Suka!

Sinopsis Filem The Mechanic

Monday 21 February 2011

The Mechanic
Assalamualaikum, semuanya. Korang dah tengok filem nie? Yul baru sahaja selesai menonton filem nie. Petang tadi dalam sekitar pukul 3 petang, yul bersama rakan-rakan pergi menonton filem 'The Mechanic'  yang bertempat di TGV, Jusco Tebrau City. Maklumlah ye, hari nie cuti, sekali-sekala pergilah menonton wayang untuk melepaskan tension. Lagipon orang tak ramai waktu-waktu sebegini. Jadilah tak payah lah yul nak tunggu beratur beli tiket wayang. 


Masuk kedalam panggung, orang tak ramai pon. Tak penuh langsung, ada la dalam sekitar 30 or 40 orang macam tu. Faham-faham je lah ye, waktu bekerja memang tak ramai orang pon. Sebelah kanan ada 1 couple cina, sebelah kiri pon sama juga. Nasib dieorang tak buat wayang jugak dalam tu, haha. 

Sinopsis filem The Mechanic

Yul selitkan sedikit sinopsis mengenai filem The Mechanic nie. Arthur Bishop (Jason Statham) adalah seorang 'mechanic' iaitu pembunuh elit yang mempunyai bakat unik untuk menghilangkan jejak mangsanya. Arthur Bishop adalah seorang pembunuh upahan yang sangat berbakat. Membunuh bukan sekedar tugas buat Arthur tetapi ianya seperti sudah menjadi gaya hidup. Semua mangsanya yang dibunuh olehnya berjaya dibunuh dan satu yang selalu dipegang Arthur adalah bahawa dia tidak pernah melibatkan emosi, apa pun yang terjadi. Suatu ketika, Arthur ditugaskan untuk membunuh Harry (Donald Sutherland), guru sekaligus rakan Arthur, yang disyaki telah membocorkan rahasia organisasi.

Arthur menyesal dengan apa yang  dilakukannya ketika dia membunuh Harry dan ketika Steve (Ben Foster), anaknya Harry, muncul dan ingin berguru dengan Arthur pun menerimanya walaupon tanpa persetujuan dari organisasi. Dalam waktu yang singkat Steve mampu mempelajari seni membunuh yang diajarkan Arthur. Steve menjadi pembantu Arthur walaupun dia mempunyai agenda yang tersembunyi.



Trailer  Filem The Mechanic







Bagi yul cerita nie memang terbaiklah, memang tak rugilah kalau korang pergi tengok. Pertengahan filem nie korang akan faham lah, disitulah banyak aksi-aksi dan suspens dalam cerita nie. Part yang yul paling suka ketika Arthur Bishop dan Steve dalam misi untuk membunuh orang yang selalu mengupahnya. Memang dahsyat taktik dia dalam membunuh tu. Arthur nie kira orang pintar dalam membunuh, dia seperti dah dapat jangka apa yang akan berlaku seterusnya. Apa yang dia jangka tu semuanya betul dan dia dah dapat jawapan setiap jangkaan dia tu. Diakhir cerita nie pon best jugak, kalau korang nak tahu, korang tengoklah sendiri ye, hehehe. 

3 comments:

fyna ahmad 22 February 2011 at 11:56  

orait...
nk try g tgk gak.....

Kak Mahh 22 February 2011 at 20:54  

Bagus juga ada tukang cerita ni.
Psst...besar ke motor tu...? jom naik motor dengan akak di Bintulu.

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP