Mentega Golden Churn Creamy Butter Mengandungi DNA Babi | Kek Lapis Haram Di Sarawak
Thursday, 4 August 2011
Sekejap halal, sekejap tak halal. Mana satu yang betul pon tak tahu. Ianya membuatkan para pengguna merasa was-was untuk membeli dan menggunakannya. Setelah sekian lama, akhirnya kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sebuah pengusaha kek lapis di sarawak yang didakwa menggunakan Mentega berjenama "Golden Churn Creamy Butter" disahkan mengandungi DNA babi setelah di siasat. Pengusaha kedai itu diarahakan oleh JAIS agar perlu membersihkan peralatan membuat kek tersebut mengikut kaedah Islam.
Pembersihan tersebut atau "menyamak" perlu dilakukan dengan segera bagi memastikan produk tersebut selepas ini halal memandangkan produk tersebut digunakan majoriti umat Islam di negeri Sarawak.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Sarawak telah diminta supaya menarik balik iklan yang diletakkan oleh premis perniagaan yang memberi jaminan bahawa produk mentega tersebut adalah halal .
Golden Churn Creamy butter ini telah beroperasi di kilang-kilang ballantyne iaitu di Australia dan sebuah lagi di New Zealand. Walaupon ianya bukan pengesahan halal dari Malaysia, tapi pihak tertentu harus meneliti dan mengkaji terlebih dahulu sebelum produk itu dibawa masuk ke Malaysia. Jenama mentega ini sudah lama lama bertapak di Malaysia. Penggunaan produk itu bukan sahaja digunakan untuk tujuan komersial tetapi juga untuk persendirian sejak dari dahulu lagi.

Sebelum ini Jakim juga memperakui ianya halal, namun ditarik balik baru-baru ini kerana terdapat DNA babi dalam kandungannya. Tapi yul masih ragu-ragu lagi kerana terdapat kenyataan yang bercanggah daripada Ballantyne yang mengatakan bahawa produk tersebut halal.
Berikut adalah kenyataan daripada Andrew Ballantyne, Executive Chairman (K.L.Ballantyne Pty Ltd) mengenai isu ini.
Berikut adalah kenyataan daripada Andrew Ballantyne, Executive Chairman (K.L.Ballantyne Pty Ltd) mengenai isu ini.
Golden Churn Butter Halal CertifiedIa telah dibawa ke perhatian saya bahawa terdapat tuntutan palsu di Malaysia mengenai mentega berjenama Golden Churn Certified Butter.
Saya boleh memberi jaminan kepada semua pelanggan dan pengguna bahawa kedua-dua kilang-kilang Ballantyne yang beroperasi di Australia dan New Zealand telah diperakukan Halal oleh pihak berkuasa.
Ia adalah penting untuk memahami bahawa setiap penghantaran mentega dari Australia dan New Zealand membawa standard kualiti mandatori dari Pihak Berkuasa Makanan Kerajaan yang berkaitan termasuk Standard Makanan Australia New Zealand (FSANZ), Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Australia (AQIS) dan New Zealand Food keselamatan Authority (NZFSA) tambahan kepada keperluan pensijilan halal yang ketat. Kami mengesahkan bahawa Golden Churn butter mematuhi keperluan ini berkuasa.
Ballantyne hanya menggunakan susu yang berkualiti tinggi untuk membuat krim yang berjaya melahirkan ke dalam Bahan-bahan mentega, Lembu Susu, Susu pepejal (bukan lemak), Lembapan dan 1,5-2% garam . Tiada penambahan lain, warna atau pengawet yang dibenarkan. Kami juga telah mendapatkan nasihat undang-undang untuk menghentikan tuntutan-tuntutan ini palsu.
Saya ingin sekali lagi memberi jaminan kepada pelanggan setia kami bahawa dakwaan ini adalah palsu dan produk kami adalah berkualiti tinggi dan Halal.
Disini yul lampirkan sekali sijil-sijil halal mereka. Korang boleh klik sini untuk melihat.
Sumber : Ballantyne
So, lebih elok lagi sekiranya kita tidak menggunakan produk tersebut kan? Sekejap halal, sekejap tak. Gunakan produk yang lain je. Sedap tak sedap tu bukan bergantung pada produknya. Tetapi gaya masakannya perlu teliti dan cara memasaknya. Sedap tu tak semestinya bergantung kepada sesuatu produk yang kita gunakan.
5 comments:
betol3.. baik tayah guna kan ..
eishh ..
nasibb baikk tak pernah beli mantega tuh -.-'
to la xpayah la gune kalau was2..jap halal jap x halal kan,ermm..gunne jek mantega len..bnyak lgi jenama y memang halal..:)
hampir2 nak terbeli hari tue..mujur la tak beli..baik beli mentega buatan malaysia jer
tak payah pkai terus mentega nie buat kek raya nie... kalau musykil kan... skrg nie byk yg haram dr yg halal... hadoiyai..
Post a Comment