Apa Yang Menariknya Membaca Novel?
Sunday, 23 January 2011
Salam Semuanya..
Entri yul pada kali ini berkisahkan novel pulak. Maklumlah singgah sana orang bercerita Novel, singgah situ pulak benda yang sama jugak. Korang suka baca novel? Mesti ramai yang suka baca novel kan? Lagi-lagi kalau perempuan. Peh, kompem berlambak-lambak koleksi novel yang dibeli simpan kat rumah. Yang pastinya novel berkisahkan cinta? Kebanyakkan remaja sekarang zaman sekarang nie suka novel-novel macam tu. Romantik lah, jiwang lah, ntah pape je lah. Yul memang tak minat kot. Lelaki pon ada jugak tau baca novel-novel macam tu. Macam tak percaya je. Tapi tu lah kenyataannya.
Salah satu novel tingkatan yang yul baca dulu-dulu |
Yul pernah baca novel semasa waktu sekolah je. Tu pon novel-novel tingkatan. Teringat lagi waktu-waktu zaman dibangku sekolah dulu. Tiap-tiap tahun mesti kene baca novel. Dalam setahun tu 1 novel je lah kot yang yul baca. Tu pon susah nak dihabiskan. Berbulan-bulan jugak nak menghabiskan baca tu. Habis baca, satu ape pon tak paham. Apa yang yul baca pon tak tahu lah. Buang masa je kan? haha. Korang tahu-tahu je lah ye.
Harry Potter episod yang ke 4 |
Tapi hanya satu novel je yang yul minat baca, dan dah katam 2 kali kot. hehe. Novel Harry Potter: The Prisoner of Azkaban. Memang seronok baca novel nie. Sebab novel nie banyak plot-plot yang menarik sehingga membuatkan yul tak berhenti membacanya sehingga tamat. Walaupon ceritanya agak mengarut, tetapi novel ini membuatkan kita berimaginasi seolah-olah kita nie berada ditempat tersebut. Beratus-ratus muka surat novel nie, tapi yul dapat menghabiskan dalam masa 3 hari je. Apa yang menariknya tu korang kena baca sendirilah. Novel nie dah lama dah pon. Ada lah dekat 4 tahun yang lepas. Nie lah novel pertama dan terakhir kali kot yul membeli dan membacanya.
Sebenarnya yul tak berapa minat sangat nak baca novel-novel nie. Kalau bosan tahap gaban sampai tak tahu nak buat apa, baru yul mula membaca. Yul pernah baca novel cinta-cinta nie, tapi baca 2 muka surat je kot. Bosan seh. haha.
. Koleksi novel-novel cinta |
Novel cinta yang belum yul baca, hehe |
Sebab kenapa tak suka baca novel?
- Tebal sangat. Kalau dah namanya novel, kompemlah tebal kan? Tapi yul memang tak suke pon baca buku yang tebal-tebal nie sampai ayatnya berjela-jela. Boleh juling membacanya. hehe. Lagipon bukan dapat ilmu atau info-info yang memberi manfaat kepada kita semua.
- Ayat berbunga-bunga. Biasanya ayat berbunga-bunga macam nie novel cinta je kan? Tapi kebanyakkan novel-novel cinta sekarang nie dah tak ada lagi kot. Sebab penulis novel tersebut baru sedar, kebanyakkan pembaca sebenarnya tak suka ayat bermadah-madah, jiwang, dan apa-apa jelah yang berkaitan. Pembaca kini lebih gemar novel cinta yang menggunakan ayat yang sempoi.
- Tak minat membaca. Remaja zaman sekarang nie lebih gemar membaca komik-komik atau pon majalah-majalah seperti gempak, utopia, remaja dan lain-lain lagi. Kebiasaannya orang yang suka membaca novel nie jenis yang skema. Budak yang pakai cermin mata nie je yang rajin kan. hehehe
Nie semua berdasarkan pengalaman dan daripada apa yang yul lihat. Kalau ada pembaca tegar novel yang terasa, yul mintak maaf sangat-sangat k. Bukan nak menyinggung mahupon mengkritik. Cuma nak luahkan je apa yang tersirat kat dalam hati nie.
P/S: Tapi tu dulu lah, sekarang nie yul dah jadi penulis blogger pulak. hehe. Tak suka baca novel, tapi suka baca entri blogger. Okae lah tu, sekurang-kurangnya ada juga kita membaca kan? Kira macam novel jugak! hehe.
17 comments:
waahhh
nis suke jgk bace novel
tp semua penulisan ahadiat akashah laa
heee
best nyer bila kita rasa kita yg ada dalam jln cerita tu..mmg best.. =)
haha..eika ta mnat btul na bce novel skula bagi tuh..jln cerita mmg bosan glerla...-,-
tpi dsbbkn terpkse,trpksela eika hbskn..ngee.. :)
btw,eika mnat bce novel2 cinta nyh..tpi ta smuerla..sbb bler kte tgk blekla an..smuer jln crite novel lbey kurang je..jz tukar ckit2 je..
haaaa.. ckp pasal novel. untuk anat seorang pmpuan yg gila novel. anat nih kalau baca novel. anat tak boleh start baca. kalau anat strt baca ... adalah sgt susah nk stop bca.. sbb sgt excited nk tau ending dia.. so, bila dah jd cmtuh.. bleyh dikatakan.. tak tidor sehari smalam smata2 nk habiskan novel. pcaya tak? haaaa.. pcaya la.. cek tak tipu
@ Anisa Hang Tuah ,wah! die tu mmg penulis yg top, kawan2 yul suka la, hee
@ Zairie Husin , tau tak pe bro, mmg best, baru betul2 menghayati cerita tu, huhu
@ ♥ nuratikah ♥ ,tau tak pe, huhu, pening kan baca yg skola punya
@ ANATI SOKI , peh! pembaca tegar novel la nie ye, dahsyat tol la anat. hehe
salam
klasiknya novel yang 1st tu..
novel yang last tu sedap ke?hahah..x besh pun...heheh
Jom Baca dan Komen--cara memilih nama domain yang terbaik
minat baca novel kalau cerita pun best tapi xminat baca kalau asyik xdpt habiskan bacaan... ye la sy nie kurang ckit dengan buku novel cinta...
gue kurang berminat dgn novel..
panjang sangat..
ehehheee
@ sissyira , haha, besh jugak kot drpd novel cinta, ehehehe
@ garfield88_aini , owh ykew, abis awk suka baca novel ape tu? huhuhu
@ mie , sama ngn aku bro, juling mata baca pnjg2, haha
kira membaca jugak tu.. tapi sya memang xboley langsung bc novel.. tak sampai 5 helai konfem dh bosan plus kadang2 buat ubat tdo.. hehehe..
tapi lau komik atau manga seploh kali khatam.. siap ada koleksi komik lagi kat umah.. ngeeeee
@nadzirah aqilah ,muahaha, tau tak pe, kompem punyalah kan, lagi2 kalau bace smbil baring, tak sampai 5minit pon, haha
wah sama with blue dong
blue emnyukai novel
salam hangat dari blue
Post a Comment