Tips Pencegahan Jenayah-Pecah Rumah | Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Ketika Pulang Ke Kampung
Monday, 22 August 2011
Bagi yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri yang menjelang tiba nie, yul kongsikan beberapa tips kepada korang sebagai langkah keselamatan untuk mengelakan rumah daripada diceroboh orang.
TIPS PENCEGAHAN JENAYAH: PECAH RUMAH
Bila kes pecah rumah sering berlaku?
- Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
- Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
- Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya
- Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
- Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu,bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
- Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada dirumah.
- Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar)apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
- Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
- Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
- Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
- Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam
- (guna timer, alat kawalan waktu).
- Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
- Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
- Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
- Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
- Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.
- Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
- Pasang door viewer dan penyelak di pintu utama.
- Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
- Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
- Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.
Sebarang masalah kecemasan, sila hubungi talian terus yang beroperasi 24 jam:
1 Bukit Aman 03-20319999 / 03-226633332 Selangor 03-205299993 Kuala Lumpur 03-214605854 Perlis 04-97119995 Kedah 04-73929996 Pulau Pinang 04-26919997 Perak 05-24019998 Negeri Sembilan 06-76199999 Melaka 06-285199910 Johor 07-221299911 Pahang 09-515199912 Terengganu 09-627049913 Kelantan 09-745555514 Sarawak 082-24080015 Sabah 088-45047016 Labuan 087-412575
0 comments:
Post a Comment