Kisah Mistik Di Kemayan City, Johor Bahru
Thursday, 10 February 2011
Assalamualaikum korang semua. Hari ini yul nak bercerita mengenai kisah mistik lagi. Maklumlah ye, hari nie khamis malam jumaat. Barulah feeling baca entri nie, ehehehe. Bagi yang berasal dari JB, korang mesti tahukan Kemayan City tu kat mana. Orang kata tempat nie memang berhantu dan penuh mistik. Sama ada cerita nie betul atau tak, wallahualam. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Masa mula pembinaan dulu, bangunan nie sangatlah gah dan penuh dengan segala kemudahan. Pada ketika tu kalau lah Kemayan City siap di bina, ianya merupakan salah satu shopping complex serba lengkap dan terbesar di JB. Sebab masa tu belum ada Angsana dan City Square kalau tak silap. Tapi sayang. Tiba-tiba pembinaannya terhenti dan terus terbengkalai sampai lah sekarang ini. Segala isi perut banggunan tu dibiarkan begitu sahaja di tepi Jalan Skudai.
Ceritanya bermula begini. Ada sorang warga daripada Kuala Lumpur nie pertama kali berkunjung ke JB. Daripada lebuhraya PLUS tu dia turun ikut EXIT SKUDAI. Dalam perjalanan ke bandar JB, dia ternampak 1 bangunan kelabu yg cantik. Dia pun singgah lah kat situ. Ya, nama tempat tu semestinya Kemayan City. Orang ni di katakan berbelanja dengan banyaknya kerana barang-barang disitu didapati sangat murah berbanding dengan harga di Kuala Lumpur. Dia memasukkan kesemua barang yang di shoppingnya ke dalam bonet kereta. Dan kemudian terus pergi meninggalkan tempat itu dan menginap di salah sebuah hotel disekitar JB.
Keesokkannya, dia check out daripada hotel dan berjumpa dengan kenalannya di Johor. Dia menceritakan kehebatan shopping complex yang mewah itu dengan barang yang terlalu murah. Tetapi dia di kejutkan kenalannya bahawa shopping complex yang di maksudkan itu tidak pernah beroperasi! Tak puas hati dengan rakannya itu, dia membuka bonet kereta dan! Penuh daun kering di dalam bonetnya itu! Dia tak puas hati dan mengajak rakannya ke shopping complex tersebut. Dan memang sah, ianya adalah sebuah bangunan yang kosong dan sudah lama terbengkalai.
Bayangkan, dengan siapa dia berkomunikasi semalam? Kemana perginya barang yang dibelanjannya? Yang ada di situ hanyalah sebuah bangunan terbengkalai dgn pokok meliputi banggunan.. Memang menyeramkan..
Seram bukan tengok tempat nie? |
Dah lama terbengkalai |
Cerita nie pulak yul dapat daripada salah seorang kawan yul. Credit to Hafiz.
JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.
Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.
Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya.
Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.
“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,”
Jangan terlalu taksub sangat ye. Ia adalah sekadar cerita sahaja yang yul ingin kongsikan kepada korang. Sama ada betul atau tidak. Wallahualam. Hanya allah je yang mengetahui segala-galanya. Kalau korang nak baca entri seram yang lepas boleh klik kat
36 comments:
yuulllll!!! sengal la weii..~ aq busan2 tu yg bc entri kau seram shiyyooott
tobat cuak sapa2 yang tershopping kat sna kan...hihihihi...
@2+2=5, kehkehkeh , seronok kan? aku publish then aku tido, padahal tkot jugak tu, ehehe :P
@garfield88_aini, haha, tau tkpe, nsib tk pernah berjalan kesana, huhu
bangunan yg warna kelabu, kat jalan skudai, belah kiri otw ke JB kan?
masa duk UTM dulu memang pernah gak pelik bila laa bangunan ni nak dibuka.. tapi baru tahu ada kisah disebaliknya..
yg pelik, kenapa laa dibiarkan kosong..drpd tak diguna/takleh guna sebab ada mistik, baik la dirobohkan..
perghhh..sampaia macam tu skali kan.. seramm
pernah juga dengar cerita ni masa balik JB...makcik cerita ada yang siap makan tu...makan apa tak tau...alahaiiii....
siyesla.. dah la beso bangunan tu lagila terbiar kosong..
masa study kat utm dulu lau balik malam lalu kat area kemayan tu boley tahan cuak gak lalu kat sana. nasib baik depan jalan beso so xla xsunyi. melainkan korg lalu jalan pintas nak ke taman perumahan area sana. jangan pelikla lau kena kacau...
Giler. Habistu duit yang dioarang gunakan tuh lesap gitu la yerk? Esok aku nak turun pergi cari duit tu la. waktu siang maybe tak horror sangat kut. Hehehe
Terbaru > Drama Bersiri TV3 - Gemilang > Sahabat Blogger Dah Macam Twitter? >Contest Review Blog Kak Ina Kl Dot Com
@Dahlia, a'ah cikgu, tak tau la kerajaan negeri knp ianya dibiarkan begitu sahaja, dah bertahun2 bangunan tu terebengkalaia dah
@Bella, huhu, tau tkpe, memang seram gile!
@SHA, bg yang tak tau memang bahaya tu, menyeramkan sgt2!
@Nadzirah Aqilah, haha, tau pon kan, tkot jugak tu nk g sane, seram..
@phreak-id, ntah la bro, yg tu aku tak pasti, jgn smpai hantu tu ikot ko sudah la, hehehe
cita nih penah masuk mastika dulu. kes mall nih jugak lah.. hehehe.. yul!! cita lg cita hntu!! anat suka!!
Saspen....
Kedai online penjara Rusia
@anati soki, haha, jgn suka sangat anat. kang tak memasal datang kat anat, huhu
@miecyber, suspens? hehe
habes tu,,rugilah duit dia????
mia setiap hari ulang-alik keja lalu sebelah bangunan ni... memang dah dengar banyak dah pasal kes orang luar selalu tershopping kat sini... tak dapat bayangkan camne lah diorang leh pijak2 kat dalam tu...
@Fairuz Fazilah, yg tu tk pasti lagi lah, hurm
@Mis Liana, tau tkpe, bnyk org terbelanja kat situ, padahal dah lama terbengkalai
ahhah tak baca pun entri ni.. hihi baca title pun mcm seram. pastu tgk gmba lagi. hahahha. skng dah malam kang tak bleh tido plak. lain kali ah baca. XDDDD
@lady dayana, hahaha, bce tau! kompem msok dlm mmpi
waaaa dah baca ! tanak lah pergi johor pasni....kang tak pasal2 kene jemput dgn 'benda' tu..... erkkkk
seram gila !! nasib baik bwk balik daun kering jer ! kang mcm dlm tv tu slalu bukan daun jer...mcm2 ulat dorg bwk blek kang.. eee
aiyayayayi 0_o
prnh jgk dgr cite psl nih. Tapi x dpt yg detail sgt.. ni baru taw cite nih lagi detail ! hehe.. seram seyh dok jb ! hahah
Story dr Hafiz Aziz ke ni?? ase cm pnh baca dlm note apiz....
@kyrana, haha, yups, rembat kat die je. hee
tempat tu mmg ade bende , dulu kawan akq tyrah ade nampak PONTIANAK kt situ . time uh pukul 12 malam lepas antar akq tyrah balik umah . mase tu dye lalu jalan jalan belakang "short cut"sorang-sorang . SEMINGGU demam !! takutt ~~!!
Tak pasti samada kemayan city berhantu atau kali terakhir ada orang lain yang nampak hantu, mungkin jika sesiapa atau awak nampak hantu tu lagi boleh beri pengalaman sikit.
Tak pasti samada kemayan city berhantu atau kali terakhir ada orang lain yang nampak hantu, mungkin jika sesiapa atau awak nampak hantu tu lagi boleh beri pengalaman sikit.
umah sy betol2 kt blkg mall ni (bleh nmpk dr tingkap bilik lagi~), so far takde pon jmpe pape. adik sy lg best, siap pegi jenjalan lg kt dlm tu, nengok2 ape yg ade n ape yg dia jmpe cme mat gian n ular.. haha..
dan lg 1, gmbr yg 1st tu gmbr umah mona fendey la. bkn kemayan city..
gambar yg 1st tu umah mona fendy la..seriusly kemayan city ni seram..sya lalu jalan ni tngah malam 2 weeks ago ..member nampak ada lampu terang dalam bangunan ni n ada orang tapi suma pakai baju putih.. tapi sya x nampak...
kemayam city ni dkt je ngan umah abg ipar aku..abg ipar aku cite dlm kemayam city ni byk mat gian mati masa curi kabel dan besi..aku tgok kemayam city ni grrr seram lak..!!!!
pandai org yg kat kemayan city tu berniaga..!! ok x nak shoping malam2 da...!!! haha
tempat tu nampak rare jer terutama jln depan tu yg byk pokok dah tumbuh. kt johor byk rumah kedai kosong dan nampak sunyi sepi.
gambar pertama tu bukan kemayan city. lain mcm jer rupanya...hehe
Post a Comment