai asal bunyi tangisan yang dicari tu. Dalam mencari suara tangisan tersebut, tiba-tiba je mereka terdengar bunyi raungan orang menjerit-jerit seperti orang dibunuh. Ye, jeritan tersebut merupakan raungan arwah ayah, ibu serta abangnya yang dibunuh satu ketika dahulu. Keadaan semakin kucar-kacir, bunyi tangisan wanita bersama jeritan orang meminta tolong mula menghantui rumah tersebut. Tanpa melengahkan masa, Nuar serta kawan-kawannya yang lain nekad untuk beredar dari rumah kosong itu. Mereka tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku sekali lagi seperti kawannya yang masih meracau. Mereka membawa rakan yang meracau itu sambil mencari keluar. Tapi mereka sekali lagi dikecewakan, disebabkan jalan masuk yang mereka lalui tidak jumpa. Kemanakah jalan tersebut menghilang? Wallahualam. Cuma tuhan je yang tahu keadaan mereka masa tu. Nuar terus mencari jalan keluar sambil membaca ayat-ayat suci al-quran yang telah dia pelajari daripada gurunya. Akhirnya, dia kini dapat keluar juga daripada rumah tersebut. 

Kawannya yang meracau tu telah pon menjadi gila akibat tekanan perasaan. Nuar serta kawan-kawannya yang lain menyesal memasuki rumah kosong tersebut yang penuh dengan misteri. Sehingga kini, nuar tidak pernah mengikuti mana-mana lagi ke rumah kosong mahupon tempat yang dikatakan mistik. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi seperti ditimpa terhadap kawannya.
Jalan sunyi menuju pulang kerumah
Kisah kedua nie berlaku ke atas seorang pelayan hotel yang bernama Adie(bukan nama sebenar). Adie dalam perjalanan ingin pulang dari Hotel Amsari menuju kerumahnya. Waktu tu jam menunjukkan pada pukul 12.40 malam. Maklumlah, masa tu Adie terpaksa jaga acara makan malam ditempat kerjanya. Sebab tu dia pulang lewat sehingga ke tengah malam. Hampir tiap-tiap hari Adie melalui dihadapan rumah kosong tersebut. Jalan tu merupakan satu-satunya jalan pintas untuk pulang kerumahnya.  Sampai dijalan sekitar rumah kosong tersebut, Dia ternampak seorang wanita berbaju putih sedang menangis teresak-esak. Lantas, adie memberhentikan kenderaannya dan bertanya kearah perempuan tersebut mengapa dia menangis ditengah-tengah malam begini? Wanita tersebut menangis sambil menunjukkan arah ke arah jalan yang ingin ditujui. Adie tidak mencurigai apa-apa pon. 

Tanpa merasa was-was, Adie pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Adie agar tidak memandu laju. Biarlah dengan membawa perlahan sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa dia telah kehilangan keluarga tercinta ketika dia berusia 15 tahun. Wanita tersebut bercerita sambil menangis teresak-esak ketika melihat kematian ayah, ibu serta abangnya dibunuh oleh perompak. Adie cuba menenangkan wanita berkenaan dengan mengatakan bahawa setiap manusia pasti akan kehilangan orang yang disayangi. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Adie bahawa berlaku 1 kejadian telah berlaku pada dirinya. Wanita itu memberitahu Adie bahawa dia  pernah mengelar tangannya sendiri akibat tekanan perasaan. Adie lantas bertanya kepada wanita tersebut "Masha'allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak rumah tu? Disitulah saya membunuh diri dengan mengelar tangan saya sendiri"..

Adie terus membaca ayat al-quran yang terlintas didalam kepala otaknya. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa serta tangisan wanita berkenaan yang tiba-tiba hilang begitu sahaja. Adie cepat-cepat memecut kereta yang dipandunya tanpa menoleh kebelakang. Bila sampai di rumah je, dia menceritakan segalanya kepada Atuknya yang tinggal bersamanya. Atuknya yang berusia 77 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu. Semenjak dari itu, Adie jarang pulang lewat ke rumah dan tidak pernah melalui jalan pintas tersebut.

Sehingga kini, rumah tu masih kosong dan dibiarkan begitu sahaja tanpa berpenghuni. Macam mana dengan keadaan rumah tu, yul pon tak berapa pasti lagi. Cuma mereka-mereka je yang tahu. Misteri tetap menjadi misteri. 

Read more...

Momok Jangan Panggil Aku - Dont Call Me Bakal Ditayangkan | Sinopsis dan Trailer

Tuesday, 12 April 2011

Filem Momok Jangan Panggil Aku- Don't Call Me merupakan filem bergenre Seram dibawah arahan M.Jamil terbitan Galaksi Seni Sdn. Bhd. Filem nie bakal ditayangkan pada 5 Mei 2011 akan datang. Dah tak lama lagi dah. Uncle Seekers pon turut berlakon dalam filem nie. Semestinya korang kenal kan siapakah beliau tu. Bagi penggemar cerita mistik mestilah korang kenal kan kan?

 Antara barisan pelakon yang membintangi filem tersebut 
M.Jamil
:
Ramlee (Pelakon Utama)
Ariff S. Shamsuddin
:
Sudin (Pelakon Utama)
Cassandra Patrick
:
Qaseh (Pelakon Utama)
Mariani
:
Chu Lamah/Saka (Artis Jemputan)
Zarina Zainuddin
:
Nik (Pelakon Pembantu)
Yassin Salleh
:
Deris (Artis Jemputan)
Amin Khan
:
Busu (Artis Jemputan)
Ery Zukhairi
:
Khalif (Pelakon Pembantu)


Sedikit sinopsis berdasarkan filem tersebut
Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.
Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.
Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu. Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki misteri yang hanya dipanggil Abang Long. Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Abang Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Abang Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Abang Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah didesak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.
Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.
Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Aziz ketika itu mereka telah diganggu `hantu’ yang mengakibatkan Ramlee dan Sudin pengsan . Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej ‘hantu’ dengan lensa kameranya. Abang Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Aziz. Mereka berjumpa Aziz di simpang jalan dan Aziz telah menunjukkan arah ke rumahnya. Namun apabila mereka sampai ke rumah Aziz satu misteri telah terungkap…Misteri yang mengakhiri destinasi Ramlee, Sudin dan Qaseh. Siapakah Ita, Abang Long dan Aziz yang sebenarnya….



Sejauh mana keseraman filem ini? Hurm. Macam tak seram je. Jom lah kita sama-sama tengok filem nie.

Read more...

Kisah Seram Diganggu Makhluk Di Surau

Tuesday, 1 March 2011

Dah lama yul tak menerbitkan entri seram. Jadi yul nak kongsikanlah sedikit kisah seram. Orang kata tempat tu memang menyeramkan. Sama ada kisah nie benar-benar terjadi atau tak. Wallahualam. Korang teruskanlah membaca ye. Jangan sampai diri korang diselubungi dengan Misteri! Kehkehkeh.


Ayam hutan hijau
Kejadian nie berlaku pada 10 tahun yang lepas. Sewaktu tu, Ayam Hutan tengah meningkat naik dipasaran. Zainal merupakan seorang pemburu ayam hutan dan tinggal di kampung Felda Kota Tinggi. Segala macam hutan belantara,tropika dan macam-macam lagi pernah dia terokai. Yela, waktu tu ayam hutan harganya masih mahal lagi dan harganya boleh mencecah beribu-ribu ringgit seekor. Dia memang seorang yang berani dan sangat mahir dalam selok belok hutan nie. Maklumlah, ayam hutan biasanya banyak kat hutan je. Semakin tebal hutan tu, semakin banyak lah ayam hutan tinggal disitu.




Kawasan di sekitar Gunug Panti yang dikatakan mempunyai banyak ayam
Ceritanya bermula begini. Satu hari tu, masa dia minum kat warung Pak ali, Zainal terdengar orang-orang kampung bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ayam hutan berhampiran di Gunung Panti, Kota Tinggi. Kawasan tu agak jauh dan dikatakan kawasan tersebut agak angker dan banyak kisah misterinya!

Tengahari tu, Zainal dah bersiap sedia untuk pergi memburu  di kawasan lubuk yang diceritakan. Siap pakai helmet lagi tu! Zainal masukkan sedikit bekalan minum petang dan perangkapnya kedalam bakul motor. Sepanjang perjalanan tu, Zainal dah mula berangan-angan dapat duit beribu-ribu hasil jualan ayam hutan yang akan ditangkapnya. Perjalanan ke kawasan Gunung Panti tu memang agak dalam dan jauh. Ada lah dalam 30km jarak dari rumahnya.

Dah hampir masuk waktu Asar, baru Zainal sampai ke sebuah kampung, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi dan dia terpikir, "karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat pulak nak solat Asar".

Tak lama kemudian Zainal nampak sebuah surau yang agak uzur dan usang kat tepi jalan sunyi kampung tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu. Memang agak menyeramkan melihat kawasan tu.

Zainal segera mengambil air wuduk dengan tergesa-gesa, sebab waktu Zohor dah hampir nak habis.

Zainal terus melangkahkan kakinya ke dalam surau dan terus solat. Dia pon mula bersolat macam biasa. Semasa Zainal di rakaat yg kedua, tiba-tiba terdengar bunyi suara orang gelak ketawa. Bulu romanya tiba-tiba naik meremang, "Hish, sapa pulak yangg gelak-gelak tu?" bisik hati Zainal. Setiap kali Zainal melakukan sujud, Zainal terasa kepala dan tengkuknya berat dari biasa. Zainal mula tak sedap hati dan mengesyaki surau nie berhantu, sebab dah uzur sangat. "Sapa pulak yang duduk kat tengkuk aku nie?" katanya didalam hati dengan perasaan yang takut.

Sedaya-upaya Zainal menenangkan hatinya. Kalau boleh, Zainal ingin segera solatnya diselesaikan dan beredar dengan segera. Bulu romanya semakin meremang-remang sebab suara orag ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk.

Syukur! Zainal dah berada di tahiyat yang terakhir. Selesai saja memberi salam ke kanan dan ke kiri, Zainal meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu. Kemudian tiba-tiba Zainal tersedar.

Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat. Bila dia toleh je ke belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yang datang nak sembahyang Asar dok gelakkan dia sebab Zainal sembahyang memakai helmet. Patut ler dia rasa berat semacam je kepala dia tu. Terus hilang perasaan takut dia tu.

Dengan perasaan malu berbaur bengang, terus Zainal meninggalkan surau tersebut macam tu je. Tak jadi dia nak pergi memburu ayam hutan. Dia pulang semula ke kampungnya dan berkata "sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah" 
*hakhakhak :P

Cerita nie hanyalah rekaan semata-mata. Tiada yang kaitan antara yang hidup mahupon yang dah meninggal dunia . Kalau ada pon itu hanyalah ke kebetulan saja :)

P/S: Korang janganlah sampai macam tu sekali ye, kang tak memasal sembahyang jadi tak khusyuk disebabkan bunyi orang ketawa. haha

Jom Baca kisah nie pulak! hikhik

Read more...

Misteri Banglo Hilang Di Taman Rinting

Friday, 25 February 2011

Satu ketika dulu cerita nie pernah digemparkan dengan misteri kehilangan rumah banglo hilang disekitar Masai, Johor. Korang pernah dengar tak cerita nie? Yul pernah kesana, tempat yang dikatakan banglonya hilang tu. Memang kawasan ada satu kawasan tu nampak agak luas tanpa sebarang rumah. Macam mana banglo tu hilang masih tidak diketahui. Wallahualam.


Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan duit dengan mudah dan senang. Duit yang didapati daripada perkara pengamalan ilmu tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipon. Tetapi duit yang diperolehi daripada ilmu tersebut, dengar cite berjuta-juta. Dan digunakan sebahagian untuk perjudian. Dia telah melanggar peraturan ilmu tersebut. Rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi. Mungkin orang kat rumah dah jadi bunian kot sekarang nie. Dah hidup kat alam sana bersama orang-orang bunian. wallahualam. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?

Versi ke dua pula ada yang menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia membina rumah yang besar dengan menggunakan harta anak yatim tersebut.

Versi ke 3 lagi la macam haram. Banglo nie di katakan hilang pasal ada seorang sami buddha nie nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul-timbul. haram tak? nak jadi David Copperfield  tu pon agak-agak la.

Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat nie nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi satu mimpi yang sungguh misteri. Dalam mimpi tu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut terdapat sebuah gate yang besar. Macam gate banglo. Di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan. Mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju ke arah gate tersebut. Yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada tiga orang ahli mereka secara serentak! Seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jangan ke rumah tersebut. Orang tua tu berada di hujung simpang. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka membatalkan hajat mereka untuk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang nie pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu. Persoalan yang menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?

apabila menggunakan google maps, nie lah hasilnya beberapa tahun yang lepas.

sekarang sudah di tempatkan kuil di situ. di ambil pada 8 Februari 2011

HILANG, gambar yang di ambil beberapa tahun yang lepas. Jangan tertipu dengan bumbung yangg berwarna merah tu, ianya terletak di belakang tapak rumah yang hilang.

Sebelah kiri, rumah yang mengambil alih kawasan tersebut dan baru didirikan. sebelah kanan, rumah belakang berbumbung merah.  Kawasan kosong tu sekarang di buat kuil. Yang sebelah kiri ni juga terdapat simbol swastika Buddha.
Kalau nak di ikutkan pada tahun 2002 dan 2003 dulu, tak de lah pagar secantik yang kita boleh tengok seperti gambar-gambar di atas nie. Dulu cuma pagar dawai yang kaler hijau tu je, siap nampak batu marmarnye lagi. Security kat kawasan tu memang ketat gila, pantang nampak kereta berhenti kompem di halaunya.

Yul selitkan salah 1 story dari seseorang nie.

"Saya nak tambah sedikit. Apa yang saya tau pasal banglow kat taman rinting nie..Seingat saya, banglow nie hilang kalau tak salah lah tahun 2003 or 2004. sory saya lupa sebab waktu tu saya baru je habis SPM. Saya duduk dirumah abang ipar saya  masa tu, kat taman daya yang bekerja sebagai Pegawai Penilaian Hartanah. So, dia banyak kawan dengan Pemaju-pemaju Perumahan kat sekitar JB nie. Ada sekali tu, dia pernah bawak saya pi tempat banglow tu. Waktu malam pulak tu. Tiba je kat banglow tu, secara automatiknya bulu roma saya berdiri tegak. hahaha. waktu tu, saya just nampak pagar rumah banglow tu dan Dua tiang Roman yang tinggi tu je..(tapi tangga tu saya tak perasan pulak). yup, tapak rumah tu  memang bersih waktu tu.. takde rumput tumbuh lagi. Saya nak keluar dari kerete tapi abang ipar saya tak bagi coz dia takut saya lemah semangat. Memang ramai orang kat situ, tapi org penting-penting je lah. Polis jaga laluan masuk ke banglow tu. Project Engineer, Clerk OF Work, Project Manager dan Contractor masing-masing sibuk melihat Drawing plan Phase taman Rinting tu.

Memang ternyata banglow tu dulu dibuat sehingga dapat CFO. tapi tetiba hilang. Sejam kemudian saya dan abang ipar balik rumah kat taman daya.

Sampai kat rumah, saya terus masuk. Tapi abang ipar marah saya. dia ajak saya duduk luar dulu dalam 10 minit. Kemudian dia cakap entah kat sapa,

"Sampai kat sini je, jangan ikut aku dan adik aku masuk dalam".. Wow.. menggigil saya dibuat nya.. pastu saya terus masuk dan mandi.

Kemudian abang ipar panggil dan cerita tentang banglow tu. Dia cakap, banglow tu ader org India yang beli. Tetapi, dia beli guna duit anak orang Yatim.. It's means, Orang India tu sepatut nya bagi duit derma yang orang ramai bagi tu kat rumah kebajikan anak yatim johor. Tapi dia klepet ape entah sampai dia dapat duit tu dan dia beli banglow tu. Kira untuk bayar down payment lah tu. Pastu dia buat loan dan lantik abang ipar saya untuk buat penilaian kat rumah banglow tu. Tu yang abang ipar saya kena datang ke taman rinting waktu banglow tu hilang.. Dan pasal dia tak bagi saya masuk rumah terus masa sampai rumah kat taman daya tu, coz petang sebelum dia kena pi kat tempat kejadian ader ustaz nasihat supaya jangan terus masuk rumah selepas datang banglow tu. Takut ade yang ikot kate nya. tu jelah yang saya tau..

Waktu progress work, abang ipar saya tak terlibat. Tetapi waktu india tu nak buat loan kat bank, abang ipar sy dilantik untuk menilai banglow tu.. selepas itu abg ipar sy akan datang ke banglow itu untuk tangkap gambo, n buat penilaian.. sebelum tu memang ader banglow tu.. tapi selepas proses 'hand over keys' tetiba banglow tu hilang.. tu yg jadi gempar tu.. kalo sy balik jb nanti sy try tanyer abg ipar sy samada dia ader simpan gambo tu or tak.. n sy akan try tanyer citer yg lebih terperinci.. wat mase skrang sy ngah bz ngan final exam.. sory ehh.. wassalam"

Begitulah sedikit sebanyak kisah misteri banglo hilang di Taman Rinting, tetapi sehingga kini budak yang berjanji nak beri gambar asal banglo tersebut tidak upload pun gambar yg di maksudkan. Misteri menjadi semakin misteri. Sehingga kini ianya tak terungkai lagi.
 Sehingga sekarang, ianya menjadi satu misteri yang belum terjawab. Adakah ianya benar-benar berlaku? Wallahualam. Yul pon tak pasti. Bukan tak nak percaya, tetapi adakah ianya benar rumah banglo tersebut tu hilang begitu sahaja. Cuma allah je yang tahu kejadian yang sebenar-benarnya. Yul memang pernah dengar cite tu, tapi entah la erk. hikhik. 


Jom Bace nie pulak! 

Read more...

Kisah Mistik Di Kemayan City, Johor Bahru

Thursday, 10 February 2011

Assalamualaikum korang semua. Hari ini yul nak bercerita mengenai kisah mistik lagi. Maklumlah ye, hari nie khamis malam jumaat. Barulah feeling baca entri nie, ehehehe. Bagi yang berasal dari JB, korang mesti tahukan Kemayan City tu kat mana. Orang kata tempat nie memang berhantu dan penuh mistik. Sama ada cerita nie betul atau tak, wallahualam. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Masa mula pembinaan dulu, bangunan nie sangatlah gah dan penuh dengan segala kemudahan. Pada ketika tu kalau lah Kemayan City siap di bina, ianya merupakan salah satu shopping complex serba lengkap dan terbesar di JB. Sebab masa tu belum ada Angsana dan City Square kalau tak silap. Tapi sayang. Tiba-tiba pembinaannya terhenti dan terus terbengkalai sampai lah sekarang ini. Segala isi perut banggunan tu dibiarkan begitu sahaja di tepi Jalan Skudai.

Ceritanya bermula begini. Ada sorang warga daripada Kuala Lumpur nie pertama kali berkunjung ke JB. Daripada lebuhraya PLUS tu dia turun ikut EXIT SKUDAI. Dalam perjalanan ke bandar JB, dia ternampak 1 bangunan kelabu yg cantik. Dia pun singgah lah kat situ. Ya, nama tempat tu semestinya Kemayan City. Orang ni di katakan berbelanja dengan banyaknya kerana barang-barang disitu didapati sangat murah berbanding dengan harga di Kuala Lumpur. Dia memasukkan kesemua barang yang di shoppingnya ke dalam bonet kereta. Dan kemudian terus pergi meninggalkan tempat itu dan menginap di salah sebuah hotel disekitar JB.

Keesokkannya, dia check out daripada hotel dan berjumpa dengan kenalannya di Johor. Dia menceritakan kehebatan shopping complex yang mewah itu dengan barang yang terlalu murah. Tetapi dia di kejutkan kenalannya bahawa shopping complex yang di maksudkan itu tidak pernah beroperasi! Tak puas hati dengan rakannya itu, dia membuka bonet kereta dan! Penuh daun kering di dalam bonetnya itu! Dia tak puas hati dan mengajak rakannya ke shopping complex tersebut. Dan memang sah, ianya adalah sebuah bangunan yang kosong dan sudah lama terbengkalai.

Bayangkan, dengan siapa dia berkomunikasi semalam? Kemana perginya barang yang dibelanjannya? Yang ada di situ hanyalah sebuah bangunan terbengkalai dgn pokok meliputi banggunan.. Memang menyeramkan..


Seram bukan tengok tempat nie?

Dah lama terbengkalai


Cerita nie pulak yul dapat daripada salah seorang kawan yul. Credit to Hafiz.

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya.

Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,”





Jangan terlalu taksub sangat ye. Ia adalah sekadar cerita sahaja yang yul ingin kongsikan kepada korang. Sama ada betul atau tidak. Wallahualam. Hanya allah je yang mengetahui segala-galanya. Kalau korang nak baca entri seram yang lepas boleh klik kat










Read more...

Kisah Seram Di Sebalik Mahmoodiah

Monday, 7 February 2011

Salam semuanya, hari nie entri yul nak bercerita kisah seram lagi. Sebelum nie yul bercerita mengenai Villa Nabila kan? Kali ini pasal Mahmoodiah. Mahmoodiah nie jugak ada terkait masa kisah yul yang lepas. So, yul nak kongsikan kepada korang mengenai Mahmoodiah nie pulak.




Dataran Merdeka, JB


Banyak-banyak kisah mistik, yul rasa ini lah yang paling menyeramkan kot dan banyak kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di gemparkan dengan kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an. Pada tahun 1980-an lagi lah best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg 'menghalalkan' pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yangg sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut? Wallahualam..

Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika melalui kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat-kerabat di Raja itu. 

Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dalam perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jalan lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Dia pun memberhentikan kenderaan dan bertanya arah tujuan wanita berkenaan. Wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah.



Hospital Sultanah Aminah, bus stopnya depan hospital nie je. Tempat wanita itu ingin menuju
Kadir pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yang menjemputnya, tetapi akibat masalah yang tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki untuk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor. Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit-selit. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya. Pernah satu ketika semasa menunggang motor bersama teman lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ. Kadir lantas bertanya "Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..

Apa saja ayat al-quran yang terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat-kuat. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas. Kadir membatalkan hasratnya untuk berjumpa kawan-kawannya lalu terus balik ke rumah. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yang kebetulan bertandang ke rumahnya. Pak ciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu.

Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR. menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorang wanita menahan teksinya dan terus mengejar teksi berkenaan.



Yayasan Warisan Johor

Kisah ketiga ialah bangunan Yayasan Warisan Johor. Mase perang Jepun dulu. Jepun gunakan bangunan tu sebagai markas / kem mereka. Jadi, macam-macam hukuman jepun seperti pancung kepala dan macam-macam lagi yang mereka lakukan disitu. Dan disitu jugak banyak askar jepun mati. Orang-orang otai cakap, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! mcm mana tu dieorang berbaris yul tak tahu la. wallahualam.

Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam. Ade orang cerita yang kawasan tu berhantu pada waktu petang selepas asar sebelum maghrib. Ade orang pergi ziarah kubur time tu. Ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala. Banyak kali. Penggali kubur kat situ pun sarankan jangan datang waktu-waktu petang macam tu. lagi-lagi kawasan tu.



Kubur di mahmoodiah
Ingat, yul cuma nak bagitahu jangan terlalu percaya sangat. Nanti syirik pulak. Jangan terlalu takut dan jangan terlalu berani. Jika apa yang di tulis di atas adalah mengenai korang, Yul nak korang perbetulkan di mana silapnya. Tak kisahlah daripada tarikh atau segala bagai.. Apa-apa pun yang buruk itu datang daripada diri sendiri, kerana setiap manusia tak ubah daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Cerita ini bukan rekaan semata-mata. Ianya menjadi perbualan dari mulut ke mulut masyarakat JB. Yul pasti, ada jugak yang tak tahu lagi pasal kisah-kisah nie. 

Kepada korang yang terlepas entri kisah seram yul sebelum nie, boleh lah pilih untuk membaca dientri sebelum ini. Jangan lupa untuk baca entri hantu yang seterusnya pulak. hee. Kalau tak nak lepaskan peluang cerita yang seterusnya boleh la subscribe :)







Read more...

Disebalik Kisah Seram Banglo Villa Nabila

Saturday, 5 February 2011

Salam semuanya. Korang ingat lagi tak entri yul yang lepas mengenai Villa Nabila tu? Ala, tempat yang berhantu tu lah. Menurut kawan yul, Hafiz yang juga seorang penulis notes di facebook, Villa Nabila nie sebenarnya dah dirobohkan. Yul pon tak pasti bila masa Banglo tu dirobohkan. Kalau korang nak tahu, Villa Nabila nie kira tempat paling top kot kat Johor Bahru nie mengenai cerita seramnya. Kadang-kadang yul pon tertanya-tanya jugak, kenapa tempat tu jadik famous amos sangat dengan cerita misteri. Sebab tu yul and the gang nak terjah kesana, tapi tak sempat pulak sebab dah dirobohkan pula. Sebelum nie, ada jugak kesana, tapi tak jumpa pulak simpang nak masuk kedalam Banglo Villa Nabila tersebut. Korang boleh lah klik (open new tab) sini, pengalaman yul semasa mencari rumah banglo tersebut 5 bulan yang lepas kot.




tapak rumah banglo Villa Nabila


Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nie. Sebenarnya yul ada cerita menarik yang ingin dikongsikan kepada korang semua disebalik misteri rumah banglo tersebut. 


Menurut cerita apa yang yul tahu, kalau masuk genap kat dalam rumah banglo tu, jadi ganjil. Macam mana tu? Hurm. Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Peristiwa nie terjadi kepada seorang bekas mat rempit yang bernama Tyes Hades(bukan nama sebenar tapi boleh search kat facebook kalau korang nak tahu). Kisah ni berlaku ketika masa zaman rempitnya dulu. Mat rempit biasa lah, hati cekal dan kering. Dieorang akan cuba membuat sesuatu yangg orang lain tak berani nak buat. Kalau korang dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa-apa tu Alhamdulillah la kan. Kadang-kadang ada  yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila.


Ada beberapa budak penakut yang yul dengar cerita nie lagi lah best, takut punya pasal, dieorang pilih cantik je iaitu pada bulan Ramadhan. Lepas dieorang bersahur kat Singgah Selalu (depan danga bay) pukul 2 pagi, dieorang terus buat rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan enjin nak ke rumah tu, tiba-tiba bumbung kereta dieorang kena ketuk. Lagi dasyat enjin kereta dia tak boleh nak hidup. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup dan mereka membatalkan hasrat untuk menjejak kan kaki ke dalam Villa Nabila tu.

Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila dan yg ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik jugak. Tapi yang paling cerita mistik yang paling top sekali banglo Villa Nabila la. Pasal rumah doktor tu pon ada jugak. Tapi yul masih tak berapa tahu sangat berita mengenainya.

Mengapa Villa Nabila begitu mistik? Apakah punca dari mulut ke mulut yang sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yang tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini.











Yul selitkan sedikit video suasana disekitar Villa Nabila diwaktu pagi. Tak sempat yul nak pergi dah roboh pulak banglo tu. Nie kerja budak-budak politeknik pasir gudang la yang buat video. 


Tunggu entri kisah seram yang selanjutnya mengenai kisah seram disebalik Mahmoodiah pulak, tempat jenazah islam dikuburkan. hehe.



Read more...

Diganggu Makhluk Halus. Pengalamanku!

Friday, 7 January 2011

Segala cerita yang yul terbitkan nie berdasarkan dari pengalaman hidup yul kat dunia nie. Cerita ini bukanlah direka-reka ataupon dibuat-buat. Semuanya adalah benar-benar belaka. Tiada yang palsu mahupon fitnah. Tak percaya tanya yul sendiri.


Seumur hidup yul, yul memang tak pernah pon jumpa hantu atau makhluk halus. Tapi, tabiat yul nie agak pelik sedikit tak sama dengan manusia-manusia yang normal seperti lain. Asyik-asyik tengok kat televisyen je kan. Kalau boleh yul nak tengok juga macam mana rupa paras hantu atau makhluk asing tu yang sebenarnya.  Pernah juga pergi ke kubur cina,  tengah-tengah malam tapi satu apa pon tak jumpa. Bunyi anjing menyalak je. Meremang tu memang ada, tapi rasa hati nie memang betul-betul nak tengok depan mata secara live. Sampai saat ini, kalau yul tak sibuk, memang kompem pergi jalan-jalan nak tengok hantu bersama kawan-kawan.

Suasana disekitar Villa Nabila

Nie lah tempatnya

Tak berapa jelas sebab curik kat google


Dua bulan yang lepas, kawan yul ada juga bercerita pasal Villa Nabilla dekat-dekat dengan hospital Sultanah Aminah, JB nie. Yul memang tak pernah pergi kesana. Kata orang tempat tu berhantu. Kalau masuk 10 orang, keluar nanti kompem kurang seorang. Sama ada betul kew tidak yul tak pasti lah kesasihannya. Jadi, pada malam tu jugak, yul dengan kawan-kawan pergi kesana nak tengok macam mana keadaan tempat tersebut. Kiteorang cuma pergi bertiga sahaja menaiki kenderaan  pacuan 4 roda. Nak pergi kesana kene lalu kawasan istana Johor. Bawak kereta slow je lah kat kawasan tu. Maklumlah ye kawasan istana tak boleh bawak laju-laju sangat, kang tak memasal pulak kena tahan kan? Tapi yang peliknyekan, kiteorang tak jumpa langsung villa Nabilla nie. Dah dekat dua, tiga kali kiteorang patah balik mencari tempat tersebut. Padahal, laluan kearah tersebut memang benar. Entah kenapa pada malam tersebut kiteorang tidak menemui jalan ke Villa Nabila tersebut. Dengan rasa hampa kiteorang terus blah meninggalkan kawasan tu dan meneruskan perjalanan ke kawasan perkuburan Islam Mahmoodiah.




Perkuburan Islam Mahmoodiah diwaktu siang


Kalau tengok keadaan sekeliling memang agak menyeramkan kot! Yela, kawasan tapak perkuburan tempat jenazah-jenazah ditanam.  Tetapi kiteorang tak ronda sampai habis kawasan perkuburan tersebut. Kalau nak teruskan perjalanan kat dalam kawasan tu memang agak panjang. Takot kalau apa-apa benda yang tak dijangka berlaku. Bukan takut pocong ok! Orang kata benda-benda macam nie jangan berani sangat. Sebab perkara yang kita tak dijangkakan akan berlaku. Teringat pada kisah silam dulu, akibat berani sangat, yul pernah diganggu.

Kenangan yul sewaktu bersekolah dulu. Memang tak dapat nak lupakan perkara tersebut. Berani jugak kot time tu. Mana taknya, kawan-kawan yul cakap hantu nie banyak merayau pada khamis malam jumaat. Jangan celupar sangat mulut tu. Tapi yul tak percaya benda-benda tu semua sebab masih tak pernah menjumpa atau bertemu.


Nak dipendekkan ceritanya. Kejadian nie berlaku ketika yul berusia 13 tahun. Ketika yul sedang leka bermain dam haji  dengan adik yul yang bongsu tu di ruang tamu, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Kalau korang nak tahu, time tu yul terlepas cakap, lebih kurang cam nie lah, "hantu gila mana pulak yang main-main nie". Korang paham-paham jelah ye. Lepas tu, tiba-tiba je terdengar suara mengilai betul-betul tepat depan pintu ruang tamu tu. Semakin lama, suara itu semakin kuat. Kalau sekali je tak apa, hampir dua, tiga kali juga kot. Meremang seluruh bulu roma yul ketika itu mendengar suara tersebut. Tergamam yul seketika mendengar suara tu. Tanpa melenngahkan masa, kiteorang terus lari lintang pukang masuk bilik sambil menutup telinga dengan perasaan yang amat menyeramkan. Masuk bilik, yul terus berselubung dibawah selimut dan memejamkan mata. Menyesal pulak bila terlepas cakap macam tu. Suara tersebut dah tak kedengaran lagi. Nasib baik dengar suara je, kalau dapat lihat rupa parasnya lagi lah tak terkata dibuatnya. Silap-silap yul terkencing kot masa tu.  Peh! Memang seram gila. Tuhan je yang tahu keadaan yul betapa kecotnya masa tu. 


Bagi yul, kat dunia nie kita tak perlu takut kepada benda-benda macam tu. Sebab allah akan sentiasa melindungi dan menjaga kita. Kita hanya takut kepada tuhan yang maha esa. Kerana ia lah pencipta segala-galanya. 




Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP