Suka!

Tips Tingkatkan Traffik Di Blog | Cara Mudah Dapat Traffik

Thursday 31 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Korang gilakan traffik? Tak? Tipu ah. Kalau korang tanya yul, yul tak akan mengaku. Yul cuma gilakan pembaca je. So,Yul nak kongsikan bagaimana nak meningkatkan traffik nie. Boleh kew dapat traffik? Dapat traffik memang boleh. Tapi tak lah banyak mana pon. Tu pon bergantung dengan keywords yang korang gunakan tu. 

tips-tips yang di submit
Cuba korang perhatikan entri-entri yang disubmit oleh blogger lain melalui halaman Innit nie. Kebanyakkan entri-entri yang popular merupakan entri mengenai tips-tips traffik. Betapa banyaknya orang nanged kan. Rata-rata ramai pembaca dari kalangan blogger yang nak baca mengenai hal itu. Harus diakui, yul pon sama jugak. Orang kata 'sharing is caring' kan? So, banyaklah tips-tips yang korang boleh jumpa, bukan sahaja dari innit, tempat lain pon ada juga seperti gengblogger, dan lain-lain lagi, tempat dimana kebanyakkan para blogger  ping entri mereka. Melalui halaman itu, mereka dapat membaca serta mengetahui, info-info terbaru, terkini, serta yang paling hot daripada blogger yang lain.


So, pinglah setiap entri. Kalau entri mengenai tips traffik, submitlah entri korang tu kat mana-mana. Tak kiralah, Innit, Gengblogger, atau dimana-mana sahaja. Asalkan boleh je. Kompem ada pembaca yang tertarik untuk membaca tips korang tu. Kalau korang tak percaya, cubalah dulu. Rasanya ianya berkesan kot. Setiap tips yang korang kongsikan, pastinya para pembaca ingin mengetahui.hehe.


P/S : Sharing is Caring. fikirkan sejenak.

Read more...

Senarai Pelajar Dan Tenaga Pengajar AF9| Gambar Akademi Fantasia Musim Ke 9, 2011

Tuesday 29 March 2011

Setelah lama ditunggu-tunggu, kini 12 pelajar Akademi Fantasia Musim ke 9 dan juga musim terakhir ini telah diumumkan dengan rasminya pada 28 Mac 2011. dalam sidang media yang diadakan di Akademi Fantasia 9, Aeon AU2, Taman Setiawangsa. 


Seperti musim-musim sebelum ini, 6 pelajar lelaki dan 6 lagi pelajar wanita telah dipilih untuk berentap dalam cabaran Akademi Fantasia 9 ini.



Senarai Pelajar Lelaki AF9:
  1. Ahmad Afif Tirmizie (Afif), 25 tahun – Selangor
  2. Mohamad Amirullah Jahari (Amir), 19 tahun – Sarawak
  3. Mohamad Azri Abdullah (Azri), 24 tahun – Selangor
  4. Khairul Najmuddin Abu Samah (Erul), 20 tahun – Kuala Lumpur
  5. Nur Khaidir Muhd (Kay), 22 tahun – Kuala Lumpur
  6. Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib), 21 tahun – Melaka
Senarai Pelajar Perempuan AF9:
  1. Nur Suhada Jebat (Aida), 19 tahun – Melaka
  2. Nur Atiqah Shariffudin (Eka), 22 tahun – Kuala Lumpur,
  3. Zulaika Zahari (Laika), 22 tahun – Selangor
  4. Lenaber Haidir (Lena), 21 tahun – Sabah
  5. Roshammizah Rosli (Miza), 28 tahun – Selangor
  6. Queennera Francine Francis (Nera), 19 tahun – Sabah

Berikut adalah senarai tenaga pengajar AF9
  1. Adlin Aman Ramli – guru seni persembahan
  2. Ning Baizura – guru vokal persembahan
  3. Fatimah Abu Bakar – kaunselor motivasi dan guru bahasa Inggeris
  4. Syafizawati Sharif – guru vokal teknikal
  5. A. Aris A. Kadir – guru tarian
Buat kali pertama dan terakhir dalam sejarah Akademi Fantasia 9, Diari AF9 akan dibawakan secara terbuka untuk tontonan umum! Tidak seperti musim-musim sebelum ini yang diadakan di tempat tertutup dan terlindung, kini lokasi Diari Akademi Fantasia AF9diadakan di tempat umum dan terbuka.

Plaza Aeon AU2 telah dipilih sebagai lokasi Diari Akademi Fantasia 9. Sebuah bangunan kecil 2 tingkat yang hanya berdindingkan kaca telah dibina di dalam kompleks membeli-belah tersebut. "Rumah Kaca" ini menempatkan bilik vokal, bilik tarian, bilik muzik, ruang legar di tingkat bawah dan bilik pengetua serta bilik operasi di tingkat atas.

Pengujung pusat membeli-belah dapat melihat setiap hari semua aktiviti pelajar seperti sesi pembelajaran vokal, sesi tarian dan sebagainya. Penginapan untuk 12 pelajar ini pula adalah di lokasi yang dirahsiakan.

4 kamera web akan diletakkan di sudut-sudut tertentu didalam bilik tersebut untuk tontonan pengunjung laman web AF9. Siaran langsung ini hanya terdapat di laman web dan tidak akan disiarkan di TV.

Nantikan siaran diari secara langsung ini mulai 4 April 2011. Bagaimana prestasi 12 pelajar Akademi Fantasia musim terakhir ini? Jangan lupa tonton Konsert Tirai Akademi Fantasia 9, pada 2 April 2011 ini, jam 9 malam di Astro Ria (104)

Read more...

How To Setup Free Domain For Blogspot/Blogger | Tutorial Setup Domain Percuma co.cc

Monday 28 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Entri yang lepas yul ada kata nak beli domain sendiri kan? Yul memang nak beli pon. Dalam minggu nie blog nie dah berubah nama URL. Korang tunggu je lah ye. hekhek. 


Korang nak pakai Nama Domain Sendiri jugak? Tapi nak yang percuma punya, tak payah bayar. Ada kew domain percuma? Ye memang ada. Korang tak payah risau. Sebelum nie yul pernah menggunakannya domain percuma nie, tapi bukan blog nie la. hekhek. So, yul akan kongsikan bagaimana nak mendaftar dan menggunakan domain percuma nie. Actually tak susah mana pon. Senang je kot. 

Step Pertama
Isikan domain yang korang nak
Pertama sekali korang pergi ke laman web nie http://www.co.cc/ . Nanti korang akan jumpa laman web seperti gambar diatas. Korang perhatikan. Sebijik tak? Ok, kalau sebijik boleh teruskan. Disitu korang akan lihat, satu ruangan kosong diantara www dan co.cc (rujuk gambar diatas). Diruangan kosong tu korang isikan nama domain yang korang nak letak.


Dah isi, korang boleh check availability. Kalau tak available, maknanya nama domain yang korang nak guna tu dah ada orag pakai. So, korang terpaksa gunakan nama lain. 
Step Kedua
Isikan segala maklumat korang
Selesai? Selepas itu, korang perlu mendaftarkan dahulu dengan mengisi segala maklumat-maklumat. Jangan tinggalkan ianya kosong. Dah isi semua, jangan lupa tick kat kotak bawah tu. Lepas tu klik continue.
Step Ketiga
Sign In
Dah berjaya mendaftar, korang akan nampak laman macam nie pulak. Apa yang perlu korang buat, hanya memasukan semula Username ( E-mail) dan password yang telah korang daftar tadi. Jangan lupa Word Verification tu sekali, korang masukkan mengikut huruf yang diberi tu. Lepas tu, klik Sign In. Nanti korang akan nampak satu halaman. Kemudian korang hanya klik Set Up.
Step Keempat
Masukkan korang punya domain. 
Dah nak sampai penghujung rancangan dah nie. hekhek. Lepas klik Setup,korang pergi ke side bar sebelah kiri dan klik zone record. Nampak tak? Pastikan halaman korang sama seperti gambar diatas ini. Ok, korang isikan Host dengan menggunakan domain korang yang daftar tadi tu, type korang pilih A dan yang terakhir Value dengan mengisi IP ADRESS internet korang. Yang bahagian TTL tu abaikan. Biarkan ia 1D je. Korang mesti tertanya-tanya, bagaimana nak tahu IP ADRESS korang. Ok, senang je.
Step Kelima

Korang cari Control Panel >> Network and Internet >> Network Connection. Lepas tu, korang klik connection yang korang gunakan sekarang nie. Contoh yang yul guna Celcom Broadband. 
Step Keenam

Nanti akan terpampang di skrin komputer korang seperti gambar diatas. Korang mesti tahukan bagaimana nak mencari. Kemudian klik Details, dan korang akan nampak Semua jenis IP ape tah. Salin number IPv4 Adress tu dan Paste kan ke Value di Step ke 4. 


Okae dah selesai untuk mendaftarkan nama domain korang secara percuma. Tak perlu bayar. Apa yang perlu korang lakukan hanya menunggu selama 48 jam untuk memproses nama domain yang korang daftarkan tu. Rasanya tak perlu tunggu 48 jam kot, sebab sebelum nie yul buat tak sampai 8 jam dah boleh terus pakai domain tu. hekhek. Macam mana nak setting domain ke blog? Tunggu Tutorial seterusnya. hee :) Semoga berjaya :)

Read more...

Memancing Di Kong Kong | Terbaik Dalam Sejarah

Sunday 27 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Entry yang lepas yul ada kongsikan pengalaman memancing ikan di Kota Tinggi kan? So, hari nie yul nak kongsikan pula pengalaman memancing di sekitar sungai kong kong, Masai, semalam. Kiteorang gerak pada tengah malam, dalam sekitar pukul 1 pagi. Keadaan jalan pergi kesana memang agak menyeramkan. Kiri kanan dikelilingi dengan pokok sawit. Ditambah pula jalan tersebut tidak mempunyai lampu jalan. Terpaksalah menempuhi jalan gelap sedalam lebih kurang 4 KM kot.



Tiba di lokasi, ramai jugak pemancing yang memancing disitu. Yang bawak awek pon ada jugak. Kiteorang pon mancing tak lama, dalam sekitar 4 jam je. Hasil tangkapan kami sangat-sangat memberangsangkan. Cuma dapat 3 ekor je ( 2 gelama, 1 lagi ikan ape tah) haha. Tak pernah-pernah yul memancing dapat ikan sedikit tu. Inilah pertama kali yul memancing cuma dapat sebanyak tu dalam sejarah hidup yul.
ikan gelama
Tapi, kiteorang bangga jugak lah, sebab pemancing-pemancing yang lain belum ada yang dapat naikkan ikan lagi. kehkeh. Insyallah kalau ada masa lagi, yul nak pergi mancing. Tapi pengalaman memancing di Kota Tinggi antara yang terbaik. Memang puas hati je mancing kat sana. hee :)

Read more...

Pengalaman Memancing Di Kota Tinggi

Saturday 26 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Rasa rindu pulak nak memancing nie. Bukan mancing awek ok. hekhek. Dah lama sangat kot yul tak pergi memancing. Maklumlah, memancing ikan merupakan salah satu hobi yul diwaktu lapang, biasanya yul pergi pada waktu musim cuti panjang je. Memancing juga dapat menghilang segala rasa tekanan. Sekali-sekala pergi memancing tu, tak apa. Kalau selalu, boleh gian dibuatnya.


Jadi, Yul nak kongsikanlah pengalaman yul semasa memancing di sekitar Kota Tinggi pada 5 bulan yang lepas. Masa tu, cuti panjang kot. So, yul gunakanlah masa yang ada tu pergi memancing bersama rakan yul sorang lagi. Memang seronok memancing ikan disitu. Kiteorang memancing dirumah rakit je. Dapat melihat keindahan alam ciptaan allah yang jarang yul dapat lihat. Pemandangan yang cantik, tenang dan suasana yang sunyi disekitar laut ,memang membuatkan kita rasa terhibur dan layan je.

Suasana di sekitar laut
??
time nie lah ikan banyak, haha
Membe aku dapat ikan tanda
Ikan Tuka Nak melahirkan anak dia.
Banyak jugak ikan yang kiteorang dapat. Hampir 20 ekor kot. Diantarannya ikan Duri, Kerapu, Tanda, Buntal, dan Tuka. Sempat jugak yul merakam detik-detik terindah semasa ikan Tuka nak melahirkan anak dia. Haha. 





Tak tahulah, Child pari tu sekarang nie dah besar mana. Ntah ada lagi, tah tidak. Memang tak boleh lupakan lah pengalaman memancing kat Kota Tinggi nie. Kalau ada masa, insyallah nak pergi kesana lagi. 


P/S : Nak g mancing ke sungai Kong Kong, Masai kejap lagi. hee :)

Read more...

Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan | Cita-Cita Aku Nak Menjadi Seorang Bomba

Friday 25 March 2011

assalamualakum semuanya. Actually entri nie yul dah lama buat, cuma tak publish je. Jadi yul kongsikanlah pengalaman yul sewaktu Ujian Pemeriksaan, Pancaindera Dan Kecergasan di Jabatan Bomba Dan Penyelamat. Setelah lama menunggu, akhirnya cita-cita yul untuk menjadi seorang pegawai Bomba mungkin akan berjaya. hehe.

Balai Bomba dan Penyelamat, Johor Bahru


Kat sinilah yul test tu, :)
Minggu lepas, 17 March 2011 yul pergi ke Balai Bomba Dan Penyelamat, Johor Bahru bagi melaksanakan Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan untuk menjadi seorang pegawai Bomba. Pagi-pagi lagi yul dah bergerak dari rumah. Ramai jugak yang hadir untuk mengambil Ujian tersebut. Ada yang dari kota tinggi, Muar, dan lain-lain tempat lagi. Jauh-jauh mereka berasal. Sekitar 60 orang calon yang hadir daripada 100 orang yang sepatutnya terpilih untuk Ujian tersebut. Saingan pon tak berapa hebat sangat, sebab cuma 60 org je kan. Belum test kecergasan lagi dekat 20 orang yang tersingkir dalam Pemeriksaan Fizikal.


Angkat berat
Panjat Tali
Julang Tangga. Berat oi tangga nie nak tolak kasi tegak
Panjat tangga, tinggi ouh.
 Gambar Credit to. FanPage Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) :) Sorry tak ada gambar, sebab time ujian susah nak amek kot. hee


Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan Fizikal Bomba nie umpama audisi. Siapa yang tak berjaya dalam sesuatu peringkat tu, dia tersingkir daripada test yang seterusnya hingga penamat. Yang berjaya menamatkan kesemua Ujian baru boleh dikatakan lulus. Banyak jugaklah Ujian yang perlu dilepasi. Bermula dari Ujian Kesihatan Fizikal seperti berat badan, tinggi, ukur dada, BMI, penglihatan mata, body, kawad dan selepas itu barulah Ujian Kecergasan, seperti angkat berat, panjat tali, menjulang tangga avax, dan last sekali panjat tangga yang tingginya 4 tingkat bangunan. 


Pengalaman yul yang tak boleh lupakan semasa nak angkat berat tu. Peh, tak terkata berat dia. Beratnya umpama mengendong 98 ekor anak biawak.(korang kiralah sendiri ye berapa kilo). Nasib baik tak terputus urat kentut yul. Kalau tambah lagi 2 ekor, kompem dah terputus. haha. Ramai orang fail kat peringkat nie. Bagi yul Orang lain boleh buat, tak kan aku tak boleh buat kot. 


Cuma 15 orang calon sahaja yang terpilih pada hari tersebut setelah melepasi semua Ujian dan halangan yang diberikan untuk menjadi seorang aggota Bomba. Syukur alhamdulillah sebab lulus juga Ujian tersebut. Lepas nie tunggu surat untuk temuduga pula. Harap-harap terpilih lah. hehe


P/S: Mana lah tau, kot-kot satu hari boleh selamatkan orang macam yang nak bunuh diri tu kan kat KB Mall. hehe :)

Read more...

Dapat Buffered Earnings From Nuffnang | Hari Bertuah Aku!

Assalamualakum semuanya. Hari ini rezeki yul macam bertambah-tambah pulak. Mana tak nya, tadi yul pergi kerja cuma bawak RM 15 je. Tapi, bila yul balik kerja, duitnya makin bertambah-tambah pulak jadi 2 kali ganda. (sebelum nie sikit je kot) Haha. Jangan tanya yul kerja apa ok. hee :)  Nie semua rezeki daripada allah. Syukur sangat-sangat.


Bila sampai rumah macam biasa lah, terus bukak laptop dan online seperti biasa. So, tadi yul saje je buka laman web nuffnang tu, nak tengok-tengok. Bila klik earning je, Tup.. Tup.. nampak nie pulak.

1st Buffered Earning from nuffnang
Harus diakui, sebelum nie yul sangat jeles melihat blogger-blogger lain mendapat Buffered Earning dengan mudah. Kadang-kadang tu, ada jugak blogger yang dapat kempen diberi oleh nuffnang berderet-deret. Sabar aje melihat blogger-blogger lain mendapat BE dengan mudah. Mungkin yul  tak ada rezeki kot sebelum nie. Dengan berkat kesabaran yul nie sebelum nie, akhirnya masa yang dinanti-nanti telah tiba.


Alhamdulillah syukur apabila nuffnang memberikan Buffered Earning buat pertama kali kat blog yul nie. Rezeki yul kot untuk mendapatkan Buffered Earning nie. Selama yul blogging bermula dari bulan Disember, inilah kali pertama yul mendapat Buffered Earning daripada Nuffnang. Terharu sungguh. Macam tak percaya je. Ini semua dengan berkat daripada kawan yul sendiri yang memberi tips bagaimana untuk mendapatkan Buffered Earning daripada Nuffnang. Tanpa dia, rasanya yul tak akan dapat merasai lagi kot Buffered Earning tu. Terima kasih to saya mejai, kerana sudi juga memberi tips-tips yang berguna dan boleh diguna pakai. hekhek :)


Tak tahulah kempen yang yul terima nie boleh melekat berapa lama. Hopefully dapat bertahan lamalah dan nak banyak lagi kempen yang masuk kat sini. hahaha ;P


P/S : saje je publish entri nie sebab jakon!

Read more...

Download Browser | New Beta Firefox Version 4

Wednesday 23 March 2011

Firefox 4 terbaru keluaran Mozilla

Setelah dinanti-nantikan, akhirnya kini browser firefox 4 keluaran Mozilla telah dikeluarkan di pasaran. Browser Firefox 4 nie dikatakan enam kali lebih laju daripada versi sebelumnya firefox 3.6. Laju gila kan? Lagi laju dari internet explorer yang selalu tersekat-sekat.
Kalau korang nak tahu lagi tentang firefox terbaru nie, korang tengok je lah video kat atas nie.

Apa yang yul dapat kongsikan, Browser Firefox 4 nie lebih kurang macam google chrome. Tetapi bentuknya lebih menarik dan cantik daripada Google Chrome. Browser Firefox 4 ini sesuai digunakan untuk semua jenis komputer, tak kiralah, jenis Windows, Mac Os X mahupon Linux. So, kalau korang nak download klik je kat sini .Tak payah bayar pon. Boleh didownload secara percuma. Sekarang nie pon yul pakai Firefox 4 dah. hekhek

Read more...

NetKL Menjadi Pilihan Untuk Membeli Domain?

Tuesday 22 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Sebelum nie yul ada mengeluarkan entri ingin membeli nama domain sendiri kan? So, banyak tempat jugak yul dah pergi survey diantaranya ServerFreak, Sempoihosting, Godaddy dan Netkl. 
Masa tengah dok melayan produk dan harga kat NetKL nie tiba-tiba pelanggan perkhidmatan NetKL datang memberikan layanan. Sempat jugak lah bersembang dengan dia. 

Sangat mesra 
Banyak jugak yang yul tanya kat dia. Apa yang yul tak faham semua dia huraikan satu persatu. Dari segi pembayaran, mengenai hosting, dan macam-macam lagi. Tapi, ada effect jugak eh sekiranya kita tukar nama domain. Jadi yul kongsikanlah kepada korang, tiga kesan yang akan berlaku sekiranya korang menukar ke nama domain yang baru.

  • Alexa Rank akan jatuh sebab menukarkan dan mamakai URL nama Domain yang baru.
  • Page Rank pon turut jatuh jugak sebab bertukar link.
  • Nuffnang tidak akan mengira traffik kita pada hari kita menukar nama Domain terbaru
Puas hatilah diatas layanan yang diberikan oleh mereka nie. Padahal belum beli lagi tu. Tapi yul memang merancang nak beli kat situ kot. Insyallah dalam masa terdekat nie yul akan menggunakan nama Domain sendiri. Tunggu je lah ye, hehe. :)

    Read more...

    Luahan Seorang Mamat Putus Cinta Dengan Hanis Zalikha [Video Terbaru]

    Tadi semasa yul sedang asyik menonton video kat youtube, tibe-tibe pulak terjumpa satu video yang membuatkan yul tertarik untuk menonton. Video luahan seorang mamat yang putus cinta terhadap seorang blogger terkenal, Hanis Zalikha. Sangat hangat dan menarik menonton video tersebut. Nasib baik die tak bunuh diri. Katanya video nie khas untuk Hanis Zalikha Korang dah tengok kew? 





    Actually yul saje je kasi gempak tajuk entri tu. Haha. Memang tak boleh blah blah kan menonton video nie. Tersengih-sengih melihat gelagat mamat nie yang kononnya putus cinta dengan Hanis Zalikha. Btw, yul suka video nie. sweet gile kot. Thumbs up for Aziz Hazmi . Semoga hasrat kau nak dapatkan cinta Hanis Zalikha tu balik berjaya ye. Harap-harap korang bersatu kembali. kehkehkeh :P


    P/S: Lepas nie buatlah video putus cinta blogger fatin liyana pulak. hekhek

    Read more...

    Kenapa Filem dan Drama Korea/Jepun Menjadi Pilihan?

    Monday 21 March 2011

    Assalamualaikum semuanya. Korang minat filem/drama negara timur? Kenapa korang minat? Majoriti rakyat malaysia yang yul dapat lihat , kebanyakkannya menggemari menonton drama/filem negara timur. Tak kiralah daripada yang budak-budak sekolah, kolej sehinggalah ibu bapa. Drama timur tetap menjadi pilihan keluarga di rumah. Yul pon suka jugak drama/filem, tapi yang jepun je. Haha. Jadi yul nak kongsikanlah kepada korang berdasarkan dari pemerhatian yul saje mengenai filem/drama negara timur nie. 


    Sebelum nie drama/filem timur tak berapa hangat sangat kat Malaysia nie. Tapi semenjak akhir 2, 3 tahun kebelakangan nie. Drama/Filem timur seolah-olah mendapat tempat masa kini bagi penggemar cerita timur. 

    Boleh dibahagikan kepada dua kategori, Korea dan Jepun. Kebanyakkan wanita-wanita malaysia lebih menggemari drama korea. Berbanding pula dengan lelaki yang menggemari filem Jepun.

    Kenapa Ramai Yang Lebih Menggemari Drama/Filem Korea Dan Jepun?

    Lee min ho 
    • Firstly mesti korang akan cakap, sebab pelakon-pelakonnya cun-cun, handsome-handsome. Sedangkan watak pak cik yang tukang sapu tu pon korang bedal cakap hensem jugak. haha. Yul tak menafikan, adik yul pon tergila-gila kan lelaki kacak seperti Lee Min Ho tu. Kalau nak ikutkan paras rupa memang lah die lagi kacak. Sebab tu ramai yang nak dok depan tv semata-mata nak tengok lelaki kacak atau perempuan cantik berlakon.
    Adegan yang romantik
    • Kisah cinta yang romantik. Biasanya, kisah-kisah romantik nie tertumpu kepada filem Korea je. Lagi-lagi kalau ada part yang berdua-dua je. Orang kata jiwanglah. Kalau perempuan paling suke part macam tu. And then, Mesti perempuan akan cakap " alolo.. sweetnya. Bestnye jadi perempuan tu". Haha. Jangan fikir lelaki tak ada pulak k. Lelaki pon ada jugak. Kalau ada part macam nie kompem dalam hati mesti cakap "fulamak! kalau lah aku jadi laki tu"
    Tegoshi Yuya
    • Menggemari Fesyen yang ditonjolkan oleh pelakon. Tak kiralah fesyen rambut mahupon pakaian. Yang nie kadang-kadang menjadi ikutan para lelaki nak ikut style orang timur. Yul dulu pon pernah jugak buat rambut ala-ala jepun macam Tegoshi yuya. Tapi tak jadi pulak, sebab rambut tak sempat panjang dah potong.
    • Jalan cerita yang menarik. Kebanyakannya menyelitkan elemen kehidupan yang biasa dan dekat kepada penonton seperti halangan keluarga, dengki dan dikhianati teman karib, darjat yang berbeza dan tekanan kerja. Secara tidak langsung, ianya membawa penonton wanita atau lelaki ke dalam suatu alam di mana seolah-olah dia sendiri yang mengalami situasi tersebut
    Takiya Genji dalam filem Crows Zero
    • Genre aksi menjadi pilihan. haa. Yang nie kebanyakkannya berasal dari Jepun. Macam filem crows zero, My Boss My Hero, Kaiji dan lain-lain lagi. Biasanya budak-budak remaja yang meminati dalam filem aksi sebegini. Yul pon minat jugak, kadang-kadang filem tu dah lebih 5 kali tengok. Memang tak bosan.
    Tu je lah serba sedikit pandangan yul yang nak dikongsikan kepada korang. Tapi, bagi yul, yul lagi suka filem jepun jika nak dibandingkan dengan korea. Jalan cerita yang menarik dan banyak konflik serta suspens yang membuatkan kita ingin menonton sehingga ke penghujung jalan cerita.

    Bagi yang nak download atau menonton filem/drama negara jepun atau korea, korang boleh la ke 
    http://www.mysoju.com. Ada macam-macam jenis filem dan drama disana. Kat sini lah selalu yul menghabiskan masa dengan menonton filem orang timur nie. hehe :)

    Read more...

    Bercadang Menggunakan Nama Domain Sendiri. Adakah Ianya Berbaloi?

    Sunday 20 March 2011

    Domain? Apa itu domain? Bagi sesetengah blogger baru mesti yang tak tahu kan apakah yang dimaksudkan dengan domain. Domain nie adalah nama unik yang diberikan untuk mengenali nama server komputer seperti web server atau email server di laman internet. Ianya berfungsi untuk mengingat nama server dan mempermudahkan pengguna di internet ketika melakukan akses ke blog/website korang. URL blog korang yang menggunakan blogspot/wordpress dihadapan akan berubah menjadi singkatan .com/ .net/ .org/ dan lain-lain lagi  sekiranya korang membeli domain.

    Domain
    Berbaloikah sekiranya kita membeli domain? Apakah kelebihan yang kita akan dapat sekiranya menggunakan domain? Soalan nie selalu bermain didalam fikiran yul sendiri. Setelah diperhatikan, diselidiki dan dikaji, rupanya banyak jugak kelebihan menggunakan domain nie.


    Apa yang yul dapat lihat, kebanyakkan blogger-blogger sekarang nie banyak yang sudah mempunyai domain sendiri. Mungkin ada sesetengah blogger berfikir ianya membuang duit dan masa membeli nama domain nie. Kenapa harus membazirkan wang tanpa hala tujuan? Bagi yul, ianya tak de lah macam tu sekali. Biarpun kita membuang duit dan masa, tetapi kepuasan kita dalam memiliki sesuatu sukar dikecapi. Terasa puas dan seronok apabila yul sendiri dapat menggunakan nama domain sendiri seperti http://www.yulsahaja.com. Walaupon yul baru berblogging tak sampai 4 bulan lagi, tapi apa salahnya sekiranya yul ingin memiliki nama domain sendiri?


    So, yul bercadang juga untuk memiliki nama domain sendiri menggunakan dot com.  Dah rimas lah asyik pakai dot blogspot je. Nak taip pon susah sebab panjang sangat kan URL nya tu? Orang nak ingat URL blog pon susah, sebab ada blogspot. Jadi macam cacat pulak bila melihat semula. So, apa salahnya kan sekiranya kita ingin berubah sesuatu dan kelainan didalam blog nie. 


    Insyallah, kalau tiada aral, mungkin dalam masa terdekat nie, yul akan membeli dan menggunakan Nama Domain sendiri. Tengah survey-survey mencari yang terbaik. hee :) 
    Wang boleh dicari, Tetapi kepuasan sukar dikecapi.

    Read more...

    Apakah Yang Di Maksudkan Dengan SEO?

    Saturday 19 March 2011

    Assalamualaikum semuanya. Baru-baru nie ada blogger bertanyakan apakah yang di maksudkan dengan SEO. Actually, yul pon masih lagi dalam proses belajar bermain SEO nie. Dulu pon, tak tahu langsung apa yang dimaksudkan dengan SEO nie. Jadi, yul cuma kongsikanlah apa yang yul tahu mengenai SEO nie. Ada orang kata, blogger yang bermain SEO nie gilakan traffik, blogger pelacur. Betul kew? I don't think so. Yul tak fikir ianya sebegitu. Bagi yul, blogger yang bermain SEO nie hanyalah sekadar berkongsi kepada pengguna/pembaca yang ingin mencari sesuatu berita,info, yang terkini.


    Korang tak tahu apa itu SEO. Mungkin ada sesetengah blogger yang tak tahu, dan mungkin juga ada yang tahu tapi tidak menggunakannya. SEO nie merupakan singkatan daripada Search Engine Optimization, kalau dalam Bahasa Malaysia bermaksud Pengoptimuman Enjin Carian. Ok, yul akan jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan SEO.


    Enjin Carian Google
    Enjin Carian Yahoo
    Berada di tangga pertama
    Dengan menggunakan kuasa SEO, pembaca yang ingin mencari info-info atau sesuatu maklumat melalui internet boleh dijumpai. Blogger yang bermain SEO nie juga mestilah sentiasa alert mengenai isu-isu semasa. Contohnya, gempa bumi yang berlaku di jepun baru-baru ini. Rata-rata ramai pengguna internet yang ingin mencari berita, gambar, video mengenai kejadian tersebut. Contoh ayat yang akan digunakan oleh pengguna untuk mencari di enjin carian di internet "Mangsa Bencana Tsunami Di Jepun"(seperti gambar diatas). Begitu juga sekiranya korang mencari sesuatu di google. Cuma search je kan. Disitu akan ada banyak sumber, melalui situlah kita kene pandai bermain keyword supaya info yang dicari oleh pengguna dapat ditemui. Kebiasaannya pengunjung yang mencari di enjin carian akan klik pada tangga teratas sekali. So, korang kenelah pandai bermain dengan keyword, meta keyword, html dan lain-lain lagi supaya ianya berada di kedudukan teratas. Tapi bukan mudah hendak bermain SEO nie sebab, ramai blogger yang bermain SEO kat dunia nie.


    Ada sesetengah blogger bermain SEO, dan ada juga yang tidak bermain SEO. Apa yang yul dapat lihat, kebanyakkan blogger-blogger sekarang hanyalah sekadar menulis sahaja. Apa salahnya sekiranya kita bermain SEO. Sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi sesuatu kepada pengguna yang ingin mencari maklumat melalui internet kan kan kan? 

    Read more...

    Man Juara Raja Lawak Musim Ke 5 Tahun 2011

    Raja Lawak Musim Ke 5




    Man meraih undian SMS tertinggi pada malam kemuncak tersebut sekaligus menewaskan dua finalis lain iaitu R2 dan Balas yang masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

    Man, Juara Raja Lawak Baru Musim ini telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100'00 dan barangan elektrik serta trofi Raja Lawak Tajaan Astro. Naib juara pula diraih oleh R2 yang membawa pulang wang tunai RM50'000 dan barangan elektrik serta trofi. Manakala Balas pula menduduki tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM30'000 bersama barangan elektrik serta trofi. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh Pelawak Lagenda iaitu Mat Sentul serta diiringi oleh Pengurus Saluran Astro Prima Dan Warna, Encik Nizam Sani.

    Johan dan Zizan telah menjadi pengacara pada malam kemuncak tersebut. Kehadiran juri profesional yang diberi jolokan dengan juri 1Malaysia iaitu David Teoh, Afdlin Shauki serta Sathiya telah ditugaskan, bagi mengadili pada malam tersebut. Jamal Abdillah, Joe Flizzow dan Altimet juga turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis kemuncak pada malam tersebut.

    Nantikan kehadiran Raja Lawak Musim Ke 6 pula pada tahun hadapan.

    Read more...

    Sumber Traffik Blog Kini, Kebanyakkan Berasal Dari SEO

    Friday 18 March 2011

    Assalamualaikum semua. Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog. Kini, yul hadir untuk berblogging semula. Almaklumlah, tak ada masa untuk menulis disebabkan kesibukan yang melanda. Sekarang barulah dapat mengemaskini blog. Yang sudi datang ke blog yul nie, yul ucapkan terima kasih. Sebelum tu, yul nak meminta maaf sekiranya yul tak membalas lawatan-lawatan korang sebelum nie. 


    Walaupon blog yul nie dah lama tak menyajikan dengan cerita-cerita terbaru, tetapi ianya masih juga mempunyai pembaca. Traffik pon tak de lah banyak mana, tapi masih boleh dikatakan stabil lagi.


    Analitik pada 17 March 2011
    Hampir kesemua traffik datangnya dari SEO. Yul bukan nak menunjuk ataupun bangga. Cuma nak bagitahu, betapa pentingnya bermain SEO nie kan kan kan. Bayangkanlah berapa banyak traffik yang yul boleh dapat dalam sehari erk. haha. Yul pon masih lagi dalam proses belajar SEO nie. Tak berapa expert sangat nak main. Bagi yang nak dapat traffik dengan cara sebegini. Korang mulalah jinak-jinakkan diri dalam bermain SEO nie ye.  hee :)

    Read more...

    Peristiwa Sedih Dan Duka Mangsa Bencana Tsunami di Jepun

    Tuesday 15 March 2011

    Dihari ke empat selepas berlakunya gempa bumi dan tsunami di jepun. Keadaan di Jepun semakin teruk, dan mangsa-mangsa tsunami terus meningkat. Dimana-mana sahaja, isu Tsunami di Jepun menjadi tajuk utama.

    Memadam api tangki minyak daripadan terus marak
    Bandar di sekitar Fukushima, Jepun
    Segala aset-aset dunia hancur
    Tak terkata melihat gambar-gambar di atas ini. Hampir keseluruhan bandar tersebut disapu bersih diterjah ombak tsunami. Lebih 1000 mayat ditemui setiap hari ditempat kejadian. Yul mendapat tahu bahawa bandar tersebut merupakan bandar yang penuh dengan maksiat dan dosa. Sama ada benar atau tidak. Wallahualam. Mungkin ini petanda dari allah kepada manusia ciptaannya.


    Selepas kejadian tsunami yang telah melanda, Kini krisis nuklear pula mengancam negara tersebut. Ibarat jatuh ditimpa tangga pula. Nuklear yang berada di  Fukushima, Jepun telah mengalami kerosakkan teruk akibat gempa bumi yang berlaku dengan kekuatan 8.9 SR. Khabarnya, sistem penyejuk di reaktor telah rosak dan dijangka akan meletup sehingga boleh membahayakan rakyat yang tinggal berdekatan disitu terkena radiasi radioaktif. Sinaran radioaktif boleh mengakibatkan manusia mengalami kanser.

    Sumber Nuklear yang menjadi tenaga elektrik utama di jepun
    Peristiwa yang tak diduga, bayi yang hilang dihanyutkan ombak tsunami. Betapa besarnya kuasa tuhan.

    Bayi ditemui setelah 3 hari hilang
    Bayi perempuan yang berusia 4 bulan ditemui oleh pihak penyelamat dicelah-celah runtuhan bangunan Ishinomaki, Sendai, Jepun . Ketika ditemukan, bayi ini dalam keadaan basah dan menangis kerana kesejukan.  


    Yul sedih dan bersimpati kepada mangsa-mangsa Tsunami di Jepun. Kita seharusnya bersyukur kerana negara kita tidak mengalami masalah bencana tersebut seperti disana. Tapi perlu diingatkan juga, bahawa negara kita juga mungkin mengalami bencana yang tak diduga. Itu semua allah yang menentukan. Kita kene tabah menghadapi dugaan tersebut. Anggaplah ianya sebagai satu ujian daripada allah.



    Read more...

    Gambar Baru: Keadaan Mangsa Selepas Bencana Tsunami Di Jepun

    Baru-baru ini, negara jepun telah dilanda gempa bumi dengan pascagempa berkekuatan 8.9 Skala Richter sehingga ombak dilautan naik ke darat dengan menghasilkan tsunami sehingga 10meter. Yul sajikan sedikit gambar-gambar gempa bumi dan tsunami untuk tatapan korang semua. Dan terbaru,khabarnya lebih daripada 5000 orang mati dan lebih 20000 orang lagi yang masih hilang.  


    Gelombang tsunami membentuk pusaran di wilayah Ibaraki, Jepun
    Tsunami yang dipicu oleh gempa bumi dengan kekuatan 8.9 skala richter menyapu bersih segala bangunan di persisiran pantai Iwanuma, Jepun di bahagian utara
    Gelombang Tsunami menerjah masuk pemukiman penduduk di wilayah Natori, Miyagi, Jepun setelah digegarkan dengan gempa bumi 8.9 SR
    Air lautan mula menerjah disekitar Iwaki, Fukushima, Jepun
    Rumah-rumah hanyut dipukul ombak tsunami di wilayah Sendai, Miyagi, Jepun
    Beratus kenderaan hanyut 
    Keadaan bandar Sendai, Miyagi, Jepun setelah dilanda tsunami
    Kini barangan tersebut hanyalah menjadi besi buruk
    Sampah sarap bertaburan 
    Kebakaran berlaku pada 12 march 2011 yang lepas di Kilang Minyak Cosmo, Kota Ichihara
    Api yang marak menyukarkan untuk memadam api tersebut
    Sedih melihat gambar-gambar tersebut. Semoga mangsa-mangsa bencana tsunami di jepun kuat menghadapi dugaan ini dan tabah dalam meneruskan kehidupan. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut.

    Read more...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Yul Aje

    Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

      © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

    Back to TOP