Suka!

Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

(VIDEO) iPhone 4S vs Samsung Galaxy SII Drop Test

Wednesday, 19 October 2011

Dalam video ini, mereka telah menguji ketahanan telefon bimbit iPhone 4S vs Samsung Galaxy SII untuk melihat yang mana satu kah lebih tahan lasak. Samsung Galaxy SII menunjukan bahawa ianya lebih lasak dan mempunyai sedikit calar sahaja walaupon ianya dijatuhkan dengan secara sengaja dengan ketinggian yang tertentu. Tidak seperti iPhone 4S yang pecah dan calar-balar walaupon ketinggian dijatuhkan kelantai adalah sama seperti Samsung Galaxy SII . Jadi, kesimpulannya, kalau korang menginginkan telefon bimbit yang canggih tapi yang tahan lasak bolehlah beli Samsung Galaxy S. Haha.


P/S: Jangan balik nanti korang cuba pulak ye. hikhiks. Segala apa yang berlaku tidak akan bertanggungjawab :)

Read more...

(VIDEO) Perlawanan Bolasepak Kelantan VS Terengganu | Highligt Ulangan Gol Piala Malaysia

Saturday, 15 October 2011

VIDEO :SUKU AKHIR KEDUA PERLAWANAN BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA 2011 14 OKTOBER

Misi Kelantan memburu kemenangan dan jaringan untuk mengatasi jumlah argregate Terengganu lebur,apabila mereka sekadar seri 2-2 kepada Terengganu dilaman sendiri,Walaupun Kelantan menguasai permainan tetapi 2 gol terbaik mereka digagalkan oleh tiang gol dan juga kecekapan penjaga gol Terengganu.
Dalam keghairahan membara,Kelantan tersentap apabila Terengganu memperolehi gol awal melalui Ashaari Samsudin pada minit 18 dan minit 39.
Di Separuh masa kedua,corak dan rentak permainan Kelantan berubah,hasil daripada perubahan ini mereka berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol Azamudin Akil minit 54,dan gol penalti oleh Badhri Razri.
Walaupun perlawanan berkedudukan seri,Namun Kelantan tewas melalui argregate 3-5.Sekaligus membolehkan Terengganu melangkah ke separuh akhir dengan penuh bergaya
Dibawah merupakan sedutan video perlawanan






Read more...

(VIDEO) Perlawanan Bolasepak Malaysia VS Australia | Highligt Ulangan Gol Socceroos

Saturday, 8 October 2011

Perlawanan bolasepak Malaysia vs Australia yang diadakan di Stadium Canberra, Australia telah memberikan keputusan yang menghampakan bagi peminat bolasepak tanah air. Skuad Socceroos telah menundukkan Harimau Malaya dengan jaringan 5-0 pada perlawanan persahabatan sebentar tadi. Yul pon sudah dapat menduga yang Malaysia akan tewas pada perlawanan ini. Dengan kedudukan ranking Fifa Malaysia yang jauh berbeza dengan Australia, memang wajarlah Malaysia kalah. Terbukti pasukan Australia jauh lagi unggul daripada Malaysia. Apa-apa pon, mereka semua sudah melakukan yang terbaik untuk Malaysia. Yul bangga dengan pasukan Malaysia!


Jaringan sulung Socceroos telah dijaringkan oleh Wilkshire pada seawal minit ke-3 sebelum Kennedy menambah gol lagi terhadap pasukan kendalian K Rajagobal pada minit ke-33 dan 45. Pemain Australia, Brosque melengkapkan senarai penjaring perlawanan dengan menyumbat dua gol pada minit ke-39 dan 69.


Berikut adalah video highlight Malaysia vs Australia





P/S: Walaupon kalah, Malaysia tetap terbaik!

Read more...

(VIDEO) Anjing Rakun Diseksa Untuk Buat But Kulit Tiruan Di China

Thursday, 6 October 2011

Tadi yul ada terbaca berita diakhbar tempatan mengenai kerakusan manusia yang sanggup menyeksa lalu membunuh anjing rakun yang tidak berdosa itu. Kesian pabila melihat binatang tersebut diperlakukan sedemikian. Hanya kerana kulitnya yang berharga, binatang tersebut dibunuh tanpa belas kasihan. Kalau korang menonton videonya, rasanya tak sampai habis kot. Sedih!


Disini yul kongsikan sekali video Anjing Rakun yang di seksa.

Berikut adalah berita mengenai Anjing Rakun yang yul baca.

Anjing rakun dipijak dan diseksa
BEIJING: Imej menjengkelkan ini menunjukkan anjing rakun disiat kulitnya hidup-hidup bagi membuat but kulit haiwan tiruan murah yang dibeli oleh ribuan warga Britain.
But asli kulit haiwan dibuat daripada kulit biri-biri dari Australia yang diambil melalui penyembelihan secara wajar. Bagaimanapun, rakaman filem ini menunjukkan layanan kejam ke atas haiwan yang berlaku di China apabila kulitnya digunakan untuk membuat but bulu haiwan tiruan berkenaan. Kulit anjing rakun yang masih hidup dan bergerak ini ditunjukkan dalam filem kempen aktivis haiwan. Haiwan yang bertimbun itu mengambil masa hingga tiga jam untuk mati.

Haiwan yang ketakutan itu dipukul dengan kayu dan dilihat menendang serta menggelupur kesakitan ketika pekerja mengelar kulitnya sebelum menyiatnya. Proses yang menyeksakan itu bermula dari kaki hingga ke bahagian atas tubuh haiwan berkenaan. Pekerja juga dilihat memijak kepala haiwan terbabit supaya ia tidak melawan. Rakaman filem mengejutkan itu yang disiarkan dalam Herald Sun mencetuskan kemarahan dan mendorong aktivis menuntut larangan perdagangan anjing rakun.
But kulit haiwan tiruan telah membanjiri pasaran dunia dan boleh didapati di internet serta kedai kasut. Kebanyakannya dieksport ke Britain. Di Australia, di mana but asli kulit haiwan dibuat - ia dijual dengan harga hingga 200 pound (RM1,000). Terdapat pengharaman terhadap pengimportan kulit anjing tempatan dan kulit kucing sejak 2004 tetapi kulit anjing rakun masih dibawa masuk. Siasatan dilakukan Persatuan Kemanusiaan Antarabangsa (HSI) mendapati sepasang but kulit haiwan tiruan mengandungi kulit rakun walaupun mempunyai label ‘kulit biri-biri Australia’.

Pengarah HSI, Verna Simpson berkata, puluhan produk, selain but itu menggunakan kulit anjing rakun yang diimport - dan dalam kes lain turut menggunakan kulit anjing. -hmetro-
BUT kulit haiwan asli yang dibuat daripada kulit biri-biri di Australia.
P/S: Walaupon ianya anjing sekalipon, tak perlulah manusia berlaku sedemikian kan? Hurm.. 

Read more...

(VIDEO) Tun Dr Mahathir VS Yahudi

Wednesday, 5 October 2011

Sudahkah korang menonton video dibawah ini? Temuduga diantara Tun Mahathir Mohamad bersama seorang wartawan di Studio BBC.  Yul tak pasti bilakah video ini diambil dan tarikh ianya dipaparkan di BBC. Yang pastinya, kewibawaan Tun Mahathir masih terus menjadi perbualan orang ramai, walaupon beliau sendiri telah pon bersara. 


Video dibawah ini menunjukan bahawa beliau dengan mudahnya mematahkan perdebatan dengan wartawan BBC sehinggakan wartawan itu terpaksa mengalihkan ke topik yang baru. Apa-apa pon, korang tengoklah dahulu untuk mengetahui isi video ini. :)

VERSI FACEBOOK

VERSI YOUTUBE

P/S: Kalaulah pemimpin sekarang ini sama seperti Tun Dr Mahathir, hurm..

Read more...

(Video) Rompakan Di Kedai Mamak Di Seksyen 15, Shah Alam | Mamak Restaurant Robbery Section 15 Shah Alam

Thursday, 8 September 2011

Kejam sungguh pabila melihat gelagat perompak yang merompak di salah sebuah kedai mamak di shah alam yang berlaku sebelum hari raya 1 syawal menjelma. Rompakan tersebut berlaku pada 28 ogos 2011, sekitar pukul 4 pagi yang dirakamkan melalui kamera litar tertutup CCTV. Rompakan didalangi oleh lima lelaki yang tidak dikenali memakai topi keledar dengan membawa pisau dan parang.

Mereka juga dikatakan meluru kearah orang ramai sambil mengangkat parang serta menggugut kepada pelanggan disitu dan melarikan beberapa komputer riba dan barang berharga milik pelanggan kedai mamak tanpa merasa belas kasihan. Ramai pelanggan di kedai mamak tersebut berlari keluar sebaik sahaja melihat kelibat sekumpulan perompak yang membawa parang. 


Apa-apa pon, jadikannya ia sebagai pengajaran. Lepas nie, kalau korang hendak membawa komputer riba di kedai mamak kenalah berfikir terlebih dahulu. 


Berikut adalah video rakaman cctv rompakan di restoran mamak seksyen 15.

P/S:Kesan daripada rompakan ini, kebanyakkan kedai makan 24 jam seperti kedai makan mamak menjadi lengang selepas jam 12 malam.

Read more...

(Video) David Villa Kutuk Islam - Mesut Ozil (Barcelona VS Real Madrid) | David Villa Mencetuskan Kemarahan Umat Islam

Thursday, 18 August 2011

Perlawanan yang penuh beremosi antara pasukan real madrid dan juga barcelona yang berlangsung semalam mencetuskan ketegangan antara kedua pasukan. David Villa mungkin mencetuskan kemarahan umat islam apabila dia menghina agama islam semasa perlawanan antara Barcelona vs Real Madrid yang dimenangi oleh Barca dengan keputusan 3-2. Perlawanan . Yang parahnya lagi, David Villa mengatakan sesuatu yang menghina islam terhadap Mesut Ozil.

Pertengkaran antara Mesut Ozil dengan Villa bermula apabila pemain Real, Marcelo membuat terjahan keras kepada pemain Barca iaitu Fabregas. Selepas itu, kesemua pemain campur tangan sehingga Villa mengeluarkan kata-kata yang menghina agama Islam. Ozil yang berang tindakan Villa itu terus bertengkar dengan Villa. Berita lanjut boleh pergi ke blog warta sukan.


Yul paparkan sekali video pergaduhan tersebut. Mesut Ozil kelihatan begitu marah ketika



Cube tengok Mesut Ozil pada saat ke 0.36s. Mesut ozil hanya berdiri disitu tidak melakukan apa-apa. Tetapi, tiba-tiba David Villa datang dan menampar Mesut Ozil yang berada disitu. Sabar je lah. Kesian yul melihat Mesut Ozil.
Yul print screen beberapa komen di youtube daripada pengguna youtube yang mengutuk kebiadapan David Villa. -.-
"I was defending my religion, because David Villa insulting Islam!-- Mesut Ozil"
Ayat diatas merupakan kata-kata Mesut Ozil. Kalau yul pon marah jugak! Tiba-tiba agama dibabitkan sekali didalam sukan. Apa kena mengena agama di dalam Sukan? Kalau tak suka tu, tak payah la nak babitkan sekali. Walaupon kita dikenali orang ramai, tapi tak seharusnya kita melibatkan agama didalam sukan. Kerana mulut, badan binasa. Teringat lagi kes "Zidane" dahulu yang pernah menjadi kontroversi kerana menanduk Marco Materazzi pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2006 yang berkesudahan Perancis tewas ditangan Italy. Kes tu pon hampir serupa  dengan apa yang berlaku baru-baru ini. 


Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Yul semakin membenci David Villa, Barcelona, Spain dan sekutu dengannya. Apa pon, kita perlu utama pemain orang Islam, bukan pemain bintang tetapi tidak mempunyai adab! 

Read more...

(Video) Highlight Gol Perlawanan Manchester United VS Manchester City | Keputusan Perlawanan Piala Perisai Komuniti (Community Shield) 3-2

Monday, 8 August 2011

Tadi yul tak sempat nak menyaksikan secara live perlawanan Manchester United menentang Manchester City. Yul tahu kemenangan mereka pon melalui laman sosial internet. Apa-apa pon tahniah kepada pasukan Manchester United kerana telah berjaya mengalahkan Manchester City. Tahun ini, Manchester United sekali lagi berjaya merangkul piala Subangsih.


Nani, Manchester United


Ulasan ringkas perlawanan
Pada separuh masa pertama, Manchester City telah menjaringkan 2 gol hasil jaringan Joleon Lescott pada minit ke-38 dan Edin Dzeko pada minit ke-45. Namun, Manchester United telah bangkit  dengan menyamakan kedudukan 2-2 setelah ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama. Chris Smalling menjaringkan gol pada minit ke-52 dan Nani pada minit ke-58 sebelum melengkapkan kemenangan ke atas Manchester City 3-2 hasil jaringan Nani lagi pada minit ke-93 sekaligus memenangi Perisai Komuniti di Stadium Wembley 
Berikut adalah video highlitght gol perlawanan Manchester United VS Manchester City.
Video: Manchester City 1-0 Manchester United | Gol Joleon Lescott 38′


Video: Manchester City 2-0 Manchester United | Gol Edin Dzeko 45′


Gol Kemenangan Manchester United (Jaringan Nani m-93)

Apa-apa pon, Manchester dah menunjukan prestasi yang baik untuk musim baru ini. haha. GGMU <3

Read more...

Kontroversi Iklan Ramadhan 8TV Berunsur Perkauman | Video Iklan Puasa 2011 TV8 Yang Biadap

Thursday, 4 August 2011

Tahun lepas kumpulan Media Prima menerima kritikan dan tohmahan menerusi iklan raya TV3 yang ditayangkan, kini giliran 8TV pula menerima nasib yang sama apabila iklan puasa 2011 daripada 8TV mendapat bantahan daripada masyarakat. Stesen TV Tempatan(kumpulan Media Prima), 8TV telah menarik balik iklan Puasa 2011 yang dikatakan mempunyai kontroversi oleh sesetengah pihak ketika di keudarakan sewaktu slot berita utama 8TV beberapa hari yang lalu.



Yul kongsikan sekali video iklan kontroversi TV8 tersebut yang dikatakan biadap.

Iklan yang mempunyai tiga segmen yang berbeza-beza berdurasi 30 saat setiap satu mempunyai maksud yang tersendiri sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat di Malaysia. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya jalan cerita iklan tersebut menunjukkan seorang gadis cina berkelakuan tidak sopan (iklan segmen pertama), makan di khalayak ramai yang majoritinya orang Islam ketika membeli-belah di sebuah pasar ramadan(iklan segmen kedua) dan menunjukkan dia memakai blaus tanpa lengan dan mengangkat tangannya sehingga menyebabkan seorang ayah terpaksa menutup mata anak remaja lelakinya(segmen ketiga). Iklan tersebut berakhir dengan dua orang lelaki yang memakai baju Melayu dan seorang wanita memakai baju kurung memberi nasihat umum agar janganlah bersikap keterlaluan di bulan Ramadan.


Masa mula-mula yul melihat iklan ini pun tidak nampak ianya mempunyai unsur rasis. Tiada sentimen menghina seperti yang dikatakan. Cumanya pelakonnya sahaja berbangsa Cina. Ini kerana kalau dilihat kepada sasaran penonton 8TV selama ini memang majoritinya berbangsa Cina. Jadi memang sesuailah kan? hehe. Tapi bagi yul, sesiapa pon pelakonnya, tak perlulah kita memperbesarkannya. Paling penting sekali ialah mesej apa yang ingin disampaikan. Janganlah kita melihat daripada apa yang kita nampak, tetapi lihat dan pandanglah dengan mata hati nasihat yang ingin disampaikannya itu. Kita ambil yang jernih buang yang keruh. 


Sememangnya ia adalah iklan yang berniat baik iaitu berunsur nasihat, namun malangnya ianya dibuat tanpa mengambil kira akibat dan kesannya kepada satu pihak lagi iaitu kaum yang dijadikan 'contoh' sebagai berkelakuan tidak senonoh di bulan puasa. Walaupon niat sebenar pihak 8TV itu baik dan berunsur membimbing, tetapi pelaksanaannya menjadi tidak baik kerana penerbit iklan serta stesen televisyen tersebut tidak peka dan mengambil kira sensitiviti bangsa lain ketika membuatnya.


Tahun lalu, TV3 juga menyiarkan iklan yang turut mencetuskan kontroversi menjelang sambutan raya. Iklan tersebut memperlihatkan bagaimana sekumpulan kanak-kanak yang bergembira hendak menyambut hari raya dibawa menaiki kereta rusa seperti dalam kisah-kisah Santa Klaus.


Sepatutnya Media Prima perluh mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku ini. Seharusnya mereka perlu peka dan teliti dengan sesitiviti bangsa di Malaysia ini. Jadikan ianya pengajaran dan jadikannya iktibar. Jangan pula ianya terjadi lagi buat kali ketiga di masa hadapan. 

Read more...

Isu 'KFC.. Aksi Panas Cook' | Penjelasan KFC Malaysia Mengenai Video Tersebut

Wednesday, 6 July 2011

Rasanya ramai yang dah tengok video pekerja KFC yang melampau tu kan? Masak ayam goreng dengan mengesat ayam tersebut di tapak kasut sebelum menggorengnya. Dan yang terbaru, pekerja KFC memerah air kain lap kotor didalam dapur. Perisa baru kew? Nak cakap Original bukan. Spicy pon bukan juga. haha. Sungguh biadap perbuatan mereka. Hampir kesemua blog-blog memaparkan kisah tersebut. Jadi, yul nak kongsikan kepada anda semua kisah yang sama juga mengenai paparan video tersebut dan juga penjelasan daripada pihak KFC Malaysia.


Versi Pertama

Versi Kedua



Berikut adalah penjelasan KFC Malaysia mengenai Video berkenaan:
Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan seranga terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.


Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.


Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.


KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.


Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.


Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd
Sumber : KFC MALAYSIA

Yul percaya, bukan setakat pekerja KFC je yang berani melakukan hal yang sedemikian. Lebih ramai lagi pekerja-pekerja dibahagian kitchen yang diluar sana melakukan perkara yang tidak senonoh seperti video tersebut. Bahkan lagi dahsyat daripada video nie. Tapi bukan semua yang melakukan perkara yang biadap tu. Hanya sesetengah golongan yang terpencil sahaja.


Bagi penggemar makanan KFC, sekarang nie anda tidak perlu risau atau pon berasa was-was untuk makan di KFC. Dah jelas dah pon dengan kenyataan diatas. Yul tak berapa minat sangat nak makan makanan fast food nie. Sebab banyak keburukannya. Perkara-perkara yang tak disangka pon boleh berlaku. Lebih elok sekiranya kita membuat sendiri dengan menggunakan tepung goreng. Lagi TERJAMIN, SELAMAT dan yang penting sekali HALAL. 

Read more...

Aku Permata - Salma Mentor 5 (Lirik Lagu, Mp3, Video, Download)

Tuesday, 24 May 2011



Lagu yang bertajuk Aku Permata akan dinyanyikan Salma pada Konsert Akhir Mentor 5.

Penyanyi : Salma Mentor 5
Mentor : Erra Fazira
Lagu : Aku Permata
Komposer : Taja ( Meet Uncle Hussain )





Lirik lagu Aku Permata – Salma Mentor 5 TV3

Terdampar jauh dihempas badai kuhanyut 

Hati merintih terkunci mulut membisu 
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya 
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata 
Apa yg terjadi ada hikmah sebaliknya 
Kuberanikan diri menongkah arus yang deras 
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur 
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula 
Tuhan, hanya engkau mengerti 
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit 
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah 
Tinggallah memori terpahat di dalam dada 
Terjawab sudah segalanya

Aku hanya ingin merasa 
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan 
Tuhan hanya engkau mengerti 
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur 
Kan ku tetap berdiri teguh 
Ku bangkit semula 
Hanya titipkanlah doa 
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar


Bagi yang ingin download mp3 lagu terbaru Salma, anda boleh klik muat turun sekarang di kotak bawah.

Download
Salma Mentor 5- Aku Permata.mp3

Read more...

Presiden Obama Is Dead? Memang Fail! | Video

Wednesday, 4 May 2011

Kematian Osama Laden benar-benar menggemparkan seluruh manusia didunia. Sesuatu diluar jangkaan. Bahkan ada sesetengah penduduk yang meraikan kematian Osama. Tetapi adakah benar yang kononnya Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama juga turut meninggal dunia? Berita kematian tersebut telah heboh di sejumlah media luarnegara seperti Fox News dan juga Metro TV. Begitu susahnya membezakan nama Osama bin Laden dan Presiden Barack Obama. Cuba korang dengar betul-betul apa yang pembaca berita tu katakan. 


Presiden Obama is in  Fact dead. haha

Kesalahan ini dilakukan oleh sejumlah media seperti Fox News dan Metro TV. Pembaca berita tersebut mengatakan bahawa Obama sudah disahkan mati. Nasib baiklah dia dapat 'cover' balik kesalahan bacaanya tu. Haha.

Read more...

Sinopsis Dan Trailer Filem KL Gangster | Bakal Ditayangkan 9 Jun 2011

Sunday, 24 April 2011

Adakah KL Gangster? KL Gangster merupakan filem di bawah arahan Syamsul Yusof keluaran Skop Production Sdn. Bhd. Filem ini bakal ditayangkan pada 9 Jun 2011. Berdurasi selama 81 Min. Dibarisi dengan pelakon-pelakon yang mantap iaitu  Aaron Aziz sebagai Malik, Syamsul (Shark), Adi Putra (Jai), Soffi Jikan (Ajib), Adam Corrie (Dragon), Ridzuan Hashim (King), Zizan Raja Lawak (Fadil) dan Sheera Iskandar (Zati) 






Berikut adalah sinopsis cerita tersebut.
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".
Trailer KL Gangster 2011

Tengok trailer dia macam gempak je kan? Pukul sampai darah keluar menyembur-nyembur dari mulut. Macam cerita crows Zero pon ada jugak. haha. Antara filem KL Gangster VS Kongsi, mana yang lebih best erk? Tak sabar nak tonton filem nie. Nantikan 9 Jun ini.

Read more...

Lirik Lagu Pengganti-Estranged | Lagu Terbaru Mp3 & Video

Wednesday, 20 April 2011

Pengganti merupakan Single terbaru Estranged yang baru je selesai menerbitkan video klip. Video klip "Pengganti" merupakan kerjasama di antara Estranged dengan Playhouse-Pictures dan Asia-Pacific Videolab (APV). Penggambaran video klip tersebut mengambil masa 18 jam di sebalik sebuah 'green screen'. Sementara kerja-kerja pasca-produksi menelan masa selama dua bulan.


Sedikit info mengenai video tersebut.

Penggambaran video klip tersebut sepatutnya dijalankan pada Januari lalu. Tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan Estranged gagal menemui pengarah video yang sesuai, mengikut citarasa mereka yang dapat menyampaikan mesej lagu dari segi 'storyboard' dan konsep. Sehinggalah mereka ditemukan dengan Cheong dari Playhouse-Pictures.
Lirik Lagu Pengganti- Estranged

Día sebaris, tenggelam
Dan wujud hanya di dalam
Ku tau kalau sebenar

Tercipta kerana
Ku masuk dan keluar
Kau tau kalau sebenar

Beralih oh dari kenyataan
Terjaga tapi seperti masih bermimpi

(Korus)
Oh… aku tetap
Tersinggah di haluanmu
Dan serelanya
Oh… selamatkannya
Walaupun ditanya
Syurga jelas dia pengganti

Mindaku pun berkata
Soallah jawapanmu
Tau yang ianya salah
Diriku berbalas
Berani menjawab semua
Dan tau apa kena

Oh teringat yang aku takkan hilang begitu saja
Ditangguh terlalu lama oh.oh

(Ulang Korus)

Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Nanana na na nanana na

Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Nanana nanana nanana na

Oh… selamatkannya
Dan oh relakanlah
Oh… selamatkannya
Walaupun ditanya
Syurga jelas dia pengganti

Oh… selamatkannya
Walaupun ditanya
Syurga jelas dia pengganti
Pengganti


P/S: Apa-pon, gua layan je, ahaha. Amacam? Best tak single terbaru dieorang nie? 

Read more...

Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit - Teaser Promo

Monday, 18 April 2011

Tengok teaser promo je dah best dah, padahal baru sikit je. Tak sampai 4 minit pon. Bile lah kan nak kuar filem Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit nie. Tak sabar pulak nak menontonnya. Sinopsis filem nie pon tak keluar lagi. 


Afdlin Shauki berlakon dalam filem nie
masih mengekalkan tempat lama, warung pak jabit
permulaan cerita- mesti awie baru sampai ke kampung pisang
Teaser Promo- Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit.



P/S: Rasanya awal tahun depan kot baru keluar filem nie.

Read more...

Konsert Ke-3 Mentor Musim Ke-5 Kumpulan A | Ratnah Juara Minggu Ke-6

Sangkaan yul juara mentor pada minggu ini meleset. Ingatkan Shiha yang menang. Rupanya Ratnah pulak yang jadi juara. Tak sangka pula, Ratnah telah mendapat markah tertinggi pada konsert mentor 5 minggu ke 6 nie. Peningkatan yang amat drastik! Saingan menjadi semakin sengit dan bahang sudah pon dirasai. Segala usaha, penat lelah Ratnah pada malam ini telah pon membuahkan hasil. Apa-apa pon tahniah kepada Ratnah!

Ratnah berjaya mencapai malam ini sesuatu yang menakjubkan. Selepas dua konsert, Ratnah berada di kedudukan tercorot dengan 78 markah berbanding Shiha dan Ayish yang masing-masing mempunyai 127 dan 103 markah pada minggu sebelum ini.

Tetapi berbekalkan usaha Ratnah sendiri dan mentornya, Afdlin Shauki, Ratnah telah berjaya membuat satu 'comeback'. Sekaligus mengenepikan Ayish dan merapatkan jurang markah diantara dirinya dan Shiha.

Bagaimanapun Ratnah akui selepas konsert dua minggu lepas dimana dia sekali lagi menduduki tangga terbawah, selama dua hari selepas itu dia dibelenggu perasaan kecewa.

Minggu lepas kumpulan B menyanyikan lagu bertemakan rock, minggu ini pula mereka menyanyikan muzik era 70-an & 80-an.


1. Shiha - Power of Love & Crazy in Love 
2. Shiha - Dari Kerana Mata (duet bersama Salleh Yaacob)

3. Ratnah - Makhluk Tuhan Paling Seksi & Kesal
4. Ratnah - Raja Gelek & Che' Mek Molek (duet bersama One Nation Emcees)
5. Ayish - Lagu Kita
6. Ayish - Katakanlah & Menunggu Nasi Minyak (duet bersama Uji Rashid)


Yang mana tak dapat tengok siaran semalam, boleh lah tengok siaran ulangan nie. Video ulangan nyanyian Ratnah berduet bersama One Nation Emcess - Raja Gelek & Che' Mek Molek yang telah berjaya memukau penonton.



Minggu sebelum ini, Ratnah telah mendapat markah tercorot pada konsert yang lepas. Tapi kali ini, Ratnah telah mendapat markah tertinggi menewaskan Shiha dan juga Ayish. Berikut adalah senarai markah keseluruhan mereka semasa.



Kumpulan A
Shiha: 190
Ayish: 148
Ratnah: 154



Kumpulan B
Salma: 157
Iqa: 111
Aiman: 91

Peningkatan yang amat ketara jelas kelihatan. Ratna telah berjaya menewaskan protege-protege yang lain pada minggu ini. Harap-harap minggu yang akan datang, tak lah kecundang. huhu.

Read more...

Aiman Mentor Musim Ke 5 Bercinta Dengan Shiha?

Monday, 11 April 2011

Kecoh! ada sesetengah pihak yang mendakwa Aiman sebenarnya tak boleh menyanyi tetapi berjaya masuk ke program realiti Mentor. Sekadar mengharapkan rupa saja. Nyanyian dia pada minggu yang lepas juga amat mengecewakan. Betul kew dia tu tak boleh nyanyi?  Bagi yul suara dia ok je kot. Tapi tak ada lah sehebat mana pon. Dia boleh menyanyi, cuma lagu yang dibawakan je tak sesuai dengan suara die tu seperti di minggu yang lepas yang membawa lagu rock. Aiman sesuai menyanyikan lagu yang bergenre pop-pop
Aiman tak kisah
;)
Aiman dan Shiha
Baru-baru nie hangat diperkatakan yang kononnya aiman bercinta dengan Shiha. Betul kew? Bukan mudah apabila memiliki paras rupa cantik dan kacak. Lebih-lebih lagi apabila muncul dalam program realiti. Inilah nasib Aiman dan Shiha yang digandingkan sebagai pasangan duet dalam Konsert Mentor 5 baru-baru ini.


Aiman dan juga Shiha digandingkan bersama dalam menyanyikan lagu berduet mereka yang bertajuk aku dan dia(Ari Lasso feat Bunga Citra Lestari) pada konsert minggu ke 3. Dari pemerhatian yul sendiri melihat aksi mereka bernyanyi diatas pentas, ternyata mereka sangat serasi dalam menyanyikan lagu tersebut. Seolah-olah sepasang kekasih yang sedang bercinta. Pasangan ini tampak sangat cocok digandingkan bersama. "Sama cantik, sama padan."

Read more...

Konsert Mentor Musim Ke-5 Kumpulan B | Salma Juara Minggu ini

Kalau dilihat dari persembahan minggu kedua kumpulan B, nampaknya Salma masih menerajui ditempat pertama. Iqa dan Aiman masih lagi ketinggalan dibelakang Salma.
kumpulan B
Masa nyanyian pertama tu, yul lihat Iqa dan Salma yang paling menyerlah. Aiman kurang menonjol sedikit disebabkan lagu yang dibawanya kurang bersesuaian dengan dirinya. Tapi lagu kedua dia yang bertajuk aku dan dia berduet bersama protege dari kumpulan A, Shiha memang best. 
Salma dan Ratna
Salma menyanyikan lagu Bukan Milikmu Lagi dan juga lagu Rama-rama(Ella) berduet bersama Ratna. Mantap! Mas Idayu juga memuji Salma kerana mempunyai suara yang hebat.
Iqa
Iqa menyanyikan 2 buah lagu rock, Sejati-Wings dan juga Bujang Senang. Best jugak ah die nyanyi. Lagu sofea Jane (black mentor3) dinyanyi bersama oleh Ayish.
Aiman
Aiman tu boleh tahan la, cuma dia tak sesuai nak menyanyikan lagu rock je. Tapi lagu dia yang kedua bertajuk 'aku dan dirimu' nyanyian asal Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari tu memang best. Suara dia memang sesuai menyanyikan lagu yang berirama slow-slow macam tu. Aiman berduet bersama Shiha.  


Kali ini, mas idayu telah menjadi juri jemputan pada minggu ini. 


Masa persembahan khas pada penutup tu, Mas idayu telah menyanyikan tiga buah lagu berduet bersama-sama protege-protege dari kumpulan B. Kehadiran Black, Juara mentor ke 3, yang mengkritik Mentornya lagilah mencuit hati penonton.


Markah keseluruhan setakat nie
Kumpulan A
Shiha: 127
Ayish: 103
Ratnah: 78
Kumpulan B
Salma: 157
Iqa: 111
Aiman: 91
P/S: Yul rasa Juara pada musim nie Salma yang menang kot.huhu. Apa pendapat korang pulak? 

Read more...

Usop Wilcha / Shy8 Bapa Saudara Scha Al-Yahya?

Thursday, 7 April 2011

Khabarnya Shy8 merupakan bapa saudara Scha Al-yahya. Benarkah? Kesasihan berita tersebut terbongkar. Shy8 telah pon dijemput ke rancangan Fuhhh! di tv3 pada siaran pukul 11 semalam. Rancangan Fuhh! yang dikendalikan oleh Awal Ashaari juga dihadiri pelakon Scha Al Yahya.


Dalam rancangan tu, si Awal Ashari nie koreklah rahsia si buah hatinya. Siapa lagi kan kalau bukan Scha Al Yahya tu. Banyak jugak Awal Ashari mengorek rahsia Scha Al-Yahya dari si Ucop Wilca@shy8. Shy8 nie ceritalah macam mana perangai si Scha pada waktu dizaman muda-muda dahulu. Shy8 mengatakan yang Scha semasa kecil-kecil dulu suka menangis. Tersipu-sipu malu Scha bila ayah saudaranya membongkar perihal kelakuan anak saudaranya itu. 




Scha paling rapat dengan abang sulong beliau dan Shy8 sempat kata yang si Scha nie bukan lah seorang yang tomboy. Siapa kata beliau tomboy nie?


Mana yang tak dapat tengok siaran yang lepas tu boleh tengok video kat bawah nie. Siaran ulangan je :)





Read more...

Usop Wilcha Layak Jadi Pemenang ABPBH 2010?

Monday, 4 April 2011

Kemeriahan malam kemuncak ABPBH 2010 yang dilangsungkan di Genting Highland,semalam, masih terasa lagi kehangatannya sehingga kehari ini. Kehadiran Usop Wilcha bersama Abi yang mengadakan persembahan khas pada pengumuman Bintang Paling Popular 2010 menggamatkan lagi suasana pada malam tersebut.


Mencuit hati
Paling mendapat perhatian
Lenggekan tangan
wow! banyak betul para penonton yang meniru aksi Usop
Usop Wilcha dan juga Abi (Johan) telah berjaya memecahkan suara penonton di Area of Stars, Genting Highland dengan lawak spontan mereka. Yul pon terguling-guling menahan gelak, lagi-lagi ketika Usop Wilcha bangun daripada wheelchair dia. Wilcha sinonim dengan wheelchair.

Dalam banyak-banyak acara, rasanya bahagian pengumuman Bintang Popular yang paling meriah. Kelainan ditonjolkan dalam tahun ini dengan persembahan yang cukup menarik, tidak seperti musim-musim yang lepas. Malam berprestij itu tidak cukup meriah tanpa kehadiran mereka berdua, usop dan abi.

Selepas menutupacara ABPBH 2010 berbagai-bagai reaksi dari penonton. Gaya Usop yang berlakon di filem Hantu Kak Limah Balik Rumah menjadi ikut-ikutan masyarakat kini. Sehinggakan beberapa facebook fanpage telah banyak dibuat mengenai beliau. Cecite-cecite.. Apa-apapon memang terbaiklah mereka! Kita bakor je! hahaha

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP