Suka!

Showing posts with label liverpool. Show all posts
Showing posts with label liverpool. Show all posts

Live Streaming Malaysia Vs Liverpool 16 Julai 2011 | Siaran Langsung Bola Sepak Asia Tour

Friday, 15 July 2011

Perlawanan persahabatan yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat bola sepak tanah air,  antara pasukan Malaysia menentang pasukan Liverpool. Perlawanan ini merupakan perlawanan kedua Jelajah asia 2011 selepas Arsenal mengunjung Malaysia kelmarin. Perlawanan yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dilangsungkan pada pukul 5.45 petang waktu Malaysia. Jadi, kepada anda semua, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan perlawanan penting ini. Bukan senang dapat melihat Malaysia beraksi menentang salah satu pasukan kelab terkuat eropah. Lagi-lagi kelab tersebut mempunyai ramai pemain bintang yang rata-ratanya dikenali seluruh dunia.

Adakah nasib Malaysia sama seperti perlawanan sebelum ini yang tumpas dengan pasukan Arsenal? Lepas nie, berapa pula Liverpool dapat menyumbat gol ke gawang Malaysia? I don't think so. hehe. Tapi, Harap-harap selepas ini Malaysia tidak akan mengecewakan para penyokong lagi kali ini. Yang pastinya Harimau Malaya pasti akan mengaum! Jangan sangkakan Harimau Malaya mempunyai taring tetapi tidak mengancam. Kepada penyokong-penyokong pasukan Liverpool tu, tunggu je lah nanti ye. Pastinya Harimau Malaya akan membaham dan meratah pasukan ayam tu. hehe. :P


Anda juga boleh menonton melalui televisyen di Astro Arena 811 atau pon  Sport 811. Sekiranya rumah anda tidak mempunyai sebarang astro mahupon parabola. Anda juga boleh menonton Live Streaming melalui internet. Tapi tu bergantung dengan kelajuan internet anda. Sekiranya internet anda lembab, memang sangkut-sangkut lah videonya. 




Video live streamingnya akan boleh dimainkan 30 minit sebelum perlawanan bermula. Pukul 5.15 - 5.30 petang pada 16 julai 2011 baru boleh tekan butang play. Tunggu..
Jangan lupa untuk hebahkan kepada rakan-rakan anda untuk menyaksikan bersama-sama :)

Read more...

Punca Malas Nak Mengemaskini Blog

Tuesday, 8 March 2011

assalamualaikum semuanya. Dah lama yul tak menulis entry baru untuk tatapan korang. Traffik di blog yul nie pon dah makin merundum. Tapi masih stabil lagi kot. Tak ada lah kurang mana pon. Masih lagi ada pembaca yang membaca walaupon yul tak mengupdate blog. Nie semua dengan menggunakan kuasa SEO yang tak berapa power sangat.hehe. Maklumlah ye, busy sikit kebelakangan nie. Jadi tak ada masa sangat nak berblogging.




Kekalahan United semalam pon mematahkan semangat yul untuk mengemaskini blog ini. Walaupon cerita nie dah basi, tapi bagi yul nie lah punca utama kenapa yul tak berupdate blog. hehehe. Bukak facebook je ramai yang mengutuk pasukan feveret yul nie. Yang peliknya fans club lain beria-ia sangat mengutuk united! Tu yang makin tak ada mood. Takpe-takpe, Yul masih lagi bersabar disini. 


Yul terima kekalahan Manchester United tu. Setiap permainan mesti ada yang kalah dan menang kan? Takkan nak menang je kot. Lagipon Manchester United masih lagi di tangga pertama kat BPL tu walaupon kalah berturut-turut. Gagal sekali tak bermakna ia gagal selama-lamanya. Tak heran sangatah kalau korang kutuk-kutuk. hekhek. Jangan jeles ye!


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP