Im Sorry :(
Sunday, 16 January 2011
Salam semuanya. Alhamdulillah, dapat juga yul menulis setelah sekian lama yul meninggalkannya. Hampir 1 minggu juga yul tidak mengemaskini blog yul nie dengan entri-entri yang terbaru. Sunyi pula pabila melihat blog ini tanpa entri baru. Lega rasanya, dapat juga yul mengupdate blog ini.
Untuk pengetahuan korang, yul bukan tak nak berblogging lagi, tetapi keadaan sekarang ini tidak mengizinkannya. Buat sementara waktu ini, yul tidak dapat memberikan entri terbaru untuk tatapan korang disebabkan ketiadaan laptop menghalang yul untuk berblogging. Maklumlah, laptop yul kini berada ditangan adik perempuan yul di kolej atas urusan banyak assigment yang perlu diselesaikannya. Tak apalah kan? Asalkan dia dapat menyelesaikan segala kerja-kerjanya demi mencapai cita-citanya. Hasrat yul untuk berblogging seperti biasa terhenti seketika buat sementara waktu.
Ketiadaan laptop membuatkan kehidupanku terasa kosong kerana hampir keseluruhan masaku dihabiskan dihadapan laptop. Bagi yul, laptop adalah segala-segalanya. Dengan laptop jugalah yul dapat menghabiskan serta meluangkan masa untuk menghilangkan rasa bosan dan dapat melakukan benda-benda yang berfaedah.
Yul nak mintak maaf sangat-sangat kepada korang sebab tidak dapat membalas lawatan korang yang bertandang kesini. Nak update entri terbaru pon tak boleh juga sekarang nie. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi singgah ke blog yul nie. Buat sementara waktu ini, yul memang tidak dapat nak buat apa-apa. Insyallah, kalau tiada aral, mulai minggu depan yul dah mula berblogging seperti biasa. hehe. Rasa rindu sangat nie,. :)
4 comments:
it's okayla yul..
tak nak maafkan..:p
~lalalaa
its okey yul.. nanti ada masa jumpa lagi k dalam dunia blog..
salam
samalah kita, kalau tak dop lappy ni,,, kompom tak lena tido..huhu
Post a Comment