Suka!

Kekejaman Yang Dilakukan Oleh Tuannya Terhadap Anak Anjingnya Di Melaka

Sunday 30 January 2011

Baru-baru nie yul ada terjumpa satu ruangan komuniti facebook mengenai penganiayaan binatang. Korang tahu tak? Rasanya isu nie dah menjadi isu hangat kot sekarang ini. Sebenarnya yul baru tahu berita mengenai isu penderaan binatang nie.




Sangat kejam bukan. Memang tak dapat diterima langsung melihat perbuatannya itu. Lelaki tersebut yang berbangsa cina dan berasal dari Melaka dikatakan menganiaya binatang peliharaannya dengan kejam tanpa belas kasihan ketika mengajar poddlenya berdiri dengan betul. Ada kew patut seksa binatang sampai macam tu sekali semata-mata untuk mengajarnya berdiri. Lelaki tersebut yang bernama Allan Tan akan berhadapan dengan tindakan undang-undang atas kekejaman yang dilakukannya.


Kekejaman yang dilakukannya

Tersebar di suratkhabar tempatan mandarin
ruangan facebook

Berita mengenai penderaan binatang nie dah heboh. Mana tak nya, facebook fanpage je dah jejak dekat 40k. Padahal baru je beberapa hari je ditubuhkan. Sehinggakan video penderaan binatang nie dah tersebar di media akhbar dan rangkaian sosial.  

Kalau korang nak baca yang selanjutnya boleh je klik (open new tab) kat bawah nie


P/S: Walaupon binatang tersebut kepunyaan dia, tetapi memang tak dapat diterima langsung melihat perbuatannya itu. Memang patut kot kalau dia masuk jail atas penderaan tersebut





Read more...

Rumah Paling Pelik dan Unik

Saturday 29 January 2011

Salam semuanya. Dah lama jugak eh, yul tak update dengan entri terbaru kat blog nie. hehe. Yul bukan tak nak update, cuma rasa malas pulak nak update. Maklumlah ye, GB dah lebih limit. Baru perasan broadband dah lebih limit.  So, malas la nak update entri dengan keadaan internet yg lembab.  Nak upgrade volume GB, tapi kena tunggu hari isnin nie ler.  hehe. Tapi hari nie terpaksa jugak yul nak update entri sebab dah lama tak update kan, walaupon kepantasan internet tersangat lah lembab. Actually, hari ini yul nak kongsikan benda yang sangat menarik. 


Berbalik kepada tajuk utama. hurm. Korang pernah tengok tak rumah dibuat daripada bola pingpong? Bunyinya macam pelik je. Mustahil kan rumah boleh dibina hanya menggunakan bola pingpong je. Tapi tu lah kenyataannya.


ruangan tempat tidur

almari pakaian




Rumah bola ping pong tersebut merupakan milik Daniel Arsham yang terletak di Brooklyn, New York, US.  Rumah ini menggunakan sebanyak 25 ribu biji bola pingpong untuk membinanya dan hanya mempunyai bilik tidur dan almari pakaian sahaja. Walaupon ianya sangat kecil untuk didiami, tetapi rumah ini sangatlah unik. Tak pernah kot dibuat orang. Rumah ping pong ini mengambil masa kurang 2 bulan untuk disiapkan dan menelan kos belanja sebanyak $$ 100 dolar. Lebih kurang RM300 ringgit dah dapat rumah.


P/S :Murah gila kan buat rumah nie dengan bermodalkan tak sampai RM 400 je. Kalau korang susah sangat nak beli rumah, just buat je rumah ping pong macam nie. hehehe




Read more...

Mengapa Cincin Perkahwinan Harus disarungkan Dijari Manis?

Wednesday 26 January 2011

Salam semuanya. Entri yul pada hari ini mengenai jari. Biasanya, kalau kita melihat orang mengadakan pernikahan, mesti kita akan melihat cincin itu akan disarungkan dijari manis. Banyak manusia yang tertanya-tanya, kenapa mesti disarungkan dijari manis dan bukan dijari yang lain? Adakah korang tahu?





Ada mitos yang mengatakan bahawa ibu jari mewakil ibu bapa kita, jari telunjuk  mewakili adik beradik, jari kelingking mewakili anak-anak, dan jari manis pula mewakili pasangan hidup. 

Setiap manusia pasti mengingikan pernikahan mereka kekal selama-lamanya sehingga akhir hayat manusia. 

Untuk membuktikannya kebenarannya. Korang cuma ikuti setiap arahan dibawah ini.

Gambar nie bukan main buah tangan k. haha
  • Jari kanan dan kiri dicantumkan mengikut setiap jari.
  • Kemudian, jari tengah korang dimasukkan kedalam,(seperti gambar diatas)
  • Selepas tu, korang cubalah leraikanlah ibu jari korang daripada bercantum. Ibu jari mewakili ibu bapa kita boleh terlerai, kerana kita akan membentuk suatu keluarga baru. Dengan itu, kita akan membentuk kehidupan baru yang terpisah dari orang tua.
  • Cantumkan semula ibu jari korang. Kemudian leraikan jari telunjuk korang pula. Jari telunjuk mewakili adik . Jari itu boleh terlerai kerana mereka akan memiliki keluarga dan kehidupan sendiri yang terpisah dengan korang.
  • Tutupkan kembali jari telunjuk  dan buka jari kelingking korang tu. Jari Kelingking  mewakili anak-anak korang. Ianya juga lebih mudah untuk dileraikan. Cepat atau lambat, suatu masa juga anak-anak korang akan membina rumah tangga dan akan berpisah dengan korang.
  • Seterusnya, tutupkan kembali jari kelingkin korang.  Kemudian leraikan jari manis korang, jari untuk korang menyarungkan cincin perkahwinan tersebut. Korang akan berasa hairan dan tertanya-tanya, mengapa jari kelingking tersebut tidak boleh dileraikan? Jari manis ini mewakili suami atau isteri. Maksudnya, Korang akan terus hidup bersama-sama didunia ini dan korang akan terus bersama dalam menjalani kehidupan yang kekal abadi.
Itulah jawapannya, mengapa cincin kahwin disematkan dijari manis. Sama ada benar atau tak, yul tak pastilah. Sebab ia adalah sekadar mitos sahaja.





Read more...

Gara-gara sebuah Novel

Monday 24 January 2011

Sebelum nie yul ada bercerita tentang novel di entri yang lepas. Kali ini yul nak kongsikan sesuatu tentang novel kat korang semua. Ada cerita menarik disebalik sebuah novel tempatan yang kini menjadi isu hangat. Korang tahu tak pasal nie semua? Rata-ratanya ramai yang dah tahu kot pasal isu nie. 




10 orang ditahan kerana didakwa berlaku kasar terhadap polis


Tadi yul ada terbaca di salah satu akhbar harian mengenai novel tempatan. Gara-gara sebuah novel yang bertajuk Interlok, 10 orang ditahan yang berusia 18 hingga 46 tahun ditahan baru-baru ini. Khabarnya, mereka mengadakan perhimpunan haram di Rumah Pangsa Kampung Desa Puri bagi membantah ketidakpuasan mereka mengenai novel tersebut untuk diserapkan di sekolah. Mereka mendakwa bahawa novel tersebut tidak sesuai untuk dibaca bagi golongan pelajar, kerana novel tersebut berunsurkan sifat perkauman. Beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengemukakan bantahan kepada kerajaan kerana muka surat 211 dan 220 novel itu didakwa mengandungi unsur sensitif yang boleh menyentuh perasaan sesetengah kaum.


Macam-macam lah melihat gelagat manusia sekarang nie. Novel pon dijadikan isu dan seolah-olah mahu mempolitikkan. Bagi yul, tiada masalah kot sebab novel yang ditulis oleh Abdullah Hussain itu berdasarkan apa yang berlaku pada masa lampau. Lagi pon niat kerajaan adalah untuk menambahkan pengetahuan di kalangan pelajar dan rakyat dinegara ini dan bukanlah untuk mengadu-dombakan masyarakat. Kita rakyat Malaysia harus jadikan ia sebagai iktibar melalui novel itu, agar tidak akan terjadi lagi dimasa akan datang. Tetapi sebaliknya pula yang dapat kita lihat. 


Sedikit sinopsis mengenai novel Interlok






Buku Empat
Interlok


1
Ketika Maniam teringat akan anaknya dan Malini yang sudah ditinggalkannya selama dua puluh satu tahun itu, Seman datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan pekerjaan di kebun getah itu. Maniam mengatakan bahawa bapa Seman ialah kawan baiknya suatu masa dahulu. Dia berjanji untuk membantu Seman yang terpaksa membina kehidupan baharu bersama-sama dengan emaknya kerana dia disuruh keluar dari rumahnya oleh Cina Panjang kerana semua harta termasuk tanah dan rumahnya sudah menjadi milik Cina Panjang itu. Sejak kematian bapanya, Seman kuat beribadat dan memohon doa kepada Tuhan supaya diberikan perlindungan dan pertolongan. Pada malam itu, dia singgah di surau untuk menunaikan solat Isyak sebelum pulang ke rumahnya. Seman mengajak emaknya meninggalkan rumah itu esok paginya dan mengatakan bahawa dia sudah mendapat kerja di kebun getah. Seperti yang dijanjikan, Maniam menunggu Seman dan emaknya lalu menunjukkan rumah kuli yang akan menjadi tempat tinggal mereka nanti.

2
Selepas Cing Huat memarahi, menampar dan menghalaunya pada suatu malam, Yew Seng sudah nekad untuk meninggalkan rumah pada pagi esoknya. Dia akan pergi ke sebuah lombong yang berhampiran dengan Cangkat Janggus dan bekerja sebagai kuli di lombong bijih itu. Yew Seng sering kali bertentangan pendapat dengan bapanya dan dia juga suka berkawan dan bermain dengan budak-budak Melayu terutamanya Lazim. Perkara yang dilakukannya itu memang tidak disukai oleh bapanya. Di samping itu, Yew Seng selalu bersimpati dengan Lazim atas kemunduran orang Melayu. Dia mengatakan bahawa orang Melayu sama sahaja dengan orang Cina dan mereka bukannya orang hutan seperti yang selalu didakwa oleh bapanya itu. Di lombong bijih itu, dia mengenali Kong Beng yang menjadi kepala kuli di situ.

3
Setelah dua tahun setengah meninggalkan kampungnya, Seman pulang dan bersembahyang Jumaat di masjid Kampung Nyiur Condong pada suatu hari. Di situ, dia bertemu dengan Lazim dan hasratnya untuk meminang Upik pula terpaksa dilupakan apabila Lazim memberitahu bahawa Upik sudah berkahwin dengannya. Walau bagaimanapun, Setelah dicadangkan oleh Lazim, Seman meminta bantuan Lebai Man untuk mewakilinya bagi merisik Gayah, anak Mat ranggi untuk dijadikan isterinya. Walaupun pada mulanya Mat Ranggi tidak bersetuju dengan hasrat Seman itu, tetapi akhirnya dia menyedari kesilapannya selama ini, iaitu dia terlalu mementingkan harta.

4
Seman akhirnya berkahwin dengan Gayah iaitu anak Mat Ranggi yang sudah dapat menerimanya sebagai menantu walaupun dia tidak berharta. Dia memberitahu Maniam bahawa dia mahu berhenti kerja kerana hendak pulang ke Kampung Nyiur Condong dan berkahwin dengan Gayah. Selepas berkahwin, Seman tinggal bersama-sama dengan bapa mentuanya, dan ibunya pula tinggal di pondok yang berhampiran dengan rumah Lebai Man untuk memudahkannya belajar agama bersama-sama dengan pelajar yang lain.

5
Apabila tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu, keadaan menjadi tidak tenteram dan tentera orang putih mula mengundurkan diri. Orang-orang Cina pula gelisah dan takut akan tentera Jepun. Keadaan menjadi tidak tenteram kerana banyak berlaku rompakan. Sebagai contohnya, ada orang Melayu yang sanggup merompak kedai-kedai orang Cina untuk membalas dendam. Dalam satu rompakan di kedai Cing Huat pada suatu malam, Poh Eng hilang, tetapi dia telah diselamatkan oleh Seman. Seman membawa Poh Eng dan emaknya berlindung di rumah pekerja di kebun Cangkat Janggus. Pada suatu hari, tentera Jepun datang ke kedai Cing Huat dan bertanyakan Yew Seng yang menyertai kumpulan pengganas komunis yang diketuai oleh Kong Beng. Secara senyap-senyap, Yew Seng pula balik ke rumahnya pada suatu malam dan meminta makanan. Dia berjanji kepada bapanya untuk mencari Poh Eng yang hilang.

6
Selepas pengurus orang putih meninggalkan ladang mereka, orang Jepun pula yang mengambil alih pengurusan ladang. Walau bagaimanapun, orang-orang yang tidak dikenali telah menculik pengurus kebun Cangkat Janggus pada suatu malam. Poh Eng pula telah dibawa lari oleh abangnya, Yew Seng pada malam itu juga. Mak Limah telah ditangkap oleh Jepun berikutan dengan kehilangan pengurus Jepun di kebun Cangkat Janggus itu.

7
Maniam dan beberapa orang kuli dari kebun Cangkat Janggus pula telah ditangkap oleh Jepun disebabkan oleh kehilangan pengurus Jepun itu. Semasa dalam tahanan, Maniam telah diseksa oleh tentera Jepun. Walau bagaimanapun, dia telah bertemu dengan anaknya sendiri iaitu Inspektor Ramakrisynan yang bertugas di situ dan membebaskannya. Maniam meminta bantuan daripada anaknya itu, iaitu Inspektor Ramakrisynan supaya membebaskan Mak Limah. Cing Huat pula sangat marah apabila mengetahui Seman dan Mak Limah yang menyembunyikan Poh Eng.

8
Keadaan menjadi semakin gawat dan sukar kerana barang-barang keperluan sangat kurang dan harganya melambung tinggi. Orang kampung juga semakin susah akibat hasil pertanian mereka terpaksa dijual dengan harga yang murah kepada Jepun dan sekiranya mereka enggan, hasil pertanian itu akan dirampas dan tuan punyanya pula akan ditangkap dan dihukum. Kebun-kebun pula sering diserang oleh gerombolan komunis pada waktu malam dan pengurus-pengurusnya yang terdiri daripada orang Jepun itu ditangkap ataupun dibunuh. Lazim turut ditangkap oleh Jepun kerana menghasut orang kampung supaya jangan menjual padi mereka kepada Jepun.

9
Setelah Jepun tewas, orang Inggeris kembali ke Malaya dan pada masa itu berlaku penentangan terhadap pengganas komunis. Sementara itu, pengganas komunis pula semakin mengganas dan bertindak dengan kejam terhadap orang putih dan juga rakyat Malaya. Gerombolan pengganas komunis telah mengambil alih balai polis dan Inspektor Rama ditangkap kerana bekerjasama dengan Jepun. Namun begitu, Yew Seng berjumpa dengan Lazim yang secara kebetulannya ditahan di balai polis itu, dan dia terus membebaskan kawannya itu.

10
Orang Melayu yang diwakili oleh Lazim, Mail Jambul, dan Berahim mengajak orang-orang Melayu agar bersatu padu dan menentang gagasan Malayan Union yang hendak diperkenalkan oleh Inggeris. Kemudian darurat diisytiharkan di seluruh negeri kerana Parti Komunis Malaya melakukan pemberontakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan komunis di wilayah-wilayah yang telah dirampas daripada tangan Inggeris. Mereka mengatakan bahawa perkara itu dilakukan untuk membebaskan seluruh Malaya daripada penjajahan Inggeris dan untuk mencapai matlamat itu, mereka terpaksa melumpuhkan ekonomi negeri ini terlebih dahulu. Oleh sebab itu, mereka terpaksa merosakkan kebun-kebun getah dan kelapa serta menghancurkan lombong-lombong bijih.
Sementara itu, Yew Seng dan Kong Beng kembali semula ke hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang kebun-kebun di kawasan itu pada setiap malam dan membunuh orang putih yang menjadi pengurusnya. Selain itu, mereka terus menyerang dan merosakkan pokok-pokok getah serta menghancurkan lombong bijih. Cing Huat pula telah dilantik sebagai pengerusi persatuan orang Cina di pekan kecil di kawasan tempatnya tinggal itu. Mereka berjuang untuk membersihkan nama orang Cina akibat dakyah pengganas komunis yang sesat itu dan memperjuangkan kebajikan orang-orang Cina. Orang-orang India juga mempunyai pertubuhan yang sama dan memperjuangkan kebajikan kaum mereka. Pertubuhan mereka itu dipimpin oleh Raman iaitu seorang guru yang pernah bertugas di kebun Cangkat Lima.
Suppiah dan dua anggota baharu gerombolan itu menangkap Maniam dan dibawa ke dalam hutan di tempat persembunyian gerombolan tersebut pada suatu malam. Ketika Suppiah hendak menembak Maniam, Poh Eng menyelamatkan Maniam dengan menembak Suppiah. Pada masa itu juga, Inspektor Rama dan pasukan keselamatannya melakukan serangan hendap terhadap gerombolan pengganas komunis itu. Dalam serangan tersebut pasukan keselamatan telah berjaya menewaskan gerombolan pengganas komunis. Yew Seng pula cedera parah di bahagian atas lututnya dan anggota pengganas yang masih hidup telah ditangkap.

Yew Seng dan Poh Eng sedar dan insaf akan perjuangan mereka yang sia-sia selama ini kerana tidak menyangka Kong Beng ialah anggota pengganas komunis yang anti-Inggeris, anti-Jepun, dan antipenjajah. Orang-orang di pekan Simpang Empat pula berasa gembira dan mereka hendak menyaksikan perayaan kemerdekaan yang akan berlangsung selama tiga hari dan tiga malam. Mereka semuanya berasa gembira apabila Malaya akan mendapat kemerdekaan daripada Inggeris. Seman dan isterinya Gayah, Yew Seng, Lazim, Mamat Labu, Pak Haji Man, Ah Hock, dan Raman akan merayakan kemerdekaan negara di Kuala Lumpur. Inspektor Ramakrisynan pula menjemput mereka datang ke rumahnya kerana bapanya hendak berjumpa dengan mereka.




Read more...

Apa Yang Menariknya Membaca Novel?

Sunday 23 January 2011

Salam Semuanya..






Entri yul pada kali ini berkisahkan novel pulak. Maklumlah singgah sana orang bercerita Novel, singgah situ pulak benda yang sama jugak. Korang suka baca novel? Mesti ramai yang suka baca novel kan? Lagi-lagi kalau perempuan. Peh, kompem berlambak-lambak koleksi novel yang dibeli simpan kat rumah. Yang pastinya novel berkisahkan cinta? Kebanyakkan remaja sekarang zaman sekarang nie suka novel-novel macam tu. Romantik lah, jiwang lah, ntah pape je lah. Yul memang tak minat kot. Lelaki pon ada jugak tau baca novel-novel macam tu. Macam tak percaya je. Tapi tu lah kenyataannya.






Salah satu novel tingkatan yang yul baca dulu-dulu



Yul pernah baca novel semasa waktu sekolah je. Tu pon novel-novel tingkatan. Teringat lagi waktu-waktu zaman dibangku sekolah dulu. Tiap-tiap tahun mesti kene baca novel. Dalam setahun tu 1 novel je lah kot yang yul baca. Tu pon susah nak dihabiskan. Berbulan-bulan jugak nak menghabiskan baca tu. Habis baca, satu ape pon tak paham. Apa yang yul baca pon tak tahu lah. Buang masa je kan? haha. Korang tahu-tahu je lah ye. 


Harry Potter episod yang ke 4

Tapi hanya satu novel je yang yul minat baca, dan dah katam 2 kali kot. hehe. Novel Harry Potter: The Prisoner of Azkaban. Memang seronok baca novel nie. Sebab novel nie banyak plot-plot yang menarik sehingga membuatkan yul tak berhenti membacanya sehingga tamat. Walaupon ceritanya agak mengarut, tetapi novel ini membuatkan kita berimaginasi seolah-olah kita nie berada ditempat tersebut. Beratus-ratus muka surat novel nie, tapi yul dapat menghabiskan dalam masa 3 hari je. Apa yang menariknya tu korang kena baca sendirilah. Novel nie dah lama dah pon. Ada lah dekat 4 tahun yang lepas. Nie lah novel pertama dan terakhir kali kot yul membeli dan membacanya.

Sebenarnya yul tak berapa minat sangat nak baca novel-novel nie. Kalau bosan tahap gaban sampai tak tahu nak buat apa, baru yul mula membaca. Yul pernah baca novel cinta-cinta nie, tapi baca 2 muka surat je kot. Bosan seh. haha.



Koleksi novel-novel cinta

Novel cinta yang belum yul baca, hehe


Sebab kenapa tak suka baca novel?

  • Tebal sangat. Kalau dah namanya novel, kompemlah tebal kan? Tapi yul memang tak suke pon baca buku yang tebal-tebal nie sampai ayatnya berjela-jela. Boleh juling membacanya. hehe. Lagipon bukan dapat ilmu atau info-info yang memberi manfaat kepada kita semua. 
  • Ayat berbunga-bunga. Biasanya ayat berbunga-bunga macam nie novel cinta je kan? Tapi kebanyakkan novel-novel cinta sekarang nie dah tak ada lagi kot. Sebab penulis novel tersebut baru sedar, kebanyakkan pembaca sebenarnya tak suka ayat bermadah-madah, jiwang, dan apa-apa jelah yang berkaitan. Pembaca kini lebih gemar novel cinta yang menggunakan ayat yang sempoi. 
  • Tak minat membaca. Remaja zaman sekarang nie lebih gemar membaca komik-komik atau pon majalah-majalah seperti gempak, utopia, remaja dan lain-lain lagi. Kebiasaannya orang yang suka membaca novel nie jenis yang skema. Budak yang pakai cermin mata nie je yang rajin kan. hehehe

Nie semua berdasarkan pengalaman dan daripada apa yang yul lihat. Kalau ada pembaca tegar novel yang terasa, yul mintak maaf sangat-sangat k. Bukan nak menyinggung mahupon mengkritik. Cuma nak luahkan je apa yang tersirat kat dalam hati nie. 


P/S: Tapi tu dulu lah, sekarang nie yul dah jadi penulis blogger pulak. hehe. Tak suka baca novel, tapi suka baca entri blogger. Okae lah tu, sekurang-kurangnya ada juga kita membaca kan? Kira macam novel jugak! hehe.







Read more...

Follower?

Friday 21 January 2011

Salam semuanya. Setelah sekian lama yul tidak mengemaskini blog yul ini dengan entri terbaru. Akhirnya, kini yul kembali ber-blogging semula seperti biasa. Baru 2 minggu meninggalkan, tetapi terasa macam sebulan je. Sepi pula tatkala melihat blog ini tanpa disajikan dengan entri-entri terbaru untuk tatapan korang semua. hehe.


200 follower!
Kini, follower yul telah mencecah sebanyak 200 orang! Yeah! Seronoknya sebab ada juga yang sudi follow blog yul nie walaupon tak sebarapa sangat lah kan blog yul ini. Banyak kew follower yul nie? Bagi yul, memang banyak kot buat setakat sekarang ini, daripada yul mula ber-blogging pada 2 bulan yang lepas sehingga kini. walaupon mungkin juga ada sesetengah pihak yang mengatakan ianya jumlah yang agak kecil. Tapi bagi yul, ianya cukup memadai dengan apa yang ada sekarang ini. Hanya 2 bulan sahaja, kini yul dah boleh mendapatkan 200 follower. Bersyukur  dengan apa yang ada sekarang ini. Maklumlah ye, yul nie bukan lah siapa-siapa didunia blog ini. Hanya seorang penulis yang ingin melepaskan rasa kebosanannya untuk meluangkan masa disini. Lagipon yul cuma berblogging nie pada waktu malam je. Siang sibuk dengan kerja. hehe. 


Mungkin bagi orang lain, mereka boleh mendapatkan lebih banyak follower dengan cepat dan mudah. Itu semua bergantung kepada keterampilan serta daya tarikkan didalam blog mereka sehingga ada yang sudi menjadi follower kita. Setiap penulis blog mesti ada ciri-ciri serta daya tarikkan masing-masing yang tersendiri. Kalau korang nak tahu, cik epal merupakan antara salah seorang blogger yang yul kagumi dan sangat suka membaca entri dia, sebab ayat yang dia gunakan memang sempoi habis. Pertama kali yul baca entri beliau ketika yul mula berblogging dulu agak tercengang. Khusyuk je membacanya. Lepas baca macam tak sabar nak tunggu entri dia yang seterusnya. Yul bukan tak suka baca entri-entri korang , cuma entri beliau agak unik sedikit kot. Berbeza dengan yang lain. Tak tahulah apa yang uniknya. Kadang-kadang yul terpikir, entri-entri dia, yul rasa kebanyakkan mengisahkan berdasarkan kehidupannya, tetapi ramai yang menjadi follower beliau. Tak tahu pulakkan kalau orang lain yang membacanya. Bagi yul memang menarik entri dia.


Kalau blog yul korang jangan tanyalah ye, sebab blog yul nie jenis rojak. Rojak apa? Lu pikirlah sendiri. hehe. Segala macam bercampur-aduk dalam blog ini. Sebab inilah yul yang sebenarnya kot. Suka bermacam-macam benda yang ingin dikongsikan disini. Yul menulis entri ikot suka je! Korang pon boleh tengok sendiri blog yul ini macam mana.   :)


Apa-apa pon yul nak ucap terima kasih kepada follower yul semua. Bagi yang dah follow yul tetapi yul tak follow korang kembali tu, tinggalkanlah link anda tu ye, supaya senang yul nak jejak ke blog korang. Boleh yul membaca entri-entri di blog korang. Tanpa korang semua, yul bukanlah siapa-siapa disini. hehe. Ayat tak boleh blah! :P Tetapi itulah kenyataannya kan?


Selamat berblogging! Jadilah diri anda yang sebenarnya!















Read more...

Jom Undi Mereka!

Monday 17 January 2011


Salam semuanya. Wah-wah! Baru je habis Anugerah Juara Lagu, kini tiba pula Anugerah Bintang Popular 2010 Berita Harian yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi. Siapakah yang bakal menjadi juara pada musim ini?  


Kalau tengok dari calon-calonnya memang hebat-hebat belaka!  Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.




Lisa Surihani kini meraih undi sebanya 1124. Peh! banyak gila siot! Salah satu artis kegemaran yul bagi calon wanita.






Antara artis top 5 yang paling banyak meraih undi. Macam pilihanraya pula kan? ehehe. 


Apa tunggu lagi, jum la kita pi undi artis kesayangan korang tu! Kalau nak undi korang klik  kat disini (open new tab). Pastikan undi anda pilihan yang tepat. hehe


P/S: Kalau laki, yul pilih rakan yul sendiri. AKIM! Kesian dia dapat sikit je undi. haha




Read more...

Im Sorry :(

Sunday 16 January 2011

Salam semuanya. Alhamdulillah, dapat juga yul menulis setelah sekian lama yul meninggalkannya. Hampir 1 minggu juga yul tidak mengemaskini blog yul nie dengan entri-entri yang terbaru. Sunyi pula pabila melihat blog ini tanpa entri baru. Lega rasanya, dapat juga yul mengupdate blog ini.

Untuk pengetahuan korang, yul bukan tak nak berblogging lagi, tetapi keadaan sekarang ini tidak mengizinkannya. Buat sementara waktu ini, yul tidak dapat memberikan entri terbaru untuk tatapan korang disebabkan ketiadaan laptop menghalang yul untuk berblogging. Maklumlah, laptop yul kini berada ditangan adik perempuan yul di kolej atas urusan banyak assigment yang perlu diselesaikannya. Tak apalah kan? Asalkan dia dapat menyelesaikan segala kerja-kerjanya demi mencapai cita-citanya. Hasrat yul untuk berblogging seperti biasa terhenti seketika buat sementara waktu.

Ketiadaan laptop membuatkan kehidupanku terasa kosong kerana hampir keseluruhan masaku dihabiskan dihadapan laptop. Bagi yul, laptop adalah segala-segalanya. Dengan laptop jugalah yul dapat menghabiskan serta meluangkan masa untuk menghilangkan rasa bosan dan dapat melakukan benda-benda yang berfaedah.

Yul nak mintak maaf sangat-sangat kepada korang sebab tidak dapat membalas lawatan korang yang bertandang kesini. Nak update entri terbaru pon tak boleh juga sekarang nie. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi singgah ke blog yul nie. Buat sementara waktu ini, yul memang tidak dapat nak buat apa-apa. Insyallah, kalau tiada aral, mulai minggu depan yul dah mula berblogging seperti biasa. hehe. Rasa rindu sangat nie,. :)


P/S: Buat entri nie secara senyap-senyap je kat opis tempat kerja. hehehe :P

Read more...

Facebook akan ditutup - Mark Zuckerberg

Sunday 9 January 2011

Salam semuanya, dah lama yul tak bercerita dekat blog nie. Maklumlah, akhir-akhir nie agak busy sedikit. Tadi yul ada terbaca satu artikel di salah satu website luar negara. Katanya Mark Zuckerberg akan menutup facebook kepunyaan dia sendiri pada awal bulan March 2011. Mengurus laman sosialnya membuatkan dia menjadi terlalu stress.



Berita daripada apa yang yul baca



"Facebook telah didapati di luar kawalan," kata Zuckerberg dalam sidang akhbar di luar pejabatnya Palo Alto, "stress dalam pengurusan syarikat ini telah menghancurkan hidup saya. Saya harus mengakhiri semua kegilaan ini. "

Zuckerberg terus menjelaskan bahawa mulai 15 Mac, pengguna tidak akan dapat lagi mengakses account Facebook.

"Selepas 15 Mac akan datang website akan di tutup," kata Avrat Humarthi, Naib Presiden Teknik Negeri di Facebook. "Jadi, jika anda ingin melihat gambar anda lagi, saya cadangkan anda mengambil mereka dari internet. Anda tidak akan boleh mendapatkan mereka kembali sekali untuk keluar dari perniagaan. " 


Zuckerberg mengatakan bahawa keputusan untuk menutup untuk sukar, tapi dia tidak berfikir orang akan marah. 

"Saya secara peribadi tidak berfikir itu merupakan masalah besar," katanya dalam sebuah wawancara telefon peribadi. "Dan jujur saja, saya pikir itu menjadi lebih baik. Tanpa Facebook, orang akan harus pergi ke luar dan membuat teman sejati. Itu selalu hal yang baik. " 

Beberapa pengguna sangat marah setelah mendengar berita yang mengejutkan. 

"Apa yang saya lakukan tanpa Facebook?" Kata Denise Bradshaw, seorang pelajar SMA dari Indiana. "Hidup saya berputar di sekitar itu.Saya mengunakan Facebook sekurang-kurangnya 10 jam sehari. Sekarang apa yang akan saya lakukan dengan semua waktu ini? " 

Namun, ibu bapa di seluruh negeri telah mengalami rasa lega yang panjang. 

"Saya berasa senang, mimpi buruk sudah selesai," kata Jon Guttari, ibu bapa tunggal dari Detroit. "Sekarang wajah remaja saya tidak akan terpaku pada skrin komputer sepanjang hari. Mungkin saya boleh berkomunikasi dengan dia sepanjang masa. " 

Mereka di litar kewangan mengkritik Zuckerberg untuk pergi lebih jauh. Facebook saat ini menduduki peringkat sebagai salah satu perniagaan yang terkaya di dunia, dengan ekonomi menganggarkan nilai sekitar 7,9 bilion. 

Namun Zuckerberg tetap tenang oleh tuduhan yang di lemparkan. 

"Saya tidak peduli tentang wang," kata Zuckerberg. "Saya hanya ingin kehidupan lama saya kembali." 

Corporation dapat menunjukkan bahawa pengguna memadam semua maklumat peribadi mereka dari laman web sebelum 15 Mac. Setelah tarikh itu, semua foto, nota, link, dan video akan secara kekal terpadam.



Apa pandangan korang tentang isu nie? Yul pon tak tahu nak cakap macam mana. Sebab di Facebook nie banyak kelebihan dan juga keburukkannya. Itu tergantung kepada pengguna yang menggunakannya. Sama ada benar atau palsu yul tak pasti kesasihan berita tersebut. Korang bolehlah klik kat sini (open new tab) untuk membacanya. 


Lepas nie pengguna facebook diMalaysia perlulah mencari rangkaian yang lain pula untuk berhubung. Cita-cita Dato' Seri Dr Syahidan Kassim untuk menyekat facebook diMalaysia akan tercapai kot. Mark Zuckerberg akan menutup rangkaian sosial kepunyaannya sendiri.





Read more...

Diganggu Makhluk Halus. Pengalamanku!

Friday 7 January 2011

Segala cerita yang yul terbitkan nie berdasarkan dari pengalaman hidup yul kat dunia nie. Cerita ini bukanlah direka-reka ataupon dibuat-buat. Semuanya adalah benar-benar belaka. Tiada yang palsu mahupon fitnah. Tak percaya tanya yul sendiri.


Seumur hidup yul, yul memang tak pernah pon jumpa hantu atau makhluk halus. Tapi, tabiat yul nie agak pelik sedikit tak sama dengan manusia-manusia yang normal seperti lain. Asyik-asyik tengok kat televisyen je kan. Kalau boleh yul nak tengok juga macam mana rupa paras hantu atau makhluk asing tu yang sebenarnya.  Pernah juga pergi ke kubur cina,  tengah-tengah malam tapi satu apa pon tak jumpa. Bunyi anjing menyalak je. Meremang tu memang ada, tapi rasa hati nie memang betul-betul nak tengok depan mata secara live. Sampai saat ini, kalau yul tak sibuk, memang kompem pergi jalan-jalan nak tengok hantu bersama kawan-kawan.

Suasana disekitar Villa Nabila

Nie lah tempatnya

Tak berapa jelas sebab curik kat google


Dua bulan yang lepas, kawan yul ada juga bercerita pasal Villa Nabilla dekat-dekat dengan hospital Sultanah Aminah, JB nie. Yul memang tak pernah pergi kesana. Kata orang tempat tu berhantu. Kalau masuk 10 orang, keluar nanti kompem kurang seorang. Sama ada betul kew tidak yul tak pasti lah kesasihannya. Jadi, pada malam tu jugak, yul dengan kawan-kawan pergi kesana nak tengok macam mana keadaan tempat tersebut. Kiteorang cuma pergi bertiga sahaja menaiki kenderaan  pacuan 4 roda. Nak pergi kesana kene lalu kawasan istana Johor. Bawak kereta slow je lah kat kawasan tu. Maklumlah ye kawasan istana tak boleh bawak laju-laju sangat, kang tak memasal pulak kena tahan kan? Tapi yang peliknyekan, kiteorang tak jumpa langsung villa Nabilla nie. Dah dekat dua, tiga kali kiteorang patah balik mencari tempat tersebut. Padahal, laluan kearah tersebut memang benar. Entah kenapa pada malam tersebut kiteorang tidak menemui jalan ke Villa Nabila tersebut. Dengan rasa hampa kiteorang terus blah meninggalkan kawasan tu dan meneruskan perjalanan ke kawasan perkuburan Islam Mahmoodiah.




Perkuburan Islam Mahmoodiah diwaktu siang


Kalau tengok keadaan sekeliling memang agak menyeramkan kot! Yela, kawasan tapak perkuburan tempat jenazah-jenazah ditanam.  Tetapi kiteorang tak ronda sampai habis kawasan perkuburan tersebut. Kalau nak teruskan perjalanan kat dalam kawasan tu memang agak panjang. Takot kalau apa-apa benda yang tak dijangka berlaku. Bukan takut pocong ok! Orang kata benda-benda macam nie jangan berani sangat. Sebab perkara yang kita tak dijangkakan akan berlaku. Teringat pada kisah silam dulu, akibat berani sangat, yul pernah diganggu.

Kenangan yul sewaktu bersekolah dulu. Memang tak dapat nak lupakan perkara tersebut. Berani jugak kot time tu. Mana taknya, kawan-kawan yul cakap hantu nie banyak merayau pada khamis malam jumaat. Jangan celupar sangat mulut tu. Tapi yul tak percaya benda-benda tu semua sebab masih tak pernah menjumpa atau bertemu.


Nak dipendekkan ceritanya. Kejadian nie berlaku ketika yul berusia 13 tahun. Ketika yul sedang leka bermain dam haji  dengan adik yul yang bongsu tu di ruang tamu, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Kalau korang nak tahu, time tu yul terlepas cakap, lebih kurang cam nie lah, "hantu gila mana pulak yang main-main nie". Korang paham-paham jelah ye. Lepas tu, tiba-tiba je terdengar suara mengilai betul-betul tepat depan pintu ruang tamu tu. Semakin lama, suara itu semakin kuat. Kalau sekali je tak apa, hampir dua, tiga kali juga kot. Meremang seluruh bulu roma yul ketika itu mendengar suara tersebut. Tergamam yul seketika mendengar suara tu. Tanpa melenngahkan masa, kiteorang terus lari lintang pukang masuk bilik sambil menutup telinga dengan perasaan yang amat menyeramkan. Masuk bilik, yul terus berselubung dibawah selimut dan memejamkan mata. Menyesal pulak bila terlepas cakap macam tu. Suara tersebut dah tak kedengaran lagi. Nasib baik dengar suara je, kalau dapat lihat rupa parasnya lagi lah tak terkata dibuatnya. Silap-silap yul terkencing kot masa tu.  Peh! Memang seram gila. Tuhan je yang tahu keadaan yul betapa kecotnya masa tu. 


Bagi yul, kat dunia nie kita tak perlu takut kepada benda-benda macam tu. Sebab allah akan sentiasa melindungi dan menjaga kita. Kita hanya takut kepada tuhan yang maha esa. Kerana ia lah pencipta segala-galanya. 




Read more...

Lelaki Handsome Jadi Pemandu Bas je?

Biasanya kalau kita lihat orang yang kacak-kacak nie mesti kerja baguskan?Ada diantara mereka yang dah jadi artis, pelakon dan banyak la lagi. Yul pon kacak juga! muahaha. Tapi kerja biasa je. 


Namun itu semua bukan menjadi penghalang bagi Xiong XingYuan yang bekerja sebagai pemandu bas je. Kalau tengok dari segi fizikal dia memang menjadi kritiria-kritiria lelaki idaman wanita. 


Kacak macam yul! haha. pasan lebih

Pemandu bas  bernama Xiong  XingYuan, berusia 27 yang berasal dari Wuhan, China  kini menjadi sebut-sebutan para wanita danmenjadi idaman wanita. Tengok muka dia memang jambu gila!

Seorang pemandu bas berusia 27 tahun yang disebut-sebut paling tampan dan jambu di China setelah fotonya beredar di dunia maya. Pemandu itu bernama Xiong Xingyuan berusia 27 tahun dan  tinggal di Wuhan, China.

Xiong menjadi sensasi di dunia maya dan sejumlah pengguna di beberapa forum menyatakan dia mirip dengan idola remaja Hongkong, Daniel Wu.

Dengan ketinggian 180 sentimeter, Xiong telah memandu selama tujuh tahun setelah ia lulus dari sekolah. Orang-orang menyebutnya Shuai Xiong atau si tampang Xiong dan ia digambarkan sangat fashionable dan cute.

Tidak hanya dari segi fizikal. Xiong juga seorang pemandu yang sangat berhati-hati dan melayan penumpang dengan sopan. Selama ia menjalankan tugas sebagai pemandu, dia belum pernah mengalami kemalangan.

Meskipon digila-gilai para wanita dan gadis muda, Xiong menyatakan, dia hanya menjalankan tugasnya. "Kita harus melayan penumpang dengan mesra seperti keluarga kita. Kami ingin memastikan bahawa mereka merasa selesa di bas dan kita tidak boleh melanggar peraturan di jalan.

Xiong juga menegaskan dirinya tidak pernah menginginkan dirinya menjadi perhatian orang ramai. "Di dalam pekerjaan , kita harus melakukan tugas dengan baik. Saya bukan seorang bintang mahupon artis," kata Xiong.



Memang kacak gila kan lelaki nie. Tetapi masih tak boleh menandingi kekacakan yul lagi kot. Sebab yul rasa, yul lah lelaki paling macho kat dunia nie kan kan? Korang mesti mengakuinya kekacakan yul nie, muahaha. 

Bagi yul memiliki paras rupa yang menarik bukanlah segala-segalanya. Kadang-kadang kita lihat muka buruk pon boleh jadi top! Itu semua dah ditakdirkan oleh tuhan. Kita hanya mampu merancang, Tapi takdirlah yang menentukan segala-segalanya.




Read more...

Britain Alami Proses Islamisasi

Thursday 6 January 2011


Lauren, adik ipar Blair



Jumlah warga Britain yang memeluk Islam di Britain mengatasi 100,000 orang, hampir sekali ganda berbanding 10 tahun lalu.

Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita kulit putih berusia 27 tahun yang bosan dengan budaya konsumerisme dan tidak berakhlak masyarakat Britain.

Jumlah itu, yang didedahkan oleh kumpulan pelbagai kepercayaan, Faith Matters, menyebabkan terdapat dakwaan bahawa negara itu kini dalam proses pengIslaman.

Bagaimanapun, laporan pertubuhan itu menyatakan, kebanyakan mereka yang memeluk Islam itu melihat agama itu sesuai dengan kehidupan di Britain.


Ia menganggarkan, kira-kira 5,200 lelaki dan wanita memeluk Islam sejak 12 bulan lalu, termasuk 1,400 orang di London. Hampir dua pertiga adalah wanita, lebih 70 peratus berkulit putih dan usia purata yang berbuat demikian ialah 27 tahun.

Pada 2001, seramai 60,000 memeluk Islam di Britain. Keadaan itu didakwa memenyebabkan perkembangan fahaman pelampau Islam dan serangan ganas, termasuk pengeboman 7 Julai.

Antara saudara baru yang beralih kepada keganasan ialah Nicky Reilly yang cuba meletupkan sebuah restoran di Bristol dengan bom paku dan pengebom kasut, Richard Reid serta pengebom 7 Julai, Germaine Lindsay.

Namun, menurut laporan itu, jumlah saudara baru yang terbabit dalam keganasan adalah kecil.

Kajian yang dijalankan oleh Kevin Brice dari Universiti Swansea menyoal saudara baru mengenai pandangan mereka terhadap aspek buruk budaya Britain.

Antara lain mereka menyebut arak, sikap masyarakat setempat yang sering mabuk, kekurangan moral dan seks bebas.

Sembilan daripada 10 wanita yang memeluk Islam berkata, perubahan agama mereka mendorong mereka berpakaian lebih konservatif.

Lebih separuh mula bertudung dan lima peratus memakai purdah.

Lebih separuh juga mengaku berdepan dengan masalah dengan keluarga masing-masing selepas memeluk Islam.

Tahun lalu, Lauren Booth, adik ipar bekas Perdana Menteri, Tony Blair, menarik perhatian meluas apabila mengumumkan dia memeluk Islam. - Agensi

Sumber: HMetro

P/S: Ramai masyarakat baru masuk ke agama Islam dan mereka mengamalkan ajaran Islam, tetapi kita bagaimana yang seorang Islam nie? adakah kita benar-benar mengamalkan ajaran Islam? Kita lihat sahaja berita-berita disurat khabar, televisyen mahupon di internet. Hampir setiap hari ada kes pembuangan bayi, sekslah dan macam-macam lagi. Semua perkara tu kebanyakkan dari orang-orang kita sendiri. Yul mengakui kadang-kadang yul juga tak menepati keseluruhannya. Setiap manusia pasti ada kesilapan. Kita hanya insan biasa yang lemah. Kalau mereka boleh kenapa kita tak boleh ye? Padahal kita sama-sama cukup sifat. Bukan yul nak kritik. Tetapi, ia sebagai renungan untuk kita bersama. 






Read more...

Dah Ada Facebook Fanpage?

Tuesday 4 January 2011

Salam semuanya! Sebenarnya yul tak ada entri yang menarik pon untuk hari ini. Maklumlah ye, tiap-tiap hari sibuk gila! Masok pagi, balik tengah malam. Pagi-pagi lagi masa orang tengah membuta yul dah pergi kerja dah. Balik pon sama jugak. Jadi, yul memang tak ada idea langsunglah nak buat entri untuk tatapan korang semua.


Yul nak mintak maap sangat-sangat kepada korang yang selalu singgah kat blog yul nie sebab tak dapat nak balas balik lawatan korang. Waktu yul sekarang nie memang terhad. Dapat online pon sekejap je sebab badan yul penat, besok nak kena bangun pagi-pagi lagi.  Insyallah, sekiranya yul dah tak busy lagi yul akan berblogging seperti biasa. Harap korang dapat memahami yul. hehe




Yul cuma nak bagitahu yang yul sekarang dah ada facebook fanpage ouh! haha. Siap ada shoutbox lagi tu kat facebook fanpage yul tu. Kalau korang datang lawat blog yul tu tinggalkan je lah link entri terbaru blog korang kat shoutbox facebook fanpage tu supaya senang yul nak datang membaca. Blog baru lagi dah ada facebook fanpage kan. Poyo betul! Yul saje je nak buat, bukan nak glamour mahupon famous. Sekadar untuk berkongsi entri terbaru yul di facebook je. Sekiranya korang ada facebook, silalah like kalau korang sudi, yul tak memaksa pon. :)



Read more...

Khairul Fahmi Bakal Menggantikan Van Der Sar

Monday 3 January 2011


Wah-wah! Betul kew Khairul Fahmi bakal beraksi di Manchester United bagi menggantikan Van Der Sar. Kalau betul baguslah kan. Yul bangga sekiranya benar Khairul Fahmi bermain di Manchester United. haha


Khairul Fahmi yang mungkin bakal beraksi di Manchester United? haha

Van Der Sar bakal bersara
 Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berminat untuk mendapatkan Khairul Fahmi bagi menggantikan Van Der Sar setelah menyaksikan aksi cemerlang Khairul Fahmi pada perlawanan akhir AFF Piala Suzuki 2010 beberapa hari yang lepas.

Khairul Fahmi merupakan tunggak kejayaan pasukan Malaysia pada Piala AFF Suzuki 2010 yang lepas. Kejayaannya dalam menyelamatkan gawang gol dari serangan pasukan Indonesia pada babak awal permainan menarik minat pengurus Manchester United. Sir Alex Ferguson berkata ''Dia merupakan salah satu penjaga gol terbaik yang pernah dihasilkan dan jika ia diberi peluang dia boleh sebarisi dengan Buffon, Casillas, dan Van Der Sar.

"Van Der Sar merupakan salah satu penjaga gol terbaik yang pernah kami miliki, tetapi keinginan dia untuk bersara, kita memerlukan seseorang yang boleh menggantikan tempatnya dan dia ( Khairul Fahmi ) adalah calon terbaik yang kita miliki untuk saat ini" kata Sir Alex Ferguson.








Sama ada betul kew tak yul tak pasti sangatlah kan. Yang yul terkejut sampai keluar kat utusan online tu!  haha. Saje nak kongsikan kat blog nie sebab yul memang minat pasukan Manchester United! Lagi-lagi kalau ada pemain Malaysia yang terlibatkan. Korang boleh lah klik kat sini dan tengok lah sendiri. Tapi yul rasa tu semua bohong je kot, huhu



Read more...

Blog Yul Nie Tempat Carian Para Kaki Seks ?

Tadi masa yul godeh-godeh kat akaun nuffnang, yul saje-saje je nak kemaskini data kat situ. Yela, bosan-bosan tak tahu nak buat apa. So, yul saje je nak semak-semak balik akaun nuffnang yul tu. Terkejut beruk yul bila klik kat keywords tu. Tak sangka ramai pembaca suka mencari benda yang mengarut-ngarut. Nampaknya pembaca blog yul nie ramai yang kaki seks. Korang janganlah terasa pula ye, yang yul maksudkan pengguna internet yang search kat engine google tu.  Kalau korang tak percaya, korang  tengoklah sendiri. haha. 


Carta carian yul aje pada minggu ini




Paling banyak dalam carta minggu nie. Peh! Yang paling top gambar telanjang tu la. Tak tau lah yul pembaca zaman sekarang nie lagi suka search benda-benda berunsur seks. Memang tak boleh blah la. Kalau satu je tak pe. Tapi sampai 3 keywords berunsur seks masuk dalam carta minggu nie. Blog yul nie memang tempat orang gila seks kot! kahkahkah


Kepada searcher kaki seks tu, korang bawa-bawalah bertaubat. Kat blog nie tak ada apa-apa pon benda-benda seks yang korang nak cari tu. 



Read more...

Tips Nak Kurus Tanpa Senaman Atau Diet

Sunday 2 January 2011

Ingin memiliki badan yang ramping?
Salam semuanya dan selamat petang! Entri yul pada hari ini sesuai untuk golongan yang mempunyai badan bersaiz besar atau lebih dikenali sebagai gemuk! Yul nak kongsikan lah sedikit daripada apa yang yul baca tadi kat sebuah website tempatan mengenai tips bagaimana mahukan badan yang slim dan ramping tanpa perlu melakukan senaman mahupon berdiet. 







Bunyinya macam pelikkan bagaimana badan kita dapat kurus sekiranya kita tak mengamalkan senaman dan berdiet. Tetapi itulah kenyataannya yang berlaku dan diamalkan bagi sesetengah manusia kat dunia nie bagi kepentingan tertentu. 
Kebanyakkan orang yang mempunyai badan bersaiz besar ataupon gemuk mesti berasa malu dan tidak yakin terhadap diri sendiri. Orang yang gemuk sering kali akan dipandang hina ataupon dicaci. Paling menyedihkan, mereka sukar mendapat pekerjaan kerana kegemukan. Kesian yul tengok mereka yang mempunyai badan yang gemuk nie sebab selalu kene reject.


Cacing gelang


Macam mana nak kurus? Caranya cukup mudah sekali! Dan tips ini diamalkan bagi sesetangah penduduk di negara China bagi memudahkan untuk mendapatkan pekerjaan. Caranya, korang cuma makan telur cacing gelang sahaja. Kemudian telur-telur cacing tersebut akan menetas didalam perut korang dan akan memakan zat didalam perut sekaligus menjadikan korang kurus tanpa perlu bersenam dan berdiet. Sungguh mudah bukan? Korang tak payah bersusah payah nak senam-senam atau nak menyeksa diri tanpa perlu memakan. Diantara korang ada berminat untuk mencuba kew? haha. Kalau yul memang tak sanggup. Nasib baiklah badan yul nie kurus, huhu, kalau gemuk sekalipon yul tak sanggup nak makan benda-benda pelik macam tu.


Menurut kajian yang dijalankan, pakar-pakar kesihatan memberi amaran kerana cara tersebut boleh memudaratkan kesihatan. Cacing merupakan parasit yang memakan zat-zat penting didalam organ tubuh kita.


P/S: Tapi yul harap korang jangalah cuba pula ye. Nie sebagai tips mudah, stail orang malas nak bersenam dan berdiet. 




Read more...

Artis Berlakon Dengan Bintang Porno Terkemuka

Saturday 1 January 2011

Bintang porno terkemuka diantarabangsa ingin berlakon bersama artis dalam sebuah filem? Mesti korang tertanya-tanya siapakah mereka? Adakah artis didalam negara? Artis tersebut yang yul maksudkan bukanlah artis tempatan. Mereka merupakan artis luar negara, Ariel, Luna Maya dan Miyabi@Maria Ozawa dalam satu filem dibawah arahan, Ody Mulya Hidayat.




nak tengok 3D punya! haha


Ariel dan Luna Maya pernah digossipkan  tentang video lucah yang tersebar luas dilaman web suatu ketika dulu. Korang dah tengok kew video mereka tu? haha. Mereka juga digelar artis porno terbaik dan mendapat rating tertinggi didalam sebuah laman web lucah. Dan mereka juga pernah menjadi cover bagi sebuah majalah lucah di Jepun. Bukan sekadar top ditempat sendiri, malahan juga top dinegara orang. 


Miyabi
Maria Ozawa
Tapi kalau sebut nama Miyabi@Maria Ozawa, adakah korang mengenalinya? Bagi penggemar cerita porno mesti korang kenalkan? haha. Miyabi@Maria Ozawa merupakan seorang bintang porno bertaraf antarabangsa yang berasal dari Jepun. Rata-rata ramai yang mengenalinya melalui video-video lucah. 


Pasti korang tertanya-tanya adakah mereka semua mahu berlakon cerita lucah?  Yul tak pastilah sama ada filem terbaru mereka  yang bakal ditayangkam pada tahun ini berunsur seks. Filem terbaru yang dibarisi artis-artis digelar porno, Ariel , Luna Maya dan juga Maria Ozawa akan berlakon dibawah arahan Ody Mulya Hidayat . Sebelum ini, Maria Ozawa telah berlakon dibawah pengarah yang sama didalam filem '' Menculik Miyabi" dan "Hantu Tanah Kusir" . Filem filem tersebut telah mendapat sambutan hangat di pasaran Indonesia. 


P/S: Macam-macam melihat dunia sekarang nie. Kekayaan, populariti, yang dikejarkan, amalan ibadah mereka tinggalkan. 





Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP