Britain Alami Proses Islamisasi
Thursday, 6 January 2011
Lauren, adik ipar Blair |
Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita kulit putih berusia 27 tahun yang bosan dengan budaya konsumerisme dan tidak berakhlak masyarakat Britain.
Jumlah itu, yang didedahkan oleh kumpulan pelbagai kepercayaan, Faith Matters, menyebabkan terdapat dakwaan bahawa negara itu kini dalam proses pengIslaman.
Bagaimanapun, laporan pertubuhan itu menyatakan, kebanyakan mereka yang memeluk Islam itu melihat agama itu sesuai dengan kehidupan di Britain.
Ia menganggarkan, kira-kira 5,200 lelaki dan wanita memeluk Islam sejak 12 bulan lalu, termasuk 1,400 orang di London. Hampir dua pertiga adalah wanita, lebih 70 peratus berkulit putih dan usia purata yang berbuat demikian ialah 27 tahun.
Pada 2001, seramai 60,000 memeluk Islam di Britain. Keadaan itu didakwa memenyebabkan perkembangan fahaman pelampau Islam dan serangan ganas, termasuk pengeboman 7 Julai.
Antara saudara baru yang beralih kepada keganasan ialah Nicky Reilly yang cuba meletupkan sebuah restoran di Bristol dengan bom paku dan pengebom kasut, Richard Reid serta pengebom 7 Julai, Germaine Lindsay.
Namun, menurut laporan itu, jumlah saudara baru yang terbabit dalam keganasan adalah kecil.
Kajian yang dijalankan oleh Kevin Brice dari Universiti Swansea menyoal saudara baru mengenai pandangan mereka terhadap aspek buruk budaya Britain.
Antara lain mereka menyebut arak, sikap masyarakat setempat yang sering mabuk, kekurangan moral dan seks bebas.
Sembilan daripada 10 wanita yang memeluk Islam berkata, perubahan agama mereka mendorong mereka berpakaian lebih konservatif.
Lebih separuh mula bertudung dan lima peratus memakai purdah.
Lebih separuh juga mengaku berdepan dengan masalah dengan keluarga masing-masing selepas memeluk Islam.
Tahun lalu, Lauren Booth, adik ipar bekas Perdana Menteri, Tony Blair, menarik perhatian meluas apabila mengumumkan dia memeluk Islam. - Agensi
Sumber: HMetro
P/S: Ramai masyarakat baru masuk ke agama Islam dan mereka mengamalkan ajaran Islam, tetapi kita bagaimana yang seorang Islam nie? adakah kita benar-benar mengamalkan ajaran Islam? Kita lihat sahaja berita-berita disurat khabar, televisyen mahupon di internet. Hampir setiap hari ada kes pembuangan bayi, sekslah dan macam-macam lagi. Semua perkara tu kebanyakkan dari orang-orang kita sendiri. Yul mengakui kadang-kadang yul juga tak menepati keseluruhannya. Setiap manusia pasti ada kesilapan. Kita hanya insan biasa yang lemah. Kalau mereka boleh kenapa kita tak boleh ye? Padahal kita sama-sama cukup sifat. Bukan yul nak kritik. Tetapi, ia sebagai renungan untuk kita bersama.
4 comments:
alhamdulillah akhirnya terbuka pintu hati mereka.. semoga kita yang sejak azali berpegang dengan agama yang suci ini terus diperkukuhkan imannya dari terus merosakkan akidah sesama sendiri.. amin...
nice info yul! (^__^)
org kafir masuk islam,hati suci murni...umpama bdk kecik baru lahir,tk de dosa...kte umat islam yg dri kecik ni, dosa da menimbun2...
itula pasal
mereka bersusah payah mengkaji dan memeluk Islam tetapi kita yang sudah Islam sejak kecil kadang2 lupa akan nikmat itu
P/S : Bersama Hans di Restoran Keluarga Anda - Yankies Hut
wah..byk sdh rupanya orang putih mememeluk agama islam ..nice sgarubg bro
Post a Comment