Kuiz Soalan Agama Islam Di Dalam Gereja Methodist Damansara Utama?
Thursday, 11 August 2011
Apa niat sebenar pihak Gereja Methodist nie pon yul tak tahu. Terdapat kuiz soalan mengenai agama Islam yang ditemui kelmarin (3 Ogos) pada majlis makan malan digereja tersebut yang 80% hadirin yang hadir adalah bukan Islam. Mungkin terdapat agenda tersendiri disebalik ini semua. Yang dahsyatnya lagi, mereka menyanyikan lagu berunsur Islam didalam gereja tersebut. Yul pon tak faham, sama ada mereka sengaja menghina, atau pon menunjukan bahawa mereka tahu mengenai ilmu islam. Ianya menjadi persoalan, apakah yang mereka lakukan dengan mengaitkan Islam didalam gereja tersebut?
JAIS menemui kertas soalan kuiz tersebut yang dikoyakkan dan dibuang di dalam tong sampah ketika pemeriksaan dilakukan.P/S: Dunia dah nak kiamat, agama islam seperti dipermain-mainkan oleh sesetangah penganut agama lain. Sedih!
“Ini yang kita persoalkan. Apa rasional pihak penganjur majlis itu mengadakan kuiz yang menjurus mengenai soalan yang berkaitan hal-hal agama Islam sedangkan majoriti hadirin bukan Islam manakala lokasi penganjuran dibuat di gereja.
“Jadi, apa sebenarnya niat pihak penganjur mengadakan kuiz itu yang merupakan salah satu program dalam majlis tersebut,” katanya.
Menurut Dzulkhaini, 12 soalan yang dikemukakan dalam kuiz itu antaranya ‘apakah maksud perkataan Islam’, ‘apakah maksud perkataan muslim’, ‘apakah maksud perkataan Quran’, ‘apakah 5 rukun Islam’ dan ‘apakah 6 perkara iman muslim’ tidak signifikan untuk ditanya kepada orang bukan Islam.
“Kenapa soalan-soalan ini yang menjadi keutamaan pihak penganjur. Adakah orang bukan Islam yang berada di gereja itu menyertai kuiz itu?” soalnya.
Dzulkhaini yang juga Pengerusi Persatuan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, berdasarkan atur cara majlis itu, antara acara yang diadakan ialah tarian, ucapan, makan malam dan persembahan muzik.
“Dalam majlis itu turut diselitkan nyanyian ‘Allahuakbar dan Alhamdulillah’ yang dicatatkan di antara pukul 8.50 malam hingga 9.25 malam,” katanya.
2 comments:
xthu nk ckp ape tpi sangat takut akan fenomena hari ni y berlaku!...
hurmm takutnya islam kian di persendakan
Post a Comment