Suka!

Drama Cinta Elysa | Sinopsis Slot Lestary TV3 (Lagu Tema OST Cinta Elysa)

Wednesday 17 August 2011

Selepas ini, Slot Lestary TV3 akan membawakan satu lagi drama hebat lakonan Fasha Sandha dan Johan Arif atau lebih dikenali sebagai Botak Juvana, yang bertajuk Cinta Elysa. Drama ni diterbitkan oleh Suhan Movies dan mempunyai 13 episod kesemuanya. Zila Bakarin dan Ayam Juvana (Adam Shah) juga merupakan pelakon dalam drama ini.





Watak Ayam atau nama sebenarnya Adam Shah ini menjadi kawan sekampung kepada Aril (Botak) dalam drama Cinta Elysa. Botak masih membawakan watak samseng. Tetapi baik hati dan membuatkannya telah jatuh cinta kepada Elysa.


Cinta Elysa Slot Lestary TV3 Dalam sedutan video promo Cinta Elisa..



Sinopsis Cinta Elysa Slot Lestary TV3
Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).

Jasman bapa saudara kepad Aril ini mahukan Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anaknya sebelum dia pergi meninggalkan dunia. Dia berpesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril merupakan seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda yang bermasalah dan dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya. Dalam keadaannya dibenci, dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar itu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yang menjadi penghalang.

Walaupun Aril ini nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa. Oleh sebab cinta yang kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya. Elysa pada mulanya tidak suka kepada Aril, namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril..

Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tidak suka Aril hidup mencari rezeki dengan cara tidak elok. Elysa mahukan Aril mencari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. Demi cintakan Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.
Menarik bukan kisah cinta antara Aril dan Elysa. Mesti korang tak sabar kan nak tengok Botak Juvana berlakon dengan Fasha Sandha. Drama ini akan ditayangkan selepas Drama Ana Lulu. Bila tu, masih tak pasti lagi.
Yul kongsikan sekali beberapa gambar dalam babak drama Cinta Elysa.



Gambar credit to Suhan


Berikut adalah Lagu Tema @OST Cinta Elysa nyanyian daripada Stacy yang bertajuk Kisah Dongeng
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja

Belum pernah aku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerna rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja


P/S: Botak memang sesuai berlakon jadi gangster je, haha. Lepas nie jadi top lah cerita Cinta Elysa selepas Juvana kan?

8 comments:

Anonymous,  17 August 2011 at 22:55  

pasha chanda? alosss... ana lulu dah nak habess kah??

YUL 17 August 2011 at 23:29  

@pyqa, yups,dah nk abis dah,haha

tomatokering 18 August 2011 at 13:34  

waaaaaaaa botakkkkkkk kiteeee .. why dgn fasha sandha T_T

tomatokering 18 August 2011 at 13:34  

waaaaaaaa botakkkkkkk kiteeee .. why dgn fasha sandha T_T

Anonymous,  18 August 2011 at 14:48  

bile botak berambut.
perghhhh

YUL 18 August 2011 at 21:05  

@tomatokering :), jgn sedih2 ye,hehe

YUL 18 August 2011 at 21:05  

@i am S!L4H.., jadi ncem kan? hehe

me_ fara 1 November 2011 at 23:20  

lagu-lagu lain dalam cinta elysa
termasuk muzik latar cinta elysa
boleh download di
http://admya.blogspot.com/2011/10/lagu-dalam-cinta-elysa.html

Post a Comment

Terima kasih ye diatas komen2 anda, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP