Suka!

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

(GAMBAR) Safee Sali Jalani Latihan Di Cardiff City | Safee Sali Pikat Hati Jurulatih

Friday, 16 September 2011

Gambar Safee Sali ketika menjalani sesi latihan di Cardiff City.

Alhamdulillah, kecederaan yang Safee sali alami telah pon beransur pulih. Perkembangan Safee semakin positif dan beliau sudah dapat menyesesuaikan diri dengan suasana latihan dan rakan-rakan pasukan.


Kecederaan semasa menjalani latihan bersama Cardiff City sebelum ini telah menyebabkan Safee Sali kurang selesa, terutamanya semasa melakukan percubaan jaringan, selain turut menganggu konsentrasi penyerang prolifik itu semasa cuba mengatasi asakan pemain pertahanan sehingga menyebabkannya terpaksa berehat seketika sebelum kembali menyambung sesi latihan.



Masalah tersebut bagaimanapun ternyata tidak menghalang Safee daripada mempamerkan aksi yang terbaik apabila masih berjaya menjaringkan satu gol semasa sesi latihan itu. Malah, pengendali Bluebirds, Malky Mackay juga sudah pasti tidak memandang keupayaan Safee ‘sebelah mata’ apabila tonggak kebangsaan itu mula mendapat liputan meluas media tempatan yang menggelarkannya ‘David Beckham Malaysia‘ sebaik menjejaki bumi England baru-baru ini.

Read more...

(Video) David Villa Kutuk Islam - Mesut Ozil (Barcelona VS Real Madrid) | David Villa Mencetuskan Kemarahan Umat Islam

Thursday, 18 August 2011

Perlawanan yang penuh beremosi antara pasukan real madrid dan juga barcelona yang berlangsung semalam mencetuskan ketegangan antara kedua pasukan. David Villa mungkin mencetuskan kemarahan umat islam apabila dia menghina agama islam semasa perlawanan antara Barcelona vs Real Madrid yang dimenangi oleh Barca dengan keputusan 3-2. Perlawanan . Yang parahnya lagi, David Villa mengatakan sesuatu yang menghina islam terhadap Mesut Ozil.

Pertengkaran antara Mesut Ozil dengan Villa bermula apabila pemain Real, Marcelo membuat terjahan keras kepada pemain Barca iaitu Fabregas. Selepas itu, kesemua pemain campur tangan sehingga Villa mengeluarkan kata-kata yang menghina agama Islam. Ozil yang berang tindakan Villa itu terus bertengkar dengan Villa. Berita lanjut boleh pergi ke blog warta sukan.


Yul paparkan sekali video pergaduhan tersebut. Mesut Ozil kelihatan begitu marah ketika



Cube tengok Mesut Ozil pada saat ke 0.36s. Mesut ozil hanya berdiri disitu tidak melakukan apa-apa. Tetapi, tiba-tiba David Villa datang dan menampar Mesut Ozil yang berada disitu. Sabar je lah. Kesian yul melihat Mesut Ozil.
Yul print screen beberapa komen di youtube daripada pengguna youtube yang mengutuk kebiadapan David Villa. -.-
"I was defending my religion, because David Villa insulting Islam!-- Mesut Ozil"
Ayat diatas merupakan kata-kata Mesut Ozil. Kalau yul pon marah jugak! Tiba-tiba agama dibabitkan sekali didalam sukan. Apa kena mengena agama di dalam Sukan? Kalau tak suka tu, tak payah la nak babitkan sekali. Walaupon kita dikenali orang ramai, tapi tak seharusnya kita melibatkan agama didalam sukan. Kerana mulut, badan binasa. Teringat lagi kes "Zidane" dahulu yang pernah menjadi kontroversi kerana menanduk Marco Materazzi pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2006 yang berkesudahan Perancis tewas ditangan Italy. Kes tu pon hampir serupa  dengan apa yang berlaku baru-baru ini. 


Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Yul semakin membenci David Villa, Barcelona, Spain dan sekutu dengannya. Apa pon, kita perlu utama pemain orang Islam, bukan pemain bintang tetapi tidak mempunyai adab! 

Read more...

Khairul Fahmi Che Mat @Apek Putus Tunang Dengan Elia Adalah Palsu | Pergolakan hubungan KFCM

Monday, 1 August 2011

Semalam Khairul Fahmi Che Mat ada mengulas di keratan akhbar tempatan yang kononnya dia sudah tidak bersama dengan tunangnya lagi (Elia). Yul pon terkejut jugak membacanya. Mana taknya, mereka baru sahaja mengikat tali pertunangannya pada Mei yang lepas. Tak sampai 3 bulan lagi mereka sudah dikatakan putus setelah ada gosip-gosip yang mengatakan bahawa Khairul Fahmi@Apek mempunyai hubungan skandal dengan Dahlia Teck.


Tinggal kenangan. 
sumber gambar : Blog Jejari Runcing
Yang peliknya lagi, bahawa Elia tidak pernah tahu dan menafikan bahawa Khairul Fahmi memutuskan pertunangannya. Elia tahu pon selepas dia membaca di keratan akhbar semalam dan mengulas kepada media hari ini(semalam) mengenai dakwaan tersebut. Yul agak pening yang manakah kesasihan berita pergolakan mereka berdua ini. 


Pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu. Yang meburukan keadaan lagi apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya untuk menyelesaikan masalah mereka berdua.


Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain. Adakah Dahlia Teck yang dimaksudkan oleh Elia itu? Wallahualam.


Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia). Namun, Elia hanya mendiamkan diri kerana ingin memberi masa kepada Khairul Fahmi untuk memulihkan keadaan.


Elia begitu kesal melihat tindakan Khairul Fahmi yang memutuskan pertunangan kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.


Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini.


Walau apa-apa pon, diharapkan Elia terus bersabar menghadapi dugaan ini, Andai kata satu hari nanti korang berdua tiada jodoh, itu semua telah ditakdirkan oleh Allah yang maha esa. Anggap je lah ianya adalah salah satu dugaan. Tapi Yul berharap sangat-sangat agar hubungan mereka kembali pulih seperti sebelum ini. Sama-samalah kita berdoa, agar kedua pasangan ini dapat bersatu kembali.

Read more...

(Live)Siaran Langsung Perlawanan Bola Sepak Malaysia VS Singapore | Live Stream Malaysia lawan singapura 28 Julai 2011

Thursday, 28 July 2011

Sebelum ini, Malaysia telah tewas di tangan Singapura pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 dengan keputusan 3-5 di tempat lawan. Kini, giliran Singapura pula bertandang ke Malaysia untuk perlawanan timbal balik ini.


Perlawanan timbal balik diantara kedua pasukan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Julai 2011(malam ini) jam 8.45 malam waktu Malaysia. Perlawanan ini juga akan ditayangkan di televisyen di saluran RTM dan Astro Arena.





Bagi yang tak dapat tengok di Stadium, mahupon di kedai mamak or ape-ape jelah. Tidak perlu risau lagi,
disini yul akan kongsikan sekali video live stream secara langsung bola sepak Malaysia lawan Singapore.



Stream videos at Ustream


Kalau tak dapat dimainkan, korang boleh pergi ke link bawah ini, untuk menyaksikan perlawanan secara live.
http://www.yycast.com/p2pstationnet

Harap-harap ianya bermanfaat kepada korang semua. Anyway, gud luck to them! Semoga Harimau Malaya beraksi dengan baik dan tidak menghampakan kami sebagai peminat bola sepak tanah air. Yul juga berharap agar Harimau Malaya dapat mengalahkan Singa dengan keputusan yang membanggakan seterusnya menuju ke pusingan seterusnya. huhu.


P/S: Kongsikan difacebook supaya rakan-rakan korang yang lain dapat menonton bersama-sama perlawanan terpenting ini Malaysia lawan Singapura!

Read more...

Keputusan Perlawanan Malaysia VS Chelsea | Highlight Gol Kontroversi Sepakan Percuma Didier Drogba

Friday, 22 July 2011

Tahniah diucapkan kepada pasukan Chelsea kerana telah berjaya menewaskan Malaysia dengan 1 gol jaringan sahaja. Gol kemenangan The Blues itu dijaringkan oleh Didier Drogba pada minit ke-79 hasil sepakan tendangan percuma. Berbeza dengan perlawanan kelab eropah seperti Arsenal dan juga Liverpool yang menentang Malaysia sebelum ini, mereka meratah Malaysia dengan keputusan yang amat mendukacitakan.

Pada masa babak pertama, Malaysia agak kurang menyerlah dan berjaya mengikat chelsea tanpa jaringan sehingga habis separuh masa pertama. Corak permainan jugak agak rancak. Pada babak kedua pula, Malaysia bermain lebih aggresif dan beberapa kali cubaan dan peluang yang nyaris masuk ke pintu gol gawang lawan. Masa tu, chelsea dah goyang jugak dah. Tetapi malangnya, keputusan seri 0-0 tersebut hanya mampu bertahan sehingga pada minit ke 78 sahaja kerana Chelsea telah berjaya membolosi gol gawang Malaysia hasil sepakan percuma Didier Drogba. Malaysia terus mengasak dan mengasak pasukan lawan. Keputusan terus 0-1 sehingga tamatnya perlawanan. Harimau Malaya skuad olimpik mampu membuktikan yang mereka bukanlah calang-calang pasukan. huhu. Farizal Marlias merupakan antara penyumbang terbesar kepada kejayaan pasukan Malaysia pada perlawanan tadi.


Ok, disini, yul paparkan sekali video highlight ulang tayang gol tersebut. malas nak cakap banyak, korang lihat je lah highlight nie ye :)


Video Malaysia 1st Half Highlight






Berikut adalah gol sepakan percuma hasil jaringan Didier Drogba yang dikatakan menjadi kontroversi.


Video Highlight pemain Malaysia yang nyaris sahaja menjaringkan gol. Tapi sayang, mungkin tak ada rezeki lagi :(

Sumber Video : Sokernet
Cube korang perhatikan dengan teliti. Bagi yul, gol tersebut memang jelas kelihatan tidak melepasi garisan tersebut. Pengulas nie pon cakap 'not over the line'. Yul malas nak cakap banyak, cume tak berpuas hati je dengan keputusan yang diberikan. Seolah-olah memihak kepada pasukan the blues.


Apa-apa pon, pasukan bimbingan Ong Kim Swee memang terbaik! Macam-macam skill pemain Malaysia yang mereka tonjolkan. Macam tak percaya je yang Malaysia mampu berbuat demikian menentang pasukan kelab ternama eropah. hoho. Lepas nie giliran Harimau Malaya bimbingan rajagobal pula meratah pasukan Singapura. Harap-harap mereka berjaya pada sabtu ini.


P/S: Malu la chelsea cuma dapat jaringkan 1 gol je, huhu

Read more...

Live Streaming Malaysia Vs Liverpool 16 Julai 2011 | Siaran Langsung Bola Sepak Asia Tour

Friday, 15 July 2011

Perlawanan persahabatan yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat bola sepak tanah air,  antara pasukan Malaysia menentang pasukan Liverpool. Perlawanan ini merupakan perlawanan kedua Jelajah asia 2011 selepas Arsenal mengunjung Malaysia kelmarin. Perlawanan yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dilangsungkan pada pukul 5.45 petang waktu Malaysia. Jadi, kepada anda semua, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan perlawanan penting ini. Bukan senang dapat melihat Malaysia beraksi menentang salah satu pasukan kelab terkuat eropah. Lagi-lagi kelab tersebut mempunyai ramai pemain bintang yang rata-ratanya dikenali seluruh dunia.

Adakah nasib Malaysia sama seperti perlawanan sebelum ini yang tumpas dengan pasukan Arsenal? Lepas nie, berapa pula Liverpool dapat menyumbat gol ke gawang Malaysia? I don't think so. hehe. Tapi, Harap-harap selepas ini Malaysia tidak akan mengecewakan para penyokong lagi kali ini. Yang pastinya Harimau Malaya pasti akan mengaum! Jangan sangkakan Harimau Malaya mempunyai taring tetapi tidak mengancam. Kepada penyokong-penyokong pasukan Liverpool tu, tunggu je lah nanti ye. Pastinya Harimau Malaya akan membaham dan meratah pasukan ayam tu. hehe. :P


Anda juga boleh menonton melalui televisyen di Astro Arena 811 atau pon  Sport 811. Sekiranya rumah anda tidak mempunyai sebarang astro mahupon parabola. Anda juga boleh menonton Live Streaming melalui internet. Tapi tu bergantung dengan kelajuan internet anda. Sekiranya internet anda lembab, memang sangkut-sangkut lah videonya. 




Video live streamingnya akan boleh dimainkan 30 minit sebelum perlawanan bermula. Pukul 5.15 - 5.30 petang pada 16 julai 2011 baru boleh tekan butang play. Tunggu..
Jangan lupa untuk hebahkan kepada rakan-rakan anda untuk menyaksikan bersama-sama :)

Read more...

Keputusan Penuh Perlawanan Antara Malaysia VS Arsenal - Asia Tour 13 Julai 2011 | Ramalan Anda?

Tuesday, 12 July 2011

Pastinya rakyat Malaysia tertunggu-tunggu perlawanan antara pasukan kebangsaan, Malaysia menentang pasukan kelab antarabangsa, Arsenal esok. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada jam 8.45 malam. Bagi yang duduk berhampiran tu boleh lah pergi. Bukan senang nak menyaksikan perlawanan secara LIVE Malaysia menentang pasukan kelab yang terkenal(Arsenal). Asyik tengok kat televisyen je kan? Sekali-sekala apa salahnya. hehe. Yul tak berapa minat sangat dengan Arsenal nie, sebab pasukan yul tahun nie tak datang Malaysia. (Manchester United). Tapi yul tetap nak kongsikan juga kepada anda semua mengenai perlawanan nie. Maklumlah, Malaysia merupakan pasukan kebangsaan kita yang perlu kita sokong! huhu.
.
Disini yul kongsikan sekali senarai pemain-pemain Arsenal yang bakal diturunkan.
Wojciech Szczesny
Vito Mannone
Sebastien Squillaci
Johan Djourou
Kieran Gibbs
Carl Jenkinson
Laurent Koscielny
Andrey Arshavin
Marouane Chamakh
Ryo Miyaichi
Armand Traore
Thomas Vermaelen
Bacary Sagna
Theo Walcott
Alex Song
Jack Wilshere
Tomas Rosicky
Denilson
Aaron Ramsey
Emmanuel Frimpong
Samir Nasri
Carlos Vela
Robin van Persie
Fabregas yang berkemungkinan pindah ke Barcelona tidak dapat diturunkan akibat kecederaan di peha yang dialaminya.

Khabarnya, Safee Sali tidak akan diturunkan akibat kecederaan yang beliau alami. Mujurlah penjaga gawang Malaysia, Khairul Fahmi telah pulih dari kecederaan di bahu kanan setelah dirempuh pemain lubnan ketika beraksi mewakili skuad olimpik dalam pusingan kedua, dan akan diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Arsenal.


Rekod Perlawanan
Untuk rekod perlawanan antara kedua pasukan ini, Malaysia pernah berjaya mengalahkan Arsenal pada kunjungan pertama Arsenal di Malaysia pada 13 Mei 1975 menerusi jaringan Dato Mokhtar Dahari. Arsenal sekali lagi berkunjung ke Malaysia pada tahun 1999 untuk membalas dendam apabila menewaskan Malaysia 2-0 jaringan Anelka dan Petit di Stadium Bukit Jalil, 12 tahun yang lepas.


Agak-agak, siapakah yang akan menjadi juara? Bolehkah Malaysia mengalahkan Arsenal. Kalau melihat dari segi prestasi dan juga kualiti pemain, jelaslah bahawa Arsenal yang akan menguasai dan mengungguli permainan. Pemain mereka semua hebat-hebat belaka. Yul rasa Malaysia akan tewas menentang Arsenal dengan keputusan 3-1. Anda pula bagaimana? Kalau Malaysia dapat menjaringkan gol tu pon dah cukup hebat. Bukan senang nak lawan pasukan Arsenal nie. Sekiranya Malaysia berjaya mengalahkan Arsenal, memang terbuktilah ngauman harimau malaya semakin garang.


Lepas nie Malaysia akan menentang pasukan Liverpool dan juga Chelsea. Kemudian akan menentang Singapura pula untuk kelayakan pra kelayakan Piala Dunia. Penuh betul jadual perlawanan Malaysia pada bulan nie. Harap-harap Malaysia mampu menewaskan pasukan-pasukan tersebut! Apa-apa pon selamat berjuang untuk Harimau Malaya! Kami menanti kemenangan pasukan Malaysia! Go.. Go.. Harimau Malaya!

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP