Lagu Raya Upin Dan Ipin - Suasana Di Hari Raya (Video Dan Lirik) | Comel Gila!
Wednesday, 24 August 2011
Lagu raya sinonim dengan penduduk Islam di Malaysia menjelang hari raya Aidil Fitri. Tak sah lah lagu raya ini tak dimainkan. Kebiasaannya lagu raya ini akan dimainkan dibulan Ramadhan setiap tahun. Banyak lagu raya yang ada di Malaysia, tetapi lagu raya lamalah yang menjadi pilihan di hati. Sampaikan, lagu lama pon di mainkan semula dengan versi yang baru seperti Adik Asyila.
Berikut adalah nyanyian Adek Asyila yang menjadi suara latar dalam cerita Upin dan Ipin. Pertama kali yul lihat dia menyanyi lagu raya ini, terus berulang-ulang kali yul mendengarnya. Dengan suaranya yang comel dan gelagatnya yang lucu membuatkan yul tak bosan pabila mendengarnya. huhu. Best gile versi Upin Ipin nie! Hee :D
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
( korus 1 )
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
( korus 2 )
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Comel gila kan? Suka je tengok dia menyanyi. Geram pulak melihatnya. huhu. Nak download/muat turun lagu dan video nie? Yul pon tak tahu cemane. Korang carik je lah ye di google. :P
P/S: Muke dia ada iras-iras macam Fara Fauzana kan? hehe
1 comments:
hahahahahah comey gilerr aku nk tgk aa mlm raya nt
Post a Comment