Suka!

(Gambar) Proton Saga FLX Baru | Harga Saga FLX Terkini

Friday 12 August 2011

Proton telah melancarkan model terbarunya iaitu Saga FLX (baru), telah dilancarkan pada 25 Julai yang lalu. Berikut adalah

Proton Saga FLX ini menggunakan teknologi Continuously Variable Transmission (CVT) menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L yang pastinya akan memberikan penjimatan dalam penggunaan bahan bakar (Minyak) serta memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik kepada pemandu kereta ini. Disamping itu, Saga FLX ini juga dapat memberikan putaran enjin yang cekap dan terbaik denagn Rotation Per Minute (rpm) yang cekap yang pernah dihasilkan oleh syarikat Proton. Purata harga bagi Saga FLX ini adalah diantara RM 38,598 hingga RM 44,998 dan sudah pasti kereta ini mampu dimiliki oleh rakyat malaysia kerana ia sangat berpatutan dan berbaloi untuk dibeli.
Proton selaku pengeluar kereta nasional sudah pastinya akan memberikan keselesaan kepada pemandunya. Oleh itu, Proton Saga FLX telah dihadirkan dengan dua model iaitu FLX 1.3 Standard dan juga FLX 1.3 Executive. Proton Saga FLX ini juga mempunyai gear manual dan CVT bagi memberikan pilihan terbaik kepada pemandu untuk memilihnya. Proton Saga FLX ini tampil dengan 5 jenis warna iaitu Solid White, Tranquality Black, Genetic Silver, Blue Rock dan warna terkini dari proton iaitu Elegant Brown. Saga FLX ini mempunyai teknologi canggih iaitu Continuously Variable Transmission (CVT). CVT ini adalah merupakan satu teknologi putaran awal (Torque) pada gear yang akan memberikan kuasa terbaik kepada enjin dan penukuran gear yang lembut serta menjimatkan minyak kereta. Ia juga mesra alam kerana penggunaan minyak yang kurang serba sedikit membantu meningkatkan prestasi Proton Saga FLX.
Proton Saga FLX ini juga mempunyai pilihan 6 gear transmission yang dikawal oleh Stepped Automatic Transmission (SAT) yang akan membuatkan anda merasa penukaran 6 gear automatik secara lembut dan cekap. Dari segi pengayaan pula, Proton Saga FLX ini mempunyai lampu hadapan dan belakang yang sporty, elegan dan menarik serta cantik dilihat dari mata pengemar kereta. Ini terbukti apabila rekaan ini disukai ramai oleh penggemar kenderaan nasional yang positif dalam aspek pengayaan kenderaan. Selain itu, ia juga mempunyai cermin sisi yang terbaik kerana ia kelihatan penuh gaya dan menarik serta dilengkapi ciri-ciri keselamatan iaitu dengan penambahan indicator LED bagi tujuan keselamatan pengguna jalan raya. Di bahagian dalaman kereta pula, Proton Saga FLX ini tersedia “dashboard” yang elegan yang pastinya akan membuatkan anda semua selesa dan tenang di dalam kereta ini. Ia dikemaskini dengan warna “Tempest Grey”.
Dari segi hiburan pula, Proton Saga FLX ini telah dilengkapi dengan MP3, USB dan AUX ports. Anda juga boleh mengawal kesemua peranti ini dengan menekan butang yang tersedia di steering anda kerana Proton Saga FLX ini menawarkan “Steering Audio Control” . Secara praktikalnya kereta ini mempunyai “Electric Power Window” yang akan memudahkan anda membuka dan menutup tingkap yang kini didatangkan berserta jaminan sepanjang hayat jika berlaku sebarang kerosakkan serta pintu kereta yang mampu dibuka dengan luas bagi keselesaan pengguna. Kereta ini mampu membuat pusingan dengan cekap iaitu mampu mencapai radius sepusingan sebanyak 5.3 meter dan ini memudahkan anda untuk meletakkan kenderaan di tempat letak kereta atau membuat pusingan u-turn.
Faktor keselamatan merupakan antara faktor terpenting ketika membeli kereta. Bagi Saga FLX, soal keselamatan amatlah di ambil berat oleh PROTON dengan menyediakan teknologi “Immobiliser” bertujuan untuk mengesan pemilik kereta yang sah dan mampu membantu untuk mengelak kecurian kenderaan. “Reverse Sensor” merupakan salah satu teknologi yang digunakan bagi mengelakkan pelanggaran kenderaan ketika memakir. Oleh itu, Proton menyediakan “Reverse Sensor” secara vertical dan horizontal yang mengambil kira setiap sudut bagi memastikan pelanggaran tidak berlaku. Ketika memandu Proton Saga FLX, anda pastinya akan merasa selesa, kecekapan kenderaan,stabil serta mempunyai respon yang terbaik ketika anda memandu di selekoh. Terima kasih kepada Proton Ride &Handling teknologi yang diinspirasikan oleh Lotus, ia meberikan pengalaman pemanduan dan keselesaan yang terbaik pada Saga FLX. Kereta ini juga mempunyai “ABS” (Anti-lock Braking System)iaitu teknologi yang membantu kereta ini stabil ketika membrek dan teknologi “EBD” (Electronic Brake Distribution) iaitu memberikan prestasi optimum pada brek bagi setiap tayar . Kereta ini juga dilindungi oleh struktur rangka yang kuat dan tahan lasak serta mempunyai 2 “Airbag” pada bahagian pemandu dan penumpang hadapan bagi mengurangkan impak kecederaan ketika berlakunya sesuatu kemalangan.
Harga Proton Saga FLX 1.3L
Variant
Peninsular Malaysia
East Malaysia
Labuan
Langkawi
Standard MT
RM 38,598
RM 41,378
RM 38,298
RM 36,448
Standard CVT
RM 41,598
RM 44,378
RM 41,298
RM 39,448
Executive MT
RM 42,398
RM 45,198
RM 41,648
RM 40,098
Executive CVT
RM 44,998
RM 47,798
RM 44, 248
RM 42,698
Prices are based on Metallic colour
Credit to :  Mohd Zaid

2 comments:

Anonymous,  5 September 2011 at 13:02  

langkawi itu negara mana so murah

Anonymous,  11 September 2011 at 15:36  

Langkawi tu kan bebas cukai mcm labuan. klau dh bli kt sna x bleh bwa kuar dari ke tmpt lain.

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP