Misteri Rumah 'Kosong' Di Sekitar Johor Bahru - Kisah Seram
Friday, 6 May 2011
Assalamualaikum semuanya. Hari nie yul nak terbitkan entri kisah misteri. Dah lama jugak yul tak update cerita-cerita seram nie. Rasa rindu pulak. hehe. Kepada yang tertunggu-tunggu tu, maaflah ye. Yul agak busy sikit kebelakangan nie. Nak tulis macam sempat tak sempat je. Nie nasib baiklah ada masa untuk menulis, tu pon sambung je sebab simpan dalam draft. Apa-apa pon jom layan cerita yang yul tuliskan nie. Jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan misteri.
Misteri rumah kosong. Ye, itulah kejadian misteri yang telah menggemparkan disekitar johor bahru. Ianya terletak dicelah-celah bandaraya disekitar City Square, Johor Bahru. Rumah yang telah usang dimamah tahun telah lama dibiarkan kosong begitu sahaja. Khabarnya rumah itu kosong disebabkan pemilik/penghuni rumah tersebut telah mati di bunuh oleh perompak. Rumah kosong itu dulunya dihuni oleh keluarga kaya raya/berada yang terdiri daripada ayah, ibu, serta dua orang anaknya, seorang laki dan seorang perempuan. Mereka menghuni dirumah tersebut semenjak bandar itu dibangunkan lagi. Tiba-tiba, ayah, ibu serta abangnya mati dibunuh dengan begitu kejam oleh geng perompak yang tidak dikenali. Anak perempuan keluarga tersebut terselamat dari pembunuhan kejam geng perompak tersebut kerana dia sempat menyembunyikan diri.
Anak perempuannya yang bernama Nurul terkejut apabila mendapati ayah, ibu serta abangnya telah pergi meninggal dunia meninggalkan dia keseorangan. Setiap hari dia hanya dapat berdiam diri serta menangis didalam biliknya. Akibat rasa sedih yang memuncak, Nurul membunuh diri disebabkan tekanan perasaan. Dia tidak dapat membendung kesedihannya dan tidak dapat menerima kehilangan keluarga-keluarga yang selalu berdamping bersamanya selalu.
Tapi tu dulu punya cite. Hampir 20 tahun juga rumah itu masih kosong tanpa berpenghuni. Yang yul tahu, rumah itu betul-betul usang tidak berpenghuni dan kosong. Tak tahulah pula kalau-kalau ada makhluk lain yang menghuni rumah tersebut. Kalau dah lebih 20 tahun, mesti ada makhluk lain yang menghuni rumah kosong tersebut kan? Rumah tersebut sering dijadikan tempat the seekers. Bukan the seekers dalam television tu ok seperti yang diheboh-hebohkan tu. Tapi ianya budak-budak remaja yang meminati kisah-kisah mistik. Mereka nie jenis tidak takut apa-apa pon. Orang kata hati keringlah.
Cerita nie ada dua versi, Kisah pertama. Menurut penduduk-penduduk sekitar perumahan tersebut, sesiapa yang memasuki rumah kosong itu. Pastinya mereka diganggu sehingga menyukarkan mereka untuk keluar dari rumah tersebut. Rumahnya bukan lah besar mana pon. Tapi, menurut orang-orang disitu. Dah ramai orang yang masuk kat rumah tu. Tapi tak jumpa jalan keluar. Kebanyakkan mereka adalah golongan remaja yang masuk rumah tu. Kalau keluar terus jadi pendiam, meracau tak tentu pasal, dan ada juga sesetengah yang sudah menjadi gila akibat tekanan perasaan. Kalau yang pergi tapi tak ada ape-ape yang berlaku, alhamdulillah lah kan.
rumah inilah yang dikatakan berhantu tu. |
Kejadian nie benar-benar berlaku terhadap seorang penggemar cerita mistik yang hanya dikenali sebagai Nuar(bukan nama sebenar). Nuar bersama rakan-rakan telah memasuki ke rumah kosong tersebut satu ketika dulu ketika dia masih belajar lagi di Politeknek, Johor Bahru pada 5 tahun yang lepas. Masa tu kalau tak silap pada tahun 2007, kacak dan masih muda lagi. Mereka masuk ke rumah kosong berkenanaan setelah dicabar oleh kawan-kawannya sendiri. Biasalah, time muda-muda dulu, suka cabar mencabar. Pantang betul kalau orang lain mencabar. Yela, takut digelar penakut pula. Nuar bersama rakan-rakannya telah masuk ke rumah tersebut.
Masuk-masuk je, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mereka mula menggeledah isi rumah berkenaan. Tanpa di duga, tiba-tiba je salah seorang dari kawan mereka meracau tak tentu pasal seperti orang dirasuk. Biasalah, ada tetamu tak diundang, tiba-tiba ada tetamu yang hadir ke tempatnya. Memang kene kacaulah. Kawan-kawannya lain ada yang mula berasa takut, ada yang cemas dan ada juga yang masih memberanikan diri. Nuar mula meremang dan cuba memberanikan diri. Melihat keadaan kawannya yang meracau itu, dia pon cuba menenangkannya. Kelihatan kawannya itu semakin liar dan mengganas. Masa dia cuba menenangkan kawannya yang meracau tu, tiba-tiba sekali lagi mereka dikejutkan dengan tangisan seorang wanita. Mereka terdengar suara wanita menangis teresak-esak yang tidak tahu mana datang arahnya. Keadaan menjadi semakin panik, mereka jadi tak tentu arah. Beberapa orang dari mereka cuba mencari suara tangisan tersebut. Dari tingkat atas sehinggalah ke bawah. Tetapi hampeh, satu ape pon mereka tidak menjumpai asal bunyi tangisan yang dicari tu. Dalam mencari suara tangisan tersebut, tiba-tiba je mereka terdengar bunyi raungan orang menjerit-jerit seperti orang dibunuh. Ye, jeritan tersebut merupakan raungan arwah ayah, ibu serta abangnya yang dibunuh satu ketika dahulu. Keadaan semakin kucar-kacir, bunyi tangisan wanita bersama jeritan orang meminta tolong mula menghantui rumah tersebut. Tanpa melengahkan masa, Nuar serta kawan-kawannya yang lain nekad untuk beredar dari rumah kosong itu. Mereka tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku sekali lagi seperti kawannya yang masih meracau. Mereka membawa rakan yang meracau itu sambil mencari keluar. Tapi mereka sekali lagi dikecewakan, disebabkan jalan masuk yang mereka lalui tidak jumpa. Kemanakah jalan tersebut menghilang? Wallahualam. Cuma tuhan je yang tahu keadaan mereka masa tu. Nuar terus mencari jalan keluar sambil membaca ayat-ayat suci al-quran yang telah dia pelajari daripada gurunya. Akhirnya, dia kini dapat keluar juga daripada rumah tersebut.
Kawannya yang meracau tu telah pon menjadi gila akibat tekanan perasaan. Nuar serta kawan-kawannya yang lain menyesal memasuki rumah kosong tersebut yang penuh dengan misteri. Sehingga kini, nuar tidak pernah mengikuti mana-mana lagi ke rumah kosong mahupon tempat yang dikatakan mistik. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi seperti ditimpa terhadap kawannya.
Jalan sunyi menuju pulang kerumah |
Kisah kedua nie berlaku ke atas seorang pelayan hotel yang bernama Adie(bukan nama sebenar). Adie dalam perjalanan ingin pulang dari Hotel Amsari menuju kerumahnya. Waktu tu jam menunjukkan pada pukul 12.40 malam. Maklumlah, masa tu Adie terpaksa jaga acara makan malam ditempat kerjanya. Sebab tu dia pulang lewat sehingga ke tengah malam. Hampir tiap-tiap hari Adie melalui dihadapan rumah kosong tersebut. Jalan tu merupakan satu-satunya jalan pintas untuk pulang kerumahnya. Sampai dijalan sekitar rumah kosong tersebut, Dia ternampak seorang wanita berbaju putih sedang menangis teresak-esak. Lantas, adie memberhentikan kenderaannya dan bertanya kearah perempuan tersebut mengapa dia menangis ditengah-tengah malam begini? Wanita tersebut menangis sambil menunjukkan arah ke arah jalan yang ingin ditujui. Adie tidak mencurigai apa-apa pon.
Tanpa merasa was-was, Adie pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Adie agar tidak memandu laju. Biarlah dengan membawa perlahan sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa dia telah kehilangan keluarga tercinta ketika dia berusia 15 tahun. Wanita tersebut bercerita sambil menangis teresak-esak ketika melihat kematian ayah, ibu serta abangnya dibunuh oleh perompak. Adie cuba menenangkan wanita berkenaan dengan mengatakan bahawa setiap manusia pasti akan kehilangan orang yang disayangi. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Adie bahawa berlaku 1 kejadian telah berlaku pada dirinya. Wanita itu memberitahu Adie bahawa dia pernah mengelar tangannya sendiri akibat tekanan perasaan. Adie lantas bertanya kepada wanita tersebut "Masha'allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak rumah tu? Disitulah saya membunuh diri dengan mengelar tangan saya sendiri"..
Adie terus membaca ayat al-quran yang terlintas didalam kepala otaknya. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa serta tangisan wanita berkenaan yang tiba-tiba hilang begitu sahaja. Adie cepat-cepat memecut kereta yang dipandunya tanpa menoleh kebelakang. Bila sampai di rumah je, dia menceritakan segalanya kepada Atuknya yang tinggal bersamanya. Atuknya yang berusia 77 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu. Semenjak dari itu, Adie jarang pulang lewat ke rumah dan tidak pernah melalui jalan pintas tersebut.
Adie terus membaca ayat al-quran yang terlintas didalam kepala otaknya. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa serta tangisan wanita berkenaan yang tiba-tiba hilang begitu sahaja. Adie cepat-cepat memecut kereta yang dipandunya tanpa menoleh kebelakang. Bila sampai di rumah je, dia menceritakan segalanya kepada Atuknya yang tinggal bersamanya. Atuknya yang berusia 77 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu. Semenjak dari itu, Adie jarang pulang lewat ke rumah dan tidak pernah melalui jalan pintas tersebut.
Sehingga kini, rumah tu masih kosong dan dibiarkan begitu sahaja tanpa berpenghuni. Macam mana dengan keadaan rumah tu, yul pon tak berapa pasti lagi. Cuma mereka-mereka je yang tahu. Misteri tetap menjadi misteri.
8 comments:
ha3 ap laa. . btw,enj0y it very much :)
anat sangat suka bila yul cita hntu. ehhehehe
tQ yul =) .. hik2 .. best !
Byk gk umah berhntu kt JB ek.. yg crita nih umah yg mnr 1 ek.. x pnh dgr pn..
kat jalan mane? igtkan vile nabila..
kt johor lagi. hoho takut lah nak dtg johor! meremang bulu roma baca. tp best :D
Nape lak jalan cite yang kedua tu same aje dgn cite yg pempuan mati eksiden moto ngan boyfren die tu? yang berubah cume pakcik jadi atuk, umo 66 jadi 77..pastu yang len len lebeh kurang aje. dari rase seram terus tergelak dibuatnye -.-"
rumah ni di sebelah mana ye..???
Post a Comment