Suka!

Showing posts with label tingkatkan traffik. Show all posts
Showing posts with label tingkatkan traffik. Show all posts

Tips Tingkatkan Traffik Di Blog | Cara Mudah Dapat Traffik

Thursday, 31 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Korang gilakan traffik? Tak? Tipu ah. Kalau korang tanya yul, yul tak akan mengaku. Yul cuma gilakan pembaca je. So,Yul nak kongsikan bagaimana nak meningkatkan traffik nie. Boleh kew dapat traffik? Dapat traffik memang boleh. Tapi tak lah banyak mana pon. Tu pon bergantung dengan keywords yang korang gunakan tu. 

tips-tips yang di submit
Cuba korang perhatikan entri-entri yang disubmit oleh blogger lain melalui halaman Innit nie. Kebanyakkan entri-entri yang popular merupakan entri mengenai tips-tips traffik. Betapa banyaknya orang nanged kan. Rata-rata ramai pembaca dari kalangan blogger yang nak baca mengenai hal itu. Harus diakui, yul pon sama jugak. Orang kata 'sharing is caring' kan? So, banyaklah tips-tips yang korang boleh jumpa, bukan sahaja dari innit, tempat lain pon ada juga seperti gengblogger, dan lain-lain lagi, tempat dimana kebanyakkan para blogger  ping entri mereka. Melalui halaman itu, mereka dapat membaca serta mengetahui, info-info terbaru, terkini, serta yang paling hot daripada blogger yang lain.


So, pinglah setiap entri. Kalau entri mengenai tips traffik, submitlah entri korang tu kat mana-mana. Tak kiralah, Innit, Gengblogger, atau dimana-mana sahaja. Asalkan boleh je. Kompem ada pembaca yang tertarik untuk membaca tips korang tu. Kalau korang tak percaya, cubalah dulu. Rasanya ianya berkesan kot. Setiap tips yang korang kongsikan, pastinya para pembaca ingin mengetahui.hehe.


P/S : Sharing is Caring. fikirkan sejenak.

Read more...

Tips: Bagaimana Hendak Meningkatkan Traffik di Blog

Thursday, 17 February 2011

Kali nie yul tak nak bercerita pasal benda lain. Nak bercerita pasal traffik pulak. Walaupon traffik blog yul nie tak seberapa, tapi sekurang-kurangnye yul kongsikan kepada korang semua supaya senang untuk korang mendapatkan traffik. Diantara korang semua mesti nak kan traffik yang tinggi kan. Bukan senang tau nak dapat traffik melainkan kita berusaha keras. Kalau kau dok mengangkang, malas nak update entri , blogwalking pon payah, memang tak kemana la traffik blog kau tu.

Sebenarnya ada banyak cara dalam nak naikkan traffik nie. Cuma nak tak nak je. Terus teranglah yul cakap ngn korang semua nie, benda yang paling penting dalam nak meningkatkan traffik, korang kenalah rajin. Kalau malas jangan harap lah orang nak datang blog kau tu. Malas nie dah macam penyakit dah. Kalau dah malas memang tak ada lah ubatnya, melainkan korang ubah diri kau sendiri tu. Yul pon kadang-kadang malas jugak nak update entri nie, tapi terpaksa juga tangan dah menggatal nak menaip. haha

Kalau korang rasa-rasa popular macam Hanis Zulaikha, Fatin Liyana , Cik epal, Zack Zukhairie , Ben Ashaari dan lain-lain lagi tak payahlah ikot tips yul nie ye. Mereka semua just tulis entri dan publish je, kompem berderet datang ke blog mereka. Sebab mereka semua dah dikenali ramai dan ramai pembaca mahu membaca entri seterusnya yang mereka nanti-nantikan. Kalau macam yul nie tak de maknenya. haha.

Kat sini yul senaraikan tips yang boleh membantu korang dalam meningkatkan traffik.

  • blogwalking- Blogwalking atau dalam singkatannya BW.  Rata-rata blogger sering berbuat demikian kan? Kalau korang lawat blog dan baca entri mereka tu janganlah jadi silent reader ye. Tak kiralah entri die pendek kew, or panjang. Komenlah entri mereka. Kalau tak nak, paling kurang pon korang tinggalkanlah jejak kat shout tu. 
  • update entri sebanyak yang mungkin. Kalau setakat sebulan sekali tu memang kuranglah traffik kat blog kau tu. Seminggu 2,3 entri pon dah cukup memadai. Lagi bagus sekiranya korang setiap hari korang update. Tak lah bersawang ye blog tu, hehe. 
  • Kongsikan difacebook- Yang nie pon korang boleh dapat traffik. Kompem ada orang klik lah kalau korang share difacebook korang masing-masing. Dalam 100 kawan yang online tu, mungkin ada lah dalam belas-belas yang klik tu. huhu. Senang-senang je kan dapat free traffik?  
  • Ping Entri-Yang nie selalu yul amalkan cara nie. Memang berkesan. Tapi tu bergantung kepada tajuk dan entri korang tu. Biasanya yul tengok entri paling top carta tiap-tiap hari cite pasal duit blog, gosip artis, dan lain-lain lagi. Okaelah, Yul senaraikan beberapa sites yang selalu yul amalkan dan boleh korang ping entri tersebut.  
  1. INNIT- Kalau korang ada akaun nuffnang, so, bolehlah ping disini, tetapi apa yang yul dapat tahu, innit nie tempat yang  keahlian status mereka Gllitterati sahaja. Tak pastilah sama ada betul kew tidak. Sites nie kadang-kadang je yul ping. Kalau cerita mengenai gosip artis barulah yul ping kat Innit. hehe, Maklumlah ye, ping entri melalui Innit nie susah sikit, pakai manual. Kene submit sendiri URL, tajuk, tag, and lastly ada word verification. Tak sama dengan dengan yang lain.
Nanged terbanyak pernah yul hit! haha2 
  1. GengBlogger- Kebanyakkan blogger yang yul lihat banyak yang ping disini. Rasanya, tempat nie lah paling popular! Tak percaya? korang cuba lah. 
gengblogger ping
  1.  Johoreanbloggers.com dan lain-lain lagi- Sebenarnya yang nie ada banyak negeri. Tetapi fevret yul cuma dua je, kelantan dan johor. Malas nak ping tempat lain banyak-banyak. Kalau korang nak ping kat tempat lain pon boleh jugak, cuma tukar nama negeri kat depan tu  je. 
johoreanbloggers 

Okaelah, yul pon dah malas nak tulis panjang-panjang. Kang korang bosan pulak kan kalau yul tulis berjela-jela nie. Sambung tips yang akan datang je lah ye. Apa-apa pon yul harap tips nie dapat membantu korang dalam meningkatkan traffik korang tu. Traffik yul pon bukan lah tinggi sangat, sebab yul berblogging pada waktu malam je. Tak banyak mana pon kan? hee

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP