Suka!

Showing posts with label traffik. Show all posts
Showing posts with label traffik. Show all posts

Statistik Blog Yul Aje September 2011 | Analisis Dan Ranking Trafik

Tuesday, 4 October 2011

Dah lama juga yul tak publish entri mengenai trafik blog ini kan? hehe. Jadi, hari ini yul nak kongsikanlah kepada korang semua analisis trafik di blog Yul Aje ini. Tak de lah tinggi mana pon. Biasa-biasa sahaja. Sekali lagi yul katakan seperti entri-entri trafik yang lepas. Entri ini bukanlah untuk berbangga-bangga mahupon menunjuk-nunjuk. Tak terlintas sedikit pon perasaan itu. Ianya hanyalah sekadar perkongsian untuk tatapan umum sahaja


Berikut adalah Graf Trafik Bulan September Berdasarkan Nuffnang

Berlakunya peningkatan, yang mana purata mingguan terus meningkat daripada 763 pada minggu pertama hingga ke 6804 pada minggu terakhir bulan September 2011. Untuk Keseluruhannya pula, blog Yul Aje ini telah pon mendapat sebanyak 40,300 Page View (PV) dengan sebanyak 21,301 Unique visitor (UV). Hampir kesemua pengunjung yang datang ke blog ini berasal dari SEO.


Alexa Traffic Rank Analitik
 Bulan lepas, blog ini telah meningkat kedudukannya daripada 700k++ dan kini 644,281 (Global Ranking) dan di Malaysia pada ranking kedudsukan 6,078. Peh. Jauh gile kan?


P/S: Agak-agak korang lah kan, Trafik yul tu dah boleh untuk daftar Innity tak? Teringin sangat dari dulu nie. hehe :P

Read more...

Traffik Blog Yul Cecah 2K UV & 3.8K PV in 1 Day! Awesome!

Wednesday, 6 April 2011

Assalamualaikum semuanya. hehe. Yul rasa gembira sangat-sangat melihat blog nie. Mana taknya, semalam, masa yul buka akaun nuffnang. Check analitik traffik macam lain je. Terkejut beruk melihat analitik blog yul nie. Graf hijau panjang sedepa-sedepa. Sebelum nie sejengkal-sejengkal je kot. hehe. Tak pernah-pernah pon yul tengok blog boleh mencapai pembaca sebanyak nie. Korang tengoklah kat bawah tu. 

banyak tak? hehe
Hari semalam dalam sejarah
Post entri yang dibawah nie banyak meningkatkan traffik di blog yul

(terima kasih ABPBH ;D)


Sejarah dalam yul berblogging, tak pernah-pernah pon dapat traffik sebanyak nie. Follower yul bukannya ramai mana pon kan kan? Follower ramai tak semestinya kita boleh mencapai traffik yang tinggi. Alhamdulillah syukur, akhirnya blog nie dapat jugak mencecah UV dan PV yang banyak. Actually, yul tak jangka langsung blog nie boleh mendapat pengunjung sebanyak macam tu. Macam tak percaya je. Kan bagus kalau blog yul sentiasa dapat traffik macam nie je. hehe. 


Ye yul tahu, orang lain punya traffik lagi banyak, bahkan lagi tinggi daripada yul. Tapi apa salahnya kan yul nak kongsikan analitik traffik nuffnang yul kat blog nie kan? Orang lain boleh, tak kan yul tak boleh pulak kot. huhu. Yul bukan nak bangga atau pon riak. Cuma terharu je. Macam tak sangka blog nie boleh mendapat pembaca sebanyak tu. Apa-apa pon, terima kasih yul ucapkan kepada pembaca, pengunjung yang sudi singgah membaca blog yul nie. Kehadiran anda amat bermakna bagi yul. Tanpa anda, blog nie bukan apa-apalah sangat. hekhek


Hari ini dalam sejarah, harap-harap dimasa akan datang yul boleh mencapai traffik yang lagi tinggi.


P/S: Yul boleh, korang pasti boleh juga :) Tapi satu hari je lah kot. hekhek

Read more...

Tips Tingkatkan Traffik Di Blog | Cara Mudah Dapat Traffik

Thursday, 31 March 2011

Assalamualaikum semuanya. Korang gilakan traffik? Tak? Tipu ah. Kalau korang tanya yul, yul tak akan mengaku. Yul cuma gilakan pembaca je. So,Yul nak kongsikan bagaimana nak meningkatkan traffik nie. Boleh kew dapat traffik? Dapat traffik memang boleh. Tapi tak lah banyak mana pon. Tu pon bergantung dengan keywords yang korang gunakan tu. 

tips-tips yang di submit
Cuba korang perhatikan entri-entri yang disubmit oleh blogger lain melalui halaman Innit nie. Kebanyakkan entri-entri yang popular merupakan entri mengenai tips-tips traffik. Betapa banyaknya orang nanged kan. Rata-rata ramai pembaca dari kalangan blogger yang nak baca mengenai hal itu. Harus diakui, yul pon sama jugak. Orang kata 'sharing is caring' kan? So, banyaklah tips-tips yang korang boleh jumpa, bukan sahaja dari innit, tempat lain pon ada juga seperti gengblogger, dan lain-lain lagi, tempat dimana kebanyakkan para blogger  ping entri mereka. Melalui halaman itu, mereka dapat membaca serta mengetahui, info-info terbaru, terkini, serta yang paling hot daripada blogger yang lain.


So, pinglah setiap entri. Kalau entri mengenai tips traffik, submitlah entri korang tu kat mana-mana. Tak kiralah, Innit, Gengblogger, atau dimana-mana sahaja. Asalkan boleh je. Kompem ada pembaca yang tertarik untuk membaca tips korang tu. Kalau korang tak percaya, cubalah dulu. Rasanya ianya berkesan kot. Setiap tips yang korang kongsikan, pastinya para pembaca ingin mengetahui.hehe.


P/S : Sharing is Caring. fikirkan sejenak.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yul Aje

Hak Cipta Terpelihara 2010-2011 dikuasakan oleh YUL

  © Blogger template untuk Yul Aje oleh http://www.yulsahaja.com/ 2011-2016

Back to TOP