Suka!

Drama Kasih Alia | Sinopsis Slot Akasia TV3 (Lagu Tema OST Kasih Alia)

Tuesday, 2 August 2011

Sementara nak menunggu waktu berbuka puasa tadi, yul sempat juga menonton Slot Akasia TV3 Drama Kasih Alia. Walaupon dapat tengok hanya beberapa babak je, tapi yul cukup terhibur dan tertarik dengan jalan ceritanya. Rasa macam tak sabar pulak nak menanti episod yang seterusnya. huhu.


Drama Kasih Alia ini telah bermula ditayangkan pada 1 August 2011 yang lalu  di Slot Akasia TV3 menggantikan Drama Dewa Cinta. Drama ini akan ditayangkan selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan. Bersiaran pada setiap hari isnin hingga khamis pada pukul 7 malam. Korang tidak perlu risau lagi, kerana Drama ini akan menemani sepanjang korang berbuka puasa di rumah. hehe. Bagi yang jarang berumah disebabkan oleh kerja macam yul nie, memang tak dapat lah nak tengok. huhu.
Berikut adalah sinopsis Drama Kasih Alia
Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.

Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.

Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha dan telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.

Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.

Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.

Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.

Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.

Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti?


Semua itu dapat disaksikan dalam drama bersiri terbaru Kasih Alia' terbitan JS Pictures. Menggantikan drama bersiri Dewa Cinta di slot Akasia mulai 1 Ogos yang lalu, Kasih Alia telah mendapat sentuhan kreatif daripada pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland.


Kasih Alia ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Fida sebagai Alia, Sheila Rusly yang membawa watak ibu yang kejam terhadap anak tirinya, Yatt (kakak Qausar), Sharnaaz (Qausar), Feeya (Intan), Irma Hasmie dan ramai lagi.
FIDA
SHEILA RUSLY
Kebanyakan pelakon-pelakonnya bertudung. Baguslah kan? Cerita bersempena dengan bulan Ramadhan ini. Tak ada lah terdedah aurat sana sini. hee :) Tapi tak tahu lah kan kalau datang-datang ada pulak.

Promo Kasih Alia

Lagu tema @ OST Kasih Alia ini pula dinyanyikan oleh Fida sendiri yang bertajuk  Teriakan kalbu. Untuk download boleh klik 'Muat Turun Sekarang' dibawah ini.
Bagi sesiapa yang terlepas, tak sempat nak tonton secara online, korang tidak perlu risau lagi. Kerana pihak TV3 telah menyediakan siaran ulangan di portal sitenya. Semua jenis drama, cerita, dan lain-lain lagi keluaran tv3 ada dipaparkan disitu. Lepas nie, boleh lah tengok, tu pon kalau internet laju. -.-
P/S: Suke tengok muke Fida tu, ayu gile! Cair tengok ouh! huhu.

9 comments:

Anonymous,  2 August 2011 at 22:18  

oii hahhaha kurang posa cair tgk muka fida hahahahhaha

IMANSHAH 2 August 2011 at 22:33  

tadi tengok ni masa depa kecik lagi

Unknown 2 August 2011 at 22:36  

muka fida mcm dato ct kan... comel.. hehe

Anonymous,  2 August 2011 at 23:50  

bru jek tdi berpeluang tgok gak ha mse nak berbukak pose..yup..mmg besh la rasenyer..:D

mrs kayrul 3 August 2011 at 10:47  

semalam tengok citer nie dah mula hangin2 satu badan tengok kekejaman sheila rusly..nie tak sabar nak tunggu episod seterusnya

Qaseh Dalia 3 August 2011 at 21:42  

suka sgt tgk cite ni dek..

b.leela devi,  10 August 2011 at 21:00  

ilike this drama tak sabar nak tunggu episod akan datang...

azec2526 19 August 2011 at 00:24  

ak suke sgt cite ni!!!

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP